Friday, April 20, 2012
Monday, October 4, 2010
Jalan-jalan ke Vietnam- entry bergambar
Haritu seabik sahaja sampai di airport kami terus naik teksi menju ke Mai Hotel (pastikan ejaan hotel tu..sebab ada 1 lagi May hotel) aku xder buat booking pun...terus pergi macam tu jer... hotel tu aku cari kat tenet...tengok dalam gambar macam best jer bilik dia...katil pun nampak gebu...sebab tu aku pilih hotel tu...kalau tak best boleh tukar hotel lain untuk mlm berikutnyer ....Hotel kat vetnam macam di Indon jugak...kita boleh tengok dulu bilik tu...kalau berkenan on je la kan...
Inilah bilik yang kitorang ambik...tak dapat jadi VIP kat Malaysia jadi VIP sekejap kat vetnam pun jadi la kan.....

(aku taktaula knp gambar ni takmau dok kat center tu)
Yang ni lunch hari last...kitorang makan dekat kedai yang nama dia halal saigon...kedai ni tak jauh dari hotel...aku makan mee goreng mamak..hb aku pulak makan nasik goreng...semua harga dia lebih kurang USD14.00
Ni korang pun tau kan buah apa...yang sebelah kiri ialah buah longan yer adik2..manakala yang merah tu buah rambutan...buah rambutan kat sana bulat2 dan kecik sikit size dia...tapi buah longan tu besar...macam size buah laici...rasa dia pulak tersangat la sedap juicy bersari dan seumpamanya...kalau tak silap aku harga longan tu RM10/kg...mahal gak kan...
Ini motor Vespa...masa kat sana hb aku cukup berkenan dengan motor vespa ni...kitorang sampai siap pegi kedai motor tanya harga...tapi memang mahal la... RM23k++ sebijik
Belakang Hb aku tu post office...mula2 kami ingat yang tu railway station...kami pun masukla dalam tu nak tengok cemana rupa stesen keretapi kat sana...sampai dalam tu baru tau yg tu pejabat post...best gak post office diorang tu...kat vetnam tu semua tempat ditulis dalam bahasa ibunda diorang jer...takder dalam bahasa inggeris...tu yang susah sikit
Yang ni pulak telefon awam yang terdapat dalam pejabat pos...kat vetnam ni susah nak beli simkad...tak macam indon kita boleh beli je kat mana-mana...haritu kami pun menggunakan telefon awam tu la untuk telefon anak2 di rumah...kos panggilan RM1/minit...tak la mahal sangat kan...sekali tu je pun kitorang call ...hari2 lain chat kat FB jer dengan bebudak kat rumah...
Berhadapan psot office ada church.... Haritu adala 2-3 couple yang kawen...lepas kuar church diorang posing2 la kt luar tu...macam2 gaya la depa buat...fotografer pun sampai baring2 atas jalan....
Ini pulak dekat lobby hotel...cemana tah pic ni tersesat kat sini...aku pun malas dah nak ubah2..gasakla kan...
Kat lobi hotel tu ada disediakan kemudahan pc dan internet jadi bagi pengembara yang tak bawak laptop boleh la guna kat situ...kebanyakan hotel kat sana sedia kan kemudahan macam tu...bagus kan?
yang ni kat salah 1 pulau di Delta mekong..Lunch kat situ la...tapi aku dengan hb makan roti jer....nak tau kenapa? sebanya aku tengok kat first page menu dia tu ada snake rice with soup...siap ada gambar ular lagi...geli geleman tekak aku...so lunch yang kami dapat tu kami sedekah dekat pelancong lain....
posing di kedai kraftangan...mahal2 barang kt sini...semua dalam USD...baik beli kat Binh Tanh Market
Yang ni dinner kat four season .... makan tomyam/sup ekor/kailan ikan masin...sedap gak...
Monday, September 27, 2010
Jalan-jalan ke vietnam - part 2
Oklah aku dah keletihan ni nak beradu sat...esok nak pi jenjalan lagi...tapi dalam city ni jer kot...sampai jumpa lagi...
Bersiaran Dari Vietnam..Ho Chi Minh Part 1
Pastu kami pun pi tengok bilik...mula2 tgk bilik superior , pastu tengaok bilik deluxe, entah cemana tertengok bilik VIP...dah jatuh cinta pulak dengan bilik vip tu...akhirnya kami ambik bilik VIP tu la...itupun disebabkan budak kat kaunter tu bagi special diskaun untuk bilik tu...kalau ikutkan harga asal bilik tu punya rates hampir 3 kali harga bilik superior...bila dah masuk bilik mula ambik gambar bilik sana-sini ( nanti upload pic lepas balik malaysia) pastu sampai di 1 sudut tu kan aku tengok ada 1 benda yang paling aku suka...guest what? ada PC maa....sebab tu la yuka boleh update blog ni dan boleh Blog Walking ke blog kawan2...oklah yuka stop sini dulu...kejap lagi nak pergi jenjalan...hari nak naik boat menyusuri sungai mekong...tapi dah takleh bergambar kot...bateri hp dah abis lor...
Tuesday, April 27, 2010
entry ringkas dari pulau langkawi
SEkejap lagi aku dah nak balik...xder shopping2 apa pun...cuma nak beli cekelat untuk anak2 aku....
Oklah yang tu jer citer yuka...nak sambung blogwalking pulak....
Thursday, December 31, 2009
gudbye 2009
Bestla dapat menjejaki kaki semula ke sekolah aku tu walaupun kami ni hampir2 sesat nak cari sekolah...maklumla kan dah 20 tahun x pegi situ...seronok bila tengok semua kawan2 dah berjaya dengan kehidupan masing2...masa aku sampai byk la keter2 mewah menjalar di perkarangan dewan tu...kesimpulan yang aku dapat buat semasa reunion tu ialah...semua bekas pelajar pompuan masih menten macam dulu tak banyak berubah...tapi yang lelaki pulak...masyaAllah masing2 dah kembang ketepi dan kedepan...ada yang aku sampai tak kenal walaupun dulu 1 kelas...dari saiz s semua dah jd xl ada gak yang xxl... namun demikian ada jugak yang masih saiz s tapi kes terpencil la....
27hb tu pulak aku makan kenduri di Dewan Merak kayangan kat KL tu...sangat la best sebab aku dan hb disuruh makan di meja bersama pengantin... pengantin tu kazen aku yang kenduri kat penang haritu...aku ada buat entry pasal tu siap letak gambar lagi...tp di KL ni xder gambar sebab hp aku dan Hb xder bateri la pulakk...sangat rugi lorr
Selepas kenduri kami pi loyat...kalau ada yang ternampak pompuan pakai baju kurung moden yang ada manik2/labuci2 pastu pakai tudung pink kat loyat dalam kol 3 lebih mcm tu...pompuan itu aku la... memang x sesuai langsung baju aku tu pakai pi loyat...tapi gasakla kan...tujuan utama pi loyat saja nak tengok apa yang ada...bila dah tengok mula la terasa nak beli...pastu kitorang pun beli la PSP untuk anak2 aku yang ber3 tu syer...x beli la sorag 1... masa tu jugak hb aku dok berkenan dengan garmin gps tu...tapi aku berjaya menghalang beliau dari membeli dengan memberi hujah2 yang cukup bernas... aku cakap selama ni xder GPS tapi nak pegi mana2 pun sampai jer...cari rumah cikmin kat bentong tu pun jumpa lagipun dalam HP pun ada GPS...termakan jugakla pujuk rayu aku tu...
28hb pulak kami dah nak bertolak balik sp...dalam perjalanan tu HB aku melencong sekali lagi ke loyat tu...rupa2nya dia nak beli jugak GPS tu...hadoiii...penat jer la aku bagi hujah hari semalam tu...agaknya malam tu dia tido x lena sebab dok memikirkan GPS tu...masa hb aku sibuk membeli GPS sempat jugakla aku ushar hp2 yang latest...aku dah berkenan dgn 1 hp tu tp aku x bercadang nak beli sekarang... nak kumpul duit nuff dulu...hik3...kalau kumpul duit nuff ni 2 tahun lagi boleh la beli hp tu...Dah selesai beli GPS semua tu kami beli donut kat big apple tu...walaweii sedap giler...rasa macam nak makan 5 bijik...
Moral of the story: biar menyesal beli jangan menyesal tak beli.....
Dengan adanya GPS tu kami sampai kerumah dengan selamat...
Friday, December 4, 2009
Cuti-cuti Malaysia...
Kalau ikut perancangan awal kami nak pergi bercuti di Melaka tapi bila bangun tidor keesokkan harinya rasa malas la pulak...last2 kami buat keputusan untuk pergi petrolsains yg dekat klcc tu jer...anak2 aku dan anak2 kakak aku tersangat la teruja nak pergi petrolsains tu...macamla tak penah pergi... jadinya hari ahad tu kami habiskan masa di klcc tu jer la...malam baru sampai rumah dengan keletihan yang teramat...tapak kaki aku pulak macam dah nak tanggal dari buku lali... sebab seharian jalan pakai kasut tinggi
Pagi senin tu pulak bangun jer tido kene pk lagi nak pegi mana pulak...pk punya pk kata sepakat diambil untuk pergi ke genting hiland... budak2 punya la excited nak pegi ...( aku pun sama gak...hik3) rombongan kitorang seramai 15 org sampai di genting hampir pukol 1. pukol 10.30 malam baru kami balik...
Cakap banyak pun tak guna jomla kita tengok gambar2 kat genting tu...tapi harap maafla yer kualiti gambar tidak memuaskan sebab aku guna henpon jer bukan kamera SLR bagai tu...
Ni gambar marsya dan ebiboy atas buaian yg macam eye on malaysia tu...
Yang ni pulak kakak aku dan sebahagian anak2nya.
Yang ni anak2 dara aku....
Gaya macho dari ebiboy.....
hehehhee...untuk gambar ni pulak aku mintak mahap banyak2 la sebab korang terpaksa sengetkan kepala bila nak tengok...aku lupa nak rotate gambar tu...dah upload kat sini baru perasan...
Yang ni pulak pic owner blog ni bersama anak2. tengok la dia pakai selipar jepun jer sebab takut sakit kaki lagi....ahaks.Sunday, October 25, 2009
Ole-ole Bali...(entry basi)
Tentang Bali ni pulak memang pemandangan disana sangat cantik...pantai kat sana cantik sangat...patutla Asyraf dengan Bunga sampai teruja...hik3 cuma nak makan memang susah sikit kat sana tu...almaklum la kan kat sana tu hampir 85% penduduknya orang hindu... dan hampir semua tempat2 yang menarik yang dikunjungi adalah tempat yang mempunyai unsur2 keagamaan hindu...pada pandangan peribadi aku la kan, aku lebih suka ke bandung ataupun jakarta...sebab di sana tu lebih senang untuk dapat makanan Halal. Membeli-belah jugak lebih asyik dong kalau di bandung...hehhehe
Cakap banyak pun tak guna...apa kata kita tengok jer gambar2 kat sana tu. Sebenarnya entry ni jadi lambat nak di siarkan sebab konon2 aku nak collage gambar2 di bali tu...baru la boleh letak banyak2 tp aku tak reti la pulak nak buat collage tu padahal baru jer belajar masa raya haritu...jadi kat bawah ni aku letak gambar 2-3 ke[ing jer la sebab taknak makan ruang yang banyak...hehhehe
Jom layannnnn
Yang dalam gambar itu bukan aku yer tuan2 dan puan2...itu hanyalah gambar hiasan...lokasi dalam gambar tu adalah di Pasar Ubud...best jugak shopping kat sini tapi kena pandai bargain kalau tidak tipah tertipula jawabnya....ada 1 summer dress tu aku memang teringin sangat nak beli...bila aku tanya harga katanya RP120,000.00 terus aku tak jadi beli...kalau nak tawar pun aku taktau nak letak harga berapa... aku nak terus jalan jer masa tu tetiba org yang jual tu turunkan harga katanya RP70,000.00. waktu tu aku dah berani tawar terus aku mintak 25,00.00 tapi dia tak kasi la pulak...lepas tawar menawar akhirnya aku beli baju itu dgn harga 35,000.00....jauh bezakan dengan harga asal tadi...yang hubby aku tu pulak sampai di Bali tu terus pulak jatuh cinta dengan replika basikal dan beca yang di buat dari besi/chrome tu...asal nampak jer nak beli...akhirnya kami balik ke Malaysia bersama sepasang basikal ( 1 untuk cewek dan 1 untuk cowok) dan 2 buah beca....lupa pulak nak ambik gambar benda2 tu...tp best jugak basikal2 dan beca2 tu...macam basikal sebenar siap ada rantai semua dan boleh kayuh pedal dia tu...penjual tu kata boleh naik basikal tu...tapi dalam mimpi jer la...hehhehe pandai buat lawak lak orang tu...

Yang ini pulak hotel yang kami tidor pada hari pertama...tengok la jam tu ...korang perasan tak kalau iklan jam dalam surat khabar jarum dia mesti kedudukan macam tu. ( pukul 10.10)...sebab itulah bila aku masuk dalam bilik tu cepat2 aku ambik gambar sebab taknak bagi jarum panjang tu berubah kedudukan....nama hotel tu green garden.

Ini pulak pemandangan di Kintamani...kat belakang tu ada gunung berapi yang masih aktif...tapi time kitorang pegi tu dia tido la....kat situ udara agak sejuk tapi matahari terik waktu tu...

Yang ini pulak dalam kilang silver...macam2 hiasa ada .rantai, gelang,cincin, brooch dan macam2 lagi lah...tapi kitorang tak beli apa pun..tengok2 jer...bukan setakat tengok perhiasan2 yang di jual tapi dinding kedai tu pun kami perati sebab cantik interior dia tu...sangat berseni...

Ini pulak di pantai Kutta...cantik pantainya...sangat mententeramkan jiwa....
Aku rasa yang tu jer kot yang mampu aku cerita tentang percutian ke bali tu...dah lama sangat mood nak cerita tu pun dah berkurang...lagi 1 sori yer pasal gambar yang culang caling dan kecik/besar tu...malas dah aku nak ejas2...kalau nak ejas lagi mau sebulan pulak baru entry ni boleh publish...hik3
Wednesday, August 5, 2009
Salam Dari Bumi Kenyalang...
p/s: kepada eryn lepas ni bolehla kita bergosip
Wednesday, July 1, 2009
Entry 1 julai
nota: semoga cikmin dah cukup kuat dan sihat untuk terbang ke kuching.....
Sunday, May 24, 2009
weekend d Putrajaya....
Tapi biasala kan swami aku bukannya nak ikut pelan sgt, aku dah sampai kat rumah dia masih kat ofis...dekat pukul 7 baru kami turun dari rumah...tapi bukannya terus ke putrajaya sebaliknya kami pergi menghantar maid aku tu kerumah MIL aku. maknanya kami menghala ke arah utara lagi .... tujuan kami hantar maid aku tu sebab kesian kat MIL aku nak buat semua keje2 rumah semenjak maid beliau melarikan diri 2 minggu lepas...kalau maid aku disana dpt la dia menolong apa yang patut... lebih kurang pukul 8.30 kami pun bertolak ke putrajaya...Oleh kerana kami tak berhenti makan di mana2 cuma mengisi minyak sahaja di R&R Juru maka kami telah sampai di rumah kakak aku lebih kurang kol 12.45 mlm..nasib baik diorang lom tido..
Hari jumaat tu suami aku kuar menguruskan hal yang nak dibereskan manakala aku kat rumah tido je keje sampai sakit2 belakang...hehehe puas hati aku... ptg tu kitorang kuar kejap bwk anak2 mandi dkt prcint 9 tu... malamnyer kitorang keluar mkn dekat taman warisan...aku rasa tempat ni mmg wajib kitorang pergi kalau sampi di putrajaya tu..
Hari sabtu tu aku dan suami bercadang nak balik awal sebab ahad dah keje dan anak2 pulak ada exam minggu ni ... tapi anak2 aku tak nak balik lg sebab diorang nak masuk pertandingan mewarna dekat program petronas streetsmart...kesian jugakla bila diorang dah merayu-rayu akhirnya suami pun mengalah...so lebih kurang pukul 3 kami pun ke dewan serbaguna precint 11 untuk membawa anak2 aku dan anak2 kakak aku menyertai pertandingan tersebut. Pertandingan tu mula pukul 3.30...menurut kakak aku yang anaknya tiap2 minggu masuk pertandingan itu, majlis penyampaian hadiah pukul 5...nampak gayanya lambat la kami nak sampai SP...
Yang paling best tu kan masa acara penyampaian hadiah tu...tanpa disangka anak aku yang ebigirl tu telah mendapat tempat ke 3 bagi kategori 7-9 tahun...manakala anak aku yang sorang lagi tu mendapat johan bagi kategori 10-12 tahun...anak2 kakak aku yang selama ni sering menang dalam coloring contest tu dpt saguhati jer pulak...hehehhe. Berbaloi la jugak kitorang balik lambat haritu... bagi anak2 aku pulak itu adalah pengalaman yang sgt manis la bg diorang sbb first time masuk contest pastu menang ...sepanjang perjalanan tu asyik bercerita tentang pertandingan tu jer la...
Wednesday, April 15, 2009
Masihkah ada peluang?
Monday, March 30, 2009
mini cybercafe
Thursday, March 19, 2009
Cuti...
Saturday, March 14, 2009
Cuti sekolah datang lagi...
Sunday, February 22, 2009
Trip to Jakarta - toilet
ini ialah gambar toilet yang aku amek kat soekarno hatta airport. macam takder keje la pulak kan dok amik gambar toilet tu. sebenarnyer aku tertarik dengan tulisan atas tu. yang itu toilet untuk 'pria'. msa aku nak amik gambar tu takder pun orang kat situ elok aku dah snap tetiba muncul lak model pria kat pintu tu. hrmmm . gasakla aku malas dah nak ambik gambar kat situ banyak2 kali.Bila sebut tentang toilet kat indonesia ni kan aku ada kemusykilan di luar toilet tu ditulis WC. aku teringin nak tau apa makna WC . bila tanya dengan cikmin dia pun 2x5 aku jugak tak tau maksud WC tu. kalau ada sesaper yang tau pasal WC tu tolong la bagitau....
Friday, February 20, 2009
Trip to Jakarta - Teksi
Thursday, February 19, 2009
Trip to Jakarta - Jom layan gambar
Yang ini unta yer adik2
tengok Zebra tu manjer jer kan. siap masuk dalam keter lagi.Kalaulah itu kepala pak belang rasa2nya blog yuka-luv ni tinggal
Monday, February 16, 2009
Selamat Tinggal Tanahairku.....

































