Sunday, January 24, 2010

Berita Gumbira....

Salam semua dan selamat berhari minggu.... ekceli kan aku ada gud news yang nak di kongsikan dgn korang semua...citer dia macam ni....jeng...jeng...jeng...
Hari Khamis lepas adik aku tepon katanya dia nak bertunang pada 27hb februari 2010....jadi dia akan datang kerumah aku bersama-sama kakak aku yang lagi sorang tu untk membincangkan hal itu....Adakah itu berita gembira yang aku maksudkan? sememangnya beritu itu agak menggembirakan tapi ada lagi yang lebih gembira dari itu....
Hari Sabtu semalam dia datang rumah aku...sebaik sahaja sampai kami pun berbincang kecil2an 3 beradik sebelum perbincangan yang lebih serius diadakan bersama adik beradik yang lain... ( untuk makluman kami semua merupakan anak yatim piatu...jadi urusan bertunang ni kene la kami uruskan sendiri...kesian kan?) ....Mula2 kitorang berbincang mengenai majlis pertunangan yang akan diadakan dirumah kakak aku...sebabnya memudahkan pihak lelaki yang akan datang dari pahang...kalau buat di rumah aku jauh sikit la...dalam dok berbincang tu kami telah dikejutkan oleh adik aku yang dia bercadang nak buat kenduri bulan Jun....wah kami sangat terkejut...sekarang dah Bulan Januari cuma tinggal 5 bulan lagi ...sempat ke nak buat persiapan dan sebagainya... Adakah berita dia nak kenduri bulan Jun itu yang menggembirakan aku? memang la aku gembira adik aku akan menjadi raja sehari...tapi bukan berita itu yang aku nak kongsi dengan korang ...ada 1 lagi berita gembira...

Untuk majlis kenduri ni pun masalah jugak pada mulanya...sebab kitorang taktau nak buat dimana...kakak aku nak buat di rumah dia di Taiping tapi pak sedara aku tak setuju katanya jauh...nanti susah jiran2 sekampung nak datang...nak buat di rumah arwah mak aku tu pun susah jugak sebab rumah tu xder sapa tinggal...nanti saper yang nak balik uruskan semua...akhirnya kami bersetuju nak buat majlis tu dirumah aku...

Petang semalam aku bersama adik dan kakak aku ( anak aku yg pompuan dan anak kakak aku pun ikut jugak) pun pergi la ke beberapa butik perkahwinan untuk survey baju2 pengantin dan lain2 kelengkapan....3-4 buah butik la yang kami pergi... tapi yang best tu kan ada la 1 butik tu...masa tu adik aku beria-ia la dok tengok2 baju yang ada kat situ...sekali tu tauke kedai tu tanya kakak aku " yang mana 1 nak kawen? yang ni ke (aku) yang tu (adik aku)" ...walaweiii
dia ingat aku belum kawen.... tapi kakak aku tu tak bagi chance langsung untuk aku bergembira....terus jer dia jawab dekat tauke tu macam ni " dia ni (aku la tu) nak kawen apanya...anak pun dah berderet" .... wakakakaa...x sporting langsung kakak aku nih...then tauke tu kata ingat kan adik aku yang nak kawen dok sekolah lagi...anak2 aku tu pun dia ingat adik2 aku...tapi dia tak kata pulak yang dia sangka kakak aku tu mak kami semua la....tak sampai hati kot nak kata mcm tu ahaks...
Pastu ada sorang customer dalam tu menyampuk...mula2 tadi dia pun sangka aku yang nak kawen....Sesungguhnya inilah berita yang sangat menggumbirakan aku....korang jangan la menyampah pulak baca entry ni....hik3

p/s: tak sabar la rasa nak jadi tuan rumah kenduri...orang kata tuan rumah kena buat baju byk poket....ahaks

2 comments:

Cikmin said...

wakakakaka....sgt tak buleh blah punya statement....*yuka mmg cung pun....body meletop lagik..

yuka said...

cikmin- wakakakaka...tq dia atas puji2an itew...nanti pi vet6 yuka belanja mkn eh