Tuesday, August 31, 2010
Selamat hari Merdeka @ Hari Kebangsaan
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-53 kepada semua rakyat Malaysia...marilah kita sama-sama menghayati erti kemerdekaan....
Monday, August 30, 2010
Resipi Donat Gebu Yuka...
Atas permintaan Cikmin kat sini aku letak resipi donat tu untuk di kongsi bersama...sebenaqnya kan aku segan la nak bagi resipi dekat cikmin sebab dia ni pandai masak...hb dia lagi la pandai masak...penah jadi chef kat oversea lagi...tapi dah 2 kali dia tanya pasal resipi ni maka aku letak jugakla resipi tu...
Bahan-bahan:
400 gm tepung
40 gm gula
40 gram butter/margerin
2 sudu kecil dry yeast
1 sudu kecil garam
280ml susu segar
1-2 biji kentang direbus dan di lenyek
minyak -untuk menggoreng
gula halus -untuk ditabur atas donat
tangan - untuk menguli ( kalau ada bread maker takyah la guna tangan)
campurkan tepung/gula/garam dan gaul bagi sekata
buatkan lubang ditengah2 dan masukkan susu dan yeast - gaul2 lagi
masukkan butter/margerin - kacau2 bagi semua bersatu padu
masukkan kentang gaul rata dan boleh la mula menguli
uli sehingga adunan tak melekat di tangan
kemudian tutup adunan dengan kain lembap dan biar seketika ( sehingga size adunan jadi 2 kali ganda)
lepas adunan dah kembang setaman bolehla mula membentuk donat
canai adunan atas permukaan rata kemdudia tekap (or terap) dengan acuan donat...
(kalau xdak acuan donat guna gelas pun boleh gak asal kan dia jadi bulat...pastu buat lubang kat tengah guna benda yang kecik ( contohnya yuka guna sudu pencedok susu ebiboy tu..yuka potong tangkai dia jd guna yg tu untuk buat bulat kecik kat tengah ( kreatif kan yuka ni?) tepung yang bulat kecik tu jgn buang ianya boleh digoreng untuk jadikan donat bulat2...nak bagi bebudak syok lag bolehla cucuk2 kat lidi)
Lepas dah siap dibentuk biarkan sekejap bagi dia kembang sikit..lepas tu boleh la digoreng.lepas goreng taburkan gula halus atas donat tu...lepas tu apa lagi...ngap jerla donat tu...l
Sunday, August 29, 2010
Donat Gebu Yuka
Last week kan tetiba mulut aku ni teringin nak makan donat...punca keinginan aku ialah selepas aku baca novel anak aku yang bertajuk donat strawberry dan donat cokelat ( lebih kurang macam tu la tajuk dia) memang novel ni untuk budak2 sekolah rendahla..xder la cintan cintun dalam tu melainkan cinta kepada donat jer... dah takder buku lain nak baca aku pun layan jugakla buku ni...syok gak citer tu
Lepas aku dah teringin donat tu aku pun cari la kat bazar ramadhan...memang byk orang jual donat...tapi takdak 1 pun donat kat situ yang dapat menggoda aku...kalau kt SP ni ada Big Apple dah lama aku terkam pi beli kat sana....
Akhirnya pada hari Jumaat baru2 ni aku telah merajinkan diri untuk buat donat..saspen gak takut tak jadi sebab inilah kali pertama aku nak buat donat...resipi donat ni aku cari kat internet...kemudian aku ubah ikut jugak resipi yang dalam novel anak aku tu bagi...setelah berhempas pulas menguli dan sebagainya maka terhasillah donat gebu yuka tu...memang gebu dan lembut donat yang aku buat tu...siyes aku tak tipu....memang puas hatila dengan kejayaan aku buat donat tu..walaupun tak setanding big apple tapi aku tetap bangga dengan diri aku sendiri...hik3
p/s: petua nak bagi donat lembut dan gebu ialah kita kena masukkan sedikit kentang lenyek kedalam adunan donat.
Saturday, August 28, 2010
Terawikh dan Tazkirah...
Salam semua...semalam 17 Ramadhan aku berbuka puasa dirumah kakak aku...rumah kakak aku ni tak jauh sangat dari rumah aku ni...selain family aku, kakak aku yang sulung dan adik aku juga berbuka disitu...selepas berbuka dan solat maghrib bagai abang ipar aku ajak kami pergi solat terawikh... family kakak aku tu biasanya solat terawikh di mesjid dipekan SP tu manakala aku dan suami pulak solat di surau di taman berhampiran rumah aku jer... jadi semalam tu kitorang bincang2 la kan nak pergi yg mana...kata kakak aku di mesjid solat terawikh 20 rakaat..biasanya diorang buat 8 saja...tapi kadang2 lepas buat 4 rakaat ada tazkirah sekejap kemudian baru sambung solat terawikh... tazkirah u dalam 15-30 minit macam tu.
Kemudian suami aku mencadangkan kami solat disurau yang kitorang selalu pergi tu..disitu konfem xder tazkirah...kol 9.30 dah siap 8 rakaat solat terawikh...akhirnya kami semua ke surau itu... sebaik sahaja solat terawikh hendak dimulakan tiba2 ada pengumuman bahawa pada malam itu ada ustaz jemputan akan memberi tazkirah selepas selesai 4 rakaat solat terawikh...selesai tazkirah baru solat akan disambung...masa tu aku dengan kakak aku dok gelak2 dah...sebab sebelum tu suami aku dah bagi jaminan disitu xder tazkirah tetiba ada la pulak...
Nak dijadikan cerita tazkirah tersebut bukannya 15-30 minit tetapi sampai 1 jam setengah...hampir pukul 11 baru selesai tazkirah...lepas tu baru sambung solat... kami yang konon2nya nak balik kol 9.30 akhirnya sampai rumah kakak aku pukul 11.30...ambik kau...hehhehe
Kat sini aku bukanla tak bersetuju dengan tazkirah tu...tapi jangan terlalu lama...ada sorang makcik kat sebelah aku tu merungut jugak sebab dia tu dah la solat pun sambil duduk jer bila kena duduk lama2 macam tu tentulah rasa lenguh sakit pinggang dan sebagainya... jangankan makcik tu aku sendiri pun sampai duduk pun dah jadi serba tak kena sekejap sakit pinggang sekejap lenguh kaki, sekejap baby dalam perut dok bergerak-gerak...macam2 lagi lah

Thursday, August 26, 2010
Cinta Kirana dan Sejuta Cinta Marshanda (SCM)
Saper yang folow cerita Cinta Kirana? sila angkat tangan... sebenarnya aku tak ikut sgt cerita ni tak seperti aku mengikuti cerita Benci Bilang Cinta tu...antara faktor yang menyebabkan aku tak tengok sangat cerita ini ialah disebabkan kesuntukan masa...time tu kan tengah sibuk nak beli lauk-pauk dan kueh mueh di bazar ramadhan...faktor lain pulak aku ni dari dulu tak minat dengan Nia Ramadhani tu...mungkin disebabkan pengaruh cerita bawang putih bawang merah kot... lepas tu pulak hero cerita ni pun tak karan sangat... kalau dimas yang dalam cerita BBC tu gerenti aku layan cerita ni...
Dengar khabar di Indonesia tu baru jer selesai ditayangkan cerita SEJUTA CINTA MARSHANDA...aku tgk promo cerita ni macam best jer....tak sabar nak tunggu cerita ni kat tv sini pulak...kalau tak ditayangkan kat sini terpaksala aku beli CD cerita ni bila pegi indon tahun depan...
Dalam cerita SCM ni kan Dimas dan Winda berlakon...tu yang tak sabar nak tengok...Asyraf Sinclair pun berlakon gak...bangga gak la kan org kita boleh berlakon kat sana... dalam SCM ni korang jangan la terkejut kalau tengok dimas tu...sebab rambut dia dah potong pendek... muka dia nampak lain sangat sampai aku pun tak perasan mula tu...kata kawan aku blogger UV muka dimas dalam cerita tu macam Krill Sinar.FM...hehhehe betoi gak kata dia tu...tapi dimas ensem sikitla... kalau korang nak tgk muka dimas yang baru boleh la cari kat youtube.....

Wednesday, August 25, 2010
Lagu Raya Pertama...
Lagu raya pertama yang aku dengar pada bulan Ramadhan tahun ini ialah lagu Nazam Lebaran..nyanyian Datuk CT...aku dengar kat radio hot.fm masa nak antar anak aku ke sekolah....lagu ni aku suka gitu2 jer..tak masuk pun dalam senarai lagu raya feveret aku...pastu lagu raya ke-2 yang aku dengar ialah lagu Pohon Restu...nyanyian Mamat...lagu ni memang aku suka dan merupakan salah 1 lagu raya generasi baru yang aku suka...kalau lagu raya yang lama2...nyanyian Tan Sri P.Ramlee dan rakan2 seangkatan beliau semua aku suka... korang pulak suka lagu apa?
Monday, August 23, 2010
Kerja Kosong
Perhatian...kepada sesiapa yang sedang menganggur dan tengah mencari kerja bolehla pergi ke blog INI
Sekian, terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Sunday, August 22, 2010
Kueh Cara...
Petang semalam aku buat kueh cara untuk berbuka...kueh ini dibuat atas permintaan anak2 aku..sebelum ini beli kat bazar ramadhan jer...3 pasang rm1.00. Pastukan yang beli tu ada yang sedap ada yg keras kedekiang...kalau buat sendiri dah tentu2 la sedap...masa mula2 tu melekat jugak kueh tu di acuan dia tu...lepas tu ok la ..sebab dah tau teknik nak buat tu...semalam aku buat 2 jenis...yang 1 inti gula dan yang 1 lagi inti serunding (konon2 cara berlauk la tu) sedap gak cara serunding...tapi aku lebh suka cara bergula dari yang berlauk...biasalakan aku kan memang suka benda yang manis2
Sunday, August 15, 2010
Puding Karamel...
Hari Khamis lepas ( Ramadhan ke 2) sedang aku buat keja di ofis sesambil bersembang dengan kawan aku, tetiba aku rasa teringin nak makan karamel . so dengan sepantas kilat aku pun mecari resipi di internet...memang banyak versi resipi karamel ni di internet...
tapi sebagai seorang yang bernama yuka, aku akan mencari resipi yang paling mudah dan bahannya paling ringkas...bukan apa, kalau guna ikut resipi yg pakai banyak bahan2 tetiba tak jadi kan membazir namanya...ada1 resipi tu aku tengok guna telor sampai 6-7 biji...so awal2 lagi aku reject resipi tu...akhirnya aku jumpa 1 resipi yang ringkas dan penggunaan telur yang minima...namun begitu resipi itu aku olah balik supaya jadi lagi senang aku nak buat...balik dari ofis aku terus masuk dapur nak buat karamel tu...kebetulan semua bahan2 dah ada...
Hasilnya seperti dalam gambar diatas tu la...kalau korang tengok dalam gambar tu ada sedikit cacat cela karamel aku tu...yang tu sebenarnya kesilapan teknikal semasa aku nak membalikkan karamel tu...walaupun rupanya hodoh tetapi rasanya tetap horliaw....
Resipi Puding karamel (versi yuka)
1. 1 tin susu sejat/susu cair- brand apa pun takper
2. 5 sudu besar gula halus ( untuk yang tak suka manis2 boleh kurangkan sukatan gula)
3. 3 biji telor ( semestinya telor ayam...kalau telor itik ker telor lain takut peleklak rasa dia...telor masin
kompom la lagi tak sesuai)
4. sedikit esen vanila
5. secubit garam
bahan-bahan karamel:
5 sudu besar gula
3 sudu air
cara-cara nak buat:
sediakan bahan karamel dulu yer tuan2 dan puan.
1. masakkan gula dlm periuk/kuali kecil bersama-sama dengan 1 sudu air ( api jangan besar sangat)
kacau perlahan-lahan sehingga gula tesebut mencair dan bertukar kaler menjadi perang. bila dah perang masukkan lagi 2 sudu air dan kacau perlahan-lahan.
2. tuangkan gula tersebut kedalam loyang.
3. masukkan susu kedalam bekas bersama dengan esen vanila
4. dalam bekas yang lain masukkan 3 biji telor bersama dengan gula...kacau perlahan-lahan jangan bagi telur
berbuih tapi pastikan gula tersebut hancur.
5. masukkan telur tadi kedalam bekas yang ada susu ( guna penapis). Kacau perlahan-lahan supaya sebati.
6. masukkan bahan tersebut kedalam loyang yang ada gula karamel tadi tu.
7. tutup loyang dengan foil dan kukus selama 25-30 minit ( kalau takdak foil pun takper..kukus je terus)
8. Lepas dah masak biar selama 5-8 minit. kemudian terbalikkan puding tersebut kedalam pinggan besar
( proses ni la yang buat puding yuka tu cedera)
9. Dah siap la pudimg korang tu....nak bagi sedap simpan dalam fridge seketika

Thursday, August 12, 2010
Saman Blacklist Ditarik Balik...
Wahh ini merupakan 1 berita yang paling menggembirakan aku pada hari 1 Ramadhan...Nasib baik hb aku belum menjelaskan saman2 itu...saja la tunggu manatau kerajaan ubah fikirankan...lagipun keter aku tu 15hb baru mati roadtax tu...ternyata betul firasat suami aku tu...bab tetap kena bayar saman2 itu cerita nombor 2...yang penting boleh renew roadtax tu tanpa perlu bayar saman yang RM ribu-ribu tu....
Terima kasih Kerajaan...
Terima kasih Kerajaan...
Tuesday, August 10, 2010
Loklaq...
Korang tau tak apa makna loklaq...kalau di uatar ni loklaq ni maksudnya macam tak senonoh la...kenapa aku buat entry pasal loklaq ni? haaa cerita dia mcm ni....semalam kan masa aku nak balik kejeaku ternampak pemandangan macam dalam gambar ni...masa tu aku tengah nak start enjin keter.....
Pada pendapat korang kan mamat tu tengah buat apa? mamat tu memang berada dalam keadaan terlindung daripada rakan2 dia yg lain... tapi dia lupa selain dari orang di kawasan padang ada lg orang disebelah pagar boleh nampak.... kepada mamat tu lain kali pandang dulu kiri kanan depan belakang....
Sunday, August 8, 2010
Ebiboy dan rambut....
Dalam ramai-ramai anak aku hanya ebiboy sorang yang mempunyai rambut yang lurus macam buat teknik rebonding. Anak2yang lain rambut tak berapa lurus sangat... Bila rambut lurus macam ebiboy tu senang la nak disikat ...tapi yang menjadi masalah bila ebiboy tu takmau bagi kerjasama bila nak gunting rambut dia...Jadi rambut ebiboy tu sering panjangla...bila dah rmbut panjang mencecah bahu orang ingat dia gegirl la pulak...kalau nak gunting rambut kena tunggu time dia tidur...masa kecik2 bolehla ...bila dah besar macam ni susah sikit sebab selagi aku tak tidur dia pun tak tidur...
dah beberapa kali aku aku bawak dia pi kedai gunting rambut...tapi dia meronta-ronta sampaikan mamak tukang gunting pun tak berani nak gunting takut tergunting telinga pulak nanti...Haritu aku tengok rambut dia dah bertambah panjang sampai tak nampak mata dia...maka aku pun pujuk2la ebiboy nak potong rambut dia....akhirnya dia bersetuju...walaupun dia bersetuju tapi dia tak bagi kerjasama jugak...lagi satu aku kena gunting rambut dia semasa dia mandi sambil main2 air... time aku nak gunting tu kejap dia toleh kir-..kejap toleh kanan...kejap dia terjerit-jerit bila rambut yang di gunting jatuh atas badan dia...akhirnya setelah bersusah payah dapat jugak aku gunting rambut dia...alang2 dapat gunting biar rambut depan tu pendek terus...tapi korang pun sure boleh agakkan...kalau dah aku gunting rambut dalam keadaan yang sukar macam tu...dah tentulah hasilnya pun tak seberapa...
Sekarang jom kita tengok fesyen rambut ebiboy yang telah dibuat oleh aku...
Jeng...jeng...jeng...inilah hasilnya...sungguh tak elok...macam orang demam
Wednesday, August 4, 2010
Hadiah cyber....
Salam semua....korang perasan tak perubahan di blog yuka? tak perasan ek..ker tak penah datang sini? ok kalau korang nak tahu blog yuka sekarang dah ada header baru...macam gambar kat atas tu. chantek tak? mestilah cantik kan...
Untuk makluman semua header itu dihadiahkan oleh cikmin sempena 2 sebab...sebab yang pertama kerana yuka berjaya menjadi referer tertinggi dalam kontes yang dianjurkan oleh cikmin...sebab ke-2 pulak ialah sempena birthday yuka...so header tu kira hadiah 2 in 1 dari cikmin la...
Memang yuka sangat hargai pemberian cikmin tu ...kalau nak harap yuka yang buat macam tu kompom la tak reti...menurut cikmin projek header tu diswastakan oleh cikmin kepada pakar blog ini.. jadi kalau korang berminat nak buat header comei2 boleh la berunding dengan pakar blog tu yer...mana tau boleh dapat spesial diskaun...
Sebenarnyer pemberian hadiah cyber tu sesuatu yang surprise gak dari cikmin...dia tak cakap pun nak bagi benda tu...cuma dia tanya beberapa soalan jer...antaranya yuka suka bunga apa...ingatkan dia nak hantar fresh flower kat yuka (perasan jap) bila tetiba jer dia tanya macam tu terus yuka tak ingat bunga apa yang yuka paling suka...mula2 yuka kata bunga citra lestari...kekkeke mesti cikmin bengang dengan yuka masa tu sebab main2 lak... dah setel bab bunga dia suruh la yuka pikir tagline yang sesuai untuk blog yuka tu...dalam masa 10 minit memang tak sempat nak pikir ayat2 yang cun2..akhirnya yuka bagi la ayat benci bilang cinta tu...kan la ni sinetron BBC tengah malatops...bila letak ayat tu kat situ rasa sesuai la pulak...kalau2 tersama dengan blogger lain yuka minta mahap la yer...
Kepada cikmin tq very much yer sebab bagi hadiah cyber yang sangat bermakna itu...sayang cikmin...semoga persahabatan kita kekal abadi...
p/s: pasal projek vetnam tu kan yuka nak pi jugak tau...lepas ni boleh la kita diskas apa benda yang kita nak bawak....
Sunday, August 1, 2010
Terima kasih teman.....
Seperti yang telah aku maklumkan sebelum ini, semalam merupakan hari ulang tahun kelahiran aku...Dihari kelahiran aku yang aku menerima byk ucapan melalui sms,panggilan telefon, ucapan di facebook dan juga ucapan di blog...aku sangat gembira dan terharu....kalau dulu hanya kawan2 saja yg beri ucapan sekarang ni aku ada lg sekumpulan kawan2 baru...iaitu kawan2 blog...walaupun rupamu tidak kukenal tetapi aku sangat gembira bila tgk di entry tu ada beberapa ucapan hari lahir untuk aku...kepada semua kawan2 terimaksih banyak2 diatas doa dan ingatan kalian....
Aku nak cerita 1 benda ni...hari kamis 29hb tu kan..tengah aku sibuk2 buat (buat2) keja tetiba adala sorang mamat ni datang bawak bungkusan...aku ingat dia nak hantar dokumen apa2...rupanya mamat ni dari sykt courier...heran gak kan benda...besday aku pun lom sampai...
Bila aku tengok alamat pengirim tertulis Iris.... aku yakinla bahawa bungkusan itu memang untuk aku...sepantas kilat aku buka hadiah tu..tapi baru halfway aku teringat nak ambik gambar hadiah tu dulu...bila buka jer..didalamnya ada benda kat bawah ni....

Sebatang pen parker kaler merah....i likee....
Siapakah pengirimnya? pengirimnya ialah kawan maya aku juga iaitu ungu violet..terima kasih daun keladi yea...tahun depan bagila lagi...ahak
Hadiah dari ungu violet ni merupakan hadiah yang terawal yang aku terima....aku rasa mungkin gak satu2nya hadiah yang aku terima untuk tahun ini sebab hubby aku tak bagi hadiah apa2 pun...rasa2nya bajet untuk hadiah tu dah digunakan untuk bayar saman kot...ahaks
Sebenarnya bukan hadiah yang menjadi ukuran tapi ingatan yang penting...tapi kalau orang ingat pastu bagi hadiah pulak lagi best kan...hik3
Subscribe to:
Posts (Atom)