Wednesday, March 28, 2012

Tuesday, March 27, 2012

Rumah Mawi kena Rompak?

Huhh terkezut aku bila dengar berita tu pagi tadi...ketinggalan zaman sungguh aku ni kan..padahal dari ptg semalam org dah heboh...syukur la xder berlaku perkara yang tidak diingini keatas mawi dan ahli keluarga beliau... terutamanya baby mawi yg baru 28 hari tu. katanya jumlah kerugian rm10 ribu...apa lah sangat 10k tu kalau nak dibandingkan dengan nyawa kan...macam mawi tu sekali nyanyi dah boleh dapat balik semua tu...masa aku tgk kat tv pagi tadi mawi kata perompak tu mula2 taktau yang tu rumah dia...bila dah masuk baru tau..pastu siap tanya ni mawi ke? hehe kelakar gak kan...
Semoga mawi dan family sabar dan tabah dengan dugaan sebegini dan cepat hilang trauma....

Tuesday, March 20, 2012

Jakarta, ABPBH Roadshow, Beijing.....

Morning semua...fuhh dah berhabuk blog yuka ni kan...nak buat camner lately ni yuka bz sesangat...keja banyak pastu assistant  yang pencen tu pun belum berganti... dah 4 bulan yuka dok buat keja dia...tapi dalam sibuk2 tu sempat lagi yuka bercuti-cuti sqakan..hehhehe
Sebenarnya banyak benda yang yuka nak cerita terutamanya tentang majlis walimatul uruss yang yuka hadiri di Jakarta baru2 ini...tapi itu la kalau nak buat entry kena ada gambar baru syiok kan...nak upload gambar pun ambik masa gak...bila dah lama sangat dah takdak ransangan nak buat entry tu...pastu bweekend baru ini yuka ada pi ABPBH roadshow kat village mall sungai petani...ingat nak gak citer yang tu tapi xdak masa jugak nak buat entry..lepas ni yuka nak cuti lagi sebab nak ke beijing...nampak gayanya cerita kenduri di jakarta akan berkubur begitu saja...tapi seboleh mungkin yuka akan buat jugak entry tu walaupun dah basi ka apa...kalaupun korang taknak baca , entry tu untuk kenangan dan rujukan yuka di masa hadapan...

Berbalik cerita cuti ke beijing, semalam yuka ke 1 travel ejen ni nak mintak diorang uruskan visa. masa yuka call diorang sehari sebelum tu untuk bertanyakan dokumen yang diperlukan depa cuma kata hanya bagi passport dan duit rm110 seorang. So pagi semalam yuka pun pegi la nak hantar passport dan duit tetiba dia kata nak gambar passport sekeping...hadoii macam nak cepuk2 jer budak tu...tapi yuka ni kan seorang yang baik dan lemah lembut gemalai..manada nak marah2 orang macam tu kan..takat mengutuk dalam hati je la...
lagi 1 yang buat yuka geram, nak gambar pun sekeping jer ..mintakla 3-4 keping baru berbaloi yuka pi tangkap gambar kat kedai... Pastukan nasib baik kepala hotak yuka yang brilliant ni teringatkan gambar yuka di carta organisasi ...dekat situ yuka kasi gambar passport...so...petang semalam yuka balik lambat sikit...sebab yang pertama memang sebab nak habiskan keje. sebab kedua pulak yuka nak bagi orang balik dulu , jadi baru la senang sikit yuka nak curi gambar yuka kat carta organisasi tu....hehehe
Pastukan semasa yuka sedang berusaha keras nak ambik gambar tu ( susah gak nak ambik sebab gambar tu di insert dalam kocek plastik keras . ruang tu sempit) ada suara tanya..." haipp dok buat apa tu?" alamak ...kantoi la pulak......rupanya da lagi orang yang belum balik...huhuhu...setelah yuka menceritakan tujuan yuka ambik gambar itu, pegawai itu ikut membantu yuka untuk mengeluarkan gambar... dia siap cari gunting bagai dari dalam beg dia  ....akhirnya yuka berjaya juga ambik gambar tu setelah menggunakan jarum tajam di brooch untuk mencungkil gambar tersebut.....selamat duit yuka 8 hengget....ahaks.
Lepas ni tunggu entry yuka pasal beijing tau.

Thursday, March 8, 2012

Antara SP dan Jakarta

Pagi ini yuka akan berlepas ke jakarta ( sebab nak pegi makan kenduri kawen) dan akan kembali semula ke tanah air pada 13.3.2012. Kepada semua pengunjung yuka-luv selamat bercuti sekolah dan jaga diri baik-baik ok!
p/s: Yuka sayang kamu

Tuesday, March 6, 2012

Doa Ketika Mengerjakan Umrah

Salam Sejahtera semua..yuka doakan semoga anda semua sihat walafiat disamping keluarga dan teman-teman tersayang...Dah lama yuka tak update blog  kan...terima kasih yuka ucapkan kepada pengunjung  blog yuka yang sentiasa memberikan sokongan kepada blog yuka ni...Kebelakangan ini yuka tak dapat nak update blog sebab bz dengan tugas2 kat ofis ...pastu dicelah-celah kebizian tu yuka kena pegi meeting di Jitra la  then 2 hari lepas tu kena pi putrajaya pastu lepas ni yuka nak bercuti panjang pulak...makanya terpaksala siapkan kerja yang banyak itew dalam tempoh yang singkat... Yuka bercuti panjang sebab lusa nak ke Jakarta/bandung ( ada blogger kata yuka balik kampung..hehehe) mana tak balik kampong kan tiap2 tahun pi sana...biasanya yuka pi sana sebab nak jadi orang kaya...jutawan gitu...shopping pun syok jer kat sana...ada kalanya rasa macam selebriti la pulak...mana taknya turun jer dari kenderaan orang datang serbu...tp depa tu bukan la nak minta sain autograf ...Ops da terkeluar tajuk la pulak..len kali la yuka citer pasal tujuan pi jakarta tu...

Sebenarnya entry kali ini yuka nak citer pasal doa ketika mengerjakan umrah. Yuka bukan nak berkogsi doa yang perlu dibaca ketika buat umrah, okey. Yuka nak berkongsi doa-doa yang dikirim oleh anak2 yuka ketika ayah mereka nak pergi umrah 2 minggu lepas. Kesahnya begini, saat2 nak bertolak ke airport tu anak2 yuka tu pesan macam2la kat ayah diorang untuk didoakan disana..oleh kerana banyak sangat permintaan mereka tu..hubby yuka minta anak yuka tulis dalam buku nota sebab takut terlupa bila kat Mekah nanti. Maka anak yuka pun tulis la dalam buku.

Masa tengah bosan dalam kapalterbang tu hubby yuka nak tengokla apa permintaan anak2 bertuah dia tu...kat bawah ni adalah doa yang minta dibacakan oleh ayah mereka ketika di Mekah ( mulanya yuka nak scan jer buku nota tu baru boleh tengok sendiri tulisan diorang tu..tapi x cukup masa la pulak nak buat semua tu. so yuka type balik la apa yang diorang tulis)
Antara permintaan mereka:
1. Bagi Marsya dapat 5A dalam UPSR
2. Bagi Nayli dapat 8A dalam PMR
3. bagi Danial dapat semua A dalam SPM
4.Bagi thaqif dan firas pandai dan rajin beribadat
5. bagi buah kelapa sawit berbuah cepat dan banyak
6.Bagi walid beli kereta starex atau alphard
7. Temukan jodoh kepada bibik
8.Bagi walid dapat banyak projek
9. bagi nayli dapat i-pod
10. bagi keluarga maklong murah rezeki
11.Ampunkan semua dosa umat Islam

perghh banyak betoi permintaan depa tu.   Sangat duniawi kan. hubby aku kata doa yang nombor 7 tu dia tambah sikit. dia doakan bibik dapat jodoh lepas tamat kontrak..hehhe..kalau dapat jodoh sekarang jenuh la pulak kami nak mencari bibik baru...