Wednesday, January 6, 2010

Malam Berinai....

Salam sejahtera dan salam 1 malaysia kepada semua....
saper pulak yang dok berinai ni...orang malam berinai masa cuti sekolah ...ni dah bukak sekolah baru nak malam berinai bagai...
Hehehe....ekceli bukan pengantin yang dok berinai ... tapi malam tadi aku dok berinai sorang-sorang... haritu masa pi kenduri rumah pakndak aku yang baru balik Mekah, dia ada la bagi beberapa buah tangan... seperti sejadah, tasbih, minyak atar dan jugak inai... dari haritu aku teringin nak pakai tapi asyik bz jer sokmo so malam tadi walaupun bz dan mengantuk aku pakai jugak inai tu...masa tu dah pukul 10.30 kot...lepas pakai inai aku pun tengok tv pada mulanya lepas tu tv pulak tgk aku...sedar2 abis dah comot jari jemari aku tu...pastu abis la dagu aku jadi merah sebab kene inai...nasib baik aku cepat sedar, jadi inai kat dagu tu masih baru. so x la ketara sangat...pagi ni aku sental lagi dagu aku yang runcing itu akhirnya ilang jugak... kalau tidak kena pakai bedak banyak2 la kan....

Meh kita tengok jari aku sebelum dan selepas pakai inai...


Sebelum

Ini la rupanya jari aku yang dipakai inai... masa ni kemas dan bersih jer sebab lepas pakai inai aku terus posing....
selepas
Yang ini pulak setelah kerja menginai sudah complete...malam semalam x sempat nak posing lepas aku buka inai tu...ngantuk yang teramat...so pagi td on the way ke ofis , masa traffic light kaler merah , jari-jemari aku pun posing la kejap.... cantek tak?... aku suka kaler inai MEkah ni sebab oren2 jer gitu...

No comments: