Showing posts with label khidmat masyarakat. Show all posts
Showing posts with label khidmat masyarakat. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

Sifir Tangga gaji Baru SBPA

Sapa tau kat mana nak cari jadual tangga gaji baru tu? puas aku cari kat website jpa tapi xder pun.
p/s: sharing is caring

Thursday, September 8, 2011

Khas untuk lelaki....

Kata-kata kat bawah ni aku copy & paste dari dinding muka buku kawan aku. Rasa macam best untuk dikongsi bersama.


Everytime u scream at ur woman, there’s another man wishin he cld whisper in her ears.
Whe u humiliate, offend n Insult her, there’s another man wanting 2 remind her hw wonderful n beautiful she is.
When u hurt her, there’s another man wishin he cld hug the pain away.
N wen u make her cry, there’s another man wantin 2 steal smiles frm her.
Treat ur ladies right coz there's someone out there who can n will!

Sunday, August 7, 2011

Aku Kaya!!!!!

Pagi tadi buka emel tengok2 ada 1 emel dari sapa entah yang bermurah hati sangat tu. Korang baca la sendiri kat bawah tu. Taktau la apa muslihat diorang tu tetiba nak bagi duit banyak pulak tu. depa ingat aku nak percaya ke semua tu. baikla aku kumpul duit iklan nuff tu. walaupun ciput tapi memang betul2 dapat. tak gitu kawan2?


Today your e-mail id was selected through the computer ballot system,as a winner of Amount Won 500,000(Euros)in our Elgordo Espanol lottery program.You have to contact your claim agent for your payment process and include your personal information for a smooth transaction.

Claim Agent: Mr Sirine Cesar
Email Address to contact: agencysectordept@aim.com
Tel/fax:+34 634 100 126

Tuesday, July 12, 2011

Big Thank You!

Jualan Murah Airasia kembali lagi....cepat la beli tiket  sementara stok masih ada.....

Tuesday, July 5, 2011

Beli 5 Percuma 1!

Bila tengok tajuk di atas apa yang korang faham? Mengikut fahaman aku la kan...bila dikatakan beli 5 percuma 1, maknanya kita hanya membayar untuk 5 barangan sedangkan kita mendapat 6 benda yang sama. Contohnya kalau kita beli megi...kadang2 kat pek tu dia tulis beli 5 percuma 1. So dalam pek tu ada  6 bungkusan megi. Bagi aku ianya berbeza dengan ungkapan beli 5 dapat hadiah percuma.  Korang sependapat tak dengan aku? Kenapa aku buat entry ni? Sebenarnya macam ni...hari selasa lepas aku pegi giant bersama 3 orang anak aku dan jugak bibik. Pastu masa kat situ ebiboy nak eskrim jadi aku pun nak beli la eskrim tu untuk kami semua kecuali baby firas la sebab dia lom boleh makan eskrim secara sah. Makan curi2 suap tu ada la...Aku pun ambik la 4 eskrim untuk kami ber4 pastu salesgirl yang jaga tong eskrim tu kata kak kalau beli 5 dapat free 1. pada mulanya aku dok fikir2 gak nak ambik 4 ke 5 sebab kami cuma ber4. Pastu bila fikir2 balik ok gak kalau beli  5 nanti dapat free1 dah jadi 6 semuanya. cukup la untuk 2 org lagi anak aku yang tak datang tu. Aku pun ambik la 6 eskrim tapi nak bayar untuk 5 je la...tetiba budak tu kata kak kena bayar untuk 6 sebab yang free  eskrim lain . pastu dia pun tunjukla eskrim yang depa nak bagi free tu ( eskrim yang koman dari aku beli tu) hangin betoi aku masa tu...lain kali cakap la kalau betul2 ni saja jer macam nak mengena orang...dalam hangin2 tu sempat jugakla aku 'mengajar' budak tu bahasa melayu mengenai penggunaan ayat yang betul dengan percuma.
Aku nak tanya pendapat korang betul tak kefahaman aku dalam hal ini? bukan apa kalau aku yang salah faham naya jer budak tu kena dengan aku haritu..huhuhu

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa / Happy Father's Day

Hari ini 19 Jun merupakan Hari Bapa... jadi di kesempatan ini yuka nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada pengunjung blog yuka-luv yang sudah bergelar bapa...kepada yang belum tu cepat2 kawen nanti boleh jadi bapa...hehehe.
Kepada yang masih belajar tu jangan gatal2 pulak nak kawen awal kang kene sekeh kepala dengan bapa...ahaks

Friday, May 13, 2011

BB Cream

Korang tau tak apa itu BB cream? woww terer la korang ni...sebenarnyakan sebelum ni aku taktau pun BB cream tu untuk apa....sekali tu masa tengok citer awan dania adala budak2 stewardess tiruan tu sebut pasal BB cream ni...depa kirim kat dania suruh beli benda tu kat korea...masa tu kan aku sangka BB cream tu untuk nenen...hehhehehe ..loklaq kan?
Nasib baik la baru2 ini ada kawan aku bagitau dia pakai BB cream. katanya sejak dia pakai BB cream tu ramai yang menegur kulit muka dia nampak cantik...hok alohh rupa2nya BB cream tu pakai kat muka....hahhaha
Sekarang aku pun dah mula pakai BB cream tu tapi bukanla brand yang macam kat atas tu...gambar kat atas tu aku cari dari google...brand yang aku pakai tak jumpa pulak kat google...

Monday, May 2, 2011

Osama Bin Laden dah meninggal?

Al-Fatihah untuk beliau.....

p/s: alangkah bagus kalau berita ini tak benar....

Wednesday, January 5, 2011

Permintaan untuk CIKMIN

Salam semua...yuka kembali bersiaran selepas seminggu menghilang...sebenarnya yuka ada jer kat rumah..tak pegi mana2 pun sejak balik dari kl...tp masalah internet yang sengal dan begok ni membuatkan yuka x boleh nak on9...Sebelem yuka meneruskan coretan yuka nak ucap selamat tahun baru 2011 kepada semua..harap2 masih belum terlambat....
sebenarnya entry kali ini yuka buat sebab yuka ada permintaan dekat cikmin... sebenarnya macam ni... baru-baru ini yuka tengok kat tv3 kata tak lama lagi akan ada cerita indon baru bertajuk sejuta cinta marshanda...yuka rasa cerita ni mesti best sebab pelakon dia ialah baim wong (dimas) dengan marshanda (winda)...oleh kerana waktu siarannya ialah pukul 2 ptg maka tak dapat la kami ( orang2 yang kerja makan gaji ni) tengok...Jadi diharap cikmin dapat letak cerita ni kat blog macam cerita BBC dulu tu...agak2 boleh tak cikmin? Sekian, terima kasih.....

p/s: sapa yang setuju dengan cadangan yuka ni sila tinggalkan komen...

Tuesday, November 23, 2010

Buah Roselle

Korang penah tengok tak buag roselle ni? Masa aku kecik2 dulu arwah mak aku ada tanam pokok ni..tapi pada masa tu nama dia tak glemer macam sekarang... dah jadi ala2 orang putih gitu... kalau tak silap aku, orang kampung panggil buah ni  buah 'asam paya' see...sangat tak glemer kan? Waktu itu jugak buah ini  tidak di komersialkan lagi...
Bulan demi bulan dan tahun demi tahun tetiba buah ini mula di kenali ramai...tetapi dengan nama roselle...mungkin yang tu nama saintifik dia kot...gasak la kan...

Kat sini aku nak berkongsi dengan korang semua tentang khasiat buah roselle ni...biasanya buah ni di masak untuk dapat kan airnya...rasa dia masam2 tapi sedap...lebih kurang air ribena la...

Khasiat Roselle

Anti penuaan
Roselle mampu membuatkan pengamalnya kelihatan berseri dan awet muda kerana kandungan Vitamin C yang tinggi dan berserat melambatkan proses penuaan yang disebabkan oleh aktiviti kerosakan tisu dan sel tubuh badan oleh radikal bebas.
Mencegah Penyakit Jantung
Penyakit jantung dianggap “silent killer” dan merupakan pembunuh nombor satu di dunia. Roselle mampu mencegah pembentukan dan penebalan LDL (lemak tidak baik) di bahagian arteri jantung dan mengelakkan juga dari terjadinya penyakit darah tinggi.
Mencegah Kanser
Kanser disebabkan pemakanan dan persekitaran yang terdedah kepada keracunan yang tinggi. Kandungan Vitamin C dan serat yang tinggi di dalam Roselle bersifat anti-oksida dan anti-kanser.
Merawat Demam Panas
Mereka yang sering mengalami demam panas seeloknya mengamalkan Roselle kerana Roselle bersifat sejuk dan mampu menurunkan suhu badan yang tinggi. Selain itu Roselle juga meningkatkan antibodi seseorang.
Penawar Resdung dan Alahan
Stress dan Sukar Tidur
Stress boleh dirawat dengan mengamalkan Roselle yang berupaya menurunkan suhu badan dan mempengaruhi mood pesakit. Dengan kata lain Roselle dapat menenangkan pesakit kerana Stress menghapuskan Vitamin C di dalam badan dan Roselle pula menambahkan Vitamin C. Masalah sukar tidur juga boleh diatasi dengan mengamalkan Roselle sebelum tidur. 
Oleh itu tuan2 dan puan2 mari kita pakat2 tanam pokok roselle

Sunday, September 12, 2010

Kesian Budak Itu... ( kisah benar )

Pagi tadi semasa mesyuarat boss aku ada memaklumkan perihal seorang kanak-kanak berusia 8 tahun yang hidup sebatang kara...sejak kecil mak bapak tak berhati perut telah meninggal kan dia dan sehingga sekarang tak dapat dikesan...sejak itu kanak2 tersebut tinggal bersama-sama dengan neneknya...sebelum ramadhan baru2 ini nenek kanak-kanak tersebut telah meninggal...oleh kerana dia takada sedara mara...jiran kanak-kanak itu menumpangkan kanak2 itu dirumah beliau sebab kesian ketrana sekarang ni bulan puasa...namun demikian jiran itu hanya bersetuju untuk memelihara kanak2 itu pada bulan puasa saja...lepas raya kanak2 itu kena cari tempat tinggal lain...ini ada lah kerana jiran tersebut juga orang susah dan mempunyai anak ramai... Boss aku telah merujuk kes ini kepada pejabat kebajikan tetapi maklum balas yang dia dapat pihak jabatan tidak dapat mengambil kanak2 tersebut kerana dia bukan yatim piatu.... dalam kes ni aku bengang jugakla...dah sah2 mak bapak dia xdak tapi jabatan kebajikan x dapat tolong budak ni...memangla makpak dia masih hidup tapi xder sapa yang tau depa tu kat mana...entah2 dah mati ker kena baham dek buaya ker...
Jadi bos aku minta bantuan kot2 ada sesiapa yang boleh bagi cadangan dimana kanak-kanak ini boleh ditempatkan sekiranya tiada yang berminat untuk ambil dia sebagai anak angkat...Aku sangat terharu mengenangkan nasib kanak2 itu...walaupun hidup terbuang tapi disekolah dia berada di kelas yang cemerlang...
Semoga hidupnya akan berubah selepas ini....

Datuk Sosilawati dibunuh Kejam

Salam takziah aku ucapkan kepada keluarga arwah datuk sosilawati...berita yang mengejutkan ini aku ketahui ketika sedang menikmati sarapan pagi di pagi syawal yang ke-3...seperti biasa tengah bekfes uncle surat khabar datang hantar surat khabar...demi terpandang berita yang mengejutkan itu terus terbantut selera nak makan... sedih rasa...walaupun aku bukan sedara mara arwah dan bukan juga pengguna produk kecantikan NV tetapi aku tetap mengharapkan siasatan kes kehilangan kehilangan beliau akan berakhir dengan gembira... Berita kematian arwah beserta 3 yang lain sangat menyedihkan apatah lagi mereka telah dibunuh dengan kejam...
Kepada anak-anak beliau aku ucapkan takziah dan semoga tabah menghadapi ujian ini... marilah kita sama-sama mendoakan agar roh mereka ditempatkan dikalangan orang-ornag yang beriman....Al-Fatihah....

Tuesday, August 31, 2010

Selamat hari Merdeka @ Hari Kebangsaan

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-53 kepada semua rakyat Malaysia...marilah kita sama-sama menghayati erti kemerdekaan....

Monday, August 23, 2010

Kerja Kosong

Perhatian...kepada sesiapa yang sedang menganggur dan tengah mencari kerja bolehla pergi ke blog INI
Sekian, terima kasih.