Sunday, January 10, 2010

Yuka Chu- Kang

Sekarang ni setiap hujung minggu, kalau tiada urusan lain, aku dan hb akan kekebun...kadang2 kitorang pergi berdua jer , kadang2 pegi seisi keluarga+bibik... jadi bila nak berkebun aku akan pakai kasut macam phua chu kang untuk melindungi kaki dari anasir2 yang tidak diingini...Entah cemana hari sabtu baru2 ni semasa tukar kasut dari kasut biasa ke kasut kuning tu aku terlupa nak masukkan kasut biasa aku tu dalam kereta... time nak balik tu bila nak tukar kasut tengok2 kasut aku x der... oleh kerana kawasan itu agak luas susah jugak la nak cari...mula2 kami pergi ketempat kereta itu di letak semasa mula2 sampai ( semasa di kebun ada la 2-3 kali hb aku tu alihkan kereta) ...tp yang jadi masalah bila kitorang pun x berapa pasti lokasi sebenar ... rasa mcm dah betul dah tempat tu tp xder jugak kasut aku tu...setelah pusing 2-3 round dengan kereta akhirnya jumpa jugak kasut aku tu....fuhh lega... x dapat aku bayangkan kena balik dengan pakai kasut kuning tu ( macam dalam gambar diatas) ...kalau elok x per gak ni dah diselimuti tanah...kalau balik terus x per jugak... kalau hb aku singgah kedai makan ker apa , malu la kan... x vogue la ... kalau kena balik pakai kasut kuning tu baru la nama aku boleh tukar jadi yuka chu kang..hik3