Dalam entry aku yang sebelum ni berkaitan nasik kerabu, aku suruh korang teka berapa harga yang aku perlu bayar ketika makan nasik kerabu di pasir mas tu....ada beberapa yang komen kat situ tapi kebanyakannya x menyatakan harga..cuma bagi jawapan yang selamat...cuma sorang iaitu blogger anie sahaja yang meneka dengan harga rm16.00. Jawapan itu jauh dari harga sebenar yang aku bayar...mungkin aku tak bagi maklumat yang lengkap haritu jadi harga yang di teka kurang tepat...
Dalam nasik kerabu yang asas tu ada bahan2 kerabu dan setengah ekor ikan selayang. kemudian aku tambah ayam goreng dalam tu( kalau di SP harga nasik kerabu lauk ikan dan ayam mcm tu RM4.50). Tapi di Kelantan untuk 3 pinggan nasik kerabu dan 3 cawan air aku kena bayar RM28 hengget!!!! korang rasa mahal tak?
9 comments:
mahalnya....
mentang2 orang luar diorg tekan harga. pernah makan kt psr siti khadijah... kite amik sotong goreng tepung hak besar tu sekor. ayam 2 ketol & nasi putih 3 pinggan. kene hampir rm70. langsung hilang excited berada di kelantan.... rasa fobia nak makan2 kat tempat2 camtu. bukan kite takbolehbayar, cuma rasa harga tu tak berpadanan. makan kat hotel lagi puas hati. dah tentu mahalnya....
kat sini nasi kerabu lauk ayam seketul dlm rm3.50 la..
mahal. lain kali meh makan kat umah akak..home made lagi.
yuka & kakngah: perggh!! biar betul, mahalnya..uishh..terkejut nih
tu dia aihh .. tang mana yang mahal sangat tu? mungkin dok kat Pasir Mas jadi harga pun standard emas 916 kot .. huhuhu
Kdg2 bukan nak streotype tp kat klntn salu camtu.. Sbgai org islam tak eloklah berniaga mcm tu.. Duit tu dikira tak berkat gak..
takde pengalaman makan nasi kerabu kat kelantan..huhuhu..tp org luar kalau pergi kelantan memang kena tekan harga kan
awe belum pernah makan nasi kerabu..heheh
ish, apa pulak ajak ayam nyer? Ajak betul2 lah ni..Ajak orang!
Yuka...akak ingat murah...maklumlah kalau area pantai timur tu kadang makanannya murah...
Post a Comment