Thursday, December 31, 2009

gudbye 2009

Salam 1 Malaysia...Kembali bersiaran setelah hampir seminggu x update blog... biasala kan year end macam ni memang keja sangat byk di ofis dan aku pulak dalam sibuk2 tu nak gak bercuti ... nak makan kenduri bagai maka x sempatla nak update blog ni... entry yang last aku ada citer pasal anniversary yang jatuh pada 25hb Disember.... harini aku nak citer la sikit2 apa yang aku buat pada 26hb, 27hb dan seterusnya... pada 26hb tu sekolah lama aku ada buat reunion/alumni untuk bekas pelajar untuk semua batch...pada asalnya aku x bercadang nak pergi sebab pada tarikh yang sama aku nak ke Kl...oleh kerana semua bespren aku masa sekolah nak pergi maka aku pun teringin la nak pergi jugak...tambahan pulak dah tak juah dengan rumah aku tu...kawan2 aku yang dari kl pun ramai jugak yang datang untuk berjumpa kawan2 lama ni...jadi xkan aku yang dah ada kat sini x pegi pulak kan... sehari sebelum kejadian salah sorang bespren aku sejak aku form 1 datang tido di rumah aku bersama ahli keluarga dia... jadi 26 hb tu aku pergi sekolah tersebut dengan kawan aku itu manakala hb aku ambil tugas melayan suami beliau dan anak2nya...hb aku siap bawak depa pi gunung jerai pasti pi shopping2 kat tanjung dawai...

Bestla dapat menjejaki kaki semula ke sekolah aku tu walaupun kami ni hampir2 sesat nak cari sekolah...maklumla kan dah 20 tahun x pegi situ...seronok bila tengok semua kawan2 dah berjaya dengan kehidupan masing2...masa aku sampai byk la keter2 mewah menjalar di perkarangan dewan tu...kesimpulan yang aku dapat buat semasa reunion tu ialah...semua bekas pelajar pompuan masih menten macam dulu tak banyak berubah...tapi yang lelaki pulak...masyaAllah masing2 dah kembang ketepi dan kedepan...ada yang aku sampai tak kenal walaupun dulu 1 kelas...dari saiz s semua dah jd xl ada gak yang xxl... namun demikian ada jugak yang masih saiz s tapi kes terpencil la....

27hb tu pulak aku makan kenduri di Dewan Merak kayangan kat KL tu...sangat la best sebab aku dan hb disuruh makan di meja bersama pengantin... pengantin tu kazen aku yang kenduri kat penang haritu...aku ada buat entry pasal tu siap letak gambar lagi...tp di KL ni xder gambar sebab hp aku dan Hb xder bateri la pulakk...sangat rugi lorr

Selepas kenduri kami pi loyat...kalau ada yang ternampak pompuan pakai baju kurung moden yang ada manik2/labuci2 pastu pakai tudung pink kat loyat dalam kol 3 lebih mcm tu...pompuan itu aku la... memang x sesuai langsung baju aku tu pakai pi loyat...tapi gasakla kan...tujuan utama pi loyat saja nak tengok apa yang ada...bila dah tengok mula la terasa nak beli...pastu kitorang pun beli la PSP untuk anak2 aku yang ber3 tu syer...x beli la sorag 1... masa tu jugak hb aku dok berkenan dengan garmin gps tu...tapi aku berjaya menghalang beliau dari membeli dengan memberi hujah2 yang cukup bernas... aku cakap selama ni xder GPS tapi nak pegi mana2 pun sampai jer...cari rumah cikmin kat bentong tu pun jumpa lagipun dalam HP pun ada GPS...termakan jugakla pujuk rayu aku tu...

28hb pulak kami dah nak bertolak balik sp...dalam perjalanan tu HB aku melencong sekali lagi ke loyat tu...rupa2nya dia nak beli jugak GPS tu...hadoiii...penat jer la aku bagi hujah hari semalam tu...agaknya malam tu dia tido x lena sebab dok memikirkan GPS tu...masa hb aku sibuk membeli GPS sempat jugakla aku ushar hp2 yang latest...aku dah berkenan dgn 1 hp tu tp aku x bercadang nak beli sekarang... nak kumpul duit nuff dulu...hik3...kalau kumpul duit nuff ni 2 tahun lagi boleh la beli hp tu...Dah selesai beli GPS semua tu kami beli donut kat big apple tu...walaweii sedap giler...rasa macam nak makan 5 bijik...

Moral of the story: biar menyesal beli jangan menyesal tak beli.....

Dengan adanya GPS tu kami sampai kerumah dengan selamat...

Friday, December 25, 2009

Anniversary...


Hari ini 25HB Disember 2009 merupakan hari ulangtahun perkahwinan aku yang ke-15... macam tak percaya jer dah lima belas tahun aku kawen... Seperti blogger lain jugak hari2 penting macam ni mesti nak buat entry kat blog...Cuma yang membezakan aku dengan blogger lain ialah akau xderla nak buat ayat2 novel yang jiwang karat kat sini... x reti la...malu pun ada... ada setengah tu aku tengok depa tulis macam ni
" abang/sayang sesungguhnya hidup bersamamu adalah sesuatu yang indah, sehari tanpamu ibarat setahun lamanya dan hanya maut yang meisahkan kita..."
Tak boleh la aku nak type macam gitu...geli usus kecik aku nanti...hahhaha...walaupun xdak ayat2 jiwang macam tu aku tau yang hb aku tau aku sayang dia...i luv u....u luv me..we are happy family...ok la tu kan...
Sempena anniversary ni aku takla mengharapkan apa2 kezutan dari suami aku tu...x reti dia bab2 nak buat surprise ni...tapi masa belum kawen dulu pandai pulak...penah sekali tu time birthday aku, cina florist mai hantar bunga kat rumah...macam dalam drama gitu...tapi bila dah kawen terus hilang skill nak buat surprise ni...lagi parah tarikh pun tak ingat... ada masa aku akan bagitau la tarikh2 penting yang akan tiba ni...ada masa aku buat derk jer tapi dalam masa yang sama aku beli hadiah untuk hb aku tu...jd bila dah sampai harinya aku bagi hadiah kat dia...konfem masa tu dia akan rasa bersalah sbb tak ingat...untuk cover rasa bersalah itu dia akan tanya aku hadiah apa aku nak...dan masa tu la aku akan paw hadiah yang mahal2 dan kaw2 punya....waakakakaka brilliant tak otak aku ni? bijak kan?
Akhir kata ucapan untuk diri aku sendiri :
Semoga ikatan perkahwinan ini akan bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat....Amin...
Ucapan untuk suami aku pulak :
Terimakasih kerana telah menjadi suami yang bertanggungjawab yang tak penah lupa setelkan orang punya kad kredit /bil telefon setiap bulan...selalu penuhkan tangki minyak kereta...tak marah2 bila org dgn cikmin booking tiket airasia banyak2 tanpa pengetahuan ( tahun depan punya pun dah booking 2 trip...hik3) dan yang paling penting terimakasih kerana tidak pernah mengabaikan kebajikan isteri dan anak2....
p/s: puji melambung ni ada peluangla nak dapat hadiah yang best2...

Wednesday, December 23, 2009

Mimpi Sedih...

Satu pagi tu, sebaik saja bangun dari tido seperti biasa aku pun mandi dan bersiap-siap untuk ke ofis...masa aku nak pakai baju tetiba baju aku jadi rasa macam kecik...tak muat aku nak pakai...masa tu aku rasa sedih yang teramat...rasa macam nak menangis...seumor hidup x penah aku alami situasi macam tu...betapa badan aku sudah mengembang dengan jayanya... dalam aku kesedihan itu aku terdengar bunyi sesuatu...semakin lama semakin kuat..hingga kan aku terkejut dan terus terjaga....rupa-rupanya alarm handphone aku yang bunyi...fuhhh... aku hanya bermimpi....hahahahampehh...tapi macam real jer....

Masa kt ofis aku masih dihantui oleh mimpi sedih itu...sememangnyer sejak kebelakangan ini berat aku dah bertambah...selera makan aku menggebu-gebu...sentiasa rasa nak makan...aku mesti buat sesuatu...setelah berbincang dengan kawan aku AINI (memang nama sebenar) kami sama2 bersetuju untuk mengurangkan berat badan masing2 sebanyak 3 kg dalam tempoh 3 bulan berkuatkuasa 1hb Januari 2010 ( sajala mula lambat sikit supaya sempatla kami mkn habis2an) dalam perjanjian itu sesiapa yang berjaya menurunkan berat sebanyak 3 kg terlebih dahulu akan di beri hadiah oleh pengalah... kaedah yang nak digunakan dalam proses penurunan tu ikut kreativiti masing2...boleh makan pil pelangsing, boleh makan jusmet, boleh lari 3 km sehari, boleh berenang dan apa2 sajalah ....
Untuk entry akan datang aku akan tunjukkan kaedah yang akan aku gunakan...( saja nak bagi pihak lawan gerun...hik3)

Doakan kejayaan aku...yuka bolehh!!!

Tuesday, December 22, 2009

Kawen

Hari ahad baru ni kazen aku kawen...sebagai sepupu wajibla kan aku menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku tu... majlis tu diadakan di grand ballroom pearl island resort...berhampiran dengan kompleks tabung haji pulau pinang...Kazen aku ni anak pak teh aku yang sulong...sebagai anak pertama dah tentulah majlis tersebut dibuat dengan gilang gemilang...Lupa pulak nak bagitau...kazen aku ni pompuan...majlis sebelah lelaki akan dibuat pada 27hb disember ...jd 26hb aku akan ke kl untuk menghadiri majlis disebelah pihak lelaki...

Jomla tengok gambar2 yang aku sempat ambik di majlis kawen sepupu aku tu...


Semasa ketibaan aku mempelai sedang memotong kek...



Yang ni pulak sesi bergambar dengan kazen aku...

Sesi bergambar dengan pengantin baru.....


ha... yang ni pulak pengantin lama....ahaks




Sunday, December 20, 2009

...birthday

Dalam entry sebelum ni aku ada mengenai birthday adik aku yang ke 24...untuk enry kali ini masih lg berkisar tentang birthday....tapi kali ini birthday kakak aku pulak...hari ini 20 Disember bersamaan dengan 3 muharam merupakan ulang tahun kelahiran kakak aku yang ke 39.... selang sehari jer dengan adik aku... tp aku belum lg wish happy birthday kat dia ...cemana nak wish birthday kat dia kalau hp dia , dia tinggal kat rumah kakak aku yang sorang lagi...rumah dia pulak memang xder telefon...nak tepon ofis pulak harini kan cuti....
Apa2 pun sempenan ualng taun kelahira yang ke 9 ini aku ucapkan semoga panjang umor, murah rezeki dan berbahagia selalu hingga ke akhir hayat.....aminnn

Friday, December 18, 2009

cuti sekolah....

Tak sangka la cuti sekolah dah nak sampai penghujung...rasa macam baru ja start cuti dah nak sekolah balik...mungkin aku tak begitu merasai suasana cuti sekolah disebabkan rutin cuti kali ini berbeza dari sebelumnya...kalau dulu time cuti sekolah anak2 aku selalu tepon aku kat ofis mengadu domba itu ini... cuti kali ni diorang tak tepon aku pun malah aku pulak yang kena tepon diorang selalu ....aku tepon pun bukan la sebab apa cuma nak tanya depa dah klik tak iklan kat blog aku ni...hik3 bertuah punya mak pastu aku siap ugut lagi kalau x klik iklan kt blog aku tu, aku nak sorok semua laptop...kejam kan? bukan setakat anak2 yg besar jer ebiboy pun tolog klik iklan2 tu...tapi dia memang jujur la klik iklan tu sebab nak tgk iklan...cuma 2 iklan yang dia suka. mr.potato dgn klia punya train tu...kalau iklan mrpotato tu dia siap nyanyi2 lagi....hahahaha sangat lawak...

Mengenai persiapan sekolah pulak aku dah beli sebahagian besar keperluan...baju sekolah untuk anak2 pompuan aku dah beli..yang lelaki tu belum lg... Kasut sekolah dah beli untuk semua...cuma beg sekolah dan alatulis jer belum beli lagi... Nasib baik la buku text dapat free kalau tidak kopak lagila 2-3 ratus...

Korang dah buat persiapan ker?

Happy...

Hari 18hb disember bersemaan dengan 1 Muharam merupakan hari lahir adik aku @ maksu yang ke 24....tapi orang tengok dia nampak macam budak tingkatan 4... hakikat sebenar sekarang ni dia seorang guru yang mengajar budak tingkatan 4...

Sempena hari lahir beliau aku nak ucapkan selamat hari lahir, semoga panjang umor, dimurahkan rezeki dan part jodoh tu tunggu la setahun dua lagi...



Gambar adik aku bersama anak2 aku...lama dah gambar ni tp dah takada gambar lain dalam simpanan laptop ni maka aku belasah jer la letak pic ni...

nota: kalau dia tak mdatang rumah aku harini dengan rasminya tak payah la aku bagi hadiah kat dia....

Tuesday, December 15, 2009

Kursus Ujung minggu

Salam 1 malaysia semua...yuka kembali bersiaran selepas seminggu lebih x update blog....bukannya xder benda nak dicerita kat sini tp aku sibuk sangat dgn kerja2 seharian dan aktiviti2 sampingan...
Untuk pengetahuan semua weekend lepas aku kena pegi berkursus..dari hari kamis hinggalah sabtu...kenapa kursus tu dibuat time cuti? ok 1 soalan yg bagus...sebenarnya kursus ni melibatkan semua staff di ofis aku...dari dreba hinggalah bos...jd kalau buat pada hari kerja susahla kan...takkan nak tutup kedai pulak..kang tak fasal2 jer dpt surat layang bagai...Ok berbalik kepada citer kursus td tu aku sangat la happy dan enjoy walaupun terpaksa mengorbankan cuti hujung minggu bersama anak2... nak tau knp aku enjoy sangat2 tu?...ada 2 sebab utama...yg pertama kursus yg aku pergi tu buat kat hotel...tp bukan sbb hotel tu yg aku syok sgt tp bersebelahan dewan tempat aku berkursus ada dewa yg besar jugak...kat situ loreal ( kerana diri ku begitu berharga), maybeline dan garnier buat warehouse sale... best giler...semua benda2 murah giler... jd keje kitorang masa tu asyik menyopping barang2 mekap jer la...asal break jer terus ilang kt dewan sebelah tu...hari pertama org pompuan jer masuk situ... hari ke 2 pulak orang lelaki pun tumpang sekaki nak membeli kt situ...masing2 la pakat beli lipstik/bedak utk org rumah... aku ni pulak yang sememangnya suka kan keindahan tak ketinggalan la membeli 2,3,4 jenis barang.... biasala kan pompuan dan kecantikan tak dapat dipisahkan...
Sebab ke 2 pulak...salah 1 slot dalam kursus ersebut ialah teambuilding (kononnyerla) tapi sebenarnya depa buat pertandingan bowling...so kumpulan dibahagikan mengikut unit...setiap kumpulan ada 3 org... kumpulan aku terdiri dari Aku dan 2 org staff ...sorang lelaki ( J bukan nama sebenar) dan sorang pompuan ( H bukan nama sebenar). umor J ni 29 tahun kot kalau x silap aku tp umor H ni 50 tahun....so korang bayangkan sorang pompuan umor 50 tahun yang tak penah main bowling tetiba kene main... Ops..sebelum aku nak cerita pasal H tu aku nak cerita dulu la tentang perasmian lawan bowling tu...sebelum pertandingan bermula boss aku diberi penghormatan untuk mebuat lontaran pertama... jadi semasa dia nak lontar tu kan kami semua fokus 100% kat boss tu...suasana masa tu sunyi la seketika... masa bos aku nak baling tu aku kata kat H kalau masuk longkang malu besar la boss tu sbb semua orang tengah tengok... Korang nak tautak tepat seperti jangkaan aku bola yang boss aku lonytar tu masuk longkang....hahahhaa sampai keras perut aku dok gelak...
Ok sambung balik citer H tadi...masa giliran dia aku surh la dia lontar bola tu...masa tu la dia baru tanya cemana nak buat...cemana nak pegang bola... J cakap kalau macam tu kol 2 pagi x abis lagi ni...kali pertama tengok h buat lontaran aku gelak sampai tak hengat...memang very the kelakar tahap gaban la...bukan aku sorang jer gelak, J dan pemain2 di lane yang berhampiran pun gelak besar... masa tu aku rasa macam nak ambik video jer pastu letak kat blog aku ni kan...dan kalau nak bagi kejam lagi post kat youtube pastu letak tajuk ratu boling...pada mulanya memang aku nak record tapi tetiba rasa tak sampai hati pulak...( sekarang rasa menyesal pulak tak rakam)... walaupun cara H baling sangat la unik yang tak dapat aku nak describe kat sini tapi dia berjaya jugak strike sekali...bila dah strike tu lg la org ketawa besar sebab tak sangka...diorang cakap shalin pun tak boleh buat macam tu...
dipendekkan cerita pada malam itu H mendapat hadiah misteri disebabkan keunikan dan kesungguhan dia bermain...dan sehingga sekarang di ofis aku ni dia digelar Ratu Bowling...wakakaka

Monday, December 7, 2009

Kisah sengal...

Pagi td ada la sorang staff aku tu bgtau yg smartkad ( untuk buat payment ) dia rosak...aku tanya dia cemana tau yang kad tu rosak....dia kata bila masuk kan no PIN kuar page cannot be displayed tu...aku tanya lagi dah check betul2 ker sebab kadang2 memang jd macam tu...dia kata dah...katanya ingatkan pc yang problem tp bila guna kad org lain di situ ok jer boleh guna...pastu bila try kad dia di pc lain pun memang tak boleh jugak...lagipun dia kata pegawai IT pun dah cuba bantu tgk kot2 pc yang rosak tp pc ok jer. memang kad yang rosak...so aku pun ok la kan nak kata apa lagi dah kad rosak kene apply yang baru la...tapi yang x best tu sekarang ni memang masa nazak kitorang ...baucer tengah banyak...bulan doblas dah tinggal brp hari jer...kalau apply kad tu 10 hari baru dapat...hadoii pening aku...yang kad tu pun masa ni la nak rosak...len kali rosak la bulan 6 ker bulan 2 ker xper la jugak...

Kemudian tu x sampai 20 minit dia tu datang lagi...kali ni dia panggil aku dengan nada yang sangat la lembut/lembik/gemalai dan yang sewaktu dengannya nada macam ayam patah leher....puannnnn...tgk ni kad saya...aku pun tgk la dari jauh....tapi nampak biasa jer...pastu aku pun tanya la kenapa....pastutu dia jawab kad saya ni bukan rosak tapi dah tamat temmmpohhhh.... saya tak perasannnn ( buat cakap lanjut2 dgn aku)....hish budak ni sengal betul aku sekeh jugak dia ni karang...kataku ( tapi dalam hati jer la)...nasib baik la harini kepala aku tak pening...tapi kalau pening pun takper sbb stok actifast byk lagi....hik3

Sunday, December 6, 2009

Sakit Kepala...

Malam tadi aku sakit kepala jadi sebelum tido aku makan panadol sebijik... (aku tau la umor macam aku ni kena telan 2 bijik baru ilang sakit kepala tapi puas aku cari2 jumpa sebijik tu jer) pastu bangun tido pagi tadi rasa kepala aku masih sakit...td on de way to ofis aku singgah petonas beli panadol actifast... tapi yang aku tak tahan ni sebelah ofis aku diorang tgh nak buat bangunan baru...korang tau la kan kalau nak buat bangunan baru tu kena la pilling semua tu...bunyik mender tu dok ketuk2 toing2 tu buat kepala aku bertambah sakit... dan masa kepala aku sakit bila dgr bunyi piling tu aku teringat la pulak masa aku kecik2 dulu ada iklan panadol kt tv... kisah sorang pompuan tu yg pening kat ofis pastu ditambah pulak bunyi org dok pilling tu... saper ingat lagi iklan tu? kes aku harini samala macam pompuan tu... nasib baik la ada aktifas ni...

Moral of the story: kena spare panadol byk2 di rumah dan dlm handbag

Friday, December 4, 2009

Cuti-cuti Malaysia...

Program cuti2 malaysia aku bermula pada hari raya haji yang ke-2. Destinasi kami yang pertama ialah ke rumah cikmin di Bentong...kalau ikut program kami sepatutnya bertolak pagi dalam pukol 8 macam tu...tp kami telah bertolak pada pukul 1 ptg...ni semua gara2 hb aku tu la yang terlupa dia ada appointment dgn org pagi tu...disebabkan kelewatan itu kami sampai di bentong dah waktu maghrib...(sori yer baby faheem aunty yuka datang mlm2)...lebih kurang pukol 10 mlm kami bertolak ke rumah kakak aku di putrajaya....sampai kat rumah dia dah pukol 11 lebih...masa sampai tu aku tengok abang ipar aku tgh buat bbq daging korban depan rumah...

Kalau ikut perancangan awal kami nak pergi bercuti di Melaka tapi bila bangun tidor keesokkan harinya rasa malas la pulak...last2 kami buat keputusan untuk pergi petrolsains yg dekat klcc tu jer...anak2 aku dan anak2 kakak aku tersangat la teruja nak pergi petrolsains tu...macamla tak penah pergi... jadinya hari ahad tu kami habiskan masa di klcc tu jer la...malam baru sampai rumah dengan keletihan yang teramat...tapak kaki aku pulak macam dah nak tanggal dari buku lali... sebab seharian jalan pakai kasut tinggi padan muka aku nak vogue la konon

Pagi senin tu pulak bangun jer tido kene pk lagi nak pegi mana pulak...pk punya pk kata sepakat diambil untuk pergi ke genting hiland... budak2 punya la excited nak pegi ...( aku pun sama gak...hik3) rombongan kitorang seramai 15 org sampai di genting hampir pukol 1. pukol 10.30 malam baru kami balik...
Cakap banyak pun tak guna jomla kita tengok gambar2 kat genting tu...tapi harap maafla yer kualiti gambar tidak memuaskan sebab aku guna henpon jer bukan kamera SLR bagai tu...



Ni gambar marsya dan ebiboy atas buaian yg macam eye on malaysia tu...

Yang ni pulak kakak aku dan sebahagian anak2nya.


Yang ni anak2 dara aku....


Gaya macho dari ebiboy.....




hehehhee...untuk gambar ni pulak aku mintak mahap banyak2 la sebab korang terpaksa sengetkan kepala bila nak tengok...aku lupa nak rotate gambar tu...dah upload kat sini baru perasan...


Yang ni pulak pic owner blog ni bersama anak2. tengok la dia pakai selipar jepun jer sebab takut sakit kaki lagi....ahaks.
kesimpulannya kan pegi genting haritu memang berbaloi-baloi la....






Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha...

Selamat hari raya Aidil Adha Yuka ucapkan kepada semua. Kepada yang akan menempuh perjalanan yang jauh untuk sampai ke kampung halaman, berhati-hati ketika memandu...

Di kedah cuti raya haji sebanyak 2 hari...jadi semua pekerja dinegeri kedah akan bercuti pada hari jumaat hingga ahad ( ganti hari jumaat yg memang cuti mingguan ) dan aku sendiri pulak mengorbankan cuti tahunan aku sebanyak 2 hari... jadi secara keseluruhannya aku akan bercuti sehingga hari selasa.... kalau tahun2 sebelum ni aku hanya habiskan cuti raya di kampung, tahun ni ada perubahan sikit...aku bercadang akan ke kayell ( mungkin jugak aku akan terlajak sampai ke bentong...ahaks) pada hari raya ke 2. Baru la jauh sikit perjalanan tu...balik kampung setengah jam dah sampai...jadi xder feel balik kampung...hik3.
Oleh kerana aku bercuti agak lama maka segala aktiviti blogging terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Maka dengan itu tak dapat la aku nak klik2 nuff di blog kawan2 dan blog sendiri jugak...
Akhir kata sekali lagi aku nak ucapkan Selamat Hari Raya...

Nota: lepas ni nak isi borang cuti pastu nak mintak dengan boss nak balik awal...

Friday, November 20, 2009

Lihat Kanan....

Salam 1 Malaysia kepada semua...


Pertama sekaliaku nak tanya korang perasan tak ada sedikit perubahan dekat layout blog aku ni? tak perasan eh? Cuba korang lihat kekanan..kemudian turunkan pandangan mta korang ke bawah sikit...sampai korang nampak gambar ebiboy...kemudian cuba korang tengok di bawah gambar ebiboy tu...HAAA korang nampak tak 1 gambar baru kat situ...kalau nak tahu itulah satu2nya adik yang aku ada kat dalam dunia yang fanaa ini...Apa motif aku letak gambar dia kat situ? Alkisahnya macam ni....siang tadi adik aku datang rumah aku, oleh kerana sekarang ni time cuti sekolah dah tentulah adik aku tu ada masa nak mengadap laptop...kalau dah dia ada banyak masa mengadap laptop dah tentulah dia ada banyak masa nak klik2 nuff kat blog aku ni...hik3. Jadi kesempatan yang ada ini aku gunakan dengan menyuruh adik aku tu klik2 iklan kat blog aku tu tiap kali dia on9...aku suruh dia klik2 picit2 sampai lebam... adik bersetuju untuk menjalankan tugas tersebut dengan syarat...

Syaratnya ialah aku mesti letak gambar dia kat blog aku ni sebagai ganjaran untuk dia klik untuk aku...aper2 je la maksu oiii...janji klik nuff tu banyak2

Thursday, November 19, 2009

Cuti Datang Lagi...

Pejam... celik..pejam dan celik lagi dah pun sampai ke hari akhir persekolahan...Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan bagi bebudak sekolah di Kedah, Kelantan dan Trengganu dan juga hari peperiksaan UPSR diumumkan...tahun ni aku tak perlu mendebarkan hati aku ni sebab anak aku tak ambik UPSR...tahun depan baru la aku akan mendebarkan hati kecil aku ni...

Berbalik kepada cerita cuti sekolah tadi, sebenarnya anak aku yg form 1 tu hari selasa merupakan hari terakhir persekolahan beliau. Harini dia memang cuti sebab peperiksaan SPM. Semalam pulak dia yang pandai2 cuti sendiri...gasak dia la... kalau ikutkan aku taknak la bagi anak2 ponteng sekolah takut jadi kebiasaan tapi aku tengok anak2 kakak2 aku yg cikgu cikgi tu selamba jer ponteng sekolah tanpa rasa bersalah aku pun bagi jugak la...

Cuti sekolah ni memang aku nanti2kan sebabnya aku tak la kelam kabut di waktu pagi...tapi yang tak tahan tu boleh dikatakan setiap jam anak2 aku akan talipon mengadu itu dan ini...sekejap yg no 3 tepon bagitau kakak dia taknak bagi dia guna laptop, tak lama lepas tu kakak pulak tepon yang abang tu main ps2 dia tak boleh nak tengok TV, pastu tak lama kemudian abang pulak tepon bagitau bibik masak lauk tak sedap...nasib baik ebiboy tak reti nak tepon lagi kalau tidak sah2 la dia tepon nak ngadu pasal 'lettot'...

Monday, November 16, 2009

Boikot...

Pagi tadikan masa tengah khusyuk buat keja tetiba perut aku rasa lapar. Jam masa itu menunjukkan pukol 10.20 pagi, memang sedang elok la utk aku pegi kafe untuk mkn pagi sekali dgn lunch cover utk minum petang jugak tu... Dengan tidak berlengah lagi aku pun pegi la kafe ofis aku tu...sesampainyer di situ aku pun order la mee bandung, sekali pakcik tu kata kuah utk mee tak siap lagi...ok takper aku order bihun sup pulak...sekali lagi pakcik tu kata kuah tak siap jugak...pendek kata benda yang berkuah semua belum ada... (Masa aku order tu isteri pakcik tu ada kat sebelah dia tolong dok jawab jugak la, manakala isteri beliau yang sorang lagi...aku ulangi isteri beliau yang sorang lagi sedang membasuh segala pinggan mangkuk kat dalam sink tu) Oleh kerana masakan berkuah semua xder aku pun berhajatla nak order megi goreng...pakcik tu kata yang bergoreng semua boleh...sekali tu isteri pakcik tu kata tak boleh jugak sebab isteri dia yg selalu masak tu tak abis lg basuh pinggan... geram tahap gaban dah aku masa tu...nak menjual pun macam nak taknak jer...tanpa kata apa2 aku terus balik ker ofis...dalam hati aku dah berjanji dengan diri aku nak boikot kafe tu seminggu...biar aku tak makan, biar aku jadi kurus asalkan hati aku puas...
Lebih kurang 20 minit kemudian sedang aku buat keje2 kt ofis tu tetiba hb aku call. Dia kata dia ada kat kafe ofis aku dan suh aku pegi situ untuk mkn sama2...maka dengan itu kempen boikot aku tu pun berakhir...kempen boikot seminggu aku tu hanya bertahan 20 minit...Ini baru betul hangat2 tahi ayam....

sawang...

kesian blog aku ni..dah lama tak update..tp hari2 aku jengah sini dan jugak blog kawan2 yang seangkatan untuk menunaikan kewajipan...hik3. Nasib baik aku ingat lg password utk blog aku nih...kalau tidak kenala buka blog baru gamaknya...
Adios dulu la buat masa ni..ada masa nanti aku update blog ni...tungguuu

Sunday, November 8, 2009

Bila Yuka Rajin....

Kehidupan seharian aku ni sebenarnya bukan lah serajin mana....kalau memasak pun setakat untuk makan anak beranak jer..itupun yang basik2 jer...xder la extra2 dengan desert bagai...tapi ada kalanya aku menjadi agak rajin...bila masa itu tiba aku akan masak yang best2...( best pada pendapatan aku la kan...)
Baru-baru ini dengan tak semena-mena aku teringin nak buat kek buah...aku rasa dah berkurun aku tak buat kek...sampai aku pun tak ingat bila kali terakhir aku buat kek...mungkin 4-5 tahun lepas kot... So malam itu lepas jer dinner aku pun mengajak bibik membuat kek buah-buahan...
Ini lah hasilnya....tadaaaa.....

Adunan kek yang telah diletakkan dalam acuan...yang nampak hitam2 itu ialah buah kismis...bukannyer kepala tauge ataupun lalat....


Ini pulak kek yang telah siap di bakar.... yang mcm tangan ngan yin kat sebelah tu, tangan aku la...puji hasil masakan sendiri....

Ini lah rupa bahagian dalam kek itu...sangat gebu dan tidak berminyak...ekceli aku ada ambik gambar kek yang diletakkan dalam pinggan...tapi malangnya ebiboy dah delete pic tersebut...
So apa pandangan anda pakar2 masakan diluar sana tentang kek buah yang aku buat ni? Ok tak?


Tuesday, November 3, 2009

Beli Kereta Dapat PJK!!!

Hah?!! Biar betol ....tapi ianya memang betul sememangnya fakta dan bukan auta...aku pun pada mulanya sukar nak mempercayai berita yang paling sensasi dalam abad ini...tapi setelah diselidik ternya berita ini adalah benar tiada yang tidak benar melainkan benar ( masih terpengaruh dengan situasi di mahkamah semalam...hik3)...tapi untuk mendapa PJK tu ada syarat2nya juga...antaranya kereta yang hendak dibeli itu mestila a brand new car...keter secondhand tak layak. Syarat lain pulak mesti beli dalam tempoh yang tertentu...kenapa? masih tak percaya?... Kalau tak percaya korang boleh try sendiri...

Perkara pertama yang korang perlu buat ialah menempah kereta baru sekarang...kereta cap apa pun takper...kereta nasional ker, kereta kontinental ker waima kereta jepun sekalipun layak untuk mendapat PJK ini. Setelah dapat kereta itu korang cepat2 pergi buat pendaftaran di JPJ dan pastikan korang membuat pendaftaran menggunakan pendaftaran negeri Pulau Pinang...nescaya korang akan mendapat no pendaftaran PJK XXXX..... ingat tempoh masa terhad....hik3...jangan marah ha...

Monday, November 2, 2009

Hari ini dalam sejarah...

Hari ini aku cuti...aku cuti sebab nak temankan hb aku yang ada kes mahkamah di perlis nun...first time ni aku tgk prosiding dijalankan secara live...selalunya tengok dlm tv jer...best jugak rupanya yer...ada bantahan dari peguam2 mcm dlm tv tu la...dalam kes ini hb aku cuma jd saksi untuk plaintif so...xla saspen sgt... perbicaraan selesai lebih kurang pukol 12.30. kemudian kitorang pegi lunch di restoran anjung keli...lepas makan tgk jam dah dekat pukul 2.00 ptg...teringat yang kami ada urusan lain yang amat penting pada pukul 3.00 ptg. Makanya terpaksa la suami aku memecut kereta ala2 kimi raikonen supaya kami tiba on time...kami berjaya sampai di rumah fahter inlaw aku itu pada pukul 2.45. sampai disitu org semua dah menunggu dalam kereta.. kitorang sampai jer terus kami bergerak...aku yang dari perlis menahan nak tencing tak jadi nak turun dari keter dah...takut kene marah...hik3 . Nak tautak kitorang pegi mana?hehhehe...sebenarnyer kitorang nak pegi meminang...rumah pihak pompuan tu takla jauh..4-5 km jer dr rumah pakmertua aku tu...kami sampai disitu pukul 2.58 ptg dan kami masuk dalam rumah itu ngam2 pukul 3 petang...terer kan aku dan hb timing..

Tuesday, October 27, 2009

Pisang Bakar Berkeju...


Salam 1 Malaysia.... Nak tanya ni korang penah tak makan pisang bakar berkeju? perghh sedap gila tau... aku first time makan mender tu masa bercuti dibandung dgn cikmin tu...bahan2 dia simple jer pisang/cheese/coklat sikit tapi rasa dia walla....lemak, masin , manis semua ada.... kan cikmin kan... Masa pergi Jakarta haitu kitorang makan lagi mender tu...sebab kat mesia ni x jumpa org jual... haritu aku try gak buat tapi macam x sedap jer...mungkin silap guna cheese tu... jadi bukan salah aku pisang bakr berkeju tu tak sedap tapi salah kan si cheese bedebah itu...

Nanti nak try buat lagi sekali....

Sunday, October 25, 2009

Ole-ole Bali...(entry basi)

Kalau nak diikutkan dah basi pun entry ni...tapi aku tak kira aku nak tulis gak cerita percutian ke Bali aku tu...Pada 28 September bersamaan dgn 8 Syawal ( dah hampir sebulan...) haritu aku dan suami pergi bercuti di Bali. Projek nak ke Bali ni aku rancang dgn CIKMIN lama dah...sejak tahun 2008...masa tu airasia tgh gila2 buat offer...dan kami ni pun tak menang tangan dok buat booking...tapi sebagai manusia kita hanya merancang...perancangan kami tak jadi seperti yang sepatutnya...Nak tau sebab apa tak jadi? Sebabnya cikmin di beri rezeki yang dia tunggu2 selama ni...dia nak dpt CK junior...Disamping percutian ke BALi tu, percutian ke Kuching pun tidak disertai oleh cikmin...( takper cikmin bila CK junior dah besar kita jalan2 lagi na...)...Percutian ke Bali ni sepatutnya kami pergi bertujuh iaitu pasangan aku dan cikmin serta 3 orang sepupu beliau...oleh kerana cikmin dan pasangannya tak dapat pergi maka kami hanya pergi berlima...cerita nak pergi berlima ni pun kelakar jugak...iyerla kan sebabnya aku tak kenal kazen2 cikmin tu...dan diorang pun tak kenal aku...so masa hari pemergian tu waktu aku masih di Putrajaya cikmin antar SMS katanya kazen2 dia dah sampai di LCCT...aku pun bagitau cikmin aku masih dirumah dan akan cari kazen dia nanti di LCCT...lebih kurang pukol 2.30 aku pun sampai di LCCT...selepas check-in bagai aku pun masukla kat tempat menunggu tu sesambil mata meliar kiri kanan mencari kelibat2 manusia yang berpotensi sebagai kazen cikmin tu...tapi taknampak la pulak...aku pun sms cikmin bagitau dia yang aku tak nampak pun kazen dia....kemudian dia membalas katanya kazen2 dia ada belakang aku...masa tu aku malu nak pandang belakang...taktaula kenapa mesti malu kan...mungkin juga memang dah sifat aku yang pemalu sejak azali ni...hik3. Pastu aku terus call Cikmin sebab dah sakit jari nak sms...masa cakap2 tu cikmin bagitau la ciri2 kazen dia yang bertiga tu...apu pun pandang kebelakang...nampak ada la 3 orang yang aku yakin kazen dia tu...then cikmin menambah kazen dia yang pompuan tu muka iras2 pelakon dynas...then aku bagitau cikmin memang la ada 3 orang yang aku rasa kazen dia tp mana aku tau muka dia tu macam dynas ker tak sebab semua pakai face mask...pastu cikmin kata kalau pakai mask tu memang kompomla kazen dia sebab mereka ni sgt perihatin bab2 kesihatan ni...lebih kurang setengah jam lepas tu baru la aku ni dengan gaya ala2 malu kucing pergi menegur kazen cikmin yang bernama rina tu...nak mula jer susah lepas dah bertegur sapa tu terus lah beramah mesra hinggalah kitorang selamat balik ke Malaysia...

Tentang Bali ni pulak memang pemandangan disana sangat cantik...pantai kat sana cantik sangat...patutla Asyraf dengan Bunga sampai teruja...hik3 cuma nak makan memang susah sikit kat sana tu...almaklum la kan kat sana tu hampir 85% penduduknya orang hindu... dan hampir semua tempat2 yang menarik yang dikunjungi adalah tempat yang mempunyai unsur2 keagamaan hindu...pada pandangan peribadi aku la kan, aku lebih suka ke bandung ataupun jakarta...sebab di sana tu lebih senang untuk dapat makanan Halal. Membeli-belah jugak lebih asyik dong kalau di bandung...hehhehe
Cakap banyak pun tak guna...apa kata kita tengok jer gambar2 kat sana tu. Sebenarnya entry ni jadi lambat nak di siarkan sebab konon2 aku nak collage gambar2 di bali tu...baru la boleh letak banyak2 tp aku tak reti la pulak nak buat collage tu padahal baru jer belajar masa raya haritu...jadi kat bawah ni aku letak gambar 2-3 ke[ing jer la sebab taknak makan ruang yang banyak...hehhehe
Jom layannnnn

Yang dalam gambar itu bukan aku yer tuan2 dan puan2...itu hanyalah gambar hiasan...lokasi dalam gambar tu adalah di Pasar Ubud...best jugak shopping kat sini tapi kena pandai bargain kalau tidak tipah tertipula jawabnya....ada 1 summer dress tu aku memang teringin sangat nak beli...bila aku tanya harga katanya RP120,000.00 terus aku tak jadi beli...kalau nak tawar pun aku taktau nak letak harga berapa... aku nak terus jalan jer masa tu tetiba org yang jual tu turunkan harga katanya RP70,000.00. waktu tu aku dah berani tawar terus aku mintak 25,00.00 tapi dia tak kasi la pulak...lepas tawar menawar akhirnya aku beli baju itu dgn harga 35,000.00....jauh bezakan dengan harga asal tadi...yang hubby aku tu pulak sampai di Bali tu terus pulak jatuh cinta dengan replika basikal dan beca yang di buat dari besi/chrome tu...asal nampak jer nak beli...akhirnya kami balik ke Malaysia bersama sepasang basikal ( 1 untuk cewek dan 1 untuk cowok) dan 2 buah beca....lupa pulak nak ambik gambar benda2 tu...tp best jugak basikal2 dan beca2 tu...macam basikal sebenar siap ada rantai semua dan boleh kayuh pedal dia tu...penjual tu kata boleh naik basikal tu...tapi dalam mimpi jer la...hehhehe pandai buat lawak lak orang tu...



















Yang ini pulak hotel yang kami tidor pada hari pertama...tengok la jam tu ...korang perasan tak kalau iklan jam dalam surat khabar jarum dia mesti kedudukan macam tu. ( pukul 10.10)...sebab itulah bila aku masuk dalam bilik tu cepat2 aku ambik gambar sebab taknak bagi jarum panjang tu berubah kedudukan....nama hotel tu green garden.


















Ini pulak pemandangan di Kintamani...kat belakang tu ada gunung berapi yang masih aktif...tapi time kitorang pegi tu dia tido la....kat situ udara agak sejuk tapi matahari terik waktu tu...






















Yang ini pulak dalam kilang silver...macam2 hiasa ada .rantai, gelang,cincin, brooch dan macam2 lagi lah...tapi kitorang tak beli apa pun..tengok2 jer...bukan setakat tengok perhiasan2 yang di jual tapi dinding kedai tu pun kami perati sebab cantik interior dia tu...sangat berseni...









Ini pulak di pantai Kutta...cantik pantainya...sangat mententeramkan jiwa....

Aku rasa yang tu jer kot yang mampu aku cerita tentang percutian ke bali tu...dah lama sangat mood nak cerita tu pun dah berkurang...lagi 1 sori yer pasal gambar yang culang caling dan kecik/besar tu...malas dah aku nak ejas2...kalau nak ejas lagi mau sebulan pulak baru entry ni boleh publish...hik3

Tuesday, October 20, 2009

kisah seram....

Salam 1 Malaysia. Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan....
Harini kan aku nak cerita kisah benar tentang peristiwa seram yang aku alami malam semalam...

Cerita dia macam ni...semalamkan lebih kurang pukul 10.45 macam tu ketika aku sedang sibu berfacebooking dan berblogging manakala anak2 aku dan bibik sedang menonton tv cerita awan dania...aku terdengar bunyi macam duit syiling/batu kecik dijatuhkan kelantai di tingkat atas rumah aku... masa dengar tu aku buat derk jer la...walaupun dalam hati terdetik jugakla perasaan heran...sebab mana ada orang kat atas tu... aku cuba abaikan bunyi itu dengan meneruskan aktiviti facebooking aku tu...tetiba aku dengar bibik aku kata

" Macam ada orang baling duit syiling kat atas tu"

terkejut aku dengar dia kata mcm tu...ingatkan td tu aku sorang jer yang dengar...pastu aku dengan slumber aku kata

" mengarut la bibik ni...tak dengar bunyi apa pun"

( padahal dalam hati aku dah cuak gila)...pastu anak2 aku menyampuk

"betul mi..danial pun dengar"...

aku dah semakin cuak..tapi masih taknak tunjuk takut...aku pun kata

" munkin bunyi kat rumah sebelah tu"

pastu bibik aku menyampuk

" takla...bunyi macam kat atas ni jer...mcm kt bilik ibu tu jer"

pastu anak aku menyampuk lagi...

" dahla bik...takut la

pastu bibik tu kata

" erm munkin kat rumah sebelah la tu"

nak menyedapkan hati masing2 la tu...

Walaupun masing2 dah tak sebut tentang bunyi tadi tu tapi aku mula tak sedap hati...nak tgk facebook pun dah tak berapa best...pukol 11 lebih aku pun mula nak tido... tapi mata aku tu pun macam siot jer...taknak lelap la pulak...terkebil2 sampai kol 12 lebih...akhirnya aku terlelap jua...
Pukul 5.30 aku pun terjaga...seperti biasa aku terus ke bilik aku di atas tu utk mandi...masa sampai kat bilik tu , dalam cahaya yg samar2 aku ternampak sesuatu atas lantai...macam batu kecik...agaknya benda tu la yang bunyi malam tadi tu...dalam hati aku dah kata macam ni

" ahhh...sudah, sapa laa yang nak manderem aku ni sampai main baling2 batu masuk bilikni"

Kemudian aku terus buka lampu nak tengok benda itu dengan lebih jelas.... korang nak tau tak apa yang aku nampak? Aku nampak benda kat bawah ni...

.....



.....



....



....




....






Rupa2nya bunyi yang kitorang dengar malam tadi tu datangnya dari pemegang pintu almari yang tertanggal tu....CHEHH!!! hampeh betul.... sia2 aku menakutkan diri malam tu sampai tak boleh tido....

Monday, October 12, 2009

Benda bulat...


Aku bengang dengan sikapmu aku rasa buang masa....mcm tu la lebih kurang lirik lagu akim AF tu....haritu aku bengang dengan sikap sengal cashier dekat d'stor tu...buat keja tak semenggah..hingga menyusahkan aku...nak tau sebab apa? korang tgk la gambar kat sebelah tu...nampak tak apa yang aku nampak? kesah dia macam ni..beberapa hari sebelum ke Bali aku beli la 2-3 helai baju termasukla t-shirt kt sebelah tu...lepas dah pilih2 dan promoter kat situ dah buka bil aku pun pegi ke kaunter bayaran untuk buat bayar la kan...dah selesai semua aku pun balik...malamnya ketika aku nak try baju2 itu aku tengok 1 daripada baju itu ( yg dalam gambar tu la) tidak di buka tag yang bulat tu...apanama tah benda tu....benda tu nak mengelak orang curi...kalau kita bawak baju keluar dari situ tanpa menanggalkan benda tu alarm dekat pintu keluar tu akan bunyi...tapi bagi kes aku ni tak pulak bunyi apa2 time aku keluar tu...nasib jugak tak bunyi kan kalau tidak tak fasal2 orang ingat aku ni maling pulak..ya ampunnn
Aku cuba juga buka benda tu tp susah la...masa aku ke rumah kakak aku di PUJ aku bwk gak baju tu...aku tunjuk dekat kakak aku tentang benda bulat yang ada pada baju tu...kakak aku pun heran kenapa ianya tak berbunyi masa aku bwk keluar...pastu abang ipar aku yang bercita-cita nak jd mcgyver tu berminat nak selesaikan masalah aku....aku tengok beria benar dia study benda tu...kemudian siap ambik hammer kecik untuk ketuk2 benda tu...mula tu tak jalan jugak...pastu dia guna apa tah..akhirnya terbuka jugak benda tu....aku lupa nak ambik gambar benda tu setelah dibuka....walauapapun aku bersyukur la sbb tak payah pegi balik d'stor tu untuk bukak benda tu...
Moral of the story kalau kita beli baju yang ada benda bulat tu kena pastikan benda tu telah ditanggalkan....kalau tidak kita jugak yang susah....

Wednesday, October 7, 2009

Demam...

Sekarang aku tengah demam selsema dan batuk2....sungguh tidak selesa...bila dah demam aku jadi xder mood nak update blog..byk yang aku nak cerita di blog aku ni terutamanya mengenai percutian aku di Bali tu...aku akan cuba sedaya upaya untuk buat entry trip ke Bali tu selepas ini...rugi kalau tak didokumentasikan cerita percutian aku tu...
Hari ini dan esok aku ada peksa PTK...hari ni soalan objektif... semua jawapan dapat dijawab...betul ke salah itu belakang punya cerita...esok lak soalan esei..dari 10 soalan kena jawab 5...tp dalam kedaan aku yang tak brp sihat ni aku baca buku 1 hapa pun tak masuk...cemana nak jawab exam..jadi aku telah mengambil keputusan untuk tidak pergi exam esok...

Saturday, September 26, 2009

Salam Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri dari yuka-luv & family...
Posted by Picasa

Thursday, September 17, 2009

Minggu terakhir puasa....

Rasanya macam baru jer kita berpuasa tiba-tiba Ramadhan dah sampai penghujung...sedeh la nak mengucapkan selamat tinggal kepada bulan Ramadhan ni kan....Bila dah akhir2 Ramadhan ni aku rasa aku jadi semakin malas nak masak...anak-anak aku (termasuk anak mak mertua aku tu) pulak semakin susah nak dikejutkan untuk bangun sahur... 4-5 kali kejut baru nak bergerak....


Semalam kami berbuka di KFC jer...aku ni sebenarnya bukan suka sgt pun kfc tapi tghari tu aku tengok budak2 pompuan yang tak bley puasa kt ofis tu mkn kfc tetiba jer aku jadi teringin... Lepas berbuka kami beli baju raya hb aku pulak...aku ingat dia nak recycle jer baju raya 3-4 tahun lepas yang juga kaler merah...rupa2nyer member tu pun nak beli baju baru jugak...so semalam hb aku beli sepasang baju melayu, sehelai t-shirt dan sehelai kemeja...



Dalam gambar tu menunjukkan promoter tu sdg iron baju raya suami aku...saja jer hb aku suh awek tu iron baju tu siap2...nanti xla teruk bibik aku tu nak iron kan...hik3

So persiapan kitorang hampir siapla...cuma kasut utk aku dan hb serta ebigurl jer belum dibeli...anak aku yg sulong tu xnak kasut raya ...sbb kasut yang sedia ada masih elok katanya... bagus2 bolehla masukkan bajet tu dalam peruntukan kasut mak dia pulak...ahaks...


kueh2 raya aku belum beli lg...aku cuma buat 1 jenis jer haritu...biskut cornflakes madu...kuih yang paling senang dalam dunia tu... Bibik aku pulak dengan rajinnya buat kuih sepit dan kuih tempeyek...jadi aku rasa nak beli 2-3 jenis lg cukup la...



Inilah rupa bentuk kuih raya yang aku buat tu... comel gak kan...sedap pulak tu...kalu tak aku yang puji kuih aku tu saper lg nak puji kan....

Monday, September 14, 2009

Kad Raye..

Banyak tak korang dapat kad raya? Aku dapat 1 kad raya dari cikmin...dah lama aku ambik kat rumah dia tp tak sempat nak tunjuk kt sini...terima kasih yer cikmin diatas ingatan cikmin tu...nasib baik di kad tu cikmin tak letak pantun "pecah kaca pecah gelas tu" kalau tidak mana la aku nak pi cari kad raya nak balas balik...


Yang kat bawah ni pulak kad raya yang ori ( yang boleh di pegang2 ) yang aku dpt last week...excited gila bila tgk ada kad ubtuk aku...maklumla kan zaman sekarang ni jarang dah orang nak antar kad raya...tak sabar aku nak tahu siapa pengirim kad tersebut... bila dah buka rupa2nya kad itu dihantar oleh XUN hairsaloon tempat aku selalu potong2 rambut tu....ahaks...bagus betul la kedai tu...dahla hairdresser tu ensem cam afgan (versi cina la kan) baik dan peramah lak tu...



Thursday, September 10, 2009

Happy Birthday Marsya

(letak tajuk dulu)

Wednesday, September 9, 2009

Buka Puasa...

Petang semalam dengan tak semena-mena pak mertua aku bgtao dia nak datang berbuka puasa di rumah aku...Aku dan hb sgt berbesar hati la kan sebab bukan senang nak ajak FIL aku tu dtg rumah... tapi aku susah hati la ... sebab taktau nak jamu apa bila FIL tu dtg nanti. dah la harini aku kerja nak cuti pulak maklum saja la kan...aku dah apply cuti raya byk hari.... Nasib baik la hb aku tu ada ide yang sangat brilliant....dia nak mintak kakak dia tolong masak. sebabnya FIL aku tu akan dtg bersama kakak ipar aku tu jd diorang kene dtg awal sikit la....lega la...selesai masalah...so petang td aku sampai rumah kol 5.30..FIL aku beserta rombongan dah ada dirumah...kakak ipar aku tu pun dah get ready nak masuk dapur... lepas solat asar aku pun joined diorang kat dapur ... kami masak ikut kepakaran masing2 la kan. kakak ipar aku tu masak kari kepala ikan, aku masak sambal udang dan bibik aku tu masak kailan ikan masin... bila sepakat mcm tu sekejap jer dah siap semua

...kol 6.30 kami dah bley berehat-rehat depan tv...apa yang penting KERJAAAAAASAMA...hik3


Ini lah sebahagian juadah berbuka puasa kami harini...ada kari kepala ikan, sambal udang, kailan ikan masin ikan goreng... semua sedap2 belaka...sapa lg yang nak puji kan...hik3

Tuesday, September 8, 2009

Keja...keja... raya...raya

Sesampai jer aku di muka pintu bilik aku kat ofis tu aku ternampak timbunan2 baucer untuk dibuat bayaran.... banyak giler rasa macam nak pitam aku tgk... tak cukup ruang atas meja, atas kerusi pu diorag letak jugak....


Lihatlah dunia....kejeku yang menimbun




Tak cukup ruang atas kerusi kat atas lantai pun ada lagik.... tapi aku tetap aku...walau keje banyak aktiviti on9/fb/blogging/ blog hopping ( cuma tak sempat nak tinggalkan komen) tetap jalan seperti biasa...work smart naaaa bukan work hard...hik3...

Apa-apapun aku dengan sukacitanya nak bagitau korang yang raya ini aku nak cuti sakan... aku cuti 2 minggu... habis beraya dalam malaysia aku nak sambung raya 6 di negara seberang pulak...hik3

p/s: cikmin, kamal tu jd ker nak pegi?

Sunday, September 6, 2009

Baju Raya...Lagu Raya

Semalam dah 15 Ramadhan... aku dah siap beli baju raya untuk anak2 aku ptg semalam. pukol 3 lebih kitorang pegi sampai rumah pukul 10.30 mlm...penat gila... tinggal kasut jer belum beli... Warna tema tahun ni ialah merah menyala... ekceli aku ni takla jenis yang ikut tema beria...saja jer la kan suka2. sebelum ni anak aku yang pompuan selalu lari dari tema sebab depa tu memanjang nak baju kaler pink tapi tahun ni aku berjaya mentemakan anak2 aku tu...jd semua baju merah...i likeee

Habis dah bab baju... sekarang ni kat radio dah mula berkumandang lagu2 raya...aku memang suka sangat dengar lagu raya ni...tak jemu2...korang pun mesti macam tu jugak kan...antara lagu yang aku suka dendang perantau, lagu yang mamat exist nyanyi tu ( sekarang mawi pun nyanyi gak lagu tu) pastu lagu 1 hari di hari raya dan banyak lagi lah yang aku suka....Korang pulak suka lagu apa?

Wednesday, September 2, 2009

12 Ramadhan sudah...

sekejap jer kan dah pun 12 hari kita berposer...bila citer pasal posa ni kan aku nak tanya dgn korang sumer, penah tak korang termakan semasa berpuasa kerana terlupa? mesti ada yang penah kan... tapi aku rasa xder saper yang boleh lawan kes terlupaan aku nih....hik3
Citer dia macam ni... masa tu bukan la bulan puasa pun cuma haritu aku berpuasa sbb bernazar... sewaktu kejadian aku ada nun jauh di london... oleh kerana posa nazar jer maka di situ aku sorang jer yang puasa... tengahari tu aku membantu la housemate aku tu buat kueh utk minum petang dan juga untuk aku berbuka puasa...selepas dah siap kueh tu aku mengikut suami aku kerumah kawan dia...masa tu lebih kurang pukol 3 ptg...masa turun dari rumah aku masih ingat yang aku nih berpuasa... sesampai saja rumah awan hb aku tu aku tercium bau cekodok pisang...masa tu aku aku terus dah tak ingat yang aku ni puasa...dalam hati rasa tak sabar nak mkn cekodok pisang tu..almaklumlakan bukan senang tu nak mkn cekodok pisang di london...
sebaik jer kami duduk tuan rumah tu pun jamula kitorang ni dgn cekodok, keropok ikan dan milo panas...perghh...mmg peberet aku semua tuh...apabila dijemput makan aku pun makanla tanpa rasa malu2 dah...siap tambah milo lg tu.. ( mai sechawannnn )...aku heran gak pesal la aku lapar semacam....sampai sudah tau aku tak ingat yang aku ni puasa...yg hb aku tu pun sama gak boleh dia tak ingat yang aku ni puasa.... dah selesai semua urusan kami pun balik ke rumah...
sesampai jer dirumah tetiba haousemate aku tu kata mcm ni
" yuka kueh untuk yuka nak buka puasa nanti akak letak kat atas meja"
....hah!!!!! aku puasa??? "alamak! akak yuka lupa la yang yuka puasa...td yuka dah termakan kat rumah G...cemana ni kak?" gabra dah aku ni...
" kalau kita terlupa takper...lainla kalau sengaja" kata housemate aku tu...
" tapi kak , yuka bukan termakan sikit tapi sampai kenyang. takper ker?" tanyaku lagi...
" ishhh aku pun tak sure la tp rasanyer xper kot...posa jerla terus... fadzili pun tak ingatker yang yuka puasa?"
"dia pun tak ingat..."

dipendekkan cerita, haritu aku meneruskan puasa aku tu... bestkan kalau lupa sampai mcm tu? alang2 terlupa biar sampai kenyang...hik3

Thursday, August 27, 2009

66668


satu haritu semasa keter berhenti kat traffic light, tiba2 hb aku kata " eh tengok meter ni lawa la millage dia 66666" aku pun tgk kat meter tu.." yer la jap nak ambik gambar" tapi dalam pada terhegeh-hegeh nak ambik hp dalam handbag lampu isyarat tu dah tukar jadi hijau daa.... yang dalam gambar tu aku dpt ambik bila meter tu dah jadi 66668....

Tuesday, August 25, 2009

Resipi Dadih SINAR Ramadhan

Bahan-bahan:

1. 1 tin susu cair - brand apa pun tak kisah

2. 1 bungkus coffe-mate 450gm - kadang2 pek tu dia bg free 50 gm. boleh masukkan semua.

3. 1 bungkus agar2 cap burung layang2 - berat dia 10 gm. (serbuk) harga kat sini RM2.20 (kalau guna cap lain tak gerenti la jadi ka dak)

4. 2 cawan gula ( kalau yang tak suka manis atau pun menggunakan perasa yang manis bolehkurangkan sukatan gula.

5. 3 liter air - kalau nak senang sukat dgn botol air mineral yg kecik tu. kalau terlebih sikit2 tu jgn risau. dadih ni tetap jadi punya.

6. secubit garam

7. perasa - yg ni ikut la perasa yang disukai. ( jangan bubuh serbuk perasa ajino moto dah la... tak sesuai...yuka selalu buat perasa jagung dgn stoberry)

8. bekas2 kecil - bekas yang macam org jual dadih tu . kat sini yang kecik m12.00/100


cara-cara:

1. masuk kan kesemua bahan kecuali perasa dan bekas plastik kedalam periuk. kacau2 sikit bg semua bahan tu larut. bila dah mendidih tutup api2. bahagikan bahan ikut perasa nak di buat. kalau nak buat 3 perasa bahagi

3. ambil 1 bahagian masukkan perasa yang diingini. kemudian tuangkan kedalam bekas kecil. kalau tak buboh perasa anda akan dapat dadih yang kaler putih tu. yg tu pun sedap jugak. kalau dadih perasa jagung disamping memasukkan perasa jagung kalau nak bg sedap lagi masukkan jagung dlm tin tu. Selamat mencuba. memang senang sangat resipi ni. gerenti jadi punya. Sesuai untuk dimakan oleh orang dewasa dan kanak-kanak.



nota tambahan: 1 adunan boleh dapat 50 bekas ( kalau yg kecik)



nanti aku cuba dapatkan testimoni dari mereka2 yg pernah mencuba resipi ni.

Sunday, August 23, 2009

2 Ramadhan...

Sudah 2 hari kita menunaikan ibadat puasa...anak2 aku pun kecuali ebiboy telah berpuasa dengan jayanya...Hari pertama kami berpuasa di rumah bapa mertuaku...juadah haritu aku yang masak sambil dibantu oleh bibik2. Menu kami hari itu ialah kari kepala ikan , sambal sotong dan ayam madu... sangat menjadi kari kepala ikan aku tu...sampai kan bibik aku kata ' ambikla gambar bu' masuk kat internet' hehhehe dia dah tau peel aku yang akan ambik gambar makanan yang aku masak... aku rasa aku adalah seorang menantu/isteri/ibu misali pada hari itu



Inila rupa sambal sotong aku tu.. untuk makluman aku memang terer masak sambal sotong ni. Masa Arwah MIL aku ada inilah satu2 nya masakan yang dia berani suruh aku masak....









Ini pulak kari kepala ikan. Tapi tak berapa nampak sgt ikan tu sebab kuah banyak...kalau dulu2 aku jadi asisten ja kalau nak masak kari ni...setakat tolong2 kupas bawang dan tolong tumis..tp kali ni aku dah jadi chef... sedap gila kari aku buat haritu...hik3

Ayam madu pulak takder dalam gambar sebab yang tu masak dekat nak berbuka..

Untuk hari kedua pulak aku hanya jadi pembeli misali..hb aku pi kl...setakat aku and anak2 nak makan cari kat pasar ramadhan jer la...

p/s : 1 Ramadhan - 55kg

2 Ramadhan - 55kg jugak

Thursday, August 20, 2009

Kad Selamat Berpuasa dari cikmin

tq yer cikmin....

Monday, August 17, 2009

Rindu...

Sesungguhnya aku sgt rindukan blog aku... tp kesibukan ini menghalang aku untuk bermanja-manja dgn blog aku nih...

Tuesday, August 11, 2009

moshi-moshi

Salam semua... ini merupakan entry yang pertama sejak aku balik dari kuching... memang byk cerita yang aku nak type kt blog ni tapi masa amat mencemburui aku...chewahh... balik dari kuching asyik meeting sana sini sampai tak sempat aku nak berblogging...nak jengah blog kawan2 pun tak sempat... Nasib baik harini sistem untuk buat payment kat ofis ni downsyndrom maka dapat la aku mengupdate blog aku...

Tujuan utama aku update blog aku ni ialah aku nak ucapkan terimakasih banyak2 kat cikmin yang telah bersusah payah memberikan hadiah sempena harijadi aku... Hadiah minyak wangi beserta ucapan semoga persahabatan kami akan mekar dan mewangi macam minyak wangi tu jugak..hehhehe...tapi itu la kan ...kejutan itu tak begitu menjadi sebab posmen taknak kasi hadiah tu kat bibik aku tu...depa tinggal kad suh pi ambik sendiri kat pejabat pos laju...masa tu aku dok pk2 gak apa benda dan siapakah pengirimnya...tak mungkin la surat saman speed trap...sebab aku ni kan pemandu yang berhemah...hik3
So masa tengah meeting tu dpt sms dari cik min dia tanya dah dapat parcel dari dia tak... maka dengan itu terjawabla siapakah pengirimnya... sebenarnyer cikmin tu risau takut parcel tu tak sampai...yerla kan dah aku senyap jer...patutnyer balik dr kuching aku telah disambut oleh minyak wangi itew... takper cikmin walaupun kejutan tahun ini gagal boleh cuba lagi tahun depan... kalau gagal lagi boleh cuba lagi dan lagi dan lagi...hik3
Kepada Cikmin ( dan juga cik kamal) tq yea sebab bersusah payah bagi hadiah tu ( nak cari alamat lagi kan) ...i likeeeee

p/s : entry cerita serawak akan menyusul kemudian

Wednesday, August 5, 2009

Salam Dari Bumi Kenyalang...

wahh rindu benar dekat blog aku ni...lama dah tak beronline tak bertenet tak menjelajah blog kawan2...semua ni kerana aku sedang berada di bumi kenyalang...lastweek hotel yg aku tido takder network connection yang free...so terputus hubungan la seketika dengan dunia cyber. Nasib baik hotel yang aku tido sekarang dapat tenet free...so dapatla aku bersiaran dari seghawak...sekarang dah hampir 1 pagi...aku baru lepas kemas2 barang...esok dah nak balik...weee.

p/s: kepada eryn lepas ni bolehla kita bergosip murahan liar lagi...

Sunday, August 2, 2009

Happy birthday....

Hari ini 2 Ogos merupakan harijadi hubby aku yg sorang tu...besday kitorang memang dekat2...selang sehari jer...so kalau time birthday aku dia tak bagi hadiah ...bila besday dia pun aku tak kasi hadiah gak...baru adil dan saksama... aku tak larat nak tulis byk2 sbb baru sampai balik dari serawak...pastu nak tidok sekejap sebab pagi esok nak ke serawak lagi...takut tak bangun jer pai2 esok tu...kol 5.30 pg nak turun dr rumah sekarang dah pukol 1.35... beg pun belum habis unpacked dan baju2 baru belum lg di pack...adusss....penat mak mcm ni...

ps: aku baru lepas mandi ni so kalau aku dah tak mandi lg pg nanti rasa2 ok tak?

Friday, July 31, 2009

Hepi....

Hepi besday to me....hari ini 31 hb julai genapla usia aku 37 tahun... ishh macam tak percaya jer... tapi aku kena percaya la kan...hakikat...tahun ini aku menyambut hari lahir yang ke 37 di bumi kenyalang...jap lagi nak pi cari kek lapis nak buat kek besday... ada kwn aku sorang tu makan keklapis masam manis di hari jadi yang ke 35...(sebintang kita ya...termasuk abg lan sekali)

Monday, July 27, 2009

kuching oh kuching

sekarang ni aku sedang menghitung hari untuk ke kuching. Serawak jer satu2nya negeri yang aku tak penah sampai di Mesia ni....so pemergian aku kali ini untuk melengkapkan program 1 malaysia aku tu la...hik3...program ni aku rancang nak pi sama2 dengan cikmin konon2 nak sambut besday kitorang kat sana...tapi kita hanya merancang.... masa pelan ni dibuat cikmin lom pegnen dan masatu jugak takder H1N1 ni yang ada cuma B1N1..hehehe...disebabkan 2 faktor itulah cikmin tak jadi pegi kuching tu...

Bagi aku pulak rancangan tetap diteruskan kerana anak2 aku dah tak sabar nak pegi..kesian pulak kalau nka dibatalkan...kalau nak tunggu H1N1 ni abis taktau bila pulak la penyakit ni nak hilang...cuma kena sentiasa berwaspada dan Tawakal jer la kan....

Sebenarnya aku dalam dilema jugak bila nak pi serawak ni sebabnya trip aku pergi bercuti ni pada 29/7-1hb ogos... flight dari kuching tu kol 9.30 mlm...sampai penang mesti la dalam kol 12.00 sampai umah aku pulak dlm kol 1 mcm tu....pagi 2/8 tu aku kena pegi kuching pulak atas urusan kerja...flight kol 8..maknanya pukul 6 pg aku dah kene turun dari rumah... maknanya 5 jam jer aku kat rumah...
disebabkan faktor2 itu ada yg memberi cadangan supaya aku stay terus kat kuching tu tak yah balik dah...mula aku dah setuju.... so ofis aku pun batalkan tiket yang 2hb pagi tu...tp tetiba aku rasa sedeh dan sebab lak..iyerla kan pegi 1 family pastu aku kene tinggal sorang2 kat sana...aku mula la terpk cemana hb aku tu nak handle anak2 aku yg 4 orang tu sendirian atas kapal terbang tu...dah la 2hb tu besday hb aku tu pulak...yang paling aku tak sanggup nak kene tido kat hotel sorang2 kalau aku tak balik...setelah aku pk masak2 akhirnya pembatalan tiket aku tu telah ditarik balik....lagipun susah gak kalau tak balik...sbab nak kena bawak baju byk2 la pi kuching tu... daripada tak penah pegi serawak sekali pergi sampai 2 kali mcm tu...hambik kau...

Sunday, July 26, 2009

Bahasa Jiwa Bangsa...


Korang tengok lah dan korang baca lah...ada apa2 yang tak kena tak? Notis tu aku jumpa semasa aku masuk toilet di port swettenham ( di Penang) semalam... aku ketawa sampai sakit perut bila baca benda tu...saper la gamaknyer yang mengarang notis itu... ejaan era jurasik tu...agaknya swettenham sendiri kot yang letak notis tu...hik3...musykil la jugak kan takkan la takder inisiatif dari pihak pengurusan pelabuhan tu untuk tukar notis tu ikut ejaan zaman sekarang...
p/s: baru ku tahu yang rokok pun ada puting! huahuahua

Wednesday, July 22, 2009

Jawapan Teka-teki

Kontes teka-teki aku dah ditutup dengan rasminya pada pukol 12.00 td... Terimakasih di ucapkan kepada semua yang telah mencuba...terutamanya ms aireen dan pB yang berhempas pulas untuk mencuba lagi dan lagi dan lagi hehheehehe...

Berikut adalah jawapan kepada teka-teki tersebut:

1. ayam yang paling pandai - Ayam A1 ( dapat A1 tu pandai la kan)
yang ni PB jawab betul.....syabas

2. tali yang paling kuat - Tali bra ( sebab dapat menahan 2 buah gunung....)
untuk soalan ni pB dah jawab betul tapi tetiba dia ubah jadi tali barut pulak...
so kesimpulannya kontes ni tak ada pemenang cuma ada pengalah......

Tuesday, July 21, 2009

Teka-teki

Harini aku nak bagi teka-teki... teka-teki ni anak aku yang bagi..aku rasa sekarang ni wabak teka-teki tgh melanda kanak2 kat mesia ni...haritu masa kat kg aku tgk diorang sibuk berteka-teki...ada byk teka-teki hari tu tp yg 2 ni jer aku ingat.

soalan yang pertama:
dalam banyak2 ayam, ayam apa yang paling pandai?

soalan yang kedua:
dalam banyak2 tali, tali apa yang paling kuat?

sila la jawab tuan2 dan puan2 yer...

Sunday, July 19, 2009

APM 2009

Lokasi: Ruang Tamu

Sebuah keluarga sedang menonton Anugerah Planet Muzik di astro...Semasa CT sedang membuat persembahan anak g yan no 3 tu bertanya:

Anak no.3 : mummy, umor ct berapa?
mummy: 31 kot.
Anak no.3 : ye ker?
mummy: eh...30 kot...(mummy tu tak berapa ingatla umor ct berapa )
Anak no.3: macam tak percaya la umor ct tu 30.....
mummy: abis tu ingat um0r dia berapa? 20 lebih?
Anak no.3: takkkk... marsya ingat umor dia dah 40 lebih...

huhuhuhu...ada ker pulak...ct yang comei -lotte /kiut-miut tu dikatakan dah 40 lebih? perbualan tak habis di situ

mummy: ada ker pulak ct tu dah 40 lebih...mummy pun belum 40
Anak no.3 : ct tu lagi muda dari mummy ker? ingatkan mummy yg lagi muda sebab tu ingat dia
dah 40 lebih....

huahuahua...kembang sungguh mummy budak tu.....

Persolannya sekarang adakah sudah tiba masanya untuk mummy itu membawa anaknya berjumpa optometris ?

Wednesday, July 8, 2009

Suwa SUWEY kemoning....

Hari Isnin lepas mmg agak suwey la... masa lunch break hari senin tu aku pegi sebuah pasaraya besar...kalau sebut nama pasaraya tu semua org tau...even anak aku yang ebiboy pun tau nama pasaraya tu... Aku ke situ sebab nak beli pampers utk baby aku tu... sekali tu aku tgk ada offer baekkk punya...harga asal rm47++ dah tinggal RM31.85 jer.... so aku pun apa lgi terus la ambik....tp sebelum tu aku pastikan betul2 la yg item tu sama dgn harga yg dioffer...oleh kerana offer itu sgt value for money maka harga offer dia tu di tulis di poster sebesar-besar alam kalau berdiri sebatu pun boleh nampak...(yg ni aku tambah2 jer nak bagi sedap cerita) pastu siap ada gambar lg kat situ...so memang kompom la kan .... oleh kerana waktu rehat cuma 1 jam aku pun cepat2 ambil dan terus ke kaunter... aku pelan lepas tu aku nak beli kfc twister pulak... lama dah aku tak makan mender tu...sampai dah luper rasa dier cemana..Masa kat kaunter tu bila aku nak bayar tetiba harga dia jadi lain... td RM31.85 sekarang dah jd RM 35.85... hangin betul aku masa tu...rasa tipah tertipu....aku pun tanya la aci kat kaunter tu kenapa harga dia tak sama... dia cakap taktau pastu tanya aku jd beli ker tak...aku memang pegi situ sebab nak beli benda tu takkan la tak jadi pulak kan... so aku malas nak bising2 kat kaunter tu. cakap banyak pun tak guna...lepas bayar aku terus la pegi kat diorang punyer customer service ... aku bgtau la mamat kat situ pasal harga yang tak sama tu...pastu kitorang pun pegi la balik kat temppat aku ambik diapers tu...mmg sah la harga yang aku tgk...bila mamat tu tanya pekerja yang kat situ psal harga tu...budak tu kata harga yg besar tergantung tu offer untuk hari semalam...ishhh geram sungguh aku...aku cakapla kalau dah yg semalam punyer kenapa tak tukar...loklaq betoi buat keje...di pendekkan cerita mamat customer service tu refund balik la duit haku 4 hengget tu... tp brp byk masa aku dah terbuang disebabkan 4 hengget tu...geram...geram....dengan langkah yang geram aku ke KFC...sekali tu bila nak order budak tu cakap kene tunggu 10 minit...hadoii...mana la aku boleh tunggu dah...time lunch pun dah nak abis...dipendekkan cerita lagi aku pun tak jd beli twister tu sebab aku sendiri dah dah twister 1 badan...

Thursday, July 2, 2009

Korang suka tak baca cerpen? aku memang suka sangat baca cerpen sejak aku pandai membaca... cuma dulu2 tu aku suka baca cerpen budak2 la kan contohnyer aku sepasang kasut, aku sebatang pensil , anak itik yang hodoh dan seumpamanya tapi sekarang takkan la nak baca cerpen macam tu lagi kan...
sekarang ni aku suka baca cerpen yang ada unsur romantik kemedi, cerpen cintan-cintun pun aku layan jugak...dan kalau dah takder keje sangat aku baca jugakla cerpen budak2 tu...huhuhu.


Sekarang ni kalau dok depan pc/laptop aku rajin jugak cari cerpen2 on9 ni...kat sini aku nak share 1 cerpen yang aku rasa sangat kelakar... tersengih sorang2 bila aku baca cerpen ni. Jom la layan cerpen yang aku maksud kan itu...
penulisan2u.blogspot.com/2009/06/cerpen-loghat-utara.html



p/s: kalau korang rasa cerpen ni tak best bukan salah aku tau.....

Wednesday, July 1, 2009

Entry 1 julai

Harini dah 1 Julai....Tanpa disedari kita telah memasuki setengah tahun ke 2 untuk tahun 2009. Cepat sungguh masa berlalu... ekceli aku memang ternanti-nanti kedatangan bulan Julai ni...Nak tahu kenapa? sebabnya ialah bulan julai ni aku dilahirkan 37 tahun yang lalu di Kota Bharu Kelantan..... Dan besday aku tahun ini sangat aku nanti2kan kerana aku telah menghadiahkan kepada diri aku sendiri pakej percutian ke serawak...hehhehe aci dak macam tu? sebenarnya percutian ni bukan aku rancang sensorang...tetapi telah dirancang bersama-sama dengan cik min dan jugak cik toni fernandes... Besday cikmin pun bulan julai ni jugak...birthdate aku pada 31 julai manakala cikmin 28 julai...untuk itu kami telah bercadang untuk meraikannya bersama-sama di kuching .... jika semuanya berjalan lancar kami akan bertolak pada 29 julai dan balik pada 1 ogos.... 2 ogos tu birthday hb aku pulak... tapi rasanya kene celebrate sekali harung la kat kuching tu...sebabnyer pagi 2 ogos tu aku kena pegi kuching lagi sekali lg atas urusan keja ...hadoii penat gak tu...

nota: semoga cikmin dah cukup kuat dan sihat untuk terbang ke kuching.....

Sunday, June 28, 2009

Kursus di Langkawi...

Dayang Bunting Sedang Tidur




Pada hari khamis 25/6/09 aku telah ke langkawi lagi ( munkin kali yang 37 kot...hik3) untuk berkursus...kursus ini melibatkan semua staff dan pegawai di ofis aku...atas sebab itu la ianya diadakan pada hari cuti...kalau buat hari biasa saper lak nak jaga ofis kan? Mula tu aku rasa macam tak best jer nak pi langkawi ni sebab dah selalu sangat...tapi ternyata pemergian aku ke langkawi ini sangat bermakna dan berbeza dari sebelum2 nya.. Nak tau sebab apa? sebabnya kan dalam kursus kali ini kami dibawa untuk Island Hoping....kami ke pulau beras basah, pulau dayang bunting dan geopark ( tempat bg helang makan) . walaupun dah 36 kali aku langkawi, inilah kali pertama aku sampai ke tasik dayang bunting... kat tasik tu aku sangat berhati-hati...takut air tasik termasuk dalam mulut...hik3...bukannya apa kalau dibuatnya semua yang pergi tu pegnen lumpuh la ofis aku tahun depan...hehhehe. Gurauan semata-mata yer tuan2 dan puan2....

berposing sebelum memulakan permainan


Sebelah malamnyer pulak ada pertandingan bowling... kene main sampai 4 game...penat tuuuu ...bila game ke -4 nak angkat tangan sendiri pun dah tak larat...kalaula kena main sampai 5 game maunyer kena guna 2 belah tangan nak lontar bola tu....

Selain dari aktiviti diatas aku juga tak melupakan aktiviti membeli coklat...best sgt beli coklat kat sana tu ...antara yang aku beli coklat daim, kisses, kinder bueno, cadbury dan van houten...entry ni pun aku type sesambil makan coklat cadbury...ermmm sedapnya....

Harini semua orang kat ofis aku merungut sakit2 kaki... aku sendiri pun sakit yang teramat di bahagian perut betis...kalau orang tengok aku jalan harini memang buruk bebenor...tak ayu langsung...ni semua gara2 naik bukit untuk ke tasik dayang bunting tu la...

Monday, June 22, 2009

Hari Bapa....

Aku sebenarnya keliru tentang hari bapa ni...hari ahad lepas kat radio dah sibuk buat ucapan hari bapa, kenangan dengan bapa dan lain2 yang berkaitan bapa... so aku ingatkan ahad lepas tu hari bapa...aku siap sms dkt hb aku tu nak wish dia hari bapa...dan dia pun dengan seronoknya reply balik sms aku tu... tup-tup semalam anak aku bagitau yang hari bapa 21 hb Jun... di radio pun ada lagi citer2 pasal hari bapa ni... akak kelirue...

Sunday, June 21, 2009

Aktiviti hujung minggu...

hujung minggu aku berjalan dengan lancar...birthday ebiboy pun selamat diadakan dalam suasana yang ringkas dan berhemat sekali...Sempena birthday dia tu aku belikan keter kontrol...dia yang pilih sendiri...mula tu aku nak la beli laptop menan utk bebudak tu kat dia... bila dia tgk laptop tu dia mcm nak la kan...sekali bila buka jer laptop tu dia tgk skrin tak sama dengan laptop betul2 terus dia pegi tempat len...

Lepas aktiviti membeli tu aku pun balik ke kg ( rumah mertua aku)... sebenarnyer diorang xder sbb baru jer pergi mengerjakan umrah hari kamis lepas...sepeninggalan mereka rumah itu di jaga oleh kakak ipar aku dan keluarganya...kebetulan pulak anak2 dia sedang bercuti sekarang... kakak ipar aku la yang suruh kitorang balik supaya rumah itu akan lebih meriah... Dikesempatan itu aku telah menunjukkan kepakaran aku memasak char koe teow... memang mendapat sambutan hebat la kan...2 hari berturut-turut la kitorang makan char koe teow tu.... ahaks.

Malam tadi lepas dinner kami pun bertolak balik ke rumah...ikut pelan aku, aku nak balik awal sebab aku kurang mahir drive malam2 ...sebab jarang drive waktu malam... tapi kakak ipar aku tu beria-ia suh makan malam dulu maka terpaksa la aku balik malam... so berkonvoi la aku dan keter hubby balik rumah...

Hari ini ahad tapi di kedah ni hari belerja...so aku bekerja macam biasa cuma td tu aku keluar sekejap untuk pergi sekolah anak aku... hari ini ibubapa kena pegi ambik report card... report tersebut boleh diambil mulai pukul 10.15 pagi bagi pelajar tahap 1 dan pukul 10.45 bagi tahap 2. Aku sampai disekolah diorang pukul 10.30. Nasib baik aku tak kena tunggu lama . pukul 11.00 aku dah selesai semua...selepas aku antar diorang balik rumah aku pun pergi ofis semula...tapi baru halfway aku teringat harini rehat kol 12.15 - 2.45. Sedangkan waktu tu dah 11.45. Alang2 la pulak sebab aku memang bercadang nak kuar beli barang sikit time lunch tu...jadi aku tak jadi nak ke ofis sebaliknya aku terus singgah central square... tapi kan masa kt situ aku mcm seriau2 la jugak kot2 ada orang nampak... bila jam dah 12.15 baru aku rasa dapat berjalan-jalan dengan aman... Tapi tak lama pun aku kat situ...selesai beli barang aku terus pegi ofis...belum pukul 1 aku dah sampai ofis...lengang ofis time ni sbb ramai yang keluar/balik rumah...aku memang suka suasana begini , boleh buat kerja blogging dengan aman....hehehe

p/s: masa kat kelas anak aku yg darjah 3 td tu aku seronok sangat...tapi tak boleh nak cerita kat sini...satgi orang kata aku perasan pulak...hehhehe.

Friday, June 19, 2009

Selamat Ulang Tahun Sayang....

Hari ini hari ulang tahun ebiboy yang ke-3... Nama sebenarnyer Muhammad Thaqif . Nama manjanya ebiboy tp kalau nak cepat jadi ebi/b/eboy dan baby jer...dia sendiri kalau cakap akan membahasakan dirinya sebagai baby...sekarang ni ok la kan panggil baby... bila dah sekolah nanti mesti dia segan di panggil baby depan kawan2 kan? kalau awek dia yang panggil munkin dia tak segan kot...hik3

Aku lahir ebiboy ni lewat 5 hari... dan ketika pegi rutin checkup doktor kata ebiboy ni agak kecil jika dibandingkan dengan anak2 aku yang lain...yang mana semua dilahirkan melebihi 3 kg... doktor tu cakap berat maksimum dia pun mungkin dalam 3 kg jer...yg tu pada pertengahan kehamilan... Aku rasa ok la kan kalau tak besar sangat senang la sikit time nak deliver tu... tapi ternyata susah jugak la nak lahirkan ebiboy ni...bila dah kuar aku dengar doktor tu kata besar jugak baby ni...bila timbang berat dia 3.9 kg...nah ambik kau... anak aku yang paling berat tu....aku rasa kelewatan 5 hari itu telah menyebabkan penambahan berat yang drastik ebiboy itu... Pastukan elok jer ebiboy lahir aku pun dengar azan zohor dari mesjid berdekatan....kalau bahasa utara ni time tu dikata 'tengah rembang'...


Pada umor 3 tahun ni ebiboy aku ni masih terhad vocabulary nyer...cakap pun belum menggunakan ayat yang lengkap....Ayat yang dia buat tak penah lebih dari 5 perkataan...Tapi kalau bab tv dia terer...dia dah hafal nombor untuk channel kat tv tu...contohnyer kalau aku mintak dia bukak AXN/Astro RIA/TV3/121 laju jer dia tekan...apatah lagi kalau suruh buka astro ceria...lagi la dia terer...begitu juga dengan laptop...dah pandai xplore untuk cari game di internet...sekarang ni kalau aku nak guna laptop kene sorok2 ataupun tunggu time dia tido sebabnya kalau dia nampak laptop aku dia akan rampas... dulu aku bg jugak dia guna laptops aku tp yg 1 tu sampai kene hantar kedai sbb rosak...sib baik masih under warranty kalau idak tak pasal jer terbang duit aku tu... sekarang ni aku hanya membenarkan dia main laptop daddy dia...tp dia mcm tak brp suka la pulak munkin sebab laptop tu lama sikit kot...memilih betulll

Untuk besday dia ni aku tak pk pun nak beli apa2 lagi...dia pun tak tuntut apa2 hadiah...so aku rasa nak buat derk jer la...(kejam kan? hahaha).

Kat bawah ini aku letak beberapa keping gambar ebiboy dari kecik hingga sekarang.... tapi mahap la yea sebab pic tu semua tak ikut turutan umor ebiboy...aku buat ikut dan jer...


Pic ni masa umor dia 4 bulan...mata sepet... ni la akibatnya bila mak dia suka sgt tengok citer korea.....



Pic ebiboy ketika berusia 44 hari....( bersama maknyer yg nk tumpang glemer...hik3)




ha ni la aktiviti dia seharian....


Pic bersama pelakon dunia anita...yang merupakan jiran aku ( citer kliwon td ada dia ni)




Main laptop lagi ...




Pose istimewa dari ebiboy




Bersama-sama abangnyer yang kuat menyakat...




Pic ni dia ambik sendiri guna hp aku...

Hrm itu jer la gambar yang aku nak tunjuk ...ekceli aku nak letak banyak tapi tak reti nak buat collage...nanti la kalau aku dah terer boleh la letak pic byk2...
Untuk ebiboy ...selamat hari jadi yang ke 3....semoga baby membesar menjadi anak yang soleh dan menjadi kebanggaan agama, bangsa dan negara....

Sunday, June 14, 2009

Cuti Sekolah....

Pejam celik...pejam celik... dah habis pun cuti sekolah...Harini anak2 aku dah mula bersekolah seperti biasa...hari jumaat baru ni diorang bising2 sebab cuti sekolah tak pegi jenjalan...dok rumah jer...bosan... Padahal kan awal2 cuti tu kitorang dah pi Kelantan makn kenduri kat sana...tu pun kira jenjalan la jugak kan?...pastu lastweek aku pi PUJ diorang yang tak nak ikut...
Untuk tidak menghampakan mereka semalam aku bawakla diorang tu pegi tengok wayang citer 'Jangan Pandang Belakang Congkak' ...aku dengar komen2 dari orang yang dah tengok depa kata citer ni kelakar giler...aku pun jadi teruja la nak tengok citer tu...aku angkut semua anak2 aku termasuk ebiboy tengok citer tu...mula tu risau gak takut ebiboy tu buat perangai kat dlm panggung maklumla kan ni first time bawak dia pastu citer hantu lak...tp nasib baik dia ok jer...walaupun ada ketika dia mcm bosan jer....
Seperti yang termaktub dalam surat khabar yang genre citer tu adalah komedi seram...jadi citer tu tak la menakutkan...even ebiboy aku tu pun tak takut dengan karakter2 hantu dalam tu...bila ada karakter hantu dia tanya aku "kenapa hantu tu" bila orang dalam panggung tu ketawa dia sibuk tanya aku kenapa orang sumer ketawa...selain dari tu dia cuma fokus makan popcorn...hik3
Bagi aku ok la citer tu ... tapi tak la aku rasa kelakar giler...Ada la beberapa part yang membuatkan aku tergelak spontan... antaranya bila lan pet2 tu kata " see u next moon"...hehehe lawakla..
Dah abis tgk wayang anak aku yang besar tu sibuk nak beli kasut...katanya untuk jogging...aku ingat nak beli kat dia kasut power ker dunlop ker yang rega 40-50 hengget tu... rupanya member tu taknak... nak kasut nike...sejak sekolah menengah dah pandai memilih...dah beli kasut anak aku...anak mak mertua aku tu pun nak beli kasut gak...hrmm...nasib baikla aku tak terbeli sama...kalau tidak lari bajet bulan ni...ebiboy pun beli gak kasut...tapi bukan la yang nike tu...kasut 15 hengget jer...hik3...masa kat kedai tu aku saja la nak try ( tanpa niat nak beli) kasut nike yg kiut tu kt dia tp dia meronta-ronta taknak...tp bila tunjuk sandal yang rm15 tu nak pulak dia...hehehe bagus2...sayyyyyang ebiboy...
Itu jer la citer aktiviti cuti sekolah aku anak-beranak...

p/s: lagi 4 hari birthday ebiboy... aku taktau nak beli hadiah apa untuk dia...ada cadangan tak? kalau takder cadangan aku bercadang nak buat derk jer bila date tu tiba...dia kan kecik lagi mana tau pasal besday2 ni...hik3. Aku tak pasti la samada dia tu tahu atau tidak makna hadiah...tp masa aku tanya nak hadiah apa dia kata nak 'lettot' (laptop)...hadoilaa kopak mak dia camni...

Wednesday, June 10, 2009

Kenangan di Perantauan - episode ' apa ada pada nama'

Untuk kenangan di perantau ni aku nak cerita satu lagi kisah yang kelakar la jugak pada pendapatan pendapat aku nih...
kisahnya macam ni... masa kat sana tu kan kitorang sewa rumah beramai-ramai sebab nak jimatkan kos ( tp tak la seramai bangla2 kat sini sewa rumah tu...yg kadangkala mencecah 20 orang 1 rumah) . rumah yang kami sewa tu ada 4 bilik...2 bilik di huni oleh 2 rg budak2 bujang mana kala 2 bilik lagi di huni oleh pasangan kelamin (termasuk pasangan aku la tu) jd dlm rumah tu ada 6 orang dewasa...budak2 bujang itu dikenali sebagai abg hayat dan sol...yang pasangan kelamin tu dikenali sebagai mail dan isterinya shimah...masa mula2 belajar kat sana semua pelajar kena isi form untuk national helath service tu... dalam form tu diminta nama orang2 yang tinggal serumah...so masing-masing la pakat dok isi form tu... dah siap isi si mail la tukang kutip...dia tu macam ketua la untuk rumah tu....sekali tu bila dia semak jer borang tu terus dia ketawa...pastu dia cakap " ni saper ni yang pandai2 tukar nama bini orang ni?" pastu budak bujang tu jawab " betul la kan wife engkau nama shimah" kemudian simail tu kata " memang la nama dia shimah tp nama penuh dia maizatul shima...yang korang pandai2 tulis norhashimah ni kenaper?"...pastu kan semua ketawa...hik3

p/s: miss u so much kak shima

Saturday, June 6, 2009

Ladies day out...

Hari Jumaat 5/6 yang lepas aku telah menemani swami aku ker Shah Alam coz dia ada meeting kt situ...ekceli dia ada 2 meeting 1 kol 10 pagi dan 1 lg kol 3 ptg di PJ.... aku diajak pergi bersama-sama supaya tak bosan dia drive sorang sepanjang perjalanan tu...kalau ada orang kat sebelah bersemangat sikit...katanya la..( nak bodek aku la tu ) .. kami bertolak awal pagi jumaat...pukol 4pg dr sp..berenti solat subuh kat tapah...pukol 7.15 kami dah sampai di kawasan rehat sg.buloh tu...hrmmm laju giler dia bawak...rasa macam naik keter dengan fernando alonso la pulak...aku yang mengantok tak jadi nak tido...sebab risau...kalau aku berjaga bolehla aku warning dia sikit pasal kelajuan keter tu...contohnyer bila aku tgk jarum tu mencecah 170km/j aku cepat2 kata " ishh janganla laju sgt. 140km/j dah ler" hrmm tukang nasihat pun 2x5 gak...patutnyer aku kene kata 110km/j jer yer tak?

Sepanjang tempoh hubby aku tu bermeeting aku telah ditemani oleh kawan aku AINI (nama sebenar) yang telah mengambil MC untuk berjumpa dengan aku...pelan asal dia cuma nak ambik time off jer sebelah pg tu...tp kebetulan dia pun sakit kepala haritu dia pun terus la ambik MC...yang musykil tu sepanjang kami bersama di SACC mall tu dr pg sampai ptg tak nampak dia mcm org sakit kepala pun...hehehehe ( jgn marah yer Aini nanti kene jual..hik3) member tu siap shopping2 lg tau... tp kitorang lebih byk menghabiskan masa dengan melepak di pizza hut...dia bwk laptop jd dptla kami on9 disitu...bila dah lama sgt kat pizahat tu kami pun kuar cari port baru pulak...kitorang jenjalan tengok2 kedai...beli bedak bagai...pastu minum2 lg di secret resipi sampai la suami aku tu dtg menjemput... terharu sungguh dengan layanan Aini tu... macam dah kenal lama padahal tu lah first time aku jumpa dia...hubby aku pun mula2 tu mcm was2 jer nak bg aku kuar dgn aini...risau benau dia takut bini dia yang suka perasan comei ni dilarikan orang ...hahahha . sepanjang masa berdating tu kitorang ni asyik ketawa jer...citer2 sikit pastu ketawa...citer2 lagi pastu ketawa...macam orang sengal jer ...hik3...

Hari ahad ni aku akan ke kl lagi sebab suami ada meeting hari Isnin...letihla jd PA tak bergaji ni...

p/s : 1. kata orang tua2 jgn terlampau suka nanti akibatnya duka....
2. u...bedak yang i beli tu kan shinning sgt la...