Salam semua...semalam 17 Ramadhan aku berbuka puasa dirumah kakak aku...rumah kakak aku ni tak jauh sangat dari rumah aku ni...selain family aku, kakak aku yang sulung dan adik aku juga berbuka disitu...selepas berbuka dan solat maghrib bagai abang ipar aku ajak kami pergi solat terawikh... family kakak aku tu biasanya solat terawikh di mesjid dipekan SP tu manakala aku dan suami pulak solat di surau di taman berhampiran rumah aku jer... jadi semalam tu kitorang bincang2 la kan nak pergi yg mana...kata kakak aku di mesjid solat terawikh 20 rakaat..biasanya diorang buat 8 saja...tapi kadang2 lepas buat 4 rakaat ada tazkirah sekejap kemudian baru sambung solat terawikh... tazkirah u dalam 15-30 minit macam tu.
Kemudian suami aku mencadangkan kami solat disurau yang kitorang selalu pergi tu..disitu konfem xder tazkirah...kol 9.30 dah siap 8 rakaat solat terawikh...akhirnya kami semua ke surau itu... sebaik sahaja solat terawikh hendak dimulakan tiba2 ada pengumuman bahawa pada malam itu ada ustaz jemputan akan memberi tazkirah selepas selesai 4 rakaat solat terawikh...selesai tazkirah baru solat akan disambung...masa tu aku dengan kakak aku dok gelak2 dah...sebab sebelum tu suami aku dah bagi jaminan disitu xder tazkirah tetiba ada la pulak...
Nak dijadikan cerita tazkirah tersebut bukannya 15-30 minit tetapi sampai 1 jam setengah...hampir pukul 11 baru selesai tazkirah...lepas tu baru sambung solat... kami yang konon2nya nak balik kol 9.30 akhirnya sampai rumah kakak aku pukul 11.30...ambik kau...hehhehe
Kat sini aku bukanla tak bersetuju dengan tazkirah tu...tapi jangan terlalu lama...ada sorang makcik kat sebelah aku tu merungut jugak sebab dia tu dah la solat pun sambil duduk jer bila kena duduk lama2 macam tu tentulah rasa lenguh sakit pinggang dan sebagainya... jangankan makcik tu aku sendiri pun sampai duduk pun dah jadi serba tak kena sekejap sakit pinggang sekejap lenguh kaki, sekejap baby dalam perut dok bergerak-gerak...macam2 lagi lah
4 comments:
Salam Yuka,
kat temapt akak pun setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad solat terawihnya mula2 4 rakaat pas tu berhenti jap, tazkirah dlm 20-30 minit lepas tu sambung balik lagi 4. Tapi so far tak pernah lak sampai kul 11.Biasalah tu kadang kita ni ingat nak cepat je, tapi yg cepat tu lah kadang jadi lambat, hehehe
kak aidah - tempat saya tu first time la ada tazkirah time terawih...ustaz tu naik syok dok cakap sampai terlajak ke pukul 11...
Itu rezeki namanya dengar ceramah agama..dapat pahala lebih..masa pun lebih.kekekeke
laksamana- hik3
Post a Comment