yang aku nak komen kat ini tentang perjalanan program tersebut ketika upacara penyampaian hadiah...nampak tak begitu sempurna ( mcm upacara penyampaian hadiah kat sekolah2 je) ...sepatutnya pihak penganjur lebih teliti kerana yang menyampaikan hadiah tu bertaraf VVIP .... yang aku paling bengang tu dengan pengacara majlis yang entah apa2 macam tak buat persediaan langsung...baik yang lelaki mahupun yang pompuan 2 kali 5 jer...yang lelaki tu macam terlupa skrip jer yang pompuan tu pulak suka jerit2... semasa diorang umumkan penyanyi yang dapat persembahan terbaik si aliyah tu pun datangla ambik hadiah... tetiba pengacara tu jemput si ajai naik pentas jugak...apa kena mengena ajai dengan persembahan terbaik tu...kalau lagu terbaik memang patutla komposer dan penyanyi sama2 naik pentas...memang xder pun hadiah untuk ajai bagi persembahan terbaik tu....
Lepas dah selesai upacara penyampaian hadiah tu pengacara macam lupa nak ucap terimakasih dekat vvip td...semasa vvip tu nak turun tangga tu baru nak ucap terima kasih itupun macam teragak-agak nak sebut nama dan gelaran vvip tu...entah betul ke salah dia sebut aku pun taktau sebab tak berapa jelas dia sebut masa tu...lain kali kalau tak boleh ingat tulis la di kertas kecik... ada 1 lagi sikap pengacara yang aku rasa tak berapa berkenan ialah ketika pengara pompuan nak umumkan pemenang, yang silelaki asyik2 dok pegang hidung kalau sekejap xper gak...ni lama... bila giliran lelaki cakap si pompuan tu pulak asyik dok pegang telinga...memang mengganggu tumpuan penonton dan nampak kurang sopan la...
Aku pun heran la macamana RTM boleh pilih diorang tu jadi pengacara untuk program besar macam tu...takkanla dah xder orang lain kat RTM tu... Aku harap pihak RTM akan lebih teliti bila membuat sesuatu program...contohilah stesen tv lain yang sentiasa menyajikan program yang berkualiti...