Thursday, February 28, 2013

kak ton beauty umaira


Kak Ton comei dak? comeiiiiiiii..... korang semua mesti pernah tertengok kan iklan ni? tak tahan aku dengan statement perasan kak ton ni....

Wednesday, February 27, 2013

Shila Amzah : Tiada Lagi Cinta

Dalam berita harian hari ini  Shila Amzah menegaskan tidak akan membenarkan mana-mana lelaki masuk meminang dirinya, sebaliknya menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Tuhan.

“Setakat ini saya tidak akan benarkan diri saya dirisik. Bagi saya, jodoh, pertemuan, ajal, maut biarlah Tuhan yang menentukan. Kita tidak mengetahui jodoh kita. Andai yang bercerai pun boleh rujuk semula.

Adoii tak faham aku. perlu ka dia nak keluarkan kenyataan macam tu. sangat memalukan la aku rasa. seolah-olah macam ada 4-5 orang tengah queue nak merisik dia selepas sia putus dengan sharnaaz...

apa pendapat korang?

Tuesday, February 26, 2013

Sensasi: Rozita Che Wan kahwin Bulan Julai

                                                        ( gambar di petik dari amboi.com)

Wah akhirnya rozita che wan yang juga dikenali sebagai cik ta akan berkahwin dengan zain saidin pada bulan julai nanti. Selama ni zain sorang je yang nampak beria-ia sedangkan cik tak kool ja...tup2 dalam muka depan harian metro harini ada berita depa nak kawen. Tak lama dah tu . 5 bulan je lagi. apa yang lebih menggembirakan yuka ialah depa bercadang nak kawen hujung bulan Julai. tapi tarikh belum la di nyatakan. Harap-harap depa pilih tarikh 31.. apa yang best dengan 31 julai tu? kalau korang nak tau 31 Julai tu hari lahir yuka daa...

Monday, February 25, 2013

Pengacara wanita Marah Jurugambar Depan Penonton

Assalamualaikum....

Berkenaan tajuk di atas tu kan aku terdengar erita ni masa dengar carta suria fm baru2 ni... dalam tu ada la gossip kata seorang pengacara wanita yg seksi marah jurugambar depan penonton . Dia ni mengacarakan sebuah rancangan yang katanya sekarang ni tengah meletop gitu...

Puas dah aku google benda ni kat internet tapi tak jumpa la sapa artis yang dimaksudkan...korang agak2 sapa?

Friday, February 22, 2013

Happy birthday Danial Fitri...

Dah sweet 17 anak bujang aku ni....ahaks..

Thursday, February 21, 2013

Berita gempar: Fizz Fairuz bohong!

Ayoyo karuwaleyy...apa dah jadi ni..yang mana 1 fakta yang mana 1 auta ni? pagi td aku baca harian metro suami kepada bekas tunang fizz kata dia tak salahkan fizz tu bila bertunang dengan bini muda dia..sebabnya bini dia tu x berapa sihat..dengan kata lain ingatan x berapa betoi la... pastu dia kata family pompuan tu pun taktau yang anak dara depa dahj kawen sebab depa kawen dia thailand...dan depa tak daftar perkahwinan kat sini...
Tapi dalam berita harian pulak kuar cerita pompuan ni kata fizz fairuz bohong.katanya dia x penah kawen selama 26 tahun hidup di muka bumi ini( yg muka bumi ni aku yang tambah)...adoi kes makin rumit ni...lepas ni sapa pulak nak tampil buat penjelasan?


Wednesday, February 20, 2013

Berita Tergempar No.3: Bumbung Stadium Sultan Mizan Runtuh lagi...

Ish apa la nak jadi harini...x habis2 dengan berita tergempar...entry sebelum ni pasal penjawat awam nak dapat durian runtuh... entry terkini pulak pasal bumbung stadium runtuh. Lepas ni apa pulak yang tergempar la agaknya....
 Tapi dalam kes ni banyak sangat pulak spekulasi yang ada...ada yang kata runtuh masa pembaikan ada yang kata memang dirobohkan sebab tak sesuai... yang mana 1 betul ni?

p/s: tak sabaq nak tunggu pm umum tarikh pru13


Gambar kat tempat kejadian

Berita Gempar No.2: Kerajaan Naikkan Gaji dan Elaun Perumahan Kakitangan Awam

amboi sampai 2 berita tergempar harini....tapi berita tergempar yang nombor 2 ni lagi best.
Dengar kata kerajaan bersetuju untuk menaikkan  gaji kakitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). Dan dijangka kenaikan gaji kakitangan awam + elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini . Taktau la berita ni betoi ka dak..kalau betoi Alhamdulillah... tapi yang aku heran gaji baru ja naik tahun lepas..kenapa naik lagi? redha je la kan dah orang nak bagi....

Berita Gempar: Fizz Fairuz Putus Tunang!


Terkezut aku bila dengar kat hot.fm pagi tadi kata fizz fairuz dah putus tunang...punca putus tunang tu lagi la tak sangka..rupa-rupanya tunang dia tu isteri orang...Adoi apa la nak jadi dengan dunia sekarang ni...apa motif pompuan tu pun aku taktau la..dah ada suami pi bertunang dengan orang lain pulak...
Dalam kes ni aku taktau la nak simpati ke nak gelak guling2 kat fizz tu...mungkin ni la balasan untuk dia sebab dah menyebabkan almy nadia malu bila dia tunang senyap-senyap macam tu...
Kalau korang tengok gambar kat atas tu pun macam pelik kan..ada ke pulak si lelaki yang sarungkan cincin...ini baru tunang la bro bukannya dah nikah...mana boleh pegang2 macam tu... aku heran la xkan xdak orang2 tua kat situ yang boleh benda-benda tak sepatutnya tu... fizz pun bertunang pun pakai baju macam nak lepak kat shopping complex je...


Tuesday, February 19, 2013

Kabel Putus, lif ragut nyawa

Terkejut dan sedeh aku pagi tadi bila tengok muka depa harian metro. Kisah Isteri anggota TLDM yang maut gara-gara kabel lif terputus dan menyebabkan lif terhempas. di harapkan kejadian seumpama ini merupakan yang pertama dan terakhir berlaku di negara kita. Jadi kepada pihak yang berkenaan sila lah pantau benda2 begini. Flat tldm ni memang lama dah..sejak yuka kecik pun dah ada kuarters ni. Agaknya bukan sahaja lif yang patut di pantau tapi juga kemudahan2 lain pun kena tengok jugak.
Alfatihah untuk arha zamelia isharuddin.

Monday, February 18, 2013

AirAsia zero fare...kembali lagi

Apa tunggu lagi...jom kita rembat tiket free ni....

p/s: dah jenuh dok scan kat sini tp x jumpa pun yang seat yg free... kalau kena bayar tax dengan fuel surcharges je memang ok la...

Sunday, February 17, 2013

Sinetron Cucu Menantu

Sapa dok tengok cerita ni ? syok gak cerita ni kan...yang tak berapa syok cerita ni lambat lagi nak habsi...la ni baru episod 33 dengaq kata cerita ni ada 104 episod...jenuh nak tunggu..tp kalau banyak episod pun kalau cerita syok tak pa..yang aku tak berapa berkenan dengan cerita indon ni..masa awal2 episod syok lepas tu mula la mengarut2 melalut sana sini... dengaq kata cerita ni pun macam tu gak...katanya aril tu nanti kecelakaan pastu hilang ingatan...
tapi  aku memang suka fina dgn fahri tu bercerai sebab aku nak fina kawen dengan aril sebab aril tu kaya dan baik ..hehehe

Episod Akhir Cucu Menantu boleh tengok kat SINI

Thursday, February 14, 2013

14 Februari

Tak perasan pulak harini valentine's day....valentine's day tahun ni tenggelam sikit sebab orang tengah asyik ber CNY dan asyik dengan demam pilihanraya....kat tv pun xdak sebut2 pasal valentine's day...gamaknya dah ada kesedaran kot yang valentine's day ni bukan budaya kita.....

Thursday, February 7, 2013

sharnaaz dan shila amzah

                                                                (masa ni cinta tgh mekar)

Shila amzah ni sapa tak kenal kan...bukan kat malaysia ja tapi sampai orang shanghai pun  kenal dia... shila amzah ni lama dah menyanyi tapi masa tu tak berapa laku sangat...tapi sejak menang OIAM tu nama dia mula dikenali...pastu tahun lepas menang pulak kat shanghai bertambah kebaboom la nama dia... mula-mula memang la nama dia meletop sebab kerjaya dia yang meningkat tu...lepas tu mula la ada kontroversi...antara yg hot tu bila dia cium tangan sharnaaz masa menang anugerah tu la...macam la sharnaaz tu dah jadi suami dia...pastu kes apatah dgn penyayi lelaki masa anugerah jugak...masa tu shila konon2 nak buat lawak tapi tak kena tempat....pastu dengar gossip kata sharnaaz kongkong shila lah... kalau bab ni aku ada tertengok rancangan melodi tu... wartawan tu tanya sharnaaz betul ke dia kongkong shila...dia jawab macam ni
 " saya kongkong bakal isteri saya. tak salah kan?" terkejut aku dengar dia kata macam tu... banyak la dia punya tak salah...lom apa2 dah kongkong kalau jadi isteri tah cemana la gamaknya... so kesimpulan kat sini memang patutla nd lala tak suka kat mamat ni...hangin semacam je mamat ni...
Shila tu pun 1 hal gak..belum apa2 dok sebut cinta hati la, i luv u la di khalayak ramai...x reti malu langsung..sekarang bila dah jadi macam ni sapa yang malu?