Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Monday, July 5, 2010

Petua lagi...

Salam selamat pagi semua...di pagi senin yang indah ini yuka nak berkongsi lagi 1 petua berkaitan baby jugak yang sangat berguna...dan yuka pernah cuba dan sangat menjadi.... Petuanya ialah mencepatkan baby baru lahir tanggal pusat ( sori la ayat lintang pukang sikit)...
Kalau korang nak tau kan masa anak yuka yang pertama lahir pusat dia lambat tanggal...rasanya sebelah hari kot baru la tanggal...baby yang masih ada pusat tu memang susah sikit la kita nak bagi mandi sebab seriau tengok pusat dia yang tergantung-gantung tu kan...hari2 lepas mandi yuka sapu minyak gamat tapi tak jugak kering...akhirnya pada hari ke-11 baru tanggal....kemudian semasa yuka lahirkan anak ke-2 adala kawan yuka ni datang  melawat...waktu tu usia baby tu dah 2 hari...dia bagi petua bagaimana nak bagi pusat tu tanggal dengan cepat...katanya anak2 dia belum 3 hari pusat dah tanggal... petuanya sangat mudah....ambil bawang besar di cincang halus2...kemudian dicampurkan sedikit minyak masak....sapu kan minyak tersebut di perut baby selepas mandi ataupun setiap kali menukar lampin baby tu...kawan yuka tu bukan setakat bagi petua malah dia tolong buatkan sekali ramuan tu dan terus sapu pada pusat baby tu...petangnya lepas mandi yuka sapu kan lagi...pagi esok tu lepas mandi yuka buat lagi perkara yang sama...petang tu ketika nak mandikan baby yuka terkejut bila tengok pusat baby tu dah tanggal... dan pusat pada perut baby dah kering dan cantik....
Jadi pada sesiapa yang nak melahirkan baby dalam waktu terdekat ni boleh cuba petua ni...renung2kan dan selamat beramal...

Sunday, July 4, 2010

Petua bagi memudahkan bersalin

Tadi semasa aku sedang mencari-cari jamu yang sesuai untuk dalam pantang, aku terjumpa 1 petua bagi memudahkan bersalin. Cara-caranya taklah susah . Apa kata sesiapa yang tengah berbadan 2 sekarang ni kita try petua tersebut. caranya seperti dibawah:


  1. Membaca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh kehamilan.
  2. Amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus.
  3. Amalkan minum air lebihan suami.
  4. Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.
  5. Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.
  6. Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
  7. Kerap makan sayur bendi sebagai pelincir utk memudahkan bayi keluar
  8. Bagi kulit bayi bersih - amalkan makan buah epal dan minum susu/soya