Thursday, April 21, 2011

Selamat Tinggal Semua...

Pagi ini Yuka akan bertolak ke Indonesia untuk program cuti2 jakarta/bandung...yuka akan berada disana selama 5 hari 4 malam..dalam tempoh itu tak dapatla yuka berBW ke blog kawan2..kepada yang datang berkunjung ke blog yuka, yuka ucapkan tengkiu very april....daaa...

Monday, April 18, 2011

Persamaan Yuka dan Rozita Che Wan



Korang percaya tak kalau aku kata aku ada persamaan dengan Rozita che Wan? Tak percaya? Sebenarnya kami memang ada persamaan...dan persamaan itu ialah kami sama-sama pengguna produk kat bawah ni....



<>

<>

<>

<>


Tapikan  rozita tu baru pakai beberapa bulan Safi tu dah ambik dia jadi duta produk Aku yang pakai bertahun-tahun dah ni x pulak diorang ambik...huhuhu

Sunday, April 10, 2011

Resipi blueberry cheese cake ...

Seperti yang dijanjikan dan seperti yang diminta oleh peminat-peminat yuka cheese cake maka di bawah ini yuka bagi link dimana yuka dapat resipi tersebut...
Barang siapa yang berminat nak buat cheese cake boleh la ambik resipi tu kat SINI

Selamat mencuba...memang gerenti jadi kalau korang ikut resipi ni...lepas ni takyah dah korang pegi kedai resipi rahsia tu....

yuka pandai buat cheese cake


Cuba korang tengok gambar cheese cake kat atas tu. seksi tak? kalau korang nak tau ciskek tu aku buat sendiri. Kali pertama dalam hidup aku buat ciskek. pertama kali buat terus menjadi...sedap dan cantik...hehhehe puji diri sendiri la pulak,,,tapi nak buat cemana kan..dah memang hakikat dia macam tu... resipi tu aku  cari kat tenet...aku ni kalau cari resipi memang yang paling simple dan tak guna bahan yang banyak...pastu 1 lagi kriteria resipi ciskek yang aku cari ialah yang tak perlu dibakar. Sebabnyer ialah oven kat rumah aku dak rosak...setelah mencari-cari akhirnyer aku jumpa resipi yang dicari..resipi yang ringkas dan tak perlu di bakor...yeayy takyah bako takyah bako...
1 adunan tu aku dapat buat 2 bekas ciskek tu...bekas tu tak besar sangat...kalau guna guna bekas yang besar dapat 1 jer la...dan kesemua ciskek aku tu berjaya dihabiskan dalam tempoh 36 jam..... korang nak cuba tak resipi tu? kalau nak sila bgtau di tempat komen...

Monday, April 4, 2011

ABPBH 2010 : Saheizy Sam menang...

Semalam telah berlangsung majlis ABPBH yang telah diwar2kan sekian lama dengan jayanya....Bintang paling fofular telah dimenangi oleh saheizy sam...tahniah sam..kalaula datuk ct tak tarik diri agak2 si sam tu boleh menang tak? bertuah  si sam tu dapat keter sebijik..haritu david teoh dah bagi rumah kat dia...pastu dapatlak barang kemas ratus2 ribu...so tak heranla kan bila mak dia pulak yang terlebih excited...anak yang menang tapi mak yang buat ucapan dulu...huhuhu

Oleh kerana malam tadi ada ABPBH so kat ofis aku pagi ni gossip2 orang2 kat ofis aku ni dah tentu la berkaitan dengan ABPBH...yang tak sempat tengok malam tadi sibuk la menanya seiapa pemenang dan siapa pengalah...aku ni cuma dengar dan memerhati dari jauh...sesambil buat keje aku dengar la sorang staff aku ni yang taraf makcik2 bercakap tentang pemenang malam tadi.

Lebih kurang macam ni la perbualan diorang tu:

makcik h: yuna menang penyanyi wanita popular. anak julie dahlan menang artis paling popular

aikkk!!! terkejut aku...sejak bila si sam tu jadi anak julie dahlan...tapi buat derk je malas nak betulkan fakta tu...pastu ada la staf lain yang muda sikit bagitau

staf muda : yang tu bukan anak julie dahla. dia tu adik zizie ezzette

makcik h: oooo tu kaa...tengok dia peluk mak dia tu nampak macam julie dahlan

wakakka...engko pi buat spek baru la makcik h..kata aku ( tapi dalam hati la )

staf muda : si zizie tu putih betul. kulit dia sama kaler dengan nasik. haritu tengok drama apa tah masa dia makan nasik sampai taktau yang mana tangan dia yang mana nasik...

makcik h : tangan kita pun sama kaler macam nasik. tapi nasik yang dah campur kuah masak kicap...

HAHAHHAAHHA...semua pakat gelak.....pandai jugak makcik h tu buat lawak...

Friday, April 1, 2011

April Fool :P

Hari ni 1 april 2011 merupakan hari jadi anak dara aku ( anak nombor 2) yang ke-13...tapi kami x dapatla nak celebrate birthday anak aku tu sebab beliau pergi camping la pulak....anyway happy birthday nayli...luv u