Sepertimana yang kita semua tau kan selain dari mengawal permakanan, senaman juga sangat membantu kalau kita nak turun kan berat badan...dengan senaman yang betul dan teratur, lemak dalam badan dapat di pecahkan...dan seterusnya menjadikan bahagian yang besar itu lebih mengecil...
Cakap banyak pun tak guna...apa kata meh kita layan gambar...tengok senaman apa yang aku nak buat dalam mencapai misi untuk menurun kan berat badan..... dengan bantuan model aku yang kadang mood dia ok dan kadang2 tidak, baru semalam penggambaran selesai dijalan kan....
....
...
...
...
...
Senaman yang pertama:
Senaman kedua :
Selepas berlari-lari elok kalau kita buat senaman kayuh basikal...senaman ini bertujuan untuk menguatkan otot-otot dibahagian kaki...disamping dapat memecahkan lemak dibahagian paha...kalau kita rajin kayuh basikal statik ni lama-lama kaki kita akan jadi slim dan cantik....ye ker? Aku sendiri pun jarang guna...aku rasa la kan masa yang aku guna untuk senaman dengan basikal ni sejak ianya dibeli tak lebih dari 5 jam kot...walaupun aku beli benda ni dah hampir 4 tahun...Mulai hari ini aku akan menggunakan alat ini dengan sepenuh nya...
Model ni tak sampai kaki pun nak kayuh....hik3
Senaman ke tiga:
Selepas berlari diikuti dengan kayuh basikal elok kita buat sit-up.... senaman ini dapat menguatkan abdomen...kalau kita rajin buat senaman ni dapat mengempiskan perut yang buncit aka boroi... dalam ketiga-tiga jenis senaman, yang ni aku paling tak tahan...baru buat sit-up 5 kali dah rasa macam nak mati...jadi aku selalu kecoh sikit la kalau guna alat ini...aku akan suruh anak2 aku tarik tangan aku jadi senang la aku nak bangun kan...bila kecoh macam tu buat 20 kali pun xder hal...hehhehe ...gasak engkau la yuka...asalkan bahagia....
Gaya seorang model....model aku ni selalu guna sit-up bench ni untuk buat mcm slide...ok la jugakkan dari biar berdebu jer...
Itulah antara kaedah-kaedah yang akan aku gunakan bagi program penurunan berat badan aku tu..
5 comments:
wah...aksi tak buleh belah punya la ebiboy ni ...bagus2...
ehehe comel nyee!! =p
cikmin- bukan senang tu nak dpt kerjasama ebiboy...berhari-hari jugakla nak dpt gambar yg complete tu...kita suruh dia lari atas treadmill tu dia nak bergayut kat tempat pemegang...hik3
ynaaohynaa- tq yea...mummynyer x comel ker? hehehhe
Salam, nak tanya, barang2 exercise tu nak jual tak? atau telah dijual? boleh email kepada saya. Thanks.
my email : syaqiq2312@gmail.com
Post a Comment