Thursday, January 28, 2010

Dinner yang simple dan sempoi...


Salam 1 Malaysia.....

Seperti yang korang tahu ( utk reader yang baca entry2 yang sebelum ni la) aku sekarang ni dala proses untuk menurunkan berat badan... untuk itu aku mengawal pemakanan di samping buat senaman sikit2 ( tapi x buat pun lagi)....sekarang ni aku buat peraturan baru kat rumah...makan malam sesekali jer makan nasik...mula tu anak aku bising gak....depa kata kalau tak makan nasik nanti lapar la...then akau cakap balik .... makan kenyang2 tak elok nanti mengantuk susah nak belajar...depa terpaksala terima hakikat kan...almaklumla depa kan mentimun dan aku ni durian....hik3...kejam tak? Antara menu makan malam yang menggantikan nasik ialah:



Kebab....

Kebab ni aku buat sendiri menggunakan kreativiti aku sendiri...memang mendapat sambutan la kalau aku buat kebab nih...



Tempura
Sebenarnya ikan celup tepung dgn udang celup tepung...kadang2 sotong celup tepung...tengokla apa yang ada dalam fridge tu yang sesuai untuk dicelup maka aku akan celup2 dan goreng... dulu2 aku taktau tempura tu apa...sekali tu bila nak pi kursus kat jepun kami di perkenalkan dengan makanan2 jepun...orang tu sebut tempura...ingat kan cemana...rupanya ikan/udamg/sayur yang dicelup tepung...rasa2nya tempura ni jer kot makanan jepun yang sesuai dengan tekak aku tu..yang lain2 tu mintak mahap la....

Selain dari makanan kat atas tu, kadang kalau aku buat roti john...walaupun tak la power macam yang kat putrajaya tu tp sedap la aku rasa...ianya sangat digemari oleh anak2 aku...

Itu jer la menu makan malam yang aku nak tunjuk kat sini...ada yang lain2 tu aku x sempat nak ambik gambar...

Walaupun dah berbagai usaha aku lakukan untuk turun kan berat badan...tapi jarum penimbang masih macam tu jugak...ni yang buat aku rasa nak give up jer...

Tuesday, January 26, 2010

surprise...surprise...

Semalam aku buat surprise dekat hb aku...bukan kezutan cemana sangat pun cuma aku tukar curtain dan cadar baru dalam bilik aku tu...curtain tu aku tempah senyap2 ( dengan bantuan bibik) semasa hb aku outstation kat kl 2-3 minggu lepas...pastu dah tempah curtain kitorang pegi beli cadar/comforter baru...projek ni hanya kami ber3 yang tau ( aku, bibik + ebiboy)...masa tu anak2 yang lain pegi tusyen...kalau diorang tau kompom la x jadi kezutan aku tu...2 hari lepas kedai curtain tu tepon bagitau yang curtain tu dah siap....so, masa lunch hour semalam tu aku bergegas ke kedai itu dan kendian bergegas balik rumah...sampai rumah cepat2 tukar langsir dan cadar....pastu aku ke ofis semula....Petangnya cepat2 aku balik rumah sebab xnak bagi hb aku sampai dulu kalau tidak terlepas la peluang nak tengok reaksi dia kan....Bila hb aku sampai reaksi dia macam terkejut la kan..tapi taktau la buat2 ker apa...hahhaha. Nasib baik la hb aku tu berkenan la dengan pilihan yang aku buat...tapi ada 1 komen dari dia...dia kata memang la surprise tengok bilik dah bertukar wajah tapi nanti dia jugakla yang nak bayar bil kredit kad tu....hahhaha....bijak2....
Cemanala hb aku tu tau yang aku bayar semua tu menggunakan kad gores dan menang nih?

Monday, January 25, 2010

Cakap Kedah...

pagi tadi semasa aku dok sibuk buat lawatan sambil belajar ke blob kawan2 tetiba ada sms masuk kat hp cap ayam aku tu... ingatkan saper la kan rupa-rupanya member aku ...sms dia berbunyi begini: " u..apa makna ligan?" hahhaa nak tergelak aku tengok msg tu... pastu aku pun reply la balik : " hahaha...sapa ligan u?..ligan=kejar".... tak lama lepas tu dia reply balik : " tengah sesi panduan asrama ni....speaking kedah noo...."...hahaha kelakar lak aku rasa...
untuk pengetahuan korang kawan aku ni org selangor...dari kecik sampai besar tak penah merantau ke negeri lain...pastu kawen pulak dgn orang perak...so bahasa2 utara ni dia memang tak terer la...nasib baik dia ada kawan dari utara macam aku ni....sekarang ni kawan aku berada di langkawi...menghantar anak dia yang cemerlang dalam pmr haritu masuk sekolah di sana...tahniah untuk kawan aku tu...
Ada lagi 1 citer kelakar pasal kawan aku ni...cuti sekolah haritu dia bawak family pergi bercuti di penang....2 hari kot dia kat penang tu... sewaktu pergi dia naik penang bridge...so masa balik diorang naik ferry la pulak kan...baru dapat merasa dua2 sekali...masa balik tu, lepas dah turun dari feri dia call aku....dia tanya macam ni " u...tempat nak bayar duit feri ni kat mana?...i dah lepas jauh dah sampai nak masuk jalan besar tapi xder pun tempat nak bayar?"...masa tu aku rasa nak tergelak sampai nak jatuh dari kerusi .... biar betul dia ni...memang siyes taktau ker saja2 nak buat lawak dengan aku...pastu aku bagitau dia " u ni....masa balik mana kene bayar apa2...kalau rasa nak bayar jugak bagi jer duit tu kat i..." .... terkejut gak kawan aku tu bila aku kata tak kene bayar...dia takut nanti sampai surat saman kat rumah sebab tak bayar duit feri...huhuhu.... ingatkan yg tu first time dia ke penang...rupa2nya dia penah datang masa darjah 5...sekarang dah umor 30++..hermm memang la x ingat kan...

nota: haritu dia penah tanya aku apa makna mengai... korang tau tak makna mengai?

kebosanan....

Cantek kan baju budak pompuan yang pakai helmet hitam tu? baju itu mengingatkan aku kepada pakcik santa...hehehe...

nota tambahan: masa ni tgh boring tunggu traffic light tukar kaler ijau...

Sunday, January 24, 2010

Berita Gumbira....

Salam semua dan selamat berhari minggu.... ekceli kan aku ada gud news yang nak di kongsikan dgn korang semua...citer dia macam ni....jeng...jeng...jeng...
Hari Khamis lepas adik aku tepon katanya dia nak bertunang pada 27hb februari 2010....jadi dia akan datang kerumah aku bersama-sama kakak aku yang lagi sorang tu untk membincangkan hal itu....Adakah itu berita gembira yang aku maksudkan? sememangnya beritu itu agak menggembirakan tapi ada lagi yang lebih gembira dari itu....
Hari Sabtu semalam dia datang rumah aku...sebaik sahaja sampai kami pun berbincang kecil2an 3 beradik sebelum perbincangan yang lebih serius diadakan bersama adik beradik yang lain... ( untuk makluman kami semua merupakan anak yatim piatu...jadi urusan bertunang ni kene la kami uruskan sendiri...kesian kan?) ....Mula2 kitorang berbincang mengenai majlis pertunangan yang akan diadakan dirumah kakak aku...sebabnya memudahkan pihak lelaki yang akan datang dari pahang...kalau buat di rumah aku jauh sikit la...dalam dok berbincang tu kami telah dikejutkan oleh adik aku yang dia bercadang nak buat kenduri bulan Jun....wah kami sangat terkejut...sekarang dah Bulan Januari cuma tinggal 5 bulan lagi ...sempat ke nak buat persiapan dan sebagainya... Adakah berita dia nak kenduri bulan Jun itu yang menggembirakan aku? memang la aku gembira adik aku akan menjadi raja sehari...tapi bukan berita itu yang aku nak kongsi dengan korang ...ada 1 lagi berita gembira...

Untuk majlis kenduri ni pun masalah jugak pada mulanya...sebab kitorang taktau nak buat dimana...kakak aku nak buat di rumah dia di Taiping tapi pak sedara aku tak setuju katanya jauh...nanti susah jiran2 sekampung nak datang...nak buat di rumah arwah mak aku tu pun susah jugak sebab rumah tu xder sapa tinggal...nanti saper yang nak balik uruskan semua...akhirnya kami bersetuju nak buat majlis tu dirumah aku...

Petang semalam aku bersama adik dan kakak aku ( anak aku yg pompuan dan anak kakak aku pun ikut jugak) pun pergi la ke beberapa butik perkahwinan untuk survey baju2 pengantin dan lain2 kelengkapan....3-4 buah butik la yang kami pergi... tapi yang best tu kan ada la 1 butik tu...masa tu adik aku beria-ia la dok tengok2 baju yang ada kat situ...sekali tu tauke kedai tu tanya kakak aku " yang mana 1 nak kawen? yang ni ke (aku) yang tu (adik aku)" ...walaweiii
dia ingat aku belum kawen.... tapi kakak aku tu tak bagi chance langsung untuk aku bergembira....terus jer dia jawab dekat tauke tu macam ni " dia ni (aku la tu) nak kawen apanya...anak pun dah berderet" .... wakakakaa...x sporting langsung kakak aku nih...then tauke tu kata ingat kan adik aku yang nak kawen dok sekolah lagi...anak2 aku tu pun dia ingat adik2 aku...tapi dia tak kata pulak yang dia sangka kakak aku tu mak kami semua la....tak sampai hati kot nak kata mcm tu ahaks...
Pastu ada sorang customer dalam tu menyampuk...mula2 tadi dia pun sangka aku yang nak kawen....Sesungguhnya inilah berita yang sangat menggumbirakan aku....korang jangan la menyampah pulak baca entry ni....hik3

p/s: tak sabar la rasa nak jadi tuan rumah kenduri...orang kata tuan rumah kena buat baju byk poket....ahaks

Thursday, January 21, 2010

b*b*

Ptg semalam lebih kurang pukol 4.30 anak aku ebigurl tu tepon...mintak aku carikan beberapa jenis gambar... kalau tak bawak kene jumpa dengan guru besar... yg pertama dia nak gambar baby...tak kisah la baby lelaki ke pompuan.... wokey yg ni boleh cari ...dan aku teringat blog cikmin ada byk gambar baby.... yang ke 2 dia nak gambar air arak...pulak dah... okey yang ni pun boleh dibereskan....gambar ke 3 yang tak tahan tu...ada ka dia suh cari gambar daging babi... ishh...memang banyak la kat tenet tu...tapi aku tengok pun geli...rasa mcm tak sanggup nak dload kt pc aku tu...tapi nak tak nak kena la jugak kan....pastu tanpa berlengah lagi aku pun dload la gambar tu semua...gambar babi tu bukan 1 aku cari tapi sampai 6...ada yg masih segar bugar di tengah ladang...ada yang dah di potong2 yang tak tahan tu ada yang sedang dipanggang sekor2 bulat2 dengan domoi sekali...hadoii sabor je la....

Pagi tadi masa aku nak on PC aku tu tetiba x boleh pulak....adakah ini angkara babi2 semalam?

Y

Tuesday, January 19, 2010

Hadiah....

Ingat tak dalam entry sebelum ni aku ada menceritakan tentang kemenangan aku dalam kontes yang dianjurkan oleh cikmin? xper la kalau tak ingat pun.... entry kali ini aku nak tunjuk hadiah yang telah aku menangi yang aku terima petang td....
Sangat teruja la kan lepas balik dari ofis aku tengok ada bungkusan untuk aku...ternampak sahaja bungkusan itew aku dah tau yang pengirimnya adalah cikmin...hadiah kat dalam tu pun aku dah tau sebab awal2 lagi cikmin dah kasitau hadiah yang akan diberikan kepada pemenang...walaupun dah tau isi di dalam rasa teruja tu tetap ada...aku hampir2 terlupa nak ambik gambar sebab terlampau rakus nak bukak hadiah tu...




Inilah rupa hadiahnyer...kelihatan tangan2 anak2 aku yang excited macam aku.... tak sabar2 depa nak tau isi didalam...




Jeng...jeng...jeng...inilah hadiahnya...minyak wangi ( ala2 one drop perfume tu )...bau2an dalam tu pun best2...bertukar-tukar wangian la aku lepas ni...masa besday dulu pun cikmin bagi minyak wangi jugak....

Kepada cikmin terima kasih yea sebab bersusah payah hantar hadiah . lain kali buat la lagi kontes yang simple2 macam ni...



Dari kerana mata...

Haritu anak aku (ebigurl) ada mengadu dengan aku yang dia selalu siapkan keje lambat semasa di kelas...puncanya ialah matanya kelabu....masa tu aku tak berapa nak percaya...ingatkan dia saja jer teringin nak pakai spek sebab ada 2-3 orang kazen dia yang sebaya pakai spek... tapi dah dia selalu sangat komplen tentang mata dia tu, aku pun bawak la pegi check...rupa-rupanya memang bermasaalah la mata dia tu...terus kene buat buat spek...power dah 300++... optometrist tu kata memang sangat tinggi la sebab baru nak mula pakai dah 300 lebih... optometrist tu kata mesti dah lama mata dia kelabu cuma dia tak bagitau...masa tu aku rasa bersalah yang teramat sebab tak mempercayai kata2 anak aku tu...

semasa di ofis keesokkan harinya, aku pun ceritala dekat sorang kakak tu perihal anak2 aku yang kene pakai spek...pastu dia kata anak dia pun sama jugak masa kecik2 dulu...pastu jenuh dok buat spek katanya...baru seminggu siap dah patah...pastu spek hilang la...dan macam2 lagi lah...


Ebigurl sedang berposing dengan spek baru....

Spek tu siap pada hari Khamis ( 14hb januari 2010)... ptg tadi lebih kurang pukul 3.30 dia tepon aku sambil nangis2 bagitau yang spek dia tu dah patah...hadoii... tak sampai pun seminggu... memang betoi la kata kakak tu...tapi dia ok gak dah seminggu siap baru patah...yang anak aku ni baru 6 hari....

Thursday, January 14, 2010

Tahniah YUKA...

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...harini aku sangat happy...nak tau kenapa? pagi tadi kan sebaik sahaja aku masuk ke sini kasehabadi.blogspot.com aku terkezutt bila diumumkan bahawa aku telah memenangi contest yang dianjurkan oleh cikmin...sangat happy ok...

Sekarang nu memang musim blogger buat kontes di blog masing2...tapi yang lain tu aku malas nak masuk sebab banyak cekadak sangat syarat2 dia tu... kene jadi follower dulu lah..pastu kene pastekan tentang kontes tu dekat side bar la...pastu kena link ker blog tu kalau dah masuk...macam2 lagi lah...kalau aku reti buat semua tu xper jugak...masalahnyer aku x reti...so aku ignore jer la semua kontes tu...tapikan kemenangan ini memberi semangat baru kepada aku untuk menyertai kontes orang lain pulak...aku tengok kontes yang yanmie buat tu pun simple dan x berapa banyak kerenah...nanti aku nak try la...mana tau kot ada rezeki....



Inilah jawapan yang telah membawa kemenangan kepada aku...soalan nyer ialah pukol berapa cikkamal ( suami kesayangan cikmin tu) di lahirkan... kalau nak tengok kontes sepenuhnya dan jawapan dari pengalah2 yang lain boleh la buka blog cik min tu....

Tq kepada cikmin kerana buat kontes yang mesra pengguna...hik3

Wednesday, January 13, 2010

Eksesais....

Ingat tak sebelum ni aku ada berjanji untuk meletakkan kaedah2 yang akan aku gunakan untuk menguruskan badan? Jadi dalam entry ini aku hendak menunaikan janji tersebut...

Sepertimana yang kita semua tau kan selain dari mengawal permakanan, senaman juga sangat membantu kalau kita nak turun kan berat badan...dengan senaman yang betul dan teratur, lemak dalam badan dapat di pecahkan...dan seterusnya menjadikan bahagian yang besar itu lebih mengecil...

Cakap banyak pun tak guna...apa kata meh kita layan gambar...tengok senaman apa yang aku nak buat dalam mencapai misi untuk menurun kan berat badan..... dengan bantuan model aku yang kadang mood dia ok dan kadang2 tidak, baru semalam penggambaran selesai dijalan kan....

....
...
...
...
...


Senaman yang pertama:



Aku akan berlari-lari menggunakan treadmill...dah lama aku beli benda ni...cuma masa awal pembelian jer aku rajin berlari-larianak di atasnya...selepas itu benda tersebut di biarkan berdebu... tapi model aku tu memang rajin gak menggunakan treadmill tu... bukan untuk lari2 tapi dia gunakan landasan treadmil tu sebagai track keter mainan dia...hermm kreatif gak la kan anak haku tu...



Senaman kedua :

Selepas berlari-lari elok kalau kita buat senaman kayuh basikal...senaman ini bertujuan untuk menguatkan otot-otot dibahagian kaki...disamping dapat memecahkan lemak dibahagian paha...kalau kita rajin kayuh basikal statik ni lama-lama kaki kita akan jadi slim dan cantik....ye ker? Aku sendiri pun jarang guna...aku rasa la kan masa yang aku guna untuk senaman dengan basikal ni sejak ianya dibeli tak lebih dari 5 jam kot...walaupun aku beli benda ni dah hampir 4 tahun...Mulai hari ini aku akan menggunakan alat ini dengan sepenuh nya...


Model ni tak sampai kaki pun nak kayuh....hik3

Senaman ke tiga:

Selepas berlari diikuti dengan kayuh basikal elok kita buat sit-up.... senaman ini dapat menguatkan abdomen...kalau kita rajin buat senaman ni dapat mengempiskan perut yang buncit aka boroi... dalam ketiga-tiga jenis senaman, yang ni aku paling tak tahan...baru buat sit-up 5 kali dah rasa macam nak mati...jadi aku selalu kecoh sikit la kalau guna alat ini...aku akan suruh anak2 aku tarik tangan aku jadi senang la aku nak bangun kan...bila kecoh macam tu buat 20 kali pun xder hal...hehhehe ...gasak engkau la yuka...asalkan bahagia....


Gaya seorang model....model aku ni selalu guna sit-up bench ni untuk buat mcm slide...ok la jugakkan dari biar berdebu jer...

Itulah antara kaedah-kaedah yang akan aku gunakan bagi program penurunan berat badan aku tu..

Tuesday, January 12, 2010

Sunday, January 10, 2010

Yuka Chu- Kang

Sekarang ni setiap hujung minggu, kalau tiada urusan lain, aku dan hb akan kekebun...kadang2 kitorang pergi berdua jer , kadang2 pegi seisi keluarga+bibik... jadi bila nak berkebun aku akan pakai kasut macam phua chu kang untuk melindungi kaki dari anasir2 yang tidak diingini...Entah cemana hari sabtu baru2 ni semasa tukar kasut dari kasut biasa ke kasut kuning tu aku terlupa nak masukkan kasut biasa aku tu dalam kereta... time nak balik tu bila nak tukar kasut tengok2 kasut aku x der... oleh kerana kawasan itu agak luas susah jugak la nak cari...mula2 kami pergi ketempat kereta itu di letak semasa mula2 sampai ( semasa di kebun ada la 2-3 kali hb aku tu alihkan kereta) ...tp yang jadi masalah bila kitorang pun x berapa pasti lokasi sebenar ... rasa mcm dah betul dah tempat tu tp xder jugak kasut aku tu...setelah pusing 2-3 round dengan kereta akhirnya jumpa jugak kasut aku tu....fuhh lega... x dapat aku bayangkan kena balik dengan pakai kasut kuning tu ( macam dalam gambar diatas) ...kalau elok x per gak ni dah diselimuti tanah...kalau balik terus x per jugak... kalau hb aku singgah kedai makan ker apa , malu la kan... x vogue la ... kalau kena balik pakai kasut kuning tu baru la nama aku boleh tukar jadi yuka chu kang..hik3

Donut....

Salam....2-3 harini tetiba tekak teringin nak makan donat big apple... kalau la tetiba ada orang buat surprise dengan mengkurier donut tu ker ofis aku kan best......

nota: dalam gambar donut dah hilang 1 sebab x sempat aku nak ambil gambar dah ada orang ngapp...

Friday, January 8, 2010

Matematik...

Masa aku pegi rumah kakak aku haritu dia ada cerita dengan aku, betapa geramnya dia dekat anak dia ...sebabnya masa periksa akhir tahun haritu anak soalan matematik yang senang pun dia jawab salah...dah la salah siap bagi alasan lak tu....
Soalan matematik tu macam ni la lebih kurang....

sebyah buku berharga 2 ringgit. abu mebeli 3 buah buku. Berapa ringgitkah yang perlu dionayar oleh abu?
Jawapan pilihan : A . RM3.00
B . RM4.00
C . RM5.00
D . RM6.00

Anak kakak aku jawab C.

Kakak aku geram la kan soalan tu terlampau senang untuk budak darjah 4. bila tanya dia balik 1 buku RM 2 kalau 3 buku berapa harga...laju jer dia jawab rm 6. tapi bila tanya kenapa jawab rm 5, nak tau apa dia jawab?


Di jawab macam ni: awatif tengok kat pasar malam tu oramg tu jual macam tu. 1 barang 2 ringgit...3 barang 5 ringgit... tanpa sikit pun rasa bersalah .....hadoii.... lawak giler la aku rasa...pandai2 dia bagi diskaun... bengang jer kakak aku..geram dan rasa nak marah tapi dalam masa yang sama nak tergelak....hik3


Moral of the story : jangan selalu bawak anak pegi pasar malam.....

Wednesday, January 6, 2010

Malam Berinai....

Salam sejahtera dan salam 1 malaysia kepada semua....
saper pulak yang dok berinai ni...orang malam berinai masa cuti sekolah ...ni dah bukak sekolah baru nak malam berinai bagai...
Hehehe....ekceli bukan pengantin yang dok berinai ... tapi malam tadi aku dok berinai sorang-sorang... haritu masa pi kenduri rumah pakndak aku yang baru balik Mekah, dia ada la bagi beberapa buah tangan... seperti sejadah, tasbih, minyak atar dan jugak inai... dari haritu aku teringin nak pakai tapi asyik bz jer sokmo so malam tadi walaupun bz dan mengantuk aku pakai jugak inai tu...masa tu dah pukul 10.30 kot...lepas pakai inai aku pun tengok tv pada mulanya lepas tu tv pulak tgk aku...sedar2 abis dah comot jari jemari aku tu...pastu abis la dagu aku jadi merah sebab kene inai...nasib baik aku cepat sedar, jadi inai kat dagu tu masih baru. so x la ketara sangat...pagi ni aku sental lagi dagu aku yang runcing itu akhirnya ilang jugak... kalau tidak kena pakai bedak banyak2 la kan....

Meh kita tengok jari aku sebelum dan selepas pakai inai...


Sebelum

Ini la rupanya jari aku yang dipakai inai... masa ni kemas dan bersih jer sebab lepas pakai inai aku terus posing....
selepas
Yang ini pulak setelah kerja menginai sudah complete...malam semalam x sempat nak posing lepas aku buka inai tu...ngantuk yang teramat...so pagi td on the way ke ofis , masa traffic light kaler merah , jari-jemari aku pun posing la kejap.... cantek tak?... aku suka kaler inai MEkah ni sebab oren2 jer gitu...

Sunday, January 3, 2010

gagal...

Dah 3 hari tahun 2010 menjelma...namun begitu aku masih gagal untuk memulakan program diet aku tuh...gagal bukan disebabkan aku tapi disebabkan oleh orang2 disekeliling aku... Hari 1hb tu aku memang tak nak makan sgt...tapi pakndak aku yang baru balik Mekah buat kenduri la pulak...kenduri kesyukuran sempena selamat menunaikan haji...Dah aku pegi kenduri takkan la tak makan pulak kan...nanti kecik hati pakndak aku tu...baikkan aku ni sanggup mengenepikan program diet aku tu demi menjaga hati orang lain....hik3

Sebelah malam pulak kawan aku dari kl yang balik kampung ajak makan kari kepala ikan di penang...nama tempat tu kari kepala ikan pen-mutiara...best dan happening la kt situ...kawan aku order kepala ikan dua belanga ( kari dia serve dalam belanga...tak main la mangkuk2 ni)...udang goreng tepung, sotong goreng tepung, kangkung goreng belacan dan telur dadar...dah makanan punya banyak sampai macam tu takkan aku nak tengok jer kan?... gagal lagi ...alang2 dah gagal aku pulun makan sepenuh hati...ambik kau

moral of the story: biar menyesal makan jangan menyesal tak makan...

Friday, January 1, 2010

...and the happy new year

bye-bye 2009...welcome 2010... selamat tahun baru aku ucapkan kepada semua pengunjung...macamla ramai sangatkan....Tahun 2009 berlalu dengan jayanya...aku pun dah lupa azam aku pada tahun 2009 tu... namun demikian untuk tahun 2009 ni ada beberapa azam yang aku nak capai...antaranya ialah aku berazam nak tukar template baru kat blog aku ni...dah lama sangat tak berganti....anak2 aku pun dah bosan tengok blog ni...depa suruh aku tukar... munkin ada yang gelakkan aku sebab nak tukar template pun aku jadikan azam...bagi blogger yang dah pro dan byk masa memang xder masalah nak tukar templet tiap2 hari sekalipun...tetapi bagi bloggeryang baru merangkak macam aku ni pastu ala2 rabun IT pulak tu, nak tukar templet tu memang 1 hal yang besar...macam nak pindah rumah betul2... nak tukar templet tu memang la senang...boleh cari jer kat mana2 website macam pyzam tu tp yang jadi masalah ialah nak letak balik esesori kat blog tu....nak letak balik shoutbox...letak gambar2....letak jam...letak blog link...pastu yang paling penting nak letak nangnak tu balik...kalau xdak nangnak tu korang datang sini xder benda pulak nak klik...kan? memangla boleh buat backup semua tu...tapi masalahnyer sekarang aku ni kan rabun IT...jadi x reti l nak backup2 bagai...kalau mekap aku terer la....hik3.

Azam aku yang ke=2 pulak ialah nak menurunkan berat badan...yang ni pun ada yang gelakkan aku...depa kata nak turunkan cemana lagi...tp aku rasa perlu jugak aku turunkan berat badan sebab badan aku sekarang semakin berat dengan jayanya.... berat sekarang 56.5kg... paling berat dalam sejarah hidup aku...sebelum ni masa aku mengandung 9 bulan berat aku 54kg jer.. ni x pegnen pun lebih 56kg....aku berazam mulai 1 januari 2010 akau akan berusaha habis-habisan untuk turunkan atleast 3 kg dlm masa 3 bulan...haritu aku ada sebut nak tunjukkan kaedah yang aku nak guna...tapi sampai sekarang masih belum sempat...sebabnya model yang aku nak guna tu ada komitmen lain...nanti bila dia free bolehla kami buat penggambaran... (AINI u jangan cuak tau bila tgk kaedah i...hik3)

Buat sementara waktu ni itu jer la azam aku....yang lain2 akan difikir kemudian... apa azam korang? meh la share dengan aku....

Akhir kata Selamat Taahun Baru 2020...semoga tahun baru ini akan lebih cemerlang dari tahun sebelumnya....