Monday, August 30, 2010

Resipi Donat Gebu Yuka...

Atas permintaan Cikmin kat sini aku letak resipi donat tu untuk di kongsi bersama...sebenaqnya kan aku segan la nak bagi resipi dekat cikmin sebab dia ni pandai masak...hb dia lagi la pandai masak...penah jadi chef kat oversea lagi...tapi dah 2 kali dia tanya pasal resipi ni maka aku letak jugakla resipi tu...

Bahan-bahan:
400 gm tepung
40 gm gula
40 gram butter/margerin
2 sudu kecil dry yeast
1 sudu kecil garam
280ml susu segar
1-2 biji kentang direbus dan di lenyek

minyak -untuk menggoreng
gula halus -untuk ditabur atas donat
tangan - untuk menguli ( kalau ada bread maker takyah la guna tangan)

campurkan tepung/gula/garam dan gaul bagi sekata
buatkan lubang ditengah2 dan masukkan susu dan yeast - gaul2 lagi
masukkan butter/margerin - kacau2 bagi semua bersatu padu
masukkan kentang gaul rata dan boleh la mula menguli
uli sehingga adunan tak melekat di tangan
kemudian tutup adunan dengan kain lembap dan biar seketika ( sehingga size adunan jadi 2 kali ganda)
lepas adunan dah kembang setaman bolehla mula membentuk donat
canai adunan atas permukaan rata kemdudia tekap (or terap) dengan acuan donat...

(kalau xdak acuan donat guna gelas pun boleh gak asal kan dia jadi bulat...pastu buat lubang kat tengah guna benda yang kecik ( contohnya yuka guna sudu pencedok susu ebiboy tu..yuka potong tangkai dia jd guna yg tu untuk buat bulat kecik kat tengah ( kreatif kan yuka ni?) tepung yang bulat kecik tu jgn buang ianya boleh digoreng untuk jadikan donat bulat2...nak bagi bebudak syok lag bolehla cucuk2 kat lidi)

Lepas dah siap dibentuk biarkan sekejap bagi dia kembang sikit..lepas tu boleh la digoreng.lepas goreng taburkan gula halus atas donat tu...lepas tu apa lagi...ngap jerla donat tu...l

4 comments:

cikmin said...

ok thank you atas resepiya...

free2 nanti boleh menerai.. :)


p/s amboi..dia jaja kita pandai masak...satgi kawan yuka mai umah lak nak makan cikmin masak.. :P

Queen said...

lagi suke donut bulat2 mak buat..senang dan lebih yummeh!

yuka said...

cikmin- hehhehe betoi apa cikmin pandai masak...selamat mencuba resipi yuka tu

yuka said...

Queen- masakan emak memang tiada tandingan