Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Monday, September 26, 2011

Lawak Pagi Senin


Pagi tadi kan seperti biasa aku and the family keluar rumah pukul 6.35am untuk hantar anak-anak aku ke destinasi masing-masing. 3 orang anak ke 3 buah sekolah yang berlainan dan yang baby ke rumah baby sitter. On the way tu kami singgah petronas sebab tangki minyak keter aku tu dah kering kontang. Dah 2 hari merah dah lampu kat dashboard tu. Oleh kerana kelam kabut nak keluar awal suami aku terlupa nak bawak dompet dia. Aku pulak memang jarang sangat la kuar pagi2 macam tu bawak dompet. Nak patah balik ke rumah takut lambat. Nasib baik la anak2 aku tu ada duit lebih sikit, maklumla kan baru lepas raya... tapi memang sikit je pun . Lepas kutip sorang sikit ditolak duit untuk belanja di sekolah maka dapat la rm14 hengget untuk isi minyak. 7 liter lebih la jugak.  kelakar kan. Korang bayangkan keter  macam kat atas tu isi minyak 14 hengget jer!!!

Thursday, March 17, 2011

Tuah Ayam Nampak Di Kaki Tuah Kawan Aku Nampak Di Facebook

Beberapa minggu lepas ketika aku sedang melayan FB aku tertengok kawan aku Lin ( bukan nama sebenar) di wall kawan aku yang nama dia nana...komen beliau berbunyi begini  "nana.tadi saje ajak hubby gi tengok kete.dia belikan I my dream car!luv it." terpegun aku dengan statement itu...tak sangka aku begitu mudahnya kawan aku tu beli kereta...macam nak beli kereta mainan je kan...bukan sembarangan kereta..dream car pulak tu...kalau dream car mestila  kereta yang mahal2..kereta yang harga below 100k dah tentu tak masuk dalam senarai...bertuah sungguh kawan aku tu... tak payah fikir banyak2 bila nak beli kereta...sambil jalan2 pun boleh beli...kalau aku saja ajak hb aku tengok keter macam tu...jangankan nak beli dream car, suruh  beli kereta F1 yang harga rm9.90 kat shell tu pun belum tentu hb aku nak beli...huhuhu


Aku teringin la nak tau apa jenis kereta yang kawan aku beli tu...nak tanya segan la pulak...satgi dia kata aku ni bizibodi ...tunggu punya tunggu punya tunggu...berkat kesabaran aku menunggu, hari ni terjawab lah persoalan aku tu...aku nampak dah keter impian kawan aku tu di FB...



Inilah rupa kereta idaman kawan aku tu...mini cooper tau!!


Thursday, March 10, 2011

Jom Bayar Saman

Salam semua..hari ini hari terakhir untuk membayar saman...mari kita serbu kaunter bayaran beramai-ramai...kenapa la korang ni selalu tunggu saat akhir baru nak bayar saman? cuba pergi awal2...ni tak hari last baru kalut nak pi bayaq...sapa yg susah? korang gak kan...kalau korang semua pi bayaq awai2 kan baguih..baru la tak ramai sangat hari last ni...baru senang aku nak bayaq...huhuhu...tapi aku rasa takmau pi bayaq harini...nak tunggu tempoh lanjutan kali ke-2...

Monday, February 14, 2011

City vs Forte

Ada 1 masaelah... bukan masalah aku tetapi masaalah kawan aku si Ungu Violet. Beliau nak tukar keter baru tetapi tengah fening samaada nak beli city atau forte...cadangan aku suruh dia ambik porsche telah di tolak mentah2...1 lagi usul aku turut ditolak. Aku mengusulkan agar beliau buat solat istkharah tapi kan dengan selamba dia jawab...cari laki pun tak buat solat istikharah takkan nak beli keter nak buat pulak...hehehe . kelakar lak dengar jawapan dia tu...doaku semoga beliau membuat pilihan yang tepat agar tidak menyosal dikemudian hari...

Wednesday, February 9, 2011

Pecah Lagi...

Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas.

Penah tak korang dengar pantun ni? mesti la penah kan..masa kecik2 dulu kalau hantar kad raya wajib letak pantun ni...untuk entry kali ni aku bukan nak cerita pasal pantun ke apa..tapi aku nak story pasal cermin keter kemri aku yang pecah lagi...geram tau...koman spana betoi... masuk kali ini dah 3 kali pecah...aku tak pasti pengguna keter kemri lain alami masalah macam aku ke tak...kalau pecah disebabkan kemalangan jalanraya ker atau ada benda jatuh atas dia ker takperla jugak...ini tetiba jer tengok dah ada retakan... aku rasa toyolta kena buat postmortem la...
Geram..geram..gerammm...aku jual keter tu baru padan muka aku...

Friday, November 5, 2010

Minyak lagi....

bercerita pasal entry minyak RON97 sebelum ini...aku teringatla 2-3 minggu lepas, aku dengan sang suami pergila ke kebun seperti kebiasaannya.kebun tu terletak di kampung yang ada pekan kecik jer kat situ...walaupun kecik tapi adala bank, petrol stesen dan sebagainya.... kat situ ada 2 stesen minyak...1 dah lama manakala 1 lagi baru beroperasi 5 hari...kemudian suami aku tu pergila dekat stesen minyak baru tu nak isi minyak...dah menjadi habitat tabiat suami aku tu kalau nak isi minyak wajib la full tank...oleh kerana kat pam minyak tu xder tempat nak cucuk kad kredit maka aku ditugaskan untuk buat pembayaran kat kaunter... hb aku pun mulala tuang minyak dlm tangki tu....aku yang berdiri kat kaunter tengok jugak kearah keter aku tu...hb aku tak pegang pun pam tu sebab dia dok belek2 apatah kat belakang keta tu...tetiba aku tengok minyak melimpah-limpah kuar...rupa2nya pam tu tak benti walaupun minyak dah penuh....nasib baik gak hb aku berada tak jauh dari situ maka dapat la dia cepat2 hentikan minyak dari terus keluar.... orang2 lain yang tengah isi minyak pun nampak jugak apa yang berlaku...
Aku yang berada di kaunter tu bertanya la dekat cashier tu( ada 3 org dalam tu)...pam tu ada masalah ker? dengan endah tak endah depa jawab..eh ok jer..tadi ada keta isi minyak kat situ ok jer tak tumpah pun...geram gak aku dengan jawapan tu...kalau isi 20-30 hengget memangla tak tumpah sebab pamtu akan berhenti bila dah cukup...tujuan aku bagitau tu sebab pam tu masih baru...boleh la depa buat aduan dekat syarikat yang berkenaan... sakit hati tau...dah la aku kerugian sebab minyak tumpah tu...
Masa dalam keter aku bgtau la dgn hb aku apa yang berlaku kat kaunter tu...hb aku pun geram gak la kan... pastu dia kata xper la dia nak call Z..( aku pun taktau Z tu sapa) dari perbualan hb aku dengan Z rupa2nya Z tu owner stesen minyak tu merangkap kawan hb aku jugak...Z ucap terimakasih kat hb aku sebab bgtau masalah tu...dia kata kalau jd mcm tu memang pam tu ada masalah...dia sendiri pun cakap jarang la penduduk situ isi minyak keter full tank jadi depa pun taktau la yang pam tu ada problem... hb aku pun  bgtau dia mcm tu jugak..tujuan bgtau untuk kepentingan sykt kawan2 jugak bukannya ada niat tak baik...tapi cara pekerja dia tu jawab menyakitkan hati....
Aku rasa kan lepas tu mesti Z call pekerja dia tu...padan muka depa...

Wednesday, November 3, 2010

RON 97

Semalam katanya minyak petrol RON97 naik rega lagi...adoii sabor je la...nasib baik la rumah dengan ofis tak jauh sangat...kalau ikutkan hati aku rasa macam nak naik beskal jer pi ofis..tapi malu la pulak...bukan malu sebab taraf basikal tu ker apa...tapi aku segan sebab zaman la ni  yang dok naik beskal kat malaysia ni orang2 bangla, nepal dan vetnam jer....susah dah nak jumpa orang malaysia naik basikal... kalau ada pun yang naik basikal, basikal brand takasima tu jer...kayuh sampai peluh basah baju tapi dok tang tu gak....

Thursday, July 22, 2010

Saman...saman...saman

Adoii pening kepala...roadtax keter dah nak mati...tp kalau nak renew kene setel saman2 yang ada dulu...kalau ada 1 saman...or 2 saman or 3 saman takper gak... ni ada sampai 26!!! Ada tak sesaper kat sini nak bagi sumbangan untuk aku setelkan saman2 itew?

Tuesday, November 3, 2009

Beli Kereta Dapat PJK!!!

Hah?!! Biar betol ....tapi ianya memang betul sememangnya fakta dan bukan auta...aku pun pada mulanya sukar nak mempercayai berita yang paling sensasi dalam abad ini...tapi setelah diselidik ternya berita ini adalah benar tiada yang tidak benar melainkan benar ( masih terpengaruh dengan situasi di mahkamah semalam...hik3)...tapi untuk mendapa PJK tu ada syarat2nya juga...antaranya kereta yang hendak dibeli itu mestila a brand new car...keter secondhand tak layak. Syarat lain pulak mesti beli dalam tempoh yang tertentu...kenapa? masih tak percaya?... Kalau tak percaya korang boleh try sendiri...

Perkara pertama yang korang perlu buat ialah menempah kereta baru sekarang...kereta cap apa pun takper...kereta nasional ker, kereta kontinental ker waima kereta jepun sekalipun layak untuk mendapat PJK ini. Setelah dapat kereta itu korang cepat2 pergi buat pendaftaran di JPJ dan pastikan korang membuat pendaftaran menggunakan pendaftaran negeri Pulau Pinang...nescaya korang akan mendapat no pendaftaran PJK XXXX..... ingat tempoh masa terhad....hik3...jangan marah ha...

Thursday, August 27, 2009

66668


satu haritu semasa keter berhenti kat traffic light, tiba2 hb aku kata " eh tengok meter ni lawa la millage dia 66666" aku pun tgk kat meter tu.." yer la jap nak ambik gambar" tapi dalam pada terhegeh-hegeh nak ambik hp dalam handbag lampu isyarat tu dah tukar jadi hijau daa.... yang dalam gambar tu aku dpt ambik bila meter tu dah jadi 66668....

Saturday, April 11, 2009

welcome....

Patah tumbuh, hilang berganti... inila pengganti mr honda...since it is not a brand new car maka no dia pun seadanya jer la...2867. takder la beli no special2. tapi kan nombor tu akan jadi sangat special kalau no 7 kat belakang tu ditukarkan dengan 8. nak tao sebab per? ha... sebabnyer birthdate hubby aku ialah 2.8.68... bestkan kalau boleh tukar no 7 tu..hehehe.
hrmmm da nak masuk 41 tahun rupanya en.fazli aku tu....

Thursday, February 26, 2009

The Power Of Dream....No More


Setelah sekian lama bersama-sama dalam susah senang akhirnya Mr.honda akan meninggalkan kami. Sedeh jugak nak berpisah sebab dia baik sangat. tak penah meragam dan tak penah buat hal tapi apa nak buat kan jodoh mr.honda dengan family aku tak panjang.... kalau diikutkan harini owner baru dia dah nak ambik tapi saja jer aku suruh ambik hari ahad petang. bolehla aku drive ker ofis untuk kali terakhir... huhuhu sedehnyer.....

Sunday, November 16, 2008

Pecah

Pukol 7 pagi semalam semasa suami nak masuk kedala kereta dia ternampak cermin tingkap belakang sebelah penumpang telah dipecahkan. Ini adalah kali pertama cermin kereta dipecahkan dikawasan rumah aku. Selama ini memang dah bertahun kereta letak diluar tapi tak berlaku kejadian sebegini. Sebenarnya penat jer pun pencuri tu pecahkan tingkap tu sebab tak ada duit pun dalam tu. Dokumen yang ada dalam kereta tu pun hanya berharga untuk suami aku. kalau orang lain nak guna tak laku pun. Smart tag yang ada dalam tu pun tak diambil. Mungkin tak sampai. Kalu mereka buka pintu depan dah tentu alarm akan berbunyi. Nasib baik malam tu kereta suami aku tu yang ada kat luar kalau keter yang aku naik selalu tu tak ke naya. dah la haritu tukar cermin depan pun dah beribu. Nampak gayanya selepas ini semua kereta kena sumbat masuk dalam kawasan rumah. Biar mereka berhimpit macam sardin dalam tin.


Ini la rupa kereta yang telah dipecahkan. Dalam tu ada beg dokumen. agaknya mereka ingat dalam beg itew ada laptop kot. Kesian mereka disangka ada notebook tapi yang ada hanya buku nota.hehehehehehe.

Ini pulak kereta jiran aku. kereta dia pun di pecahkan pada malam yang sama. sama seperti kereta suami aku tu, dalam kereta ini takder pun benda yang berharga.


Dokumen dan segala barang yang diambil dari kereta suami dan kereta jiran di buang tidak jauh dari rumah kami. Nasib baik segala sijil2 kepunyaan suami aku tu tidak di koyak. cuma basah sikit sebab malamnya hujan. Setengah dari barang2 ada dalam longkang.


Oleh kerana kereta yang di luar tu dah dipecahkan, suami aku terpaksa la guna kereta lain. Kereta kembara ni dah lama tak diguna. Jadi bila nak start tu susah la sikit. terpaksala buat jump start. (betul ke istilah tu?)
Malam tadi semua kereta berjaya di masukkan dalam kawasan rumah. Ada yang senget ke kiri dan ada yang senget kekanan. Dah macam used car punya tempat la pulak kawasan rumah aku.