Tanggal 29hb Mei bertempat di rumah kawan aku di padang serai...aku dan kawan2 sekolah buat gathering....pertemuan selepas 21 tahun....macam kawan aku yang tuan rumah tu..sejak habis spm aku tak penah jumpa dia sehinggalah awal tahun 2010 aku berjumpa dia semula...tapi yang best tu dia tak npk berubah langsung...masih slim macam dulu... bukan aku nak kata la tapi hakikat...yang pompuan2 kebanyakan masih sama mcm dulu...slim2 gitu..tapi yang lelaki tu OMG saiz jadi 2-3 kali ganda...tp ada gak yg masih tak banyak berubah...
Cuma aku bangga la dengan pencapaian kawan2 aku tu...ramai yang keje besor2...ada yang buat bisnes sendiri dan ada gak yang jadi novelis...yang jadi novelis tu aku pun heran kenapa dia boleh melencong kesitu sebab masa sekolah dulu dia ni budak kelas sains..lepas spm dia belajar kt US (kalau tak silap aku) dalam bidang fizik ker apa tah... lepas tu dia jd pegawai sains di hospital pulau pinang...tak lama lepas tu dia berhenti jadi suri rumah...tup2 sekarang dah jadi novelis pulak...baru 1 novel beliau dipasaran..aku pun belum sempat cari novel dia tu...
Tak larat nak type banyak2 jomla kita layan gambar pulak...
Inila rupa kawan aku yang juga merupakan tuan rumah dalam majlis itu...sama jer muka dia macam dulu...budak pompuan kat sebelah tu anak dara aku ....
Tengokla meja belakang tu...mereka tu merupakan pelajar lelaki sekolah aku..ada yang dah separuh botak ada yang beruban...ada sorang tu masa sekolah jahat kemain...macam2 kes dia buat...pening gak la cikgu displin masa tu kemincak kepada kejahatan dia, akhirnya dia dibuang sekolah...sekarang dia dia dah dapat pembalasan...dimana dia sekarang dah jadi cikgu...cikgu disiplin pulak tu! Biar dia pulak pening dengan perangai budak2...
Yang ni bespren aku...hari2 dok tepon aku kat ofis...dengan dia ni aku tak terputus hubungan sangat...lepas form 5 kami masuk ITM yang sama...banyak gak kebetulan kami tu...yang pertama hubby aku tu sekampung dengan dia....pastu kebetulan kedua adik ipar aku kawen dengan jiran dia kat kampung tu..kebetulan ketiga pulak rumah adik ipar aku di kajang tu setaman dengan dia..bukan setakat setaman malah belakang rumah dia jer....atas kebetulan itu makanya kalau aku pi rumah adik ipar aku tu , aku akan ke rumah dia jugak...kebetulan terbaru pulak...hubby aku dah jadi bespren bapak dia sekarang ni...ahaks
Inilah 4 sekawan...kami sekelas masa form 4 dan form 5
( sepatutnya ada lg sorang tapi dia tak dpt datang sebab sibuk menguruskan hal bisnes )
Ada 2 orang lagi kawan pompuan aku yang xder dalam gambar ni...1 yang penulis novel dan sorang lagi engineer kat motorola...aku pun tak perasan cemana boleh termissed gambar depa tu...
itu jer la cerita gathering aku....