Sunday, July 15, 2012

BEKAS Isteri Redza Syah (Suami Irma Hasmie)


Pagi tadi masa aku dok layan FB ternampak la artikel ni...kisah gambar BEKAS Isteri ( bekas okey!) Redza Syah tersebar di internet...kalau korang tak tahu redza tu sapa meh aku nak habaq...Redza Syah tu ialah suami Irma Hasmie ( bukan redza af yang pengacara propaganza tu)...

Aku pun tak tahu la kenapa gambar dan cerita bekas isteri redza tu disebarkan ketika Irma dan Suaminya sedang berbahagia...mungkin ada yang iri dengan kebahagian pasangan ini...Sejak keluar gambar perkahwinan Irma dan Redza ramai yang memuji-muji pasangan ini...bagai pinang dibelah 2, bagai cincin dengan permata...dan semuanya mendoakan kebahagian mereka...termasuk aku la tu..

Cuma apa yang aku nak kata kat sini ialah..kalau benar yang Redza itu pernah berkahwin..itu kan kisah lalu beliau.. jodoh dengan wanita itu tak panjang.....sekarang dia dah menduda..Irma bukannya berkahwin dengan suami orang...Ini bukannya kali pertama artis kat malaysia kahwin dengan duda...Sofea jane pun kahwin dengan duda..tapi perkahwinan mereka kekal bahagia sampai sekarang...

Semoga Irma dan suami berbahagia hingga ke akhir hayat...

p/s: aku tengok bekas isteri redza tu macam muka salwa abdul rahman


13 comments:

lynn kamarul said...

cantik jugak ex wife dia tp mungkin dah tertulis dai xde jodoh ngan redza .

yuka said...

lynn kamarul- memang masuk dalam kategori cantikla x-wife dia tu... tp jodoh x pjg ..nak buat cemana kan..dgr kata dia pun dah kawen lain..semoga sama2 bahagia dgn pasangan baru

Kedai Komputer said...

x da jodoh yang berpanjangan . yang baik semua dari Allah swt .

yuka said...

kedai komputer - yea betul tu.ada hikmah semua tu

yuka said...

kedai komputer - yea betul tu.ada hikmah semua tu

noornazuha said...

jadi isu plak kan..walhal x ada apa pun...lagipun suka tgk Irma tuh...sweet sgt dia bertudung..nampak keikhlasan dia nak berubah

sedutzone said...

cantek... biasa la, orang kita, manaleh tengok org laen bahagia... ahakz...

babycomel said...

apa2 pun, sejarah silam dia xde sape boleh ubah.. yg penting bagiku irma tetap cantik, sweet sgt ;)

caliph shuriken said...

biasa laa, ramai yg dengki bila tgk org lain bahagia, erkk...

Trah Zain said...

adoi, yg ni baru blh kira jaga tepi kain org kan? sibuk je dorang tu, biarlah dorang camne pn..haish..

Anonymous said...

hehe..sy kenal x-wife dia ni. dia dah kawen dengan along kumpulan enava.

yuka said...

zuha- yuka minat irma ni sejk dia bertudung nampak sweet..mmg dia betul2 berubah

sedutzone- lumrah dunia la tu kan

babycomel- irma tu lebih cantik bila bertudung

caliph- depa tu x pk dah perasaan orang lain...

Trah zain- kak yuka pun termasuk dalam kumpulan suka jaga tepi kain orang gak kan..huhuhu

anonymous- kumpulan enava? apa tu..x penah dengar pun

NURUL ◕‿◕ said...

cantiknya ex.wife dia..tapi cantik irma hasmie lagi..hehe..