Monday, November 19, 2012

Promosi Pengenalan.... Kain cotton

Haiii...apa khabar semua pengunjung blog yuka? harap2 semua sihat hendaknya...dah lama yuka tak berinteraksi dengan rakan2 blogger..bukan tak rindu tapi keadaan tidak mengizinkan...Yuka agak bz sejak 2 menjak ni pastu ditambah pulak pc yuka yang nyawa2 ikan membuatkan minat nak blogging i merudum...

Tapi kan diam2 yuka bukan la xdak apa2 yang berlaku..sebenarnya sejak kurang aktiviti blogging yuka dapat ilham untuk berniaga online...setelah puas fikir produk apa yang yuka nak jual akhirnya yuka memilih untuk menjual kain ( kak kain kak...kak tebu kak...penah dgr dak tekateki dulu2 ni? hhehehhe)

Kat bawah ni ada beberapa helai kain untuk dijual..kalau ada yang berminat boleh tanya kt chatbox

PURE ENGLISH COTTON

KOD : PEC01 RM50.00 ( free delivery)


KOD : PEC02 RM50.00 ( free delivery)



KOD : PEC03 RM50.00 ( free delivery)
                                                                     (SOLD)
                                                        


JAPANESE COTTON

KOD : JC01 RM58.00 ( free delivery





KOD : JC02 RM58.00 ( free delivery)

Selamat membeli ya.  

Sunday, October 21, 2012

Jadual Cuti Penggal Persekolahan Tahun 2013

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia...setelah sekian lama  tak update blog harini yuka nak kongsi 1 maklumat yang sangat berguna terutamanya kepada mereka-mereka yang kerap bercuti dengan penerbangan airasia...wah macam gempak je kan? Maklumat yang yuka maksudkan ialah jadual cuti penggal persekolahan untuk tahun depan...maklumat ini sangat berguna untuk orang2 macam yuka ni  yakni orang yang suka melancong tapi bajet ciput so trepaksa la terbang dengan airasia - everyone kan fly maa... Biasala kalau nak dapat harga murah kena booking 2-3-4-5 bulan awal... macam sekarang ni kena dah booking untuk tahun depan...kalau anak belum sekolah xla jadi masalah sangat..kalau ada anak yang dah sekolah terpaksala ponteng sekolah... kalau xdak exam time tu xpa la jugak kan....kalau ada exam cemana?  hujah tersebut jelas menunjukkan jadual persekolahan yang yuka kongsi di entry ini sangat berguna tuan2 dan puan sekelian.

Namun demikian yuka tempel kat sini jadual persekolahan untuk negeri kedah, kelantan dan trengganu sahaja... pembaca blog yuka dari negeri selain 3 negeri tersebut jangan la kecik hati dan gundah gulana sebab negeri2 lain pun boleh jugak rujuk jadual ni cuma lewatkan 1 hari je... yuka tak bermaksud nak menganaktirikan negerei2 lain tapi pc yuka ni sangatla bermasalah... nak download satu2 benda tu makan tahun...sampai jenuh nak tunggu...jadi yuka harap 1 tu pun xper la deh..

Jadual Cuti Tahun Depan:

Cuti Pertengahan Penggal 1  :  22.03.2012 hingga 30.03.2012  ( 9 hari)
Cuti Pertengahan Tahun       :  24.05.2012  hingga 08.06.2012  ( 16 hari)
Cuti Pertengahan Penggal 2  :  06.08.2012 hingga 17.08.2012  ( 12 hari)
Cuti Akhir Tahun                 :  15.11.2012 hingga  31.12.2012  (47 hari)

Yuka harap jadual diatas dapat membantu tuan2 dan puan2 semua membuat perancangan cuti atau nak kenduri kawen untuk tahun depan....

Monday, October 8, 2012

Rindunya nak tulis kat blog

Berkurun lama yuka x update blog ni...

Monday, September 10, 2012

Happy Birthday Marsya @ anja

Hari ini birthday ke-12 anak nombor 3 aku tu... esok dia nak ambik upsr pulak...harap2 dia dapat jawap dengan baik. Yuka harap semua reader yang tgh baca entry ni mendoakan agar anak yuka dapat jawab dengan baik seterusnya mendapat kejayaan yang cemerlang...tq veru much...

Tuesday, August 28, 2012

Drama Adam Dan Hawa

Salam Syawal untuk semua....Dah lama yuka tak berblogging...bukan taknak tapi pc yuka ni mengalami masalah dalaman..banyak kuman dalam badan dia...bila dah dibaik pulih keadaan dia sangat lembap membuat kan mood nak menulis menjadi merudum.....

Tapi hari ini yuka menjadi bersemangat untuk mentype kat blog ni kembali...ini semua gara2 drama adam dan hawa yang sekarang bersiaran di Astro 134...sebenarnya aku teruja jugak nak tengok cerita ni sebab aku penah baca novel tu 2-3 tahun lepas..memang feeling abis la baca cerita tu walaupun aku agak menyampah dengan karekter ain hawanis yg jual mahal tu...bila baca novel tu macam tak  berapa logik la jugak kat sesetengah cerita tu...

Masa baca novel aku tak berapa puas hati dengan karekter ain hawani tu ..bila tengok drama malam tadi aku tak puas hati jugak dengan ain hawani tu....dari dulu aku dah tau bahawa hero cerita ni ialah aaron aziz..memang sesuai sangat la dia jadi adam...kan aaron tu tengah meletup kababoom sekarang ni...aku tak ambik pot la pulak sapa yang jd heroin drama ni...sebab aku rasa kalau dah hero aaron heroin pun mestila gempak jugak kan...

Semalam masa menonton drama tu aku tengok yang jadi ain hawani ialah si 'manis' pemilik 'kembang' dalam filem cun tu....adoiiii potong stim betoila...  tak sesuwaii ok ( pada pendapat aku la) yang tu aku boleh terima lg la...walaupun telah mengurangkan keterujaan aku...yang paling tak boleh belah ialah watak sepupu ain tu...pelakon mana tah depa ambik...tak penah tengok berlakon pun...kalau ya pun watak tu x berapa penting ambikla pelakon yg cun sikit...baru la sesuai nak mengendeng ngn adam tu...

Malas la nak komen banyak2 korang tengok sendiri la nanti....

p/s: kalau foziah ghouse tu jd ain pun ok gak

Monday, August 6, 2012

Olimpik London 2012 : Kesian Datuk Lee Chong Wei

Kesian la tengok lee chong wei...nampak sangat kesedihan di wajah beliau...walapun semalam datuk lee chong wei telah menghampakan kita semua sebab gagal mendapat pingat emas tapi aku rasa xder siapapun yang marahkan beliau...bersimpati lagi ada la....aku nak sangat LCW tu menang bukannya sebab gold medal tu sangat tapi sebab menyampah kat Lin Dan tu...ermmm gerammmm

Sunday, August 5, 2012

Red Velvet In da House...tq cikmin


Lihatlah dunia...itu ialah red velvet cake yang didatangkan khas dari dapur cikmin . Sebenarnya kek 2 beradik tu cikmin hantar untuk buat surprise kat yuka dan hubby. dah nama pun surprise mesti la kek2 tu yuka dapat pree je kan...hehehe so jgn jeles ek kengkawan semua...yuka sangat terharu dan tak sangka la kan..sebab dalam kesibukan cikmin dok siapkan tempahan kek dan macaroon, cikmin masih ingat birthday yuka dan suami...TQ cikmin...lebiu lah!!!

Sebenarnya anak2 yuka yg terlebih excited bila dapat kek tu. sebabnya depa tu memang teringin sangat nak rasa kek red velvet... seumor hidup x penah makan...kat SP ni pun xdak orang juai kek tu...yuka penah la rasa kek tu 2-3 bulan lepas masa pi rumah kawan kat shah alam. mula tu excited gak bila dia jamu kek tu..tapi bila makan....sangat mengecewakan....macam ada rasa pahit2..bukan pahit coklat tapi pahit mcm soda bikabonat...kawan yuka pun frust gak sebab kek yang dia beli tu x sedap...tapi kek tu bukan cikmin yang buat ya tuan2 dan puan2.

Awal ramadhan haritu masa cikmin buat kedai kek bergerak ke utara yuka ada la order kek ni ngn cikmin..tapi xder rezeki yuka sebab kek tu tertukar dengan customer lain...kuciwa lagi kan...akhirnya hasrat yuka nak mkn kek red velvet cikmin tercapai sudah...jauh beza la dengan kek yg yuka mkn kat shah alam tu...patutla ramai orang order kek ni dgn cikmin...memang sedap dan kena dengan liah yuka. adoi meleleh ayaq liuq type entry ni...hahhaha

p/s : anak yuka tanya..kenapa bila first time nak mkn sesuatu yang baru mesti makan yang cikmin buat...last year teringin nak mkn macaroon...cikmin hantar macaron time besday yuka...next year nak makan apa mpulak ek?

Thursday, July 26, 2012

Bonus Aidilfitri Untuk Penjawat Awam

Semalam PM telah mengumumkan pemberian bonus aidilfitri sebanyak 1/2 bulan gaji atau minimum RM500.00 untuk semua penjawat awam, pesara pun dapat RM500.00. katanya bonus akan di bayar pada 9 Ogos 2012. yahuuuuuuu...eh silap lak...syukur Alhamdulillah

p/s: janji ditepati

Wednesday, July 25, 2012

Lisa Surihani Mengandung?

Aku pun tak pasti berita tu sahih ke tak. Cuma nampak kt FB je tadi..kalau betul sicantik manis ni dah mengandung tahniah diucapkan...ramai peminat dok tunggu berita gembira yg begini...Sure comei lotey  anak dia tu...dah kalau bapaknya ensem dan maknyer cantik takkan la anak x comei ye dak?

Tuesday, July 24, 2012

kereta vios terbang

( ini bukan gambar edit tau)

cer tengok gambar tu...cemana ek kejadian tu boleh berlaku? katanya yang memandu kereta itu ketika kejadian ialah wanita yang memakai baju hijau tu.  tabik spring lak kat si baju hijau...aku rasa m.schumacher pun x  leh buat macam ni. kalau dia tengok  gambar harus dia pi cari sibaju hijau tu untu dijadikan sifu...

p/s: ni baru girl power

Arsenal datang Malaysia!

Wah aku baru tau yang arsenal datang malaysia. katanya untuk berlawan dengan pasukan malaysia. Sebenarnya aku tak minat pun arsenal ni sebab tu aku taktau aktiviti diorang...tup2 dah sampai malaysia...aku taktau bila game tu tp kalau sebelah malam monfem aku takkan lepaskan peluang...aik! tadi kata tak minat tapi sekarang nak tgk la pulak...sebenaqnya aku bukan nak tengok game tu sangat tapi aku nak tengok part mula2 yang player nak masuk padang...dah jadi tradisi bila player masuk padang depa tu mesti pegang tangan budak2 kecik yang umor dalam 6-7 tahun tu...aku taktau la apa gelaran untuk budak2 tu...panggil bridesmaid boleh? hehehe

Sebab aku nak tengok sangat part depa masuk padang tu ialah salah sorang bridesmaid tu ialah anak kawan aku..aku tau pasai arsenal nak datang ni pun bila kawan aku tulis kat fb pasal benda tu. dia tulis kat status FB yang dia tengah tunggu anak dia training kat stadium bukit jalil...Tumpang bangga la tengok anak kengkawan berlari-lari anak masuk stadium tu nanti...

Thursday, July 19, 2012

Ning Baizura sertai PAS?


Biar betik Ning ni masuk PAS. Bila baca balik artikel rupa2nya Ning kecam dakwaan yang mengatakan dia sertai PAS. Gambar beliau bertudung tu pun gambar lama masa dia berlakon...adoii apa la nak jadi sekarang ni..sesuka hati jer kata orang masuk parti mana2... kalau Mak Som @abby abadi tu memang betolla sertai PAS....


Ning Baizura sertai PAS?


Biar betik Ning ni masuk PAS. Bila baca balik artikel rupa2nya Ning kecam dakwaan yang mengatakan dia sertai PAS. Gambar beliau bertudung tu pun gambar lama masa dia berlakon...adoii apa la nak jadi sekarang ni..sesuka hati jer kata orang masuk parti mana2... kalau Mak Som @abby abadi tu memang betolla sertai PAS....


Sunday, July 15, 2012

BEKAS Isteri Redza Syah (Suami Irma Hasmie)


Pagi tadi masa aku dok layan FB ternampak la artikel ni...kisah gambar BEKAS Isteri ( bekas okey!) Redza Syah tersebar di internet...kalau korang tak tahu redza tu sapa meh aku nak habaq...Redza Syah tu ialah suami Irma Hasmie ( bukan redza af yang pengacara propaganza tu)...

Aku pun tak tahu la kenapa gambar dan cerita bekas isteri redza tu disebarkan ketika Irma dan Suaminya sedang berbahagia...mungkin ada yang iri dengan kebahagian pasangan ini...Sejak keluar gambar perkahwinan Irma dan Redza ramai yang memuji-muji pasangan ini...bagai pinang dibelah 2, bagai cincin dengan permata...dan semuanya mendoakan kebahagian mereka...termasuk aku la tu..

Cuma apa yang aku nak kata kat sini ialah..kalau benar yang Redza itu pernah berkahwin..itu kan kisah lalu beliau.. jodoh dengan wanita itu tak panjang.....sekarang dia dah menduda..Irma bukannya berkahwin dengan suami orang...Ini bukannya kali pertama artis kat malaysia kahwin dengan duda...Sofea jane pun kahwin dengan duda..tapi perkahwinan mereka kekal bahagia sampai sekarang...

Semoga Irma dan suami berbahagia hingga ke akhir hayat...

p/s: aku tengok bekas isteri redza tu macam muka salwa abdul rahman


Thursday, July 12, 2012

Agnes Monica pakai gaun warna kulit

Sapa yang nak glemer dan gempak pada hari raya nanti, boleh la try fesyen macam agnes monica ni. Ada Brani?

Sunday, July 8, 2012

Fathia Pakai Gaun Koyak

Sekarang tengah hebohla di alam cyber dan di blog2 perihal Fathia (pelakon baru yang cun gak tu) pakai gaun koyak. Katanya gaun itu dipakai semasa majlis Anugerah Stail EH! 2012... Oleh kerana dikatakan pakai baju koyak aku ( yang suka cerita sensasi macam ni) cepat2 la cari kat tenet...nak tengok la jugak baju tu koyak macam mana kan...apa yang boleh terlihat apabila baju itu koyak...dan aku merasakan yg fathia tu sure malu teramat bila baju dia koyak... 

Ini lah gambar fathia yang sedang memakai gaun koyak. korang nampak tak part yang koyak tu? sebenarnya tak nampak sangat pun part yang koyak tu walaupun dah di zoom bagai....tak serius mana pun dan x luak apa2 pun kesan dari baju koyak tu...tapi cuba korang perhatikan pompuan yang pakai gaun biru tu...diorang x sebut pulak gaun dia koyak..tapi terjojol kepala lutut sampai ke pangkal paha...

Tuesday, July 3, 2012

Khairul Fahmi (Apex) Berlakon Jadi Pak Guard Nepal

ishh tak sangka sungguh aku bila tengok video ni...Aku ingat Apex ni seorang yang serius dan pemalu ..rupa2nya kelakar gak dia ni...akupun x tau la drama dalam video ni untuk apa kan...kelakar tu memang kelakar cuma keala aku tak boleh terima la bila tengok apek jadi pelakon macam ni...

Korang tengok dan nilaikan sendiri la ....

jom layannzzz


So camner? apa pendapat korang?

Monday, July 2, 2012

Mario Balotelli

alololo nangis pulak dia.....



           Mamat ni nampak brutal rupa-rupanya dalam hati ada taman....ekekekeke

Sunday, July 1, 2012

Euro 2012 : Spain vs Italy


Spain
v.
Italy


Yang mana satu pilihan anda?

Rasa macam nak sokong Italy la...

Tuesday, June 26, 2012

Gambar Norish Karman Bersalin Tersebar?

Meh meh yuka nak kepoh2 sikit kat sini...tadi masa dok layan FB nampak org dok kecoh pasal gambar norish karman bersalin tersebar...sebagai seorang yang suka gossip2 hiburan ni yuka pun cepat2 la google kat tenet nak cari gambar tersebut.
Memang ada la gambar dia baru lepas bersalin tu...


                                                    ( gambar dipetik dari www.budiey.com)

Cuba korang tengok gambar tu...betul tak yang tu norish karman? Yuka rasa memang betul yang tu gambar dia...cuma kita jangan cepat buat tanggapan yang negatif....sebab norish tu memang ada beberapa orang anak kan? Jadi manala tau kot2 gambar tu masa dia beranakkan anak dia yang nombor 2 tu ke...tak gitu?

Monday, June 25, 2012

euro 2012 : england vs italy 2-4



xpa la..england kalah bermaruah


Wednesday, June 20, 2012

Euro 2012 : England vs Ukraine

Tension nihhh...Geram dengan Astro...tgh syok2 layan bola...dah minit ke 80  tv aku terpadam...bila aku aku tekan sana sini kat remote tv tu dia tulis kat atas tu your atro card is inactive bla bla bla....  dah la 10 minit terakhir selalu ada kejutan...harap2 ukraine tak score la..kalau score pun gol tu x dikira macam td...hehehe

p/s: draw pun dah ok kan

Monday, June 18, 2012

Netherland : Ayam Belanda Dah Bertelur...



Played
WonDrawnLostGoals +Goals -Points
GERMANY3300529
PORTUGAL3201546
DENMARK3102453
HOLLAND3003250
hehheehe...kesian Belanda..kena balik kampung tanam jagung


p/s: kepada penyokong Holland/Netherland/Belanda meh pakat2 sokong England pulak...

Thursday, June 14, 2012

Kate Middleton Is Pregnant...

Ish betul ke Kate ni dah pregnant....kalau betul tambah lagi sorang la anak menakan yuka..ahaks..bajet duit raya untuk anak2 menakan pun bertambah la jugak...hermmm

Wednesday, June 13, 2012

Wordless Wednesday


All The Best!

Monday, June 11, 2012

Bapa Ahli Sukan Cuba Bunuh Diri

Bapak Sapa la tu gamaknya. aku cuba google kt tenet ada yang kata bapak datuk Lee Chong Wei. tak tau la betul ke tak kan. Kita kena tunggu berita selanjutnya dari pihak berkuasa supaya berita yang kita dapat tu sahih...bukan LCW je ahli sukan popular dari pulau pinang. ada lg yang lain....

Sunday, June 10, 2012


06/09
Russia
4
-
1
Czech Republic
06/10
Netherlands
0
-
1
Denmark
06/10
Germany
1
-
0
Portugal
06/11
Spain
v.
Italy
06/11
Republic of Ireland
v.
Croatia


Korang sokong team mana? Yuka sokong England

Thursday, June 7, 2012

Gambar Kawen Nurul & eric Daniel Depp

Tahniah Nurul..semoga berkekalan ke akhir hayat...

p/s: konfem kiut anak diorang nanti

Wednesday, June 6, 2012

wordless wednesday


Sunday, May 27, 2012

Cuti Sekolah: Musim Orang Kawen

Salam sejahtera semua...
Sekarang ni dah start cuti sekolah pertengahan tahun....bila start cuti sekolah je mula la orang buat kenduri kawen...sekarang ni orang buat kenduri kawen dah tak kira hari. dulu2 orang buat kenduri hari sabtu dan ahad jer..sekarang ni hari2  kecuali hari jemaat jer kot....asal cuti sekolah jer buat kenduri...asal kenduri jer cuti sekolah...semalam 26 mei 2012 aku ada 3 jemputan kenduri...1 di SP, 1 di Penang dan 1 lagi di Taiping.Yg di SP tu anak rakan sepejabat aku sekarang, yang di Penang pulak bapak sedara aku buat kenduri akikah untuk 3 orang cucu dia dan yang kat Taiping tu pulak anak rakan sepejabat aku semasa aku kerja kat Taiping tahun 2003-2007. Tak sangka la jugak kan walaupun dah 5 tahun aku tukar ke SP depa masih ingat nak jemput...atas dasar itulah maka aku rasa aku kena pi semua kenduri2 tu...
Untuk pergi ke semua tempat itu perlukan perancagan yang rapi sebab lokasi yg agak jauh antara 1 sama lain...pastu pulak kenduri di Perak habis awal...pukol 3 orang dah mula nak runtuhkan khemah.... Selepas puas memerah otak aku yang brilliant ni akhirnya aku pun dapatla idea...
So lokasi pertama yang aku nak pergi ialah di SP...selesai makan kenduri di SP tu aku pun balik rumah nak solat zohor sebab lepas tu nak bertolak ke Taiping pulak...so masa nak bertolak ke Taiping tu aku mula cari balik sms jemputan yang aku dapat tu ( depa tak hantar kad sebab xdak alamat aku kt sp ni) aku nak tgk balik sms tu sebab kat situ ada disertakan alamat. aku nak cari alamat tu kat GPS. Sekali tu bila jumpa sms tu tengok2 kenduri kat Taiping tu bukan 26hb tapi 2.6.2012..huhuhu...nasib baik belum pergi Taiping... Dah tak jadi pergi Taiping kami terus je la ke kenduri yang kat Penang tu...nasib baik gak ada kenduri yang kat Penang tu...kalau idak malu jer kat jiran sebab dah pakai elok2 dan masuk dalam keter tetiba tak jadi pergi kenduri lak...ahaks
Moral of the story kat sini kena pastikan betul2 tarikh pada kad undangan anda...pesanan khidmat masyarakat dari yuka-luv...

Wednesday, May 23, 2012

Wordless Wednesday...

Yuka dah Dapat. Korang dah?

Sunday, May 20, 2012

Konsert Mania Final, UEFA Champion League, Piala FA

Malam tadi ada 3 pertandingan yang agak penting yang berlaku di dalam dan luar negara...


Yang pertama ...Konsert Mania Akhir...keputusan bagi konsert ini ialah Hafiz telah menjadi Juara Mania bagi musim yang pertama...Hadiah rm500,000.00 tuuuuu... untung la hafiz muda2 dah adsa duit banyak macam tu....
Tempat ke-2 dapat kat Stacey ...dia dapat rm200,000.00..best kan?
dan tempat ke-3 agak mengejutkan dapat kat Jac...Ingatkan Jac yang jadi juara berdasarkan peratusan undi masa awal2 tu dia yang dapat banyak sekali...pastu persembahan dia malam tadi pun dasyat gak...tengok-tengok dapat tempat ke-3 jer...tapi dapat  nombor 3 pun lumayan gak...dia dapat duit rm100,000.00..
ko ada?


(terkecik lak pic ni)
Peristiwa ke-2 yang peting dan ditunggu-tunggu oleh para kakibola ialah perlawanan diantara Bayern Munich vs Chelsea...setelah beberapa jam bertarung akhirnya piala itu dapat dekat Chelsea...lama gila depa main dari pukul 2.30pg sampai pukul 5.30pg kot baru abis...sebab ada masa tambahan dan sepakan penalti...sampaikan aku 2 kali bangun pastu 2 kali tertido pastu terbangun balik baru la game tu selesai...masa aku bangun pukul 5.45 pagi tu tengok diorang dah nak habis bagi medal/piala


Pertandingan yang ke-3 pulak bolasepak piala FA...game ni diantara Kelantan dan Sime Darby...Yang menjai juara ialah Kelantan...tapi aku tak tengok game ni malam tadi sebab waktu tu aku dok sebok tengok MANIA kat astro...Tahniah Kelantan...

p/s: aku tertanya-tanya gak siapa penyokong simedarby tu ek?

Thursday, May 17, 2012

Cerai... tak Cerai...Cerai...tak Cerai...Cerai..tak




Hadoiii...sekejap nak  cerai sekejap tak jadi... pastu nak cerai ..la ni x jadi cerai pulak...itu yang berlaku pada pasangan Rita Rudaini dan Aidil Zafuan....Sesungguhnya keputusan itu adalah yang terbaik untuk pasangan tersebut dan dua orang anak2 mereka....Rasanya peminat mereka pun suka dengan keputusan terkini tu...Lepas ni Rita dan Aidil hidup baik-baik tau...jangan gaduh-gaduh dan jangan kecoh2 bila bergaduh...biasala suami isteri...sedangkan lidah lagi tergigit....Rita nampak sweet sangat dalam paper hari ini...



Pastu kan yang tak bestnya dalam bersukaria dengan berita Rita dan Aidil tak jadi bercerai..tup2 aku dikejutkan pula dengan berita pelakon ady putra nak bercerai...sebelum xder pulak dengar rumahtangga dia bermasalah..tetiba jer nak bercerai....hermm aku pun taktau la apa masalah diorang tu....apa yang penting agar keputusan yang mereka ambil ni adalah yang terbaik....hanya jauhari yang mengenal manikan....

Wednesday, May 16, 2012

Sempena Hari Guru 2012


Sempena Sambutan Hari Guru 2012 ARIANI scarf & selendang ada buat promosi istimewa...boleh beli tudung dengan separuh harga ..pastu kalau beli lebih dari rm250 boleh dapat hadiah percuma pulak....sangat owsem kan? Tapi promosi itu hanya untuk guru2 sahaja...bukan guru pi main jauh2... Guru pun kalau nak dapatkan harga spesel tu kena tunjuk ID kad guru baru boleh...nak jual pun banyak songeh gak kan...Bagi yuka senang ja ...bukan Ariani jer yg jual tudung cantik2...sekarang ni byk dah kedai yang jual tudung cantik setanding macam ariani gak...dekat jelitasara pun banyak tudung cantik-cantik..

p/s: yuka xder ID kad Guru. korang ader?

Tuesday, May 15, 2012

WAHHH! Terkezut besar mak bila tengok muka depan surat khabar harini ada tajuk Fasha sSandha Bunting Pelamin...Rasa macam baru je kawen dan baru je gambar hanimun diorang tu ada kat tenet..tup2 la ni dah pegnen seminggu lebih...Anyway Tahniah untuk Fasha dan Jejai...Sesungguhnya rezeki Fasha sangat murah...sesetengah orang tunggu bertahun-tahun dan ada yang berhabisan ribu2 untuk dapatkan anak...
Aku baca dalam surat khabar Fasha Sandha kata dia sangat bahagia selepas kahwen... dia kata dia 'the happiest woman alive'... Setelah berbagai dugaan yang dia alami aku rasa dia layak untuk menikmati semua kebahagian itu....semoga beliau bahagia hingga ke akhir hayat bersama-sama dengan jejai....

Monday, May 14, 2012

DIGI WWWOW AWARDS 2012

Digi wwow award kembali lagi..diam x diam tempoh pengundian telah pun ditutup...mula2 tu aku berangan gak nak masuk...kategori blogger of the year gitu...hehhee...pastukan bila fikir2 balik...kalau aku masuk ada ke yang nak mengundi...aku lak x sempat nak BW untuk melobi benda2 ni...akhirnya aku batalkan hasrat aku ni...Aku cadang nak masuk tahun depan la pulak..tu pun kalau award ni ada lagi...
Kita tunggu je la tengok sapa yang menang tahun ni...last year kalau tak silap aku Ini Anwar Hadi menang besar...
Pada pendapatan aku, IniAnwarHadi ni memang layak menang...syok dan happening bila baca dan tgk youtube kat blog dia tu...lastyear kat area SP ni memang deman IniAnwarHadi ni la...budak2 sekolah yang pompuan tetiba pakat minat kat dia ni...Anak aku pun bila nampak anwar hadi ni macam nampak anuar zain dia punya exited tu...aku pernah terserempak 2-3 kali kot dengan anwar hadi ni..yang pertama kat rumah kenduri...masa tu seminggu selepas dia menang award tu.. bapa dia merupakan cikgu english anak aku...masa kat kenduri tu la bapak dia panggil anak aku pastu tanya kenal tak yang tu sapa ( sambil menunjuk kat IniAnwarHadi  tu) maunya dia tak kenai sbb Last year waktu2 mcm ni hari2 anak aku dok sebut nama anwar tu...tapi tahun ni xder pulak aku dengar dia sebut nama mamat tu dah..dah lupa kot gamaknya...hehehe

Dah banyak aku merepek meraban ni...yang sebenarnya aku nak tanya korang bila majlis digi award ni ek?

Sunday, May 13, 2012

Happy Mothers Day

Selamat Hari Ibu kepada Semua  Ibu-ibu yang mengunjungi blog Yuka....

p/s: blueberry cheesecake  kat atas tu yuka yang buat tp decorating anak dara yuka yang buat...

Thursday, May 10, 2012

MATTA Fair di Sungai Petani 10-13 Mei 2012

( kat dalam jadual ni xdak pun kata nak buat kat Kedah)

Sekarang sedang berlangsung MATTA Travel Fair di Sungai Petani. Tempatnya di Village Mall ( 100 meter dari ofis aku). Dah lama gak aku tau yang Matta ni akan berlangsung kat situ. Jadi aku menghitung hari la nak pi skodeng kot2 ada offer yang terbaek dari ladang kan...

So tengahari tadi aku pun pi la kat situ ..aku pergi situ dengan harapan yang menggunung...first time nih aku nak pi MATTA Fair tu..selalu dengar oarng je kata best...semua kata kalau time MATTA Fair tu memang murah gila la...

Tapi saya seribu kali sayang...semuanya indah kabar dari rupa...aku tengok pakej yang ditawarkan tu sama jer macam time x matta...aku pi beijing haritu pun lagi murah dari pakej yang kat MATTA tu...tipah tertipu betulla...

Susulan Kes Ibu Pukul Bayi


UPDATE : Kes Dera Bayi – Jawapan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Semakan Berita Semasa di Laman Facebook menunjukkan pihak PDRM telah tampil memberikan respon balas terhadap video yang telah dikemukakan oleh orang ramai
STATUS VIDEO PENDERAAN BAYI
Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.
Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.
Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001

Ini adalah apa yang aku baca dari beritasemasa.com .video kes pukul tu aku tak letak kat sini.sebab tak sampai hati. Aku cuma nak tolong sebarkan berita bahawa sipelaku yang merangkap ibu bayi itu telah pun menerima hukuman.

Kalau nak tau dengan lebih lanjut boleh dapatkan maklumat di beritasemasa.com

Tuesday, May 8, 2012

Durian Runtuh Peneroka Felda

Wowww! sangat bertuah peneroka FELDA...Sebentar tadi PM telah mengumumkan habuan yang akan diterima oleh mereka...


Butir-butir Pengumuman Durian Runtuh FELDA 2012 Kepada Peneroka

Imbuhan Utama kepada Peneroka Felda :
  1. Jumlah dana pemberian durian runtuh FELDA adalah sebanyak RM1.689 billion, untuk diaggihkan kepada semua setiap 112,635 peneroka FELDA
  2. Fasa Pertama 1 = RM5,000 untuk suami, ketua keluarga
  3. Fasa Kedua  2 = RM5,000 untuk isteri peneroka. Kalau ada 4 isteri? Bahagikan RM5,000 sama rata
  4. Fasa Ketiga 3 = RM5,000 untuk anak-anak generasi kedua (Maksudnya di sini, jika ada seramai 5 adik-beradik kesemuanya bahagikan RM5,000 seadilnya)


Selain daripada  habuan kat atas tu peneroka  juga akan mendapat imbuhan berikut:

  • Peneroka Felda akan menikmati kemudahan pinjaman rumah tanpa faedah
  • Tanah yang diteroka juga akan menjadi hak milik mereka sendiri
  • 20% saham Felda Global Venture (FGV) akan diperuntukkan kepada Tabung Amanah bagi peneroksa FELDA dan setiap keuntungan dividen akan disalur secara terus pada peneroka.
  • Berdasarkan perkiraan awal, jika penyenaraian FGV di Bursa Malaysia menguntungkan seperti yang dijangkakan, besar kemungkinan peneroka akan menerima lagi imbuhan sebanyak RM1350 (jumlah minimum)
  • Setiap peneroka layak menerima saham Felda Flobal Ventures FGV
  • Petugas-petugas dan pegawai-pegawai FELDA dapat bonus khas 2 bulan setengah gaji
 Sumber di atas dipetik dari beritasemasa.com untuk maklumat lanjut.boleh rujuk disana.

Monday, May 7, 2012

simplysiti

Sekarang ni aku sedang ingin nak pakai produk Simplysiti...Ada sesiapa yang guna ataupun pernah guna produk ni? boleh komen sikit tak tentang keberkesanan produk ni...review dan pandangan anda amat dihargai...tq

p/s: dah bosan pakai safi rania gold!

Sunday, May 6, 2012

1 Malaysia


Muhibbah betul gambar ni kan. 1 Malaysia berjumpa dan bersatu di Beijing.

Thursday, May 3, 2012

Nayati Shamelin Moodliar Sudah Di Temui




Ingat lagi tak dengan Nayati? alaa..pelajar lelaki umur 12 tahun yang diculik  pada 27 April 2012 ketika nak ke sekolah tu....


Untuk makluman semua Nayati telah pun ditemui.....

Ni dari FB khas untuk dia yg was created by the family.

To all our family/friends/supporters of Nayati.

We have got NAYATI back!!!

He is back to our arms again! Thank you all for your support! We will post soon!

Thank you - Moodliar Family

https://www.facebook.com/PleaseHelpUsToFindNayatiMoodliar

Monday, April 30, 2012

Nutella ...yummy

Siapa suka makan nutella? Sila angkat tangan....
Siapa suka makan nutella tapi x suka beli sebab rega dia mahal? sila petik jari....
Harini Yuka ada berita baik untuk penggemar nutella...Sekarang Tesco tengah buat promosi untuk nutella ni...Kalau kebiasaan harga nutella yang besar sekali tu (750gm) RM30++ kan? Sekarang ni harga promosi cuma RM19.90..murah kan, kan, kan?
Jadi apa tunggu lagi..cepat la berlari-lari anak ke Tesco sementara stok masih ada....

p/s: sharing is caring

Sunday, April 29, 2012

Bersih 3.0



Ramai rupanya rakyat malaysia yang ketegaq dan tak berapa cerdik