Tuesday, August 28, 2012

Drama Adam Dan Hawa

Salam Syawal untuk semua....Dah lama yuka tak berblogging...bukan taknak tapi pc yuka ni mengalami masalah dalaman..banyak kuman dalam badan dia...bila dah dibaik pulih keadaan dia sangat lembap membuat kan mood nak menulis menjadi merudum.....

Tapi hari ini yuka menjadi bersemangat untuk mentype kat blog ni kembali...ini semua gara2 drama adam dan hawa yang sekarang bersiaran di Astro 134...sebenarnya aku teruja jugak nak tengok cerita ni sebab aku penah baca novel tu 2-3 tahun lepas..memang feeling abis la baca cerita tu walaupun aku agak menyampah dengan karekter ain hawanis yg jual mahal tu...bila baca novel tu macam tak  berapa logik la jugak kat sesetengah cerita tu...

Masa baca novel aku tak berapa puas hati dengan karekter ain hawani tu ..bila tengok drama malam tadi aku tak puas hati jugak dengan ain hawani tu....dari dulu aku dah tau bahawa hero cerita ni ialah aaron aziz..memang sesuai sangat la dia jadi adam...kan aaron tu tengah meletup kababoom sekarang ni...aku tak ambik pot la pulak sapa yang jd heroin drama ni...sebab aku rasa kalau dah hero aaron heroin pun mestila gempak jugak kan...

Semalam masa menonton drama tu aku tengok yang jadi ain hawani ialah si 'manis' pemilik 'kembang' dalam filem cun tu....adoiiii potong stim betoila...  tak sesuwaii ok ( pada pendapat aku la) yang tu aku boleh terima lg la...walaupun telah mengurangkan keterujaan aku...yang paling tak boleh belah ialah watak sepupu ain tu...pelakon mana tah depa ambik...tak penah tengok berlakon pun...kalau ya pun watak tu x berapa penting ambikla pelakon yg cun sikit...baru la sesuai nak mengendeng ngn adam tu...

Malas la nak komen banyak2 korang tengok sendiri la nanti....

p/s: kalau foziah ghouse tu jd ain pun ok gak

1 comment:

TS said...

xtgk pon cite ni..
tp lagu tema die best.. :)