Tuesday, December 23, 2014

Menjelang Tahun 2015

Assalamualaikum,

Sedar tak sedar tahun 2014 dah tiba ke penghujung. Sesungguhnya pada tahun ini aku sangat tidak aktif blogging. Ni semua gara-gara aku dok sibuk wassaping. macam-macam group punya dok ada. 7-8 group kalau tak silap aku. Tapi aku paling aktif dengan group kawan-kawan pompuan semasa sekolah menengah dulu. Dengan group ini kami telah merealisasikan percutian ke vet6. walaupun group ini ada berbelasan orang namun hanya 7 orang sahaja yang dapat mengikuti trip ini. takpa 7 orang pun dia punya havoc macam nak rak.. syiok gila baq ang...
Bila dah pi geng2 pompuan saja memang shopping x hengat...Tahun 2015 kami sedang cari destinasi yang best2 dan mampu milik untuk group kami ni pergi bersama-sama...ops..lupa nak habaq group kami nama 'Geng Mak Gojes"..........Gojesss la sangat khenn

Harapan aku untuk tahun 2015, aku berjanji akan rajin update blog...sehari sekali tu x mungkin la kan..maybe seminggu sekali...paling hampeh pun 2 minggu sekali la aku akan hapdet blog ni.

Seperti Biasa masuk ja tahun baru orang dah mula pasang azam..aku pun ada azam tahun baru..tapi tak boleh citer sekarang...kalau nak tau apa azam aku tunggu la 1 januari 2015.

Ok...gtg

Friday, July 4, 2014

HOT: Gambar Cik Khaleeda Bustamam Bakal Isteri Tengku Mahkota Johor (TMJ)

Ini lah rupa bakal isteri TMJ. Yang baju putih tu... Dah lama aku x bergosip kat sini tapi kali ni nak gak mencelah. nak tau sebab apa? sebab aku kenal dengan cik khaleeda ni. Tahun 1994 dulu aku keja 1 ofis dengan mak dia. aku baru masuk keja n mak dia dah senior.  mak dia memang baik dan peramah. keja memang tip top la. masa tu khaleeda belum sekolah kot. Hari2 cuti time kitorang buat OT khaleeda dengan abang dia  nama Ali selalu la ikut mak dia. tak sangka la budak kecik yang aku tengok dulu bakal jadi menantu raja. Tahniah Khaleeda.

p/s: Aku dah lama lost contact dengan mak khaleeda ni.. last aku contact dengan mak dia tahun 2007. masa tu mak dia keja di MSD UK. tp aku yakin la memang aku tak silap orang. sebab nama dan tempat tinggal dah betul dah. lepas tu muka khaleeda ni memang macam mak dia yang aku kenal tu.

Monday, January 6, 2014

Selamat Tahun Baru 2014

yeayy tahun baru datang lagi. Umor yuka pun dah bertambah lagi setahun...huhu..sebut tahun baru orang akan kaitkan dengan azam. letihla kan..berazam beria tapi tak ke mana pun.. Untuk tahun ni yuka target nak jadi pengusaha bisnes online yang berjaya dari tahun lepas. Tahun lepas yuka jual bermacam produk kesihatan dan kecantikan. Untuk tahun ni yuka tambah lagi 1 produk iaitu telekung lycra. la ni kan musim orang pakai telekung lycra ni. kalau dulu2 telekung semua kaler putih ja ..sekarang ni dah berkaler-kaler. Telekung lycra ni ada 10 warna pilihan termasuk hitam dan putih... kat bawah ni ada contoh telekung lycra yang yuka jual. kalau berminat tu tunggu apa lagi kan..order la...hehe

selamat tahun baru.......
ni contoh 4 kaler ada byk kaler lagi. memang selesa pakai sebab bahagian muka tui caover dagu semua.