Saturday, February 28, 2009
Bukumuka...hehehe
Minggu ni agak bosan sikit sebab aku tak ke mana2. Stay kat rumah jer. Masak2 , makan2, tengok tv, ngadap laptop check emel. wahh byk nyer new mail kat situ. Pastu tengok facebook pulak ( sajer la nak bagitau yang aku ni ader facebook) ader la 2-3 org kawan2 zaman jurassic dulu yang nak add. accept jer semua. glad to keep intouch again dengan member2 yang dah bertahun-tahun tak jumpa tu. thanx to the technology.... ekceli aku pun bukan pandai sangat nak guna facebook ni. lom sempat nak explore . Harini aku cuma masukkan gambar jer dlm facebook tu. tu pun sebab ada yang komplen gambar aku 1 jer kat situ. depa nak tengok banyak2 gambar2 aku yang comei ni...ahaks..(silalah muntah hijau)... bukan aku tak nak letak tapi dlm laptop ni takder gambar langsung (itu dulu). sekarang tidak lagi...dalam laptop ni dah der byk pics. Petang semalam kakak aku datang bersama anak2nya. Jadi aku pun mintakla anak sedara aku tolong dloadkan gambar dari hp ke laptop ni...aku ni mana la reti der masa nak buat semua tu kan...ahaks. pastu dia dload picasa jugak. siap bagi tutorial kat aku cemana nak buat semua tu..thanx kakak! tapi aku bukan paham sgt pun..hahhaha ...tapi takper nanti akanku xplore sendiri. So pada hari sabtu aku telah membzkan diri dengan memperbykkan pics di facebook aku tu..
Thursday, February 26, 2009
The Power Of Dream....No More
Setelah sekian lama bersama-sama dalam susah senang akhirnya Mr.honda akan meninggalkan kami. Sedeh jugak nak berpisah sebab dia baik sangat. tak penah meragam dan tak penah buat hal tapi apa nak buat kan jodoh mr.honda dengan family aku tak panjang.... kalau diikutkan harini owner baru dia dah nak ambik tapi saja jer aku suruh ambik hari ahad petang. bolehla aku drive ker ofis untuk kali terakhir... huhuhu sedehnyer.....
Wednesday, February 25, 2009
Gelorok....
Pagi tadi semasa aku nak ke ofis bibik aku tu bagi senarai barang2 yang nak di beli. Aku pun tengok list tu:
1. cili kering - ok
2. secukup rasa - ok
3. pes tomyam - ok
4. gelorok - hah! apa tu?
"Bik, gelorok ni benda apa?"
" alaaaa itu Bu' yang untuk cuci baju." jawab bibik sambil tunjuk botol clorox.
Laaa clorox rupanya. ingatkan pebenda la gelorok tu. Tapi memang orang indon panggil benda tu gelorok ker? ader tak sesapa yang boleh confirmkan benda ni?

Monday, February 23, 2009
handphone...
Hari ni aku tertinggal hp kat rumah. baru la nak riak sikit nak tunjuk gambar bekfes yang aku buat pagi tadi tapi hp lak tertinggal daa... hrmm nak wak ganer kan esok2 la aku riak...ahaks.
Sunday, February 22, 2009
Trip to Jakarta - toilet
ini ialah gambar toilet yang aku amek kat soekarno hatta airport. macam takder keje la pulak kan dok amik gambar toilet tu. sebenarnyer aku tertarik dengan tulisan atas tu. yang itu toilet untuk 'pria'. msa aku nak amik gambar tu takder pun orang kat situ elok aku dah snap tetiba muncul lak model pria kat pintu tu. hrmmm . gasakla aku malas dah nak ambik gambar kat situ banyak2 kali.
Bila sebut tentang toilet kat indonesia ni kan aku ada kemusykilan di luar toilet tu ditulis WC. aku teringin nak tau apa makna WC . bila tanya dengan cikmin dia pun 2x5 aku jugak tak tau maksud WC tu. kalau ada sesaper yang tau pasal WC tu tolong la bagitau....

Saturday, February 21, 2009
Selingan - happy birthday.....
birthday boy
Salam semua. sebenarnyer entry trip to jakarta tu tak habis lagi. tapi hari ini aku beri laluan untuk buat entry birthday anak sulong aku yang ke 13 tawun. sekali pk macam tak percaya pulak aku dah ada anak sebesar tu. dok rasa macam muda jer lagi. rasa macam baru jer habis blaja. Anak bujang aku tu dah besar, dah ader kad pengenalan. tak lama lagi dia akan ader gf, pastu dia akan kawen, pastu dia dapat anak dan aku akan jadi grandma...oh no... agak2 la kan cemana la rupa aku kalau dah jadi grandma nanti? walaupun dah 13 tahun peristiwa aku melahirkan dia tapi aku msih ingat lagi semua kejadian waktu tu. maunyer tak ingat memang sakit giler masa tu. sakit yang tak pernah aku terfikir sampai macam tu. aku lahirkan dia pada pagi ke 2 hariraya aidilfitri sebab itula anak aku tu aku namakan Muhammad Danial Fitri. sampai sekarang hubby aku bising2 sbb kasi nama panjang2 kat anak. dia kata kan pesal tak letak jer nama ' muhammad selamat hari raya aidil fitri'. tah haper2 la kan abg roslan aziz tu...
Untuk anak aku yang tersayang Selamat Hari Lahir yang ke 13.... semoga menjadi anak yang solleh serta menjadi kebanggan agama, bangsa dan negara....aminnnn
p/s: kepada yang berminat nak tau cerita trip ke jakarta tu dengan lebih detail beserta gambar yang lebih baik kualitinya ( sebab kamera yang digunakan tu jenis mahal berbanding yuka yang amek gambar cuma guna hp n73 itew...) boleh la layari blog cikmin. kenapa aku suruh tengok kat blog cikmin? sebabnyer kitorang pergi sana sama2. apa yang aku makan dia makan, kat mana dia pegi aku pun pegi. apa yang dia buat yang tu jugak aku buat cuma 1 jer masa kat spa martha tilaar tu ada 1 benda yang aku buat tapi dia tak buat....hehehhee tapi takyah tau la kan apa yang aku buat tu. ahaks....

Friday, February 20, 2009
Trip to Jakarta - Teksi
Kali ini aku nak citer pasal teksi di jakarta tu. ader byk kategori teksi kat sana tu. motorsikal pun di buat macam teksi gak tapi yang tu dipanggil ojek. Pastu ada jugak teksi roda 3. aku tak sempat nak ambik gambar teksi tu. kalau korang rajin layan citer2 indon bleh tengok la teksi tu. Tapi yang paling tak tahan Alphard tu pun diaorang buat teksi. Teksi ni golongan konglomerat jer la yang naik sebab tambangnya mahal. Aku tinjau2 jugak kot2 ader teksi camry. nasib baik la takder. kalau tidak........ makan hati...
Thursday, February 19, 2009
Trip to Jakarta - Jom layan gambar
Tak sempat la nak wat entry pasal jakarta tu buat masa ini. Apa kata kalau kita layan gambar je dulu. Gambar ini diambil semasa aku ke safari di daerah Bogor. Memang best la tempat ni sebab binatang dalam tu dibiar lepas macam tu jer. Safari tu tak macam di Melaka tu yang mana kita kene naik kenderaan safri tu sendiri. di bogor ni pulak kita masuk jer ngn keta sendiri dalam tu. menurut pak supir yang bawak kitorang tu penah keter kawan dia di buat urutan cakar harimau oleh pak2 belang tu. Ngeri aku dengar...
Yang ini unta yer adik2
Yang ini unta yer adik2
agresif. aku nak buka cermin tingkap besar2 pun takut. mana la taukan
satgi dia terkam dan terus ngap tangan aku yang kudus ni, tak bolehla
aku nak update blog..ahaks
tengok Zebra tu manjer jer kan. siap masuk dalam keter lagi.
Kalaulah itu kepala pak belang rasa2nya blog yuka-luv ni tinggal
Kalaulah itu kepala pak belang rasa2nya blog yuka-luv ni tinggal
kenangan jer kot... hehhehe
Monday, February 16, 2009
Selamat Tinggal Tanahairku.....
Wahh! tengok tajuk tu macam orang merajuk jer kan. Sebenarnyer sempena kempen "now miskin people also everyone can fly" aku nak fly ke Jakarta untuk menyambung misi tahun lepas yang tidak kesampaian angkara mas nana yang menghasut suami aku supaya stay lagi 1 malam kat bandung. Untuk trip kali ini aku masih menggunakan pakej REDAH JER ( sebut macam nadia af6) . aku tak ambil full pakej tak ambil ground pakej. Beli tiket nak terbang tu jer. yang lain2 tu sampai sana baru cari. Hotel berlambak kat jakarta tu. takkan la takdak bilik yang kosong pulakkan. tapi klau dah takder sangat aku cari la mana2 rumah tumpangan tak kira la rumah tumpangan martopo ker, penginapan mas jono ker janji ader la tempat untuk aku beradu.ahaks. masa pegi bandung lastyear aku ambik tips dari blog reena tu. tempat yang dia sebut semua aku pegi. dia kata rumah mode tu best sampai 2 kali dia pergi, aku pulak pegi situ sampai 3 kali.... lawan tauke tu...
Untuk trip jakarta ni aku dapatkan sumber dari blog red diva . sebab dia baru jer balik dari sana. To reena and red diva Tq yea sebab berkongsi pengalaman... saaaaaayang korang...muahhh!
Sunday, February 15, 2009
TV besaQ
Aku nak cerita jugak pasal upin & ipin tu... bukan nak cerita tentang filem tu tapi situasi kat gsc tu jer. Korang nak tau kan masa kat gsc tu ader la parents tu yang first time bawak anak2 nonton wayang. mesti korang heran kan cemana aku tau yang tu first time bebudak tu tengok wayang. ekcelli aku idak ler interview makpak tu tapi aku terdengar one of the kids said
" mak besaqnya tv"....ahaks
kalau korang nak tau kan anak aku pun kata macam tu gak masa first time aku bawak tengok wayang...hehehhe
" mak besaqnya tv"....ahaks
kalau korang nak tau kan anak aku pun kata macam tu gak masa first time aku bawak tengok wayang...hehehhe
Saturday, February 14, 2009
Benci...benci...benci....
Aku geram dan benci. sebab apa aku benci? Pagi Sabtu aku bangun pukul 5 pagi sebab nak update blog aku tanpa gangguan. Dengan penuh semangat aku type entry tentang cerita aku pi tengok filem upin& ipin. tapikan bila siap sumer time nak published ader error pulak. nak save pun tak bley gak. hermm sia-sia kan usaha aku bangun awal-awal camtu. kalau tau nak jadi macam tu baik tido jer sampai kol 6.45....
Wednesday, February 11, 2009
Kasut Tumit Tinggi
salam semua. Ni bukan aku nak buat report/summary/sinopsis tentang citer kasut tumit tinggi yg kt dalam tv tu. tapi aku ada 1 masaelah bila pakai kasut tinggi ketika driving. Bukan masalah susah nak drive ker apa. malah aku lebih selesa drive bila berkasut tinggi tu. Yang jadi masalah aku sekarang ni abis bahagian belakang kasut aku tu rosak macam melupas gitu ataupun kalau kasut putih part belakang tu akan jd hitam. Korang ( driver pompuan jer la ek) ada tak alami masalah macam aku? kalau tak jadi macam tu boleh tak kasi tips kat aku cemana nak elakkan benda tu berlaku?
p/s: untuk makluman semua aku adalah seorang pemandu yang berhemah, ok.
p/s: untuk makluman semua aku adalah seorang pemandu yang berhemah, ok.
Tuesday, February 10, 2009
Rawatan Alternatif
2 minggu lepas ( ekceli n3 ni aku dah type sikit 2 weeks ago tp since gmail ni der problem makanya entry ni tertangguh agak lama) semasa aku sedang bertungkus lumus dan berhempas pulas buat keje di ofis sehinggakan berselerak meja aku macam tongkang pecah, tetiba ada sorang pompuan umor dalam 40an masuk bilik aku. pada mulanya au sangkakan dia tu nak jumpa aku sebab hal keje. Rupa2nya dia dtg memang der hal keje tapi keje dia la takder kene mengene dengan aku pun. Pompuan itew penjual ubat. dia siap hulurkan brochure tentang jenis2 penyakit yang boleh dirawat. Pendek kata sebut jer nama penyakit semua dia boleh buat. yang terbaru katanya kanser pun boleh. terer kan dia tu. aku ni memag tak beraa minat benda tu sumer ditambah dengan keje yang berlambak jadi tapi teringin gak nak tau cemana dia nak kesan penyakit tu. Aku pun tanya la dia:
"Akak guna alat apa tu nak kesan semua penyakit tu?"
"takder guna alat apa2, cuma pegang tapak kaki dengan tangan jer. sebab di tapak kaki kita kan ada semua saraf tu"
'WAHHH!!!!! SO Terer........' kataku dalam hati. tak payah buat MRI, CT Scan, tak yah X-ray tak yah abih duit byk2 beli mesin dan peralatan and yet boleh kesan semua jenis penyakit. Kene rekemen pompuan ni dekat menteri kesihatan ni.
Lepastu dengan penuh berhemah aku aku bagi alasan keje banyak jadi tak dapat la aku nak check kaki aku tu. Nak tau apa pompuan tu cakap? Boleh ker dia kata macam ni kat aku:
"takper keje banyak boleh stop sat. check kesihatan ni penting." Ishh macam dia pulak yang jadi bos kat ofis aku ni. sesuka hati jer suruh aku stop keje tu.
Tapi yang menghairankan aku ada sorang clerk kat sini yang try check ikut kaedah tu. Pastu percaya pulak tu dengan kata2 pompuan tu. Bila dah percaya pompuan tu pun mula cadangkan ubat2 yang sesuai untuk penyakit2 tersebut. Diakhir cerita clerk tersebut telah membeli 1 set ubat yang berharga RM 490.oo.

Thursday, February 5, 2009
Mati Hidup Semula...
Salam semua. Hampir seminggu aku tak update blog ni. Bukan disebabkan aku malas atau pun ketiadaan ilham tapi ianya disebabkan oleh aku tak dapat nak sign in kat gmail tu. Aku dah hampir2 nak buat blog baru walaupun blog ini sendiri masih agak baru dan aku belom sempat nak bagi nama. (masih guna nama sementara ' my new blog').
Bila dapat sign in jer terus aku rasa seperti dapat nyawa semula. Punya lah happy rasa macam nak lompat2.
Kepada reader blog aku yang selalu singgah kat sini aku ucapkan terima kasih bebanyak semoga terus setia dengan blog aku nih....
p/s: agak2 ader peminat ker blog aku nih?

Subscribe to:
Posts (Atom)