Showing posts with label macam2. Show all posts
Showing posts with label macam2. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

28 Julai 2011

Hari ini si putih gebuku telah di bawa lari...........

p/s : happy birthday cikmin...yang ke 27 kan?

Saturday, August 28, 2010

Terawikh dan Tazkirah...

Salam semua...semalam 17 Ramadhan aku berbuka puasa dirumah kakak aku...rumah kakak aku ni tak jauh sangat dari rumah aku ni...selain family aku, kakak aku yang sulung dan adik aku juga berbuka disitu...selepas berbuka dan solat maghrib bagai abang ipar aku ajak kami pergi solat terawikh... family kakak aku tu biasanya solat terawikh di mesjid dipekan SP tu manakala aku dan suami pulak solat di surau di taman berhampiran rumah aku jer... jadi semalam tu kitorang bincang2 la kan nak pergi yg mana...kata kakak aku di mesjid solat terawikh 20 rakaat..biasanya diorang buat 8 saja...tapi kadang2 lepas buat 4 rakaat ada tazkirah sekejap kemudian baru sambung solat terawikh... tazkirah u dalam 15-30 minit macam tu.
Kemudian suami aku mencadangkan kami solat disurau yang kitorang selalu pergi tu..disitu konfem xder tazkirah...kol 9.30 dah siap 8 rakaat solat terawikh...akhirnya kami semua ke surau itu... sebaik sahaja solat terawikh hendak dimulakan tiba2 ada pengumuman bahawa pada malam itu ada ustaz jemputan akan memberi tazkirah selepas selesai 4 rakaat solat terawikh...selesai tazkirah baru solat akan disambung...masa tu aku dengan kakak aku dok gelak2 dah...sebab sebelum tu suami aku dah bagi jaminan disitu xder tazkirah tetiba ada la pulak...
Nak dijadikan cerita tazkirah tersebut bukannya 15-30 minit tetapi sampai 1 jam setengah...hampir pukul 11 baru selesai tazkirah...lepas tu baru sambung solat... kami yang konon2nya nak balik kol 9.30 akhirnya sampai rumah kakak aku pukul 11.30...ambik kau...hehhehe
Kat sini aku bukanla tak bersetuju dengan tazkirah tu...tapi jangan terlalu lama...ada sorang makcik kat sebelah aku tu merungut jugak sebab dia tu dah la solat pun sambil duduk jer bila kena duduk lama2 macam tu tentulah rasa lenguh sakit pinggang dan sebagainya... jangankan makcik tu aku sendiri pun sampai duduk pun dah jadi serba tak kena sekejap sakit pinggang sekejap lenguh kaki, sekejap baby dalam perut dok bergerak-gerak...macam2 lagi lah

Tuesday, August 10, 2010

Loklaq...

Korang tau tak apa makna loklaq...kalau di uatar ni loklaq ni maksudnya macam tak senonoh la...kenapa aku buat entry pasal loklaq ni? haaa cerita dia mcm ni....semalam kan masa aku nak balik kejeaku ternampak pemandangan macam dalam gambar ni...masa tu aku tengah nak start enjin keter.....

Pada pendapat korang kan mamat tu tengah buat apa? mamat tu memang berada dalam  keadaan terlindung daripada rakan2 dia yg lain... tapi dia lupa selain dari orang di kawasan padang ada lg orang disebelah pagar boleh nampak.... kepada mamat tu lain kali pandang dulu kiri kanan depan belakang....

Thursday, July 1, 2010

video sensasi yang dinanti-nanti...

Apa tunggu lagi...jom layan....



Kat bawah ni ada lirik lagu tu...jom kita nyanyi sama2 buat gaya macam dlm klip video tu

Spice Girls - Wannabe



Yo, I'll tell you what I want, what I really really want,
So tell me what you want, what you really really want,
I'll tell you what I want, what I really really want,
So tell me what you want, what you really really want,
I wanna, I wanna, I wanna, I wanna, I wanna really
Really really wanna zigazig ha

If you want my future forget my past,
If you wanna get with me better make it fast,
Now don't go wasting my precious time,
Get your act together we could be just fine

I'll tell you what I want, what I really really want,
So tell me what you want, what you really really want,
I wanna, I wanna, I wanna, I wanna, I wanna really
Really really wanna zigazig ha

If you wanna be my lover, you gotta get with my friends,
Make it last forever friendship never ends,
If you wanna be my lover, you have got to give,
Taking is too easy, but that's the way it is.

What do you think about that now you know how I feel,
Say you can handle my love are you for real,
I won't be hasty, I'll give you a try
If you really bug me then I'll say goodbye

Yo I'll tell you what I want, what I really really want,
So tell me what you want, what you really really want,
I wanna, I wanna, I wanna, I wanna, I wanna really
Really really wanna zigazig ha

If you wanna be my lover, you gotta get with my friends,
Make it last forever friendship never ends,
If you wanna be my lover, you have got to give,
Taking is too easy, but that's the way it is

So here's a story from A to Z, you wanna get with me
you gotta listen carefully,
We got Em in the place who likes it in your face,
we got G like MC who likes it on an
Easy V doesn't come for free, she's a real lady,
and as for me you'll see,
Slam your body down and wind it all around
Slam your body down and wind it all around

If you wanna be my lover, you gotta get with my friends,
Make it last forever friendship never ends,
If you wanna be my lover, you have got to give,
Taking is too easy, but that's the way it is

If you wanna be my lover, you gotta, you gotta, you gotta,
you gotta, you gotta, slam, slam, slam, slam
Slam your body down and wind it all around
Slam your body down and wind it all around
Slam your body down and wind it all around
Slam your body down zigazig ah
If you wanna be my lover

Wednesday, June 2, 2010

Biru Mata Hitam ku....

2 hari lepas aku balik rumah aku sangat terkejut....sebab apa aku terkejut? sebabnya bilik beradu aku yang kaler pink muda tu dah tukar jadi kaler biru!! macam magik pulak sebab pagi tu masa aku pi kerja warnanya masih pink bila balik dah biru la fulok...semua ni angkara hubby aku tu la... sebenarnya adala 1 bilik kat rumah aku tu nak dicat kaler biru..oleh kerana ada cat lebih, tukang cat tu tanya dia nak cat kat mana lagi...agaknya dah takdak tempat lain yang dia nak pk terus suruh cat bilik aku tu... erm biru pun biru la...janji malam2 aku boleh tidoq lena macam biasa...

Monday, May 17, 2010

Tipah tertipu...

salam sejahtera semua....entry kali ini aku nak mengupas topik mengenai wanita2 yang tertipu. eanita mana yang tertipu tu? sebenarnya wanita yang aku maksudkan ialah wanita yang obses dengan kecantikan, obses nak jadi langsing dan obses nak jadi putih... bila ada golongan wanita yang sebegeni maka banyakla produk2 yang dikeluarkan... tak kisah la tu kan dah ada permintaan kena la ada pengeluaran... tapi yang buat aku geram tu bila syarikat2 tersebut menggunakan duta2 produk @ jurucakap yang tak sepatutnya... contohnya begini...aku tengok kat tv ada 1 produk untuk mencerahkan wajah...duta produk yang dilantik tu aku tengok memang spesis yang dah putih sejak dalam perut mak dia bapak dia pun mat salleh....jadi siduta tu bukan putih sebab pakai produk tu kan...macam la kita ni tak reti nak pikir...kalau nak lantik duta tu ambik la yang memang gelap banyak apa artis2 yang kulit hitam manis... kalau takdak artis sangat ambik aku pun takper... baru la orang boleh nampak transformasi tu...tak gitu tuan2 dan puan?
pastu lagi 1 iklan yang nak menipu pengguna ialah iklan pelansingan badan...formula depa sama jer ambik artis jadi jurucakap...kalau ambik artis yang betul debab takper la kan...ni tak, ambik artis yang debab masa tengah mengandung...lepas tu buat perbandingan...semasa mengandung dan selepas artis tu beranak...hadoi memang la sapa pun akan kurus sikit kalau dah beranak...bukan sebab guna produk tu pun... memang nampak sgt la perbezaan tu sebab artis tengah mengandung, anak kembar pulak tu... bukan sorang jer artis yang jadi duta produk tu ada lagi 2-3 orang semua sama konsep dia tunjuk gambar semasa mengandung dan selepas bersalin...apa daa...kalau syarikat tu betul2 berani ambik la artis lain yang betul 'sihat' pastu suruh jadi duta...tengok boleh kurus ke tak...kalau kurus aku pun akan jadi salah seorang pelanggan produk tu... jadi kepada tipah diluar sana jangan mudah terpengaruh dengan iklan2 yang mengelirukan ni...

Sunday, May 9, 2010

SMS hari ibu...

Selamat hari Ibu kepada semua Ibu2 yang baca blog yuka...
sempena hari ibu hari ini aku percaya tetu korang dapa byk sms hari ibu kan? aku pun dapat jugak 2-3 sms msg hari ibu...tapi dalam2 banyak2 tu aku terpikat dengan 1 sms yang dihantar oleh kawan aku yang sama2 belajar di itm dulu...

sms dia berbunyi begini:

' yang sejati ibu kandung,yang fenes ibu tiri, yang ringan ibu angkat, yang lumayan ibu ayam, yang ramai ibu tunggal, yang penting ibu jari, yang berkhasiat susu ibu...selamat hari ibu'

lucu dan sweet kan?

' sori PDRM tersilap sapu'

kelakar gila bila aku baca paper harini...kesnyer fasal kereta rasmi ketua polis selangor kena curi...pencuri tu mana tu yang dia curi tu kereta ketua polis...setelah tersebar berita di media massa baru dia tau... setelah mengetahui keadaan sebenar si pencuri itu meninggalkan kereta itu ditepi jalan...yang lucunya dia siap tinggal nota atas dashboard yang berbunyi "sori pdrm tersilap sapu"...hehehhe...aku rasa pencuri ini ada sense of humor yang tinggi jugak la... dan dia tu takla jahat sangat walaupun dia seorang penjenayah...bak kata org sekarang sekarang walaupun penjenayah tapi dalam hati ada taman...ahaks

Wednesday, May 5, 2010

Piala Thomas dan H1N1

Piala Thomas akan bermula tak berapa hari jer lagi...dalam masa yang sama wabak H1N1 melanda skuad negara...mula2 rashid sidek didapati positif H1N1 lepastu misbun pulak...jangan sampai negara lain takut nak datang bertanding disebabkan H1N1 dah la yer...

p/s: bos aku kat dia tk risau sngat H1N1 sebab penyakit tu boleh sembuh....yang dia risau B1N1....sebab B1N1 tu akan kekal sampai mati.... buat lawak pulak bos aku tu

Kejamnya sang suami....

Semalam aku bacasurat khabar aku terkejut bla ba berita suamipijak isteri hingga mati gara-gara si isteri bercakap di telefon dengan lelaki lain...kejadian itu berlaku di negeri pahang...dulu kes suami simbah isteri dengan asid juga berlaku di pahang... nampaknya nasihat Tengku Mahkota tidak diendahkan lagi bila perasaan amarah menguasai diri....

Kenapa si suami saggup bertindak hingga begitu? memang wajar kalau isteri dimarah tapi kenapa sehingga membunuh isteri sendiri...sepatutnya sebagai suami kena beri teguran dan nasihat bukan di pijak..... tak sedarkah suami itu bahawa perut yang dipijak itulah yang telah mengandungkan 6 orang zuriatnya...tak terfikirkah sisuami itu apa akan jadi pada anak2 akibat tindakan itu? Ibu mereka dah meninggal dan bapa pula dah tentu akan masuk penjara....siapa yang akan jaga kanak2 tersebut?

Pagi ni ketika baca surat khabar sekali lagi aku terkejut apabilaterbaca berita suami cuba mencederakan kemaluan isteri.... kejadian berlaku di Melaka... nasib baik cubaan suami tersebut tidak mengena sasaran....

Kalaula semua suami didunia ni macam adam dalam adamaya tu kan best...dah la ensem...baik ...kaya pulak tu...hik3 ( semalam masa maya diangkap berdua-duaan dengan dani...adam tak pijak pun perut maya...jentik pun tak)

Sunday, May 2, 2010

AF8 -Iwan

Salam hari minggu untuk semua...harini aku nak kupas topik mengenai af8... Sapa yang minat akademi fantasia? sebenarnya AF ni dah kurang bisa dia..tak seperti musim pertama-ketiga...masa tu sangat happening la AF ni...tiap malam minggu aku takmau pi mana-mana sebab takmau ketinggalan konsert mingguan...sekarang ni perasaan begitu dah tiada lagi...kalau sempat tengok aku tengok kalau tak sempat tak pulak rasa kerugian apa2..cuma aku nak tau jugakla sapa yang kena usung beg minggu tu... aku pun taktau la kan apa faktor yang menyebabkan AF ni dah jadi suam2 kuku... munkin jugak pelajar2 yang dipilih tu kurang aura...aku pun tak faham yang pegi uji bakat beribu2 lemon tp yang terpilih tu xder la gempak sgt pun .... munkin tahun depan pihak astro kena cari juri baru untuk uji bakat... aku tengok yang jadi juri ni buat album pun tak laku cemana dia nak menilai orang menyanyi kan.... tak gitu tuan2 dan puan2?
Untuk AF kali ni seperti biasa aku tak la mengundi sesiapa...bagi aku semua sama jer...kalau pulun lebih sikit bolehla masuk final...pemilihan lagu pun penting jugak...kadang tu kesian aku tengok pelajar dapat lagu yang tak best langsung...jadi semana diorang nak tarik perhatian pengundi... pastu 1 lagi yang aku tak faham pengacara berdua tu belom start konsert dah mula suruh peminat mengundi penyanyi kesayangan bukannya penyanyi yang berbakat...bila penyanyi yang berbakat kene keluar mula2 pengkritik/guru2 termasuk pengetua AF salahkan peminat yang tak pandai menilai bakat... tu yang buat aku malas nak undi2 ni...
Untuk musim ni aku suka dengan Iwan tu...sebab apa aku suka dia? suara dia biasa2 jer...tapi aku suka dia sebab tiap kali aku tengok dia aku teringat ebiboy...sebab rambut depa sama...hik3...aku rasa iwan tu ebiboy versi dewasa..tu jer pun sebab aku suka iwan tu...harap2 dia masuk final la... korang pulak suka pelajar mana?

Thursday, April 29, 2010

Apa tu???

Sapa tau benda apakah itew?yang ni bukan kontes...dan tiada hadiah disediakan kepada yang meneka dengan betul...... saja jer nak tanya...hik3

Arwah Achik spin dan Nana dalam Jangan Tidur Lagi

Rugiii......aku lupa nak tengok jangan tidur lagi...semasa hari arwah meninggal ada di tunjuk sedutan rancangan tidur lagi...jadi aku tertunggu-tunggu la nak tengok...tapi aku lupa la pulak....
kalau ada ulangan kan bagus

Wednesday, April 28, 2010

Tragedi di Pulau Langkawi

Semalam sebaik sahaja aku published entry tentang pulau Langkawi tu...berlaku kejadian yang tidak diingini....
Kereta viva yang kami sewa tu...yang belum pun sampai sebulan umornya telah terbalik ketika dipandu oleh suami aku... kejadian berlaku dalam kawasan parking hotel...masa tu aku masih dalam bilik...bila suami telefon bagitau kereta terbalik terus aku terbayangkan kereta yang baru itu...betapa sayangnya.... cepat2 aku turun bawah...keluar dari lift dah nampak keter tu...

Begitulah keadaannya kereta yang terbalik itu...


Gambar ini aku ambil dari dalam lobby...jadi kurang jelas objek yang terbalik itu


Inilah rupa kereta itu dari jarak dekat...nombor dia 4448...kalau org cina mmg takmau nombor 4 tu....


tangan suami aku yang cedera sebab kena kaca tingkap yang pecah...dia terpaksa memanjat untuk keluar dari kereta itu


Ketika mendapatkan rawatan di klinik...takut gak kot2 ada kaca dalam luka tersebut

Sebelum kejadian berangan gak nak beli kereta viva ..sebab senang bila ada kereta kecik macam tu...selepas kejadian tak jadi dah nak beli...sebab senang terbalik...mungkin sebab ringan kot...tapi apa2 pun memang berpunca dari kecuaian pemandu la...

Akibat dari kejadian itu tak dapat la nak round2 langkawi sebab kena buat report polis dan sebagainya...aku sangat simpati dengan tuan empunya kereta...kalau kereta lama tak la kesian sangat...ni baru...seatbelat pun masih berbalut plastik...walaupun kami terpaksa tanggung kos kerosakan tapi aku tau empunya kereta tetap terkilan la kan... tapi apa nak buat...bukannya disengajakan... sesiapun takmau terlibat dalam kemalangan macam tu... ini lah yang dikatakan takdir...dah 20 tahun drive kata suami aku first time jadi mcm tu...macam aku lain la..penah dah eksiden sampai terbalik kereta macam tu...syukur la umor aku masih panjang...kalau tidak takder la blog yuka-luv ni....

Tuesday, April 20, 2010

Artis berpakaian seksi...saper yang salah?

Kebelakangan ini timbul cerita artis2 wanita berbaju seksi. ada yang seksi semasa majlis anugerah dan ada gak yang seksi semasa majlis perkahwinan...tapi yang aku tak syok tu bila dikutuk ditegur oleh wartawan dan peminat mereka menyalahkan orang lain dalam hal seksi-meksi tu... yang menjadi mangsa sapa lagi? dah tentulah pereka fesyen baju tu...boleh pulak bagi alasan yang tak cerdik macam tu dekat peminat2 yang pandai2 belaka ni. Alasan yang klise konon2 last minute baru tengok baju tu sexy so tak sempat nak buat apa2 dah...come on la jangan la tipu orang macam tu...nak pakai seksi pakai jer la tapi jangan nak salahkan orang lain...jawab jer macam si anak pontianak tu dia kata macam ni...'saya memang suka pakai seksi' kan senang? macam majlis anugerah abpbh tu...rasa2nya berbulan lagi majlis tu nak diadakan dah sibuk artis2 kita dok berurusan dengan tailor...ops silap..apa kelas tailor kan... designer masing2...nak cari konsep itu ini...bila di tegur kata seksi mula bagi alasan macam2...yang sorang tu bagi alasan sepatutnyer baju tu labuh paras lutut...bila nak pakai untuk majlis tu tengok2 baju tu dah singkat dah jadi paras paha ...so kene pakai jugak la sebab baju tu di sponsor...aku musykil gak designer mana tu yang mangkuk hayun sampai nak ukur baju pun x reti...baik lagi tukang jahit aku yang nama kakteh tu ukur baju ok jer...tak penah kain baju kurung aku jadi pendek sampai ke betis....kalau tidak tak pasai2 jer aku kene pakai baju kain pendek...pastu kalau orang tanya kenapa pakai baju pendek kenala aku jawab tukang jahit silap buat...huhuhu

1 lagi kes tu pasal baju pengantin seksi...salah designer tu la...buat baju seksi2...pastu designer tu salahkan bunga2 yang berat 50kg tu sebab tu baju melurut kebawah...kalau dah profesional sangat takkan sebelum buat baju tu tak terfikir
benda2 macam tu?

aku pun taktau nak kata apa dah dengan sikap dan pemikiran artis2 kita ni...bila wardina kata tak boleh dijadikan ikon semua melenting...ada yang kata wardina perasan bagus...bagi aku dia memang bagus...dulu dia pun sama gak macam artis lain..penah jugak seksi2 pastu bila dia berubah terus tak berpaling kebelakang lagi...tak macam sesetengah artis kita...masa kawen pakai tudung...bila dah bercerai terus buka tudung...ada jugak yang masa tak laku untuk berlakon drama pakai tudung...bila dah laku buka tudung...

ishh teremosional pulak aku harini....sebenarnya bukan apa...aku geram dekat tenet kat ofis aku yang sengal2 ni...nak buat keje pun x boleh sebab x boleh nak bukak emel...

akhirkata pesanan untuk artis2 wanita malaysia ( macam la depa baca blog aku nih...hik3) lain kali fikir habis2 sebelum nak bagi apa2 alasan...jangan nanti jawapan anda memperbodohkan diri sendiri...

Monday, April 19, 2010

Kris Dayanti 'bercerai' lagi...

Dalam pancaindera semalam di muka depan ada gambar kris dayanti tengah nangis... khabarnya dia telah bercerai sebelum sempat berkahwin dengan kekasih hatinya tu...senang cakap dia ni putus cinta...
memang tak cun langsung gambar tu...tak macam gambar2 dia yang kita biasa tengok...aku simpati gak dengan KD ni...sebab dia dah jadi mangsa cinta...sanggup tinggalkan suami dan anak2...akhirnya cinta tak kesampaian...mungkin peribahasa ' yang di kejar tak dpt, yang dikendong berciciran' sesuai untuk menggambakan situasi ini...semoga kisah ini menjadi pelajaran dan pengajaran kepada kita semua....

Thursday, January 28, 2010

Dinner yang simple dan sempoi...


Salam 1 Malaysia.....

Seperti yang korang tahu ( utk reader yang baca entry2 yang sebelum ni la) aku sekarang ni dala proses untuk menurunkan berat badan... untuk itu aku mengawal pemakanan di samping buat senaman sikit2 ( tapi x buat pun lagi)....sekarang ni aku buat peraturan baru kat rumah...makan malam sesekali jer makan nasik...mula tu anak aku bising gak....depa kata kalau tak makan nasik nanti lapar la...then akau cakap balik .... makan kenyang2 tak elok nanti mengantuk susah nak belajar...depa terpaksala terima hakikat kan...almaklumla depa kan mentimun dan aku ni durian....hik3...kejam tak? Antara menu makan malam yang menggantikan nasik ialah:



Kebab....

Kebab ni aku buat sendiri menggunakan kreativiti aku sendiri...memang mendapat sambutan la kalau aku buat kebab nih...



Tempura
Sebenarnya ikan celup tepung dgn udang celup tepung...kadang2 sotong celup tepung...tengokla apa yang ada dalam fridge tu yang sesuai untuk dicelup maka aku akan celup2 dan goreng... dulu2 aku taktau tempura tu apa...sekali tu bila nak pi kursus kat jepun kami di perkenalkan dengan makanan2 jepun...orang tu sebut tempura...ingat kan cemana...rupanya ikan/udamg/sayur yang dicelup tepung...rasa2nya tempura ni jer kot makanan jepun yang sesuai dengan tekak aku tu..yang lain2 tu mintak mahap la....

Selain dari makanan kat atas tu, kadang kalau aku buat roti john...walaupun tak la power macam yang kat putrajaya tu tp sedap la aku rasa...ianya sangat digemari oleh anak2 aku...

Itu jer la menu makan malam yang aku nak tunjuk kat sini...ada yang lain2 tu aku x sempat nak ambik gambar...

Walaupun dah berbagai usaha aku lakukan untuk turun kan berat badan...tapi jarum penimbang masih macam tu jugak...ni yang buat aku rasa nak give up jer...

Tuesday, January 26, 2010

surprise...surprise...

Semalam aku buat surprise dekat hb aku...bukan kezutan cemana sangat pun cuma aku tukar curtain dan cadar baru dalam bilik aku tu...curtain tu aku tempah senyap2 ( dengan bantuan bibik) semasa hb aku outstation kat kl 2-3 minggu lepas...pastu dah tempah curtain kitorang pegi beli cadar/comforter baru...projek ni hanya kami ber3 yang tau ( aku, bibik + ebiboy)...masa tu anak2 yang lain pegi tusyen...kalau diorang tau kompom la x jadi kezutan aku tu...2 hari lepas kedai curtain tu tepon bagitau yang curtain tu dah siap....so, masa lunch hour semalam tu aku bergegas ke kedai itu dan kendian bergegas balik rumah...sampai rumah cepat2 tukar langsir dan cadar....pastu aku ke ofis semula....Petangnya cepat2 aku balik rumah sebab xnak bagi hb aku sampai dulu kalau tidak terlepas la peluang nak tengok reaksi dia kan....Bila hb aku sampai reaksi dia macam terkejut la kan..tapi taktau la buat2 ker apa...hahhaha. Nasib baik la hb aku tu berkenan la dengan pilihan yang aku buat...tapi ada 1 komen dari dia...dia kata memang la surprise tengok bilik dah bertukar wajah tapi nanti dia jugakla yang nak bayar bil kredit kad tu....hahhaha....bijak2....
Cemanala hb aku tu tau yang aku bayar semua tu menggunakan kad gores dan menang nih?

Monday, January 25, 2010

kebosanan....

Cantek kan baju budak pompuan yang pakai helmet hitam tu? baju itu mengingatkan aku kepada pakcik santa...hehehe...

nota tambahan: masa ni tgh boring tunggu traffic light tukar kaler ijau...

Thursday, January 21, 2010

b*b*

Ptg semalam lebih kurang pukol 4.30 anak aku ebigurl tu tepon...mintak aku carikan beberapa jenis gambar... kalau tak bawak kene jumpa dengan guru besar... yg pertama dia nak gambar baby...tak kisah la baby lelaki ke pompuan.... wokey yg ni boleh cari ...dan aku teringat blog cikmin ada byk gambar baby.... yang ke 2 dia nak gambar air arak...pulak dah... okey yang ni pun boleh dibereskan....gambar ke 3 yang tak tahan tu...ada ka dia suh cari gambar daging babi... ishh...memang banyak la kat tenet tu...tapi aku tengok pun geli...rasa mcm tak sanggup nak dload kt pc aku tu...tapi nak tak nak kena la jugak kan....pastu tanpa berlengah lagi aku pun dload la gambar tu semua...gambar babi tu bukan 1 aku cari tapi sampai 6...ada yg masih segar bugar di tengah ladang...ada yang dah di potong2 yang tak tahan tu ada yang sedang dipanggang sekor2 bulat2 dengan domoi sekali...hadoii sabor je la....

Pagi tadi masa aku nak on PC aku tu tetiba x boleh pulak....adakah ini angkara babi2 semalam?

Y