Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Wednesday, September 15, 2010

Hari Raya dan UPSR

Rasanya masih belum terlambat untuk yuka mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua Muslimin dan Muslimat yang mengunjungi blog yuka ni.  hari ini 6 syawal , yuka dah mula bekerja...dah tak larat nak pergi raya wehhh...lagi 1 mood raya tahun ini agak berkurangan kerana anak yuka akan mengambil UPSR...jadi takkanla anak nak ambik UPSR mak nak beraya sakan kan?... berbalik kepada cerita UPSR tu cikgu tusyen anak aku tu sangat bersemengat nak memulakan kelas tusyen...kalau boleh hari raya ke-2 dah nak mula ajar..tapi mana bley kan...masa tu dok di kampung lagi...selepas tawar menawar dengan dia akhirnya kelas tusyen anak aku mula pada hari raya ke -4... aku memang puji la sikap perihatin cikgu tusyen tu...hari raya ke-4 tu dia bagi tusyen dari pukol 2.00-5.30 ptg... sampai tak larat nak aku kata...dia tu siap bagi air kotak bagai untuk anak aku tu... tapi memang kebiasaan pun mcm tu...kalau pi tusyen dia bagi air dutchlady  la, cokelat cadbury la dan macam2 lagi la...mungkin jugak sebab yg belajar dengan dia anak aku sorang jer jadi bolehla bagi macam2...masa anak ku pegi tusyen tu dia kata kat anak aku raya sakan... pastu aku kata kat anak aku tu kenapa tak cakap raya setahun sekali jadi kena sakan la...pastu anak aku kata mana boleh kata macam tu sebab cikgu tu tanya dia...dalam seumor hidup berapa kali boleh ambik UPSR? berdasarkan soalan cikgu tu aku buat kesimpulan kena pulun sakan untuk UPSR tu dari beraya sakan...

harini suasana kat ofis agak lengang kerana ramai yang masih bercuti...staff aku semua cuti...jadi bila staff aku xder secara tidak langsung kerja aku pun takder la...makanya dapatla aku guna kesempatan ini untk BW dan juga untuk update blog....

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Dari Yuka

Sempena 1 Syawal yang mulia ini yuka mengucapkan Selamat Hari Raya Ampun Dan Maaf Dipinta kepada semua rakan2 cyber yang sering berkunjung ke blog yuka dan sentiasa memberi sokongan kepada blog yuka yang tak seberapa ni...kepada yang sering meninggalkan komen terima kasih diucapkan...

Selamat Hari Raya...Hati2 Di jalan Raya...Pandu Dengan Cermat...Ingat Orang Yang Tersayang...

Sunday, September 5, 2010

Shopping Raya...

Hari Jumaat baru2 ni aku sekeluarga pergi beli kelengkapan hari raya...tapi belom setel sepenuhnya...untuk aku/hubby dan anak bujang yg besar tu dah siap semuanya...yang tak selesai lagi tu anak dara aku yang 2 orang tu dan jugak ebiboy...anak dara yg besar tu lain2 semua dah siap tapi baju kurung lom beli...anak dara yg kecik tu pulak lain2 semua dah beli tapi kasut pulak lom dapat...yang ebiboy tu lagi best...1 apa pun x beli lagi untuk dia...memang cukup susah nak beli baju atau kasut untuk dia ni...dia tak suka benda2 baru...dia nak pakai baju yang sedia ada kat rumah tu jer...kasut pun sama gak...memang susah nak bagi dia try kasut kat kedai tu...kasut yg kita pilih semua dia kata buruk...baju pun macam tu...semua dia kata buruk...kalau nak bagi dia pakai baju baru kena beli yang ada gambar kereta atau motor kat depan tu baru dia mau pakai....susah betoi bila kecik2 dah cerewet...
Sebut bab beli baju ni...baru aku perasan yang anak2 aku dah besar2...kalau tahun2 sebelum ni aku boleh beli baju kiko, gotcha, poney kat anak lelaki aku tu...tahun ni dia dah takmau...malu dah nak pakai baju brand2 mcm tu...walaupun ada size untuk umor 14... jadinya kenala beli baju brand orang2 dewasa...john master , edwin semua tu...anak dara yang besar pun sama gak...dah takmau baju kikilala/ power puff girl bagai... dia nak beli baju dan kasut di bahagian orang dewasa... sekarang baru aku tahu yang anak aku dah besar2...dan baru aku tahu yang aku ni dah semakin veteran...huhuhu...

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha...

Selamat hari raya Aidil Adha Yuka ucapkan kepada semua. Kepada yang akan menempuh perjalanan yang jauh untuk sampai ke kampung halaman, berhati-hati ketika memandu...

Di kedah cuti raya haji sebanyak 2 hari...jadi semua pekerja dinegeri kedah akan bercuti pada hari jumaat hingga ahad ( ganti hari jumaat yg memang cuti mingguan ) dan aku sendiri pulak mengorbankan cuti tahunan aku sebanyak 2 hari... jadi secara keseluruhannya aku akan bercuti sehingga hari selasa.... kalau tahun2 sebelum ni aku hanya habiskan cuti raya di kampung, tahun ni ada perubahan sikit...aku bercadang akan ke kayell ( mungkin jugak aku akan terlajak sampai ke bentong...ahaks) pada hari raya ke 2. Baru la jauh sikit perjalanan tu...balik kampung setengah jam dah sampai...jadi xder feel balik kampung...hik3.
Oleh kerana aku bercuti agak lama maka segala aktiviti blogging terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Maka dengan itu tak dapat la aku nak klik2 nuff di blog kawan2 dan blog sendiri jugak...
Akhir kata sekali lagi aku nak ucapkan Selamat Hari Raya...

Nota: lepas ni nak isi borang cuti pastu nak mintak dengan boss nak balik awal...

Thursday, September 17, 2009

Minggu terakhir puasa....

Rasanya macam baru jer kita berpuasa tiba-tiba Ramadhan dah sampai penghujung...sedeh la nak mengucapkan selamat tinggal kepada bulan Ramadhan ni kan....Bila dah akhir2 Ramadhan ni aku rasa aku jadi semakin malas nak masak...anak-anak aku (termasuk anak mak mertua aku tu) pulak semakin susah nak dikejutkan untuk bangun sahur... 4-5 kali kejut baru nak bergerak....


Semalam kami berbuka di KFC jer...aku ni sebenarnya bukan suka sgt pun kfc tapi tghari tu aku tengok budak2 pompuan yang tak bley puasa kt ofis tu mkn kfc tetiba jer aku jadi teringin... Lepas berbuka kami beli baju raya hb aku pulak...aku ingat dia nak recycle jer baju raya 3-4 tahun lepas yang juga kaler merah...rupa2nyer member tu pun nak beli baju baru jugak...so semalam hb aku beli sepasang baju melayu, sehelai t-shirt dan sehelai kemeja...



Dalam gambar tu menunjukkan promoter tu sdg iron baju raya suami aku...saja jer hb aku suh awek tu iron baju tu siap2...nanti xla teruk bibik aku tu nak iron kan...hik3

So persiapan kitorang hampir siapla...cuma kasut utk aku dan hb serta ebigurl jer belum dibeli...anak aku yg sulong tu xnak kasut raya ...sbb kasut yang sedia ada masih elok katanya... bagus2 bolehla masukkan bajet tu dalam peruntukan kasut mak dia pulak...ahaks...


kueh2 raya aku belum beli lg...aku cuma buat 1 jenis jer haritu...biskut cornflakes madu...kuih yang paling senang dalam dunia tu... Bibik aku pulak dengan rajinnya buat kuih sepit dan kuih tempeyek...jadi aku rasa nak beli 2-3 jenis lg cukup la...



Inilah rupa bentuk kuih raya yang aku buat tu... comel gak kan...sedap pulak tu...kalu tak aku yang puji kuih aku tu saper lg nak puji kan....

Monday, September 14, 2009

Kad Raye..

Banyak tak korang dapat kad raya? Aku dapat 1 kad raya dari cikmin...dah lama aku ambik kat rumah dia tp tak sempat nak tunjuk kt sini...terima kasih yer cikmin diatas ingatan cikmin tu...nasib baik di kad tu cikmin tak letak pantun "pecah kaca pecah gelas tu" kalau tidak mana la aku nak pi cari kad raya nak balas balik...


Yang kat bawah ni pulak kad raya yang ori ( yang boleh di pegang2 ) yang aku dpt last week...excited gila bila tgk ada kad ubtuk aku...maklumla kan zaman sekarang ni jarang dah orang nak antar kad raya...tak sabar aku nak tahu siapa pengirim kad tersebut... bila dah buka rupa2nya kad itu dihantar oleh XUN hairsaloon tempat aku selalu potong2 rambut tu....ahaks...bagus betul la kedai tu...dahla hairdresser tu ensem cam afgan (versi cina la kan) baik dan peramah lak tu...



Tuesday, September 8, 2009

Keja...keja... raya...raya

Sesampai jer aku di muka pintu bilik aku kat ofis tu aku ternampak timbunan2 baucer untuk dibuat bayaran.... banyak giler rasa macam nak pitam aku tgk... tak cukup ruang atas meja, atas kerusi pu diorag letak jugak....


Lihatlah dunia....kejeku yang menimbun




Tak cukup ruang atas kerusi kat atas lantai pun ada lagik.... tapi aku tetap aku...walau keje banyak aktiviti on9/fb/blogging/ blog hopping ( cuma tak sempat nak tinggalkan komen) tetap jalan seperti biasa...work smart naaaa bukan work hard...hik3...

Apa-apapun aku dengan sukacitanya nak bagitau korang yang raya ini aku nak cuti sakan... aku cuti 2 minggu... habis beraya dalam malaysia aku nak sambung raya 6 di negara seberang pulak...hik3

p/s: cikmin, kamal tu jd ker nak pegi?

Sunday, September 6, 2009

Baju Raya...Lagu Raya

Semalam dah 15 Ramadhan... aku dah siap beli baju raya untuk anak2 aku ptg semalam. pukol 3 lebih kitorang pegi sampai rumah pukul 10.30 mlm...penat gila... tinggal kasut jer belum beli... Warna tema tahun ni ialah merah menyala... ekceli aku ni takla jenis yang ikut tema beria...saja jer la kan suka2. sebelum ni anak aku yang pompuan selalu lari dari tema sebab depa tu memanjang nak baju kaler pink tapi tahun ni aku berjaya mentemakan anak2 aku tu...jd semua baju merah...i likeee

Habis dah bab baju... sekarang ni kat radio dah mula berkumandang lagu2 raya...aku memang suka sangat dengar lagu raya ni...tak jemu2...korang pun mesti macam tu jugak kan...antara lagu yang aku suka dendang perantau, lagu yang mamat exist nyanyi tu ( sekarang mawi pun nyanyi gak lagu tu) pastu lagu 1 hari di hari raya dan banyak lagi lah yang aku suka....Korang pulak suka lagu apa?

Wednesday, December 10, 2008

Selamat Hari Raya Haji

Rasanya belum terlambat yuka nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada pembaca blog yuka-luv. Kalau kat tempat yuka orang panggil Raya Haji. Mulanya malas dah nak buat entry pasal raya haji ni sebab dah lepas. Tapi bila yuka buat lawatan ke blog kawan-kawan semua bercerita pasal raya haji ni so yuka pun takmau kalah la kan. hehehehe

Since awal tahun ini aku dengan rasminya bergelar anak yatim piatu maka secara otomatik jugak giliran balik kampung untuk hari raya di mansuhkan. Untuk tahun ini dan tahun tahun tahun tahun akan datang aku beraya di kg suami jer la. Raya haji baru2 ni kami balik kampong awal. Pagi2 sabtu lagi org gaji mak mertua aku dah tepon tanya pukol baper kitorang sampai. sebab dia nak bajet byk mana nak masak. Sebenarnyer bukan jauh mana pun kg suami aku tu. dari rumah aku 30 minit dah sampai. huhuhu. takder feel balik kg pun. kalau balik kg sesambil dengar radio tak sempat 5 lagu dah sampai ( kan iklan kat radio tu lama). Berbalik kepada cerita balik kg taditu pada hari raya haji baru2 ini kami yang pertama sekali sampai. besttt. Nak tau kenapa aku suker jd yang pertama sampai? Sebabnyer ialah rumah MIL aku tu guna konsep first come first serve. sapa sampai awal dapat la bilik yg 5 bintang.Bilik ni jadi rebutan sebab ada ekon, tv dan bilik pun besar. Tahun ini bilik ni jatuh ke tangan aku. hehehhe suker akak tau.



Sehari sebelum raya semua dah balik kecuali seorang abang ipar aku yang beraya di rumah MIL dia. Suami aku ada 10 beradik jadi korang bayangkan lah 10 orang tu semua dah kawen dah jadi 20 campur anak2 lagi. campor mak/pak mertua lagi campur org gaji aku dan org gaji mak mertua aku lagi. Aku rasa dekat 60 orang kot dalam rumah tu. memang meriah giler la. macam ader kenduri. Kalau nak masak apa2 tak boleh buat sikit. Macam haritu kitorang buat ketupat daun palas sampai 2 gantang beras pulut. Nasib baik la anak, menantu, cucu pandai balut ketupat. Menantu yang tulis blog ni pun baru setahun 2 ni jer pandai balut ketupat.huhuhuhu. Kalau dulu2 kalau aku buat ketupat memanjang jadi ketupat betina. Sekarang dah terer walaupun teknik aku tu tak sama dengan yang MIL buat. Untuk kuah ketupat pulak kakak ipar aku cadang buat dengan daging itik nila ( aku taktau la kat tempat lain panggil itik nila tu apa tapi yang pasti itik nila ni bukan itik angsa yang leher panjang tu). Abang ipar aku beli 5 ekor itik dengan harga rm117.oo Frust jugak aku sebab aku ni tak makan itik . Tapi nak buat cemana kan. Kena ikut jer la. aku ni kan menumpang jer. isk..isk..isk sedeh nii. Memandangkan ketupat yang nak dibuat tu banyak dah tentulah ianya mengambil masa yang lama. Dah lama macam tu tentula macam2 topik yang jadi bualan. topik yang hangat masa tu dah tentu la kes tanah runtuh kat bukit antarabangsa tu. Lepas tu kisah makcik wook pun masuk jugak dalam topik perbincangan. terer makcik tu kawen sampai 22 kali. Tak ketinggalan jugak isu rambut rebonding aku ni .ekekekkeke. kakak ipar aku tu siap tanya rega pastu buat kat mana. sampai naik segan aku tau. Aku bagitau ngn kakak ipar aku tu kos nak buat rebonding tu sama dengan rega 5 ekor itik yg diorang nak buat rendang tu. hahahhaa. memang fakta ni.

Hari Raya Haji tu macam biasa la . AKu tak pergi semayang kat masjid pun. Takder geng. ajak kakak ipar dia kata pegi tahun depan jer lah. hrmmm. aktiviti masa raya di rumah MIL tu makan...makan....makan dan makan saja. Sampai aku rasa badan aku ni dah berat sangat. Lepas raya ni aku berazam nak kurus kan badan . aku nak kurangkan makan. aku nak buat eksesais banyak2.

Hari Raya ke 2 aku dah ada kat rumah sendiri. Aku buat laksa. Punyala sedappppp. tak sangka aku pandai masak.hehehhehee. ( angkat bakul sendiri nampak). Tapi yang ni memang fakta. laksa yang aku buat tu sungguh sedap. Rugi la sapa yang tak rasa.

Hari rya ke 3 pulak aku dah masuk ofis. ujong tahun gini keje memang banyak. keje atas meja aku pun banyak. tapi baru buat separuh jalan sistem down syndrom pulak. tak leh nak buat keje. tapi bagus jugak dapat la aku buat posting pasal raya ni. hehehhehee
Akhir coretan Selamat Hari Raya Haji. kepada yang merantau dan raya sensorang tu jangan sedeh2. Hayatilah pengertian korban tu. hehehhhehehe.