Tuesday, May 8, 2012

Durian Runtuh Peneroka Felda

Wowww! sangat bertuah peneroka FELDA...Sebentar tadi PM telah mengumumkan habuan yang akan diterima oleh mereka...


Butir-butir Pengumuman Durian Runtuh FELDA 2012 Kepada Peneroka

Imbuhan Utama kepada Peneroka Felda :
  1. Jumlah dana pemberian durian runtuh FELDA adalah sebanyak RM1.689 billion, untuk diaggihkan kepada semua setiap 112,635 peneroka FELDA
  2. Fasa Pertama 1 = RM5,000 untuk suami, ketua keluarga
  3. Fasa Kedua  2 = RM5,000 untuk isteri peneroka. Kalau ada 4 isteri? Bahagikan RM5,000 sama rata
  4. Fasa Ketiga 3 = RM5,000 untuk anak-anak generasi kedua (Maksudnya di sini, jika ada seramai 5 adik-beradik kesemuanya bahagikan RM5,000 seadilnya)


Selain daripada  habuan kat atas tu peneroka  juga akan mendapat imbuhan berikut:

  • Peneroka Felda akan menikmati kemudahan pinjaman rumah tanpa faedah
  • Tanah yang diteroka juga akan menjadi hak milik mereka sendiri
  • 20% saham Felda Global Venture (FGV) akan diperuntukkan kepada Tabung Amanah bagi peneroksa FELDA dan setiap keuntungan dividen akan disalur secara terus pada peneroka.
  • Berdasarkan perkiraan awal, jika penyenaraian FGV di Bursa Malaysia menguntungkan seperti yang dijangkakan, besar kemungkinan peneroka akan menerima lagi imbuhan sebanyak RM1350 (jumlah minimum)
  • Setiap peneroka layak menerima saham Felda Flobal Ventures FGV
  • Petugas-petugas dan pegawai-pegawai FELDA dapat bonus khas 2 bulan setengah gaji
 Sumber di atas dipetik dari beritasemasa.com untuk maklumat lanjut.boleh rujuk disana.

5 comments:

caliph shuriken said...

smoga rezki tu digunakan sebaik2nya ^^

ajumohit said...

Alhamdulillah rezeki kami ;)

yuka said...

Caliph- yer betul...dan semoga sentiasa mensyukuri nikmat yang diterima

Aju Mohit- wah best la dia.....

Mak Lagenda said...

ALhamdulillah..ni baru betul2 rezeki terpijak. Untung jd peneroka kan

Luahan hati said...

wahh untung le :)