Showing posts with label macam. Show all posts
Showing posts with label macam. Show all posts

Wednesday, March 18, 2009

Tak Ada Logika...

Saper layan citer Spa Q petang semalam? Lately ni aku suka tengok citer ni. sebab dah nak sampai penghujung dah cerita tu. Nak kata best sangat tu tak la tapi since aku dah tertengok citer tu nak la jugak tau ending dia tu kan. dalam citer ni semua pempuan dalam tu mekap tebal2 especially kat mata tu. sumer mata besar2 dalam citer tu tambah2 mata datin sofiera . aku rasa mata dia tu kecik sikit jer dari telor ayam. pastu semua seksi2 dari yang muda sampai yang tua kerepot. Ok berbalik kepada soalan aku tadi tu saper yang tengok citer tu petang semalam? bagi yang tak tengok sila abaikan soalan ini... kepada yang tengok, korang perasan tak ader 1 kejadian yg tak logik semasa zaefrul dan abang dia tu ke rumah norell. aku tengok masa tu zaefrul pakai baju bunga2 dan abang dia pakai baju ijau. bila si norell tu takder di rumah mereka pun pergi ke spa ( tempat keje norell). sesampai saja di sana baju si zafrul dah jadi jalur2 la pulak manakala baju abang dia masih sama (ijau tu jugak)... hermm cemana tu?

p/s: ader saper yang layan citer kasanova XXL tak? best gak kan citer ni. kasanova tu dah tak xxl lagi. sekarang dah kurus. dah ensem... citer ni tentang seorang lelaki(wira internet) dan pompuan ( merpati blu) yang kenal masa chatting. pompuan ni lawa tapi lelaki tu gemok. jadi bila nak ngedate yang lelaki tu suruh abang dia yang pegi. akhirnya terbongkar jugak la rahsia sebenar. pompuan tu frust la kan sebab tipah dah tertipu... sekarang wira dah slim tapi merpati blu tu lom tau lagi...
moral of the story, kalau nak chat tu guna la webcam baru la orang tak leh nak tipu..kan?kan?

Tuesday, February 10, 2009

Rawatan Alternatif

2 minggu lepas ( ekceli n3 ni aku dah type sikit 2 weeks ago tp since gmail ni der problem makanya entry ni tertangguh agak lama) semasa aku sedang bertungkus lumus dan berhempas pulas buat keje di ofis sehinggakan berselerak meja aku macam tongkang pecah, tetiba ada sorang pompuan umor dalam 40an masuk bilik aku. pada mulanya au sangkakan dia tu nak jumpa aku sebab hal keje. Rupa2nya dia dtg memang der hal keje tapi keje dia la takder kene mengene dengan aku pun. Pompuan itew penjual ubat. dia siap hulurkan brochure tentang jenis2 penyakit yang boleh dirawat. Pendek kata sebut jer nama penyakit semua dia boleh buat. yang terbaru katanya kanser pun boleh. terer kan dia tu. aku ni memag tak beraa minat benda tu sumer ditambah dengan keje yang berlambak jadi tapi teringin gak nak tau cemana dia nak kesan penyakit tu. Aku pun tanya la dia:



"Akak guna alat apa tu nak kesan semua penyakit tu?"



"takder guna alat apa2, cuma pegang tapak kaki dengan tangan jer. sebab di tapak kaki kita kan ada semua saraf tu"

'WAHHH!!!!! SO Terer........' kataku dalam hati. tak payah buat MRI, CT Scan, tak yah X-ray tak yah abih duit byk2 beli mesin dan peralatan and yet boleh kesan semua jenis penyakit. Kene rekemen pompuan ni dekat menteri kesihatan ni.

Lepastu dengan penuh berhemah aku aku bagi alasan keje banyak jadi tak dapat la aku nak check kaki aku tu. Nak tau apa pompuan tu cakap? Boleh ker dia kata macam ni kat aku:

"takper keje banyak boleh stop sat. check kesihatan ni penting." Ishh macam dia pulak yang jadi bos kat ofis aku ni. sesuka hati jer suruh aku stop keje tu.

Tapi yang menghairankan aku ada sorang clerk kat sini yang try check ikut kaedah tu. Pastu percaya pulak tu dengan kata2 pompuan tu. Bila dah percaya pompuan tu pun mula cadangkan ubat2 yang sesuai untuk penyakit2 tersebut. Diakhir cerita clerk tersebut telah membeli 1 set ubat yang berharga RM 490.oo.