Wednesday, June 26, 2013

Syura Juara Masterchef Selebriti Musim Ke-2

yeayy akhirnya terjawab sudah siapakah selebriti yang paling terer masak...semalam syura telah dinobatkan sebagai juara masterchef selebriti musim ke-2..tahniah syura...mula tu aku frust gak sebab che ta tak masuk final....aku bukan la peminat che ta sangat tapi syok kalau dia masuk final ..boleh jadi penyeri...
Aku rasa juri2 jemputan malam tadi pun lagi syok kalau che ta masuk final..boleh depa makan makanan dari ayaq tangan che ta..tak gitu datuk brahim? hehhe

Syura ni low profile dan kurang menonjol sepanjang program  tersebut berlangsung tapi semalam dia telah membuktikan kemampuannya....boleh la dia pi hanimun kat paris...kesian bila dia kata tak penah lagi pi tempat2 kelas macam tu....so memang sesuai la bg dia menang ...macam che ta dan serena tu dah biasa sangat tempat2 macam tu..pergi sana pun macam balik kg ja...

Jadika sapa-sapa yang rasa teringin nak makan masakan syura tu kena la beli tiket bisnes kelas ke paris...huhuhu

Monday, June 24, 2013

Unequein part 2

Ok...salam sejahtera salam 1 malaysia...harini kak ton nak cerita tentang produk unequien dengan lebih lanjut..Haritu kawan kak yuka bagi sample suruh try.



produk ni nama UNEQUEIN MULTI JUICE SUPPLEMENT... kalau tengok bahan2 dia pun memang semua yang berkhasiat . . makan 1 peket di waktu pagi dan 1 peket di waktu malam...
yuka dah try yang ni rasa dia sangat la sedap..rasa macam nak makan 3 peket sekaligus baru puas....

Wanita digalakkan mengambil Multi Juice ini sebab salah satu kandungannya adalah buah delima.
Buah ini dapat membantu para wanita dengan:

1. Menegangkan payudara
2. Mencantikan kulit rosak/ kering/ kulit berjerawat
3. Mencerahkan kulit
4. Menegangkan kulit dan menjadikannya awet muda
5. Membuang lemak berlebihan terutama di perut
6. Merapat dan menyuburkan rahim - menormalkan kitaran haid yang tidak teratur
7. Merawat dan mencegah kanser rahim
8. Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (elak moody)
9. Membakar kalori dengan cepat, elak pertambahan berat badan
10. Mengubahsuai dan membaikpulih hormon semasa menopouse 
11. Merawat KEPUTIHAN dan jangkitan kulat di faraj/rawat kegatalan faraj
12. Menghalang pembentukan SEL BARAH PAYUDARA
13. Menjaga kesihatan usus besar dan kecil (lawas)

Apa yang menarik adalah, sachet multi juice ini tidak perlu dilarut dengan air. Boleh terus makan. Jadi ia senang dibawa kemana mana saja.

kalau yang berminat nak beli atau nak tanya dengan lebih lanjut tentang produk ni boleh hubungi
 nombor 012-9286055 - AINI


Saturday, June 22, 2013

x stsss 85-89 selepas 24 tahun

Selepas 24 tahun tinggalkan alam persekolahan...tp rasa macam masih baru

Thursday, June 20, 2013

cute


Cute kan?

Wednesday, June 19, 2013

happy birthday ebiboy

Wahhh ebiboy dah 7 tahun hari ni...macam tak percaya pulak...dok rasa dia macam baby2 jer...cakap pun pelat2 lagi ..

P/s: hari ini juga merupakan birthday ag hotfm

Tuesday, June 18, 2013

Unequein part 1


Korang penah dengar dak nama unequein ni? Ok untuk yang belum tau meh sini aku nak habaq...Unequein ni merupakan produk kesihatan dan kecantikan yang di keluarkan oleh mawi dan ekin...Produk ni tak la baru sangat dalam pasaran cuma kurang promosi je kot...
Salah seorang stokis produk unequein ni ialah kawan aku masa sekolah menengah dulu...time tu dia ni bespren aku la kan...pastu bila dah abis sekolah dan dah jadi mak2 ni hubungan terputus...pastu sejak ada fb dan wassap ni hubungan yang terputus telah bercantum kembali....
Aku tak tau pun yang dia ni pembaca blog aku...nasib baikla dalam blog ni aku takdak kutuk2 kawan sekolah...Dia kata nak iklan kan produk ni kat blog aku...adoii malu mak diknon oii...sebab blog ni bukan femes emes gitu...lain la blog ni ramai pengunjung macam red mummy tu kan...Pastu aku kata kat dia aku akan promote produk ni kat blog aku free of charge....baik kan aku ni...ahaks...tapi kan dah aku nak promote free dia bagi la pulak sample untuk rasa...so kena tunggu aku makan la kan untuk tau hasilnya...so entry akan datang aku nak bg testimonial pasai produk ni....

Monday, June 17, 2013

sinopsis sinetron aishiteru

Sinopsis Aishiteru

Berikut ini adalah Sinopsis singkat Sinetron Aishiteru, menceritakan perjalanan hidup seorang gadis cantik yang periang dan hobi menyanyi bernama Tasya (Mikha Tambayong), yang tinggal bersama Mahendra (Krisna Murti), ayahnya dan Maya (Meriam Bellina), istri keduanya. Maya selalu menolak dipanggil “ibu” oleh Tasya. Selain mereka, Maudy (Estelle Linden), adik Maya, semumuran dengan Tasya juga tinggal bersama mereka. Keberadaan Maya dan Maudy ini sering membuat Tasya menderita.

Tasya memiliki sahabat bernama Fajar (Chris Laurent), mereka berdua bekerja di café ayah Tasya. Sebenarnya Fajar menyukai Tasya, namun karena tidak ingin merusak persahabatan yang terjalin, Fajar lebih memilih memendam perasaan tersebut.

Perjalanan hidup Tasya akan berubah setelah bertemu dengan seorang pemuda bernama Tristan (Cicco Jerikho) yang baru saja pulang dari luar negeri dan berniat untuk meneruskan usaha orang taunya berupa hotel. Tasya dan Tristan dipertemukan oleh urusan bisnis, di mana Tristan mencari seorang penyanyi untuk menyanyi di hotelnya. Dari sinilah awal mula kesuksesan Tasya.

Maya dan Maudy marah dan iri melihat Tasya yang kini menjadi orang sukses. Mereka juga sangat cemburu melihat kedekatan Tasya dan Tristan. Mereka semakin marah mengetahui ternyata Tristan jatuh cinta kepada Tasya. Kemudian dengan segala kelicikan dan kejahatannya, Maya dan Maudy mencoba untuk menghasut dan memfitnah Tasya supaya Tasya tersingkirkan. Tapi usaha Maya dan Maudy ini tidak berjalan mulus. Justru Tristan dan Tasya semakin dekat. Mereka kemudian mencari akal dan memanfaatkan Fajar untuk turut serta menghancurkannya.

nanti kita sambung ek

Sunday, June 16, 2013

sinetron aishiteru

Sapa dok layan citer ni petang2? Kalau ikutkan hati aku malas dah nak layan sinetron dari indonesia...bukannya apa cerita depa ni lama sangat nak habis...lepas tu episod awai2 syok tapi bila dah lama2 mula la jadi merapu...bisa bikin jadi penasaran dong!

Namu kata ja takmau tengok tapi tertengok jugak.. sebab anak2 aku dan bibik tu dok tengok...mula2 aku jeling2 gitu je depan tv...lama kelamaan aku ambik bantai terus berbaring depa tv tengok cerita tu..hehhe.. nanti la aku cuba cari sinopsis cerita ni.. bolehla share dengan korang semua....

Tuesday, June 11, 2013

quote of the day


Sapa suka kata-kata ni?