Wednesday, January 13, 2010

Eksesais....

Ingat tak sebelum ni aku ada berjanji untuk meletakkan kaedah2 yang akan aku gunakan untuk menguruskan badan? Jadi dalam entry ini aku hendak menunaikan janji tersebut...

Sepertimana yang kita semua tau kan selain dari mengawal permakanan, senaman juga sangat membantu kalau kita nak turun kan berat badan...dengan senaman yang betul dan teratur, lemak dalam badan dapat di pecahkan...dan seterusnya menjadikan bahagian yang besar itu lebih mengecil...

Cakap banyak pun tak guna...apa kata meh kita layan gambar...tengok senaman apa yang aku nak buat dalam mencapai misi untuk menurun kan berat badan..... dengan bantuan model aku yang kadang mood dia ok dan kadang2 tidak, baru semalam penggambaran selesai dijalan kan....

....
...
...
...
...


Senaman yang pertama:



Aku akan berlari-lari menggunakan treadmill...dah lama aku beli benda ni...cuma masa awal pembelian jer aku rajin berlari-larianak di atasnya...selepas itu benda tersebut di biarkan berdebu... tapi model aku tu memang rajin gak menggunakan treadmill tu... bukan untuk lari2 tapi dia gunakan landasan treadmil tu sebagai track keter mainan dia...hermm kreatif gak la kan anak haku tu...



Senaman kedua :

Selepas berlari-lari elok kalau kita buat senaman kayuh basikal...senaman ini bertujuan untuk menguatkan otot-otot dibahagian kaki...disamping dapat memecahkan lemak dibahagian paha...kalau kita rajin kayuh basikal statik ni lama-lama kaki kita akan jadi slim dan cantik....ye ker? Aku sendiri pun jarang guna...aku rasa la kan masa yang aku guna untuk senaman dengan basikal ni sejak ianya dibeli tak lebih dari 5 jam kot...walaupun aku beli benda ni dah hampir 4 tahun...Mulai hari ini aku akan menggunakan alat ini dengan sepenuh nya...


Model ni tak sampai kaki pun nak kayuh....hik3

Senaman ke tiga:

Selepas berlari diikuti dengan kayuh basikal elok kita buat sit-up.... senaman ini dapat menguatkan abdomen...kalau kita rajin buat senaman ni dapat mengempiskan perut yang buncit aka boroi... dalam ketiga-tiga jenis senaman, yang ni aku paling tak tahan...baru buat sit-up 5 kali dah rasa macam nak mati...jadi aku selalu kecoh sikit la kalau guna alat ini...aku akan suruh anak2 aku tarik tangan aku jadi senang la aku nak bangun kan...bila kecoh macam tu buat 20 kali pun xder hal...hehhehe ...gasak engkau la yuka...asalkan bahagia....


Gaya seorang model....model aku ni selalu guna sit-up bench ni untuk buat mcm slide...ok la jugakkan dari biar berdebu jer...

Itulah antara kaedah-kaedah yang akan aku gunakan bagi program penurunan berat badan aku tu..

5 comments:

Cikmin said...

wah...aksi tak buleh belah punya la ebiboy ni ...bagus2...

YnaaOhYnaa said...

ehehe comel nyee!! =p

yuka said...

cikmin- bukan senang tu nak dpt kerjasama ebiboy...berhari-hari jugakla nak dpt gambar yg complete tu...kita suruh dia lari atas treadmill tu dia nak bergayut kat tempat pemegang...hik3

ynaaohynaa- tq yea...mummynyer x comel ker? hehehhe

Abdul Rabb said...
This comment has been removed by the author.
Abdul Rabb said...

Salam, nak tanya, barang2 exercise tu nak jual tak? atau telah dijual? boleh email kepada saya. Thanks.
my email : syaqiq2312@gmail.com