

Inilah jawapan yang telah membawa kemenangan kepada aku...soalan nyer ialah pukol berapa cikkamal ( suami kesayangan cikmin tu) di lahirkan... kalau nak tengok kontes sepenuhnya dan jawapan dari pengalah2 yang lain boleh la buka blog cik min tu....
Tq kepada cikmin kerana buat kontes yang mesra pengguna...hik3
Senaman kedua :
Selepas berlari-lari elok kalau kita buat senaman kayuh basikal...senaman ini bertujuan untuk menguatkan otot-otot dibahagian kaki...disamping dapat memecahkan lemak dibahagian paha...kalau kita rajin kayuh basikal statik ni lama-lama kaki kita akan jadi slim dan cantik....ye ker? Aku sendiri pun jarang guna...aku rasa la kan masa yang aku guna untuk senaman dengan basikal ni sejak ianya dibeli tak lebih dari 5 jam kot...walaupun aku beli benda ni dah hampir 4 tahun...Mulai hari ini aku akan menggunakan alat ini dengan sepenuh nya...
Model ni tak sampai kaki pun nak kayuh....hik3
Senaman ke tiga:
Selepas berlari diikuti dengan kayuh basikal elok kita buat sit-up.... senaman ini dapat menguatkan abdomen...kalau kita rajin buat senaman ni dapat mengempiskan perut yang buncit aka boroi... dalam ketiga-tiga jenis senaman, yang ni aku paling tak tahan...baru buat sit-up 5 kali dah rasa macam nak mati...jadi aku selalu kecoh sikit la kalau guna alat ini...aku akan suruh anak2 aku tarik tangan aku jadi senang la aku nak bangun kan...bila kecoh macam tu buat 20 kali pun xder hal...hehhehe ...gasak engkau la yuka...asalkan bahagia....
Gaya seorang model....model aku ni selalu guna sit-up bench ni untuk buat mcm slide...ok la jugakkan dari biar berdebu jer...
Itulah antara kaedah-kaedah yang akan aku gunakan bagi program penurunan berat badan aku tu..