Sunday, May 24, 2009

weekend d Putrajaya....

Hari Khamis lepas aku dan family telah pergi ke putrajaya sebabnya swami aku tu ada hal di kl pada hari jumaat tu. Cadangnya kami nak pergi selepas aku balik dari ofis...lebih kurang pukul 6 la nak bertolak dari SP ni...
Tapi biasala kan swami aku bukannya nak ikut pelan sgt, aku dah sampai kat rumah dia masih kat ofis...dekat pukul 7 baru kami turun dari rumah...tapi bukannya terus ke putrajaya sebaliknya kami pergi menghantar maid aku tu kerumah MIL aku. maknanya kami menghala ke arah utara lagi .... tujuan kami hantar maid aku tu sebab kesian kat MIL aku nak buat semua keje2 rumah semenjak maid beliau melarikan diri 2 minggu lepas...kalau maid aku disana dpt la dia menolong apa yang patut... lebih kurang pukul 8.30 kami pun bertolak ke putrajaya...Oleh kerana kami tak berhenti makan di mana2 cuma mengisi minyak sahaja di R&R Juru maka kami telah sampai di rumah kakak aku lebih kurang kol 12.45 mlm..nasib baik diorang lom tido..
Hari jumaat tu suami aku kuar menguruskan hal yang nak dibereskan manakala aku kat rumah tido je keje sampai sakit2 belakang...hehehe puas hati aku... ptg tu kitorang kuar kejap bwk anak2 mandi dkt prcint 9 tu... malamnyer kitorang keluar mkn dekat taman warisan...aku rasa tempat ni mmg wajib kitorang pergi kalau sampi di putrajaya tu..
Hari sabtu tu aku dan suami bercadang nak balik awal sebab ahad dah keje dan anak2 pulak ada exam minggu ni ... tapi anak2 aku tak nak balik lg sebab diorang nak masuk pertandingan mewarna dekat program petronas streetsmart...kesian jugakla bila diorang dah merayu-rayu akhirnya suami pun mengalah...so lebih kurang pukul 3 kami pun ke dewan serbaguna precint 11 untuk membawa anak2 aku dan anak2 kakak aku menyertai pertandingan tersebut. Pertandingan tu mula pukul 3.30...menurut kakak aku yang anaknya tiap2 minggu masuk pertandingan itu, majlis penyampaian hadiah pukul 5...nampak gayanya lambat la kami nak sampai SP...
Yang paling best tu kan masa acara penyampaian hadiah tu...tanpa disangka anak aku yang ebigirl tu telah mendapat tempat ke 3 bagi kategori 7-9 tahun...manakala anak aku yang sorang lagi tu mendapat johan bagi kategori 10-12 tahun...anak2 kakak aku yang selama ni sering menang dalam coloring contest tu dpt saguhati jer pulak...hehehhe. Berbaloi la jugak kitorang balik lambat haritu... bagi anak2 aku pulak itu adalah pengalaman yang sgt manis la bg diorang sbb first time masuk contest pastu menang ...sepanjang perjalanan tu asyik bercerita tentang pertandingan tu jer la...

4 comments:

sya said...

ooooo ke PUJ rupanya...

yuka said...

ksya- a'a pi PUJ pastu hari sabtu tu pegi nilai temankan hubby jumpa kwn dia...ksya nak tau tak 2 hari saya kat sana bila balik sp ebiboy saya tu dah cakap mcm org kl...hehehe

idahani said...

penah sampai gak putrajaya tuh..satu kat Alamanda n lagi satu tak tau precint baper tah gi umah kawan bapak..hehehee

yuka said...

idahani - my sister tinggal kt precint 11... kitorang selalu jugak pegi situ...setahun ada la 4-5 kali kitorang pegi..