Monday, May 31, 2010

selepas 21 tahun...



Tanggal 29hb Mei bertempat di rumah kawan aku di padang serai...aku dan kawan2 sekolah buat gathering....pertemuan selepas 21 tahun....macam kawan aku yang tuan rumah tu..sejak habis spm aku tak penah jumpa dia sehinggalah awal tahun 2010 aku berjumpa dia semula...tapi yang best tu dia tak npk berubah langsung...masih slim macam dulu... bukan aku nak kata la tapi hakikat...yang pompuan2 kebanyakan masih sama mcm dulu...slim2 gitu..tapi yang lelaki tu OMG saiz jadi 2-3 kali ganda...tp ada gak yg masih tak banyak berubah...
Cuma aku bangga la dengan pencapaian kawan2 aku tu...ramai yang keje besor2...ada yang buat bisnes sendiri dan ada gak yang jadi novelis...yang jadi novelis tu aku pun heran kenapa dia boleh melencong kesitu sebab masa sekolah dulu dia ni budak kelas sains..lepas spm dia belajar kt US (kalau tak silap aku) dalam bidang fizik ker apa tah... lepas tu dia jd pegawai sains di hospital pulau pinang...tak lama lepas tu dia berhenti jadi suri rumah...tup2 sekarang dah jadi novelis pulak...baru 1 novel beliau dipasaran..aku pun belum sempat cari novel dia tu...
Tak larat nak type banyak2 jomla kita layan gambar pulak...

Inila rupa kawan aku yang juga merupakan tuan rumah dalam majlis itu...sama jer muka dia macam dulu...budak pompuan kat sebelah tu anak dara aku ....
Tengokla meja belakang tu...mereka tu merupakan pelajar lelaki sekolah aku..ada yang dah separuh botak ada yang beruban...ada sorang tu masa sekolah jahat kemain...macam2 kes dia buat...pening gak la cikgu displin masa tu kemincak kepada kejahatan dia, akhirnya dia dibuang sekolah...sekarang dia dia dah dapat pembalasan...dimana dia sekarang dah jadi cikgu...cikgu disiplin pulak tu! Biar dia pulak pening dengan perangai budak2...


Yang ini kawan aku yang sanggup terbang dari kl semata-mata untuk memeriahkan gathering tu...kawan aku ni dah jadi tokey besar....dia buka company untuk pindah2 barang ni...nama company dia myrelo...kalau sesiapa nak pindah ker apa boleh cari company ni dekat tenet myrelo.com...dalam anjung seri pun ada iklan dia ni...last year dia menang award apa entah berkaitan dengan bisnes dia la... lagi 1 pasal dia ni kalau korang tengok iklan ribena yang ada budak kecik dengan abby abadi tu...haa yang tu anak dia la...



Yang ni bespren aku...hari2 dok tepon aku kat ofis...dengan dia ni aku tak terputus hubungan sangat...lepas form 5 kami masuk ITM yang sama...banyak gak kebetulan kami tu...yang pertama hubby aku tu sekampung dengan dia....pastu kebetulan kedua adik ipar aku kawen dengan jiran dia kat kampung tu..kebetulan ketiga pulak rumah adik ipar aku di kajang tu setaman dengan dia..bukan setakat setaman malah belakang rumah dia jer....atas kebetulan itu makanya kalau aku pi rumah adik ipar aku tu , aku akan ke rumah dia jugak...kebetulan terbaru pulak...hubby aku dah jadi bespren bapak dia sekarang ni...ahaks


Inilah 4 sekawan...kami sekelas masa form 4 dan form 5
( sepatutnya ada lg sorang tapi dia tak dpt datang sebab sibuk menguruskan hal bisnes )



dua2 orang kawan aku ni merupakan cikgu....yang berdiri tu cikgu maths yang duduk tu cikgu english...

Ada 2 orang lagi kawan pompuan aku yang xder dalam gambar ni...1 yang penulis novel dan sorang lagi engineer kat motorola...aku pun tak perasan cemana boleh termissed gambar depa tu...

itu jer la cerita gathering aku....

8 comments:

Kak Aidah said...

Salam Yuka,

sesekali jumpa kawan2 lama macam ni best kan. Setakat ni tak pernah lagi akak menghadiri gathering jumpa kawan2 sekolah atau ITM. Jumpa terserempak waktu berjalan2 tu adalah. Agaknya akak ni selalu sangat berpindah-randah sampai lost contact.

Perjalanan Tanpa Noktah said...

Salam Yuka. Bestkan dapat jumpa kawan-kawan lama. Macam-macam perubahan perubahan dapat dilihat. Yang kecik jadi besar...yang besar jadi kecik...best...best...

yuka said...

kak aidah- memang best bila dapat jumpa balik kawan2 lama ni..teringat masa muda2...sekarang ni teknologi dah canggih jd dpt jumpa balik kawan2 lama di facebook

zures - salam...kebiasaannya yg kecik jd besar...kalau yg besar jd kecik susah nak jumpa la...hik3

Cikmin said...

wah..senyap2 gathering rupanya ye..seronok la kan..kami ni takde pun dengar lagi kawan skool nak wat gahter ke apa..

Kak Anie said...

Salam Yuka...lama tak singgah...sibuk...

Seronok dpt gathering bersama2 geng2 lama...

yuka said...

Faheem jr - kawan2 sekolah yuka rajin gak organize buat gathering...dah beberapa kali diorang buat cuma yuka tak dapat pergi. gathering yg baru2 ni kali ke 2 yg yuka pergi...tapi yg hadir kali pertama dan ke 2 bukan semua org yg sama...jadi ada yg yuka baru jumpa balik selepas 21 tahun

Kak Anie - salam...yuka pun sama sekarang ni sibuk sokmo...tambah2 la rumah nak kenduri ni...
memang best dapat together-gether dengan kawan2 lama...

Anonymous said...

bestnye...mesti byk memori kn akak?hehe

yuka said...

BezBuddy- mestila byk memori sebab 5 tahun tinggal di asrama sama2..susah senang diharungi bersama.... bila jumpa masing2 bawa anak berderet...ada yg anak 7 org...