Pukol 7 pagi semalam semasa suami nak masuk kedala kereta dia ternampak cermin tingkap belakang sebelah penumpang telah dipecahkan. Ini adalah kali pertama cermin kereta dipecahkan dikawasan rumah aku. Selama ini memang dah bertahun kereta letak diluar tapi tak berlaku kejadian sebegini. Sebenarnya penat jer pun pencuri tu pecahkan tingkap tu sebab tak ada duit pun dalam tu. Dokumen yang ada dalam kereta tu pun hanya berharga untuk suami aku. kalau orang lain nak guna tak laku pun. Smart tag yang ada dalam tu pun tak diambil. Mungkin tak sampai. Kalu mereka buka pintu depan dah tentu alarm akan berbunyi. Nasib baik malam tu kereta suami aku tu yang ada kat luar kalau keter yang aku naik selalu tu tak ke naya. dah la haritu tukar cermin depan pun dah beribu. Nampak gayanya selepas ini semua kereta kena sumbat masuk dalam kawasan rumah. Biar mereka berhimpit macam sardin dalam tin.
Ini la rupa kereta yang telah dipecahkan. Dalam tu ada beg dokumen. agaknya mereka ingat dalam beg itew ada laptop kot. Kesian mereka disangka ada notebook tapi yang ada hanya buku nota.hehehehehehe.
Ini pulak kereta jiran aku. kereta dia pun di pecahkan pada malam yang sama. sama seperti kereta suami aku tu, dalam kereta ini takder pun benda yang berharga.
Dokumen dan segala barang yang diambil dari kereta suami dan kereta jiran di buang tidak jauh dari rumah kami. Nasib baik segala sijil2 kepunyaan suami aku tu tidak di koyak. cuma basah sikit sebab malamnya hujan. Setengah dari barang2 ada dalam longkang.
Oleh kerana kereta yang di luar tu dah dipecahkan, suami aku terpaksa la guna kereta lain. Kereta kembara ni dah lama tak diguna. Jadi bila nak start tu susah la sikit. terpaksala buat jump start. (betul ke istilah tu?)
Malam tadi semua kereta berjaya di masukkan dalam kawasan rumah. Ada yang senget ke kiri dan ada yang senget kekanan. Dah macam used car punya tempat la pulak kawasan rumah aku.
No comments:
Post a Comment