Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Monday, April 30, 2012

Nutella ...yummy

Siapa suka makan nutella? Sila angkat tangan....
Siapa suka makan nutella tapi x suka beli sebab rega dia mahal? sila petik jari....
Harini Yuka ada berita baik untuk penggemar nutella...Sekarang Tesco tengah buat promosi untuk nutella ni...Kalau kebiasaan harga nutella yang besar sekali tu (750gm) RM30++ kan? Sekarang ni harga promosi cuma RM19.90..murah kan, kan, kan?
Jadi apa tunggu lagi..cepat la berlari-lari anak ke Tesco sementara stok masih ada....

p/s: sharing is caring

Wednesday, June 8, 2011

Reply komen nasik kerabu

Mintak mahap la ya sebab aku kena reply komen melalui entry...aku pun taktau apa masalah pc aku ni bila nak komen page macam ada masalah. nak baca komen pun aku kena sign in dulu macam nak buat entry tu... kalau nak komen gak macam biasa aku kena balik rumah ..tapi lambat la pulak...la ni barupukol 9.30 nak balik kol 5...tak sabau nak jawab dah ni...huhuhu


Sebaik sahaja aku published berapa harga nasik kerabu tu..ada 7 orang yang bagi komen... orang yang pertama bagi komen ialah kakngah

5 comments:


kakngah said...
mahalnya.... mentang2 orang luar diorg tekan harga. pernah makan kt psr siti khadijah... kite amik sotong goreng tepung hak besar tu sekor. ayam 2 ketol & nasi putih 3 pinggan. kene hampir rm70. langsung hilang excited berada di kelantan.... rasa fobia nak makan2 kat tempat2 camtu. bukan kite takbolehbayar, cuma rasa harga tu tak berpadanan. makan kat hotel lagi puas hati. dah tentu mahalnya.... kat sini nasi kerabu lauk ayam seketul dlm rm3.50 la..
hani@debumelukut said...
mahal. lain kali meh makan kat umah akak..home made lagi.
Ozzy Choc D'Luscious said...
yuka & kakngah: perggh!! biar betul, mahalnya..uishh..terkejut nih
kakyang .. said...
tu dia aihh .. tang mana yang mahal sangat tu? mungkin dok kat Pasir Mas jadi harga pun standard emas 916 kot .. huhuhu
Liyana Zahim said...
Kdg2 bukan nak streotype tp kat klntn salu camtu.. Sbgai org islam tak eloklah berniaga mcm tu.. Duit tu dikira tak berkat gak..
Ila said...
takde pengalaman makan nasi kerabu kat kelantan..huhuhu..tp org luar kalau pergi kelantan memang kena tekan harga kan
Nur Hawa Mohd Zin said...
awe belum pernah makan nasi kerabu..heheh
awe- biar betul awe ni....try la makan sedap tau...

Update: harga Nasik Kerabu

Dalam entry aku yang sebelum ni berkaitan nasik kerabu, aku suruh korang teka berapa harga yang aku perlu bayar ketika makan nasik kerabu di pasir mas tu....ada beberapa yang komen kat situ tapi kebanyakannya x menyatakan harga..cuma bagi jawapan yang selamat...cuma sorang iaitu blogger anie sahaja yang meneka dengan harga rm16.00. Jawapan itu jauh dari harga sebenar yang aku bayar...mungkin aku tak bagi maklumat yang lengkap haritu jadi harga yang di teka kurang tepat...

Dalam nasik kerabu yang asas tu ada bahan2 kerabu dan setengah ekor ikan selayang. kemudian aku tambah ayam goreng dalam tu( kalau di SP harga nasik kerabu lauk ikan dan ayam mcm tu RM4.50). Tapi di Kelantan untuk 3 pinggan nasik kerabu dan 3 cawan air aku kena bayar RM28 hengget!!!! korang rasa mahal tak?

Tuesday, June 7, 2011

Nasi Kerabu Pasir Mas

Minggu lepas aku pi kelantan sebab ada kenduri kawen kat sana. Kenduri tu dibuat sebelah malam di KTC pada 3 hb. Oleh kerana 4 hb aku dapat banyak jemputan kenduri di  kedah ( 11 jemputan kalau tak silap aku) makanya pagi2 4hb aku dah bertolak balik. Lebih kurang pukul 7 kami check-out dari hotel untuk balik ke kedah. Kami singgah bekfes di Pasir Mas. aku singgah di 1 kedai yang agak besar dan pemakan kat situ pun ramai jugak. aku ambik 3 pinggan nasik kerabu berlaukkan ayam goreng lepas tu untuk minuman pulak 1cawan nescafe, 1 cawan milo dan 1 cawan teh o...korang agak2 berapa harga yang aku kena bayar?
Selamat meneka....

p/s: kepada ila, anastasyea dan c2u yang komen dalam entry sebelum2 ni, sori ya yuka belum dapat reply komen tu sebab ada masalah dekat komen box tu....

Sunday, August 22, 2010

Kueh Cara...



Petang semalam aku buat kueh cara untuk berbuka...kueh ini dibuat atas permintaan anak2 aku..sebelum ini beli kat bazar ramadhan jer...3 pasang rm1.00. Pastukan yang beli tu ada yang sedap ada yg keras kedekiang...kalau buat sendiri dah tentu2 la sedap...masa mula2 tu melekat jugak kueh tu di acuan dia tu...lepas tu ok la ..sebab dah tau teknik nak buat tu...semalam aku buat 2 jenis...yang 1 inti gula dan yang 1 lagi inti serunding (konon2 cara berlauk la tu) sedap gak cara serunding...tapi aku lebh suka cara bergula dari yang berlauk...biasalakan aku kan memang suka benda yang manis2 sebab tu muka aku pun manis jer ... untuk resipi cara ni takyah la aku bagi resipi kot...sebab aku rasa korang pun taukan resipi dia..lagipun aku buat kueh cara tu takder sukat2 dah bahan2 tu..aku main bubuh ikut suka hati aku jer...

Sunday, August 15, 2010

Puding Karamel...

Hari Khamis lepas ( Ramadhan ke 2) sedang aku buat keja di ofis sesambil bersembang dengan kawan aku, tetiba aku rasa teringin nak makan karamel . so dengan sepantas kilat aku pun mecari resipi di internet...memang banyak versi resipi karamel ni di internet...
tapi sebagai seorang yang bernama yuka, aku akan mencari resipi yang paling mudah dan bahannya paling ringkas...bukan apa, kalau guna ikut resipi yg pakai banyak bahan2 tetiba tak jadi kan membazir namanya...ada1 resipi tu aku tengok guna telor sampai 6-7 biji...so awal2 lagi aku reject resipi tu...akhirnya aku jumpa 1 resipi yang ringkas dan penggunaan telur yang minima...namun begitu resipi itu aku olah balik supaya jadi lagi senang aku nak buat...balik dari ofis aku terus masuk dapur nak buat karamel tu...kebetulan semua bahan2 dah ada...
Hasilnya seperti dalam gambar diatas tu la...kalau korang tengok dalam gambar tu ada sedikit cacat cela karamel aku tu...yang tu sebenarnya kesilapan teknikal semasa aku nak membalikkan karamel tu...walaupun rupanya hodoh tetapi rasanya tetap horliaw....

Resipi Puding karamel (versi yuka)
1.  1 tin susu sejat/susu cair- brand apa pun takper
2.  5 sudu besar gula halus ( untuk yang tak suka manis2 boleh kurangkan sukatan gula)
3.  3 biji telor ( semestinya telor ayam...kalau telor itik ker telor lain takut peleklak rasa dia...telor masin
                        kompom la lagi tak sesuai)
4.  sedikit esen vanila
5.  secubit garam

bahan-bahan karamel:
5 sudu besar gula
3 sudu air

cara-cara nak buat:

sediakan bahan karamel dulu yer tuan2 dan puan.
 1. masakkan gula dlm periuk/kuali kecil bersama-sama dengan 1 sudu air ( api jangan besar sangat)
     kacau perlahan-lahan sehingga gula tesebut mencair dan bertukar kaler menjadi perang. bila dah perang masukkan lagi 2 sudu air dan kacau perlahan-lahan.
2. tuangkan gula tersebut kedalam loyang.
3. masukkan susu kedalam bekas bersama dengan esen vanila
4. dalam bekas yang lain masukkan 3 biji telor bersama dengan gula...kacau perlahan-lahan jangan bagi telur
    berbuih tapi pastikan gula tersebut hancur.
5. masukkan telur tadi kedalam bekas yang ada susu ( guna penapis). Kacau perlahan-lahan supaya sebati.
6. masukkan bahan tersebut kedalam loyang yang ada gula karamel tadi tu.
7. tutup loyang dengan foil dan kukus selama 25-30 minit ( kalau takdak foil pun takper..kukus je terus)
8. Lepas dah masak biar selama 5-8 minit. kemudian terbalikkan puding tersebut kedalam pinggan besar
 ( proses ni la yang buat puding yuka tu cedera)
9. Dah siap la pudimg korang tu....nak bagi sedap simpan dalam fridge seketika

Monday, April 26, 2010

Kerana Qellissa....

Hari Khamis lepas lebih kurang pukul 12.30 macam tu...aku sedang menyibukkan diri di ofis dengan BW disamping membalas kunjungan teman2/ adik2 kat blog aku tu...salah seorang yang meninggalkan jejak di shoutbox aku pada masa itu ialah qellissa .... tanpa membuang masa aku pun pergila membuat lawatan balas ke blog beliau...sesampai di sana aku tengok ada entry pasal dia pi makan kat secret recipe....mula tu aku takder la rasa apa2...tetapi sebaik sahaja sampai di gambar blackpepper chicken grilled yang dia tayang kat situ...secara tiba2 aku rasa mulut aku penuh dengan air liur yang entah dari mana datangnya dan tunggu masa untuk menitik tap..tap...
sesungguhnya gambar ayam itu sangat menggiurkan dan membangkitkan selera... aku cuba mengabaikan ayam itu tapi tak berjaya...akhirnya terpaksala aku tepon hb aku tu...ajak dia lunch dekat secret recipe...nasib baik la masa tu dia tak berada di luar kawasan...kalau tidak taktau la apa nak jadi dengan aku haritu... sebelum ni pun aku penah gak teringin tengok gambar makanan dlm blog orang tapi penangan tu tak la sehebat yang aku alami semasa di blog qellissa tu... Di secret recipe tu aku pun order la ayam tu manakala hb aku order thai fried rice... sementara menunggu order kami tu...tangan aku ni gatai2 dok selak2 menu tu...tetiba aku nampak la gambar blackforest cheesecake yang sangat seksi...sekali lagi air liur aku rasa macam nak menitik... maka terpaksa la aku order cheesecake tu jugak...tapi yang aku paling puas hati cheesecake yang aku order tu keseksian dia sama macam dalam gambar.... dipendekkan cerita semua yang aku order aku dapat makan dengan jayanya...sangat menghairankan....


Ini la rupa blackforest cheesecake yang buat aku gila bayang.... (gara2 gambar ini jugak hari jumaat tu kami sekeluarga kene pi secret recipe sekali lagi sebab anak aku ternampak gambar ni dalam hp...bila depa dapat tau aku dan ayah dia orang pegi situ terus nangis2...)

Sunday, April 25, 2010

Jelly Kelapa Yuka

Dah 3-4 hari aku teringin nak makan jelly kelapa... tapi aku nak makan yang home made...yang aku buat sendiri tak mau yang orang jual...
Hari Sabtu semalam hajat aku tu dah tertunai...pagi2 aku dah mula membuat jelly kelapa tu... aku guna 2 biji kelapa muda yang aku beli di tesko...pastu aku guna sebungkus agar2 swallow brand dan gula secukup rasa ...air pulak aku masuk kan 2 liter ( tidak termasuk air dari buah kelapa td)... Dengan ramuan tersebut aku dapat 25 container jelly...baru puas nak makan

Inilah hasilnya....tadaaaaa


Jelly kelapa segar...sedap ooo makan sejuk2

Thursday, April 22, 2010

Pengat Labu vs kerepek pisang

Hari Selasa haritu tetiba aku teringin nak makan pengat labu...kalau di utara ni orang panggil serawa labu... kalau kata pengat kat utara ni konfem la orang akan kata kita mengada-ngada... Pastu dah tekak teringin nak makan aku pun pergila tesco beli bahan2...aku beli labu merah dan gula kabung...tapi santan lupa pulak aku nak beli...so tak dapat la aku nak masak pengat labu tu...
Petang semalam masa balik keja, aku singgah kedai beli kelapa... konon2 nak suruh bibik buat pengat tu la untuk petang ni...tetiba malam tadi masa aku tengah tengok tv bibik aku bawa sebalang kerepek pisang siap bersira gula merah tu... pastu dia kata gula yang aku beli tu kurang sebab tu kerepek tu kurang bersalut....hadoi la bibik aku ni terlebih kreatif lak dia...aku beli gula tu nak buat pengat dia pi buat kerepek pisang pulak..nasib baik la sedap gak kerepek tu... aku pun belasah gak la kerepek tu sampai dekat suku balang...hik3

Tuesday, March 2, 2010

Laporan masakan dari KakYang

Salam 1 Malaysia semua....
Ingat tak haritu aku ada berkongsi resipi buat piza comel tu?..aku tunggu la jugak laporan masakan dari korang semua...tapi xder pun..tetiba kakyang bgatau dia dah try resipi itu dan mintak aku tengok jadi ke idak dia buat...aku pun pi la skodeng kat blog dia tu...tenyata dia telah membuat dengan jayanya...yang aku terharu tu ayah kakyang pun suka piza tu...siap request suruh buat lagi...tapi paling aku terharu kakyang puji aku mcm2 kat situ...ahaks...kalau nak tengok hasil kerja kakyang jom pi kat SINI


Sunday, February 7, 2010

bekfast@hotel

Hari khamis baru2 ini aku ke kl...sebab sang suami ada urusan di sana...hari pertama kitorang lepak kat rumah kakak aku di putrajaya...(tempat lojing wajib tu)...hari kedua kitorang tido kat hotel....yang aku nak cerita kat sini ialah masa..bekfas pagi tu...seingat aku first time aku makan pagi kat hotel ada ubi kayu rebus /keledek rebus dan pisang kukus di cicah dgn kelapa dan gula merah...disamping itu ada jugak sambal bilis...very classic la...mengingatkan aku kepada kampung halaman....

Thursday, February 4, 2010

Rojak Sempoi...


Cuba tengok gambar kat atas tu...ini ialah rojak buah...nama rojak ni rojak sempoi...aku pun taktau kenapa orang yang jual tu letak nama macam tu...tapi memang sempoi gila la rojak dia ni...sangat menggiurkan....memang sedap la rojak ni...kuah dia pekat dan melekat serta bersari.... jadi kepada sesiapa yang tinggal di kawasan utara ni khasnya orang2 kedah...dan nak bagi spesifik lagi orang2 yang tinggal di sungai petani...bolehla cuba rojak ni....lokasi rojak ni beroperasi ialah di hadapan jakel Sg.petani....pastikan di van dia tu ada tulisan rojak sempoi...sebabnya ada 2 org yang jual rojak kat situ...nanti silap orang pulak....
Kalau ada sesaper yang tersesat kat SP ni boleh la mai cuba try test tengok...mesti tak menyesal...

p/s: aku tak dapat bayaran pun promote rojak ni...

Sunday, January 10, 2010

Donut....

Salam....2-3 harini tetiba tekak teringin nak makan donat big apple... kalau la tetiba ada orang buat surprise dengan mengkurier donut tu ker ofis aku kan best......

nota: dalam gambar donut dah hilang 1 sebab x sempat aku nak ambil gambar dah ada orang ngapp...

Monday, November 16, 2009

Boikot...

Pagi tadikan masa tengah khusyuk buat keja tetiba perut aku rasa lapar. Jam masa itu menunjukkan pukol 10.20 pagi, memang sedang elok la utk aku pegi kafe untuk mkn pagi sekali dgn lunch cover utk minum petang jugak tu... Dengan tidak berlengah lagi aku pun pegi la kafe ofis aku tu...sesampainyer di situ aku pun order la mee bandung, sekali pakcik tu kata kuah utk mee tak siap lagi...ok takper aku order bihun sup pulak...sekali lagi pakcik tu kata kuah tak siap jugak...pendek kata benda yang berkuah semua belum ada... (Masa aku order tu isteri pakcik tu ada kat sebelah dia tolong dok jawab jugak la, manakala isteri beliau yang sorang lagi...aku ulangi isteri beliau yang sorang lagi sedang membasuh segala pinggan mangkuk kat dalam sink tu) Oleh kerana masakan berkuah semua xder aku pun berhajatla nak order megi goreng...pakcik tu kata yang bergoreng semua boleh...sekali tu isteri pakcik tu kata tak boleh jugak sebab isteri dia yg selalu masak tu tak abis lg basuh pinggan... geram tahap gaban dah aku masa tu...nak menjual pun macam nak taknak jer...tanpa kata apa2 aku terus balik ker ofis...dalam hati aku dah berjanji dengan diri aku nak boikot kafe tu seminggu...biar aku tak makan, biar aku jadi kurus asalkan hati aku puas...
Lebih kurang 20 minit kemudian sedang aku buat keje2 kt ofis tu tetiba hb aku call. Dia kata dia ada kat kafe ofis aku dan suh aku pegi situ untuk mkn sama2...maka dengan itu kempen boikot aku tu pun berakhir...kempen boikot seminggu aku tu hanya bertahan 20 minit...Ini baru betul hangat2 tahi ayam....

Sunday, November 8, 2009

Bila Yuka Rajin....

Kehidupan seharian aku ni sebenarnya bukan lah serajin mana....kalau memasak pun setakat untuk makan anak beranak jer..itupun yang basik2 jer...xder la extra2 dengan desert bagai...tapi ada kalanya aku menjadi agak rajin...bila masa itu tiba aku akan masak yang best2...( best pada pendapatan aku la kan...)
Baru-baru ini dengan tak semena-mena aku teringin nak buat kek buah...aku rasa dah berkurun aku tak buat kek...sampai aku pun tak ingat bila kali terakhir aku buat kek...mungkin 4-5 tahun lepas kot... So malam itu lepas jer dinner aku pun mengajak bibik membuat kek buah-buahan...
Ini lah hasilnya....tadaaaa.....

Adunan kek yang telah diletakkan dalam acuan...yang nampak hitam2 itu ialah buah kismis...bukannyer kepala tauge ataupun lalat....


Ini pulak kek yang telah siap di bakar.... yang mcm tangan ngan yin kat sebelah tu, tangan aku la...puji hasil masakan sendiri....

Ini lah rupa bahagian dalam kek itu...sangat gebu dan tidak berminyak...ekceli aku ada ambik gambar kek yang diletakkan dalam pinggan...tapi malangnya ebiboy dah delete pic tersebut...
So apa pandangan anda pakar2 masakan diluar sana tentang kek buah yang aku buat ni? Ok tak?


Tuesday, October 27, 2009

Pisang Bakar Berkeju...


Salam 1 Malaysia.... Nak tanya ni korang penah tak makan pisang bakar berkeju? perghh sedap gila tau... aku first time makan mender tu masa bercuti dibandung dgn cikmin tu...bahan2 dia simple jer pisang/cheese/coklat sikit tapi rasa dia walla....lemak, masin , manis semua ada.... kan cikmin kan... Masa pergi Jakarta haitu kitorang makan lagi mender tu...sebab kat mesia ni x jumpa org jual... haritu aku try gak buat tapi macam x sedap jer...mungkin silap guna cheese tu... jadi bukan salah aku pisang bakr berkeju tu tak sedap tapi salah kan si cheese bedebah itu...

Nanti nak try buat lagi sekali....

Sunday, December 21, 2008

Roti Nasi...

Salam... jumpa lagi kita setelah lama aku menyepi. Sebenarnyer lately ni aku bz sangat. biasala kan year end macam ni. Hari ini aku nak cerita pasal roti nasi yang aku buat. actually aku telah dicabar oleh cikmin suruh buat benda ni. Lagipun mana aci asyik cikmin jer dok tayang roti nasik dia kat blog. aku pun nak la tunjuk skill gak. so meh kita tengok jadi ke idak.

Langkah pertama kena la uli doh tu. Kat dalam gambar ni tangan aku yang sedang menguli doh roti nasi dengan penuh kasih sayang. hehehhehehe..... Lenguh gak uli doh tu walaupun sikit. ermm lepas ni kenala beli bread maker...





Setelah penat menguli doh itu dibiarkan selama 1 jam. Lepas 1 jam dia akan jadi macam dalam gambar ni. Nampak gebu jer kan....

Lepas tu aku pun lilit2 doh tu di sosej macam yg dibuat oleh cikmin. setelah siap aku pun bakar dalam oven.
Hasilnya....


Tadaaaa........ tidak mengecewakan


Ini trip yang ke 2. kaler dia light sikit sebab yang ini aku bakar dalam microwave oven .
Tak sampai 30 minit habis roti nasik aku tu.
So cikmin ada lagi ke resipi yang nak cabar yuka buat?