Saper layan citer Spa Q petang semalam? Lately ni aku suka tengok citer ni. sebab dah nak sampai penghujung dah cerita tu. Nak kata best sangat tu tak la tapi since aku dah tertengok citer tu nak la jugak tau ending dia tu kan. dalam citer ni semua pempuan dalam tu mekap tebal2 especially kat mata tu. sumer mata besar2 dalam citer tu tambah2 mata datin sofiera . aku rasa mata dia tu kecik sikit jer dari telor ayam. pastu semua seksi2 dari yang muda sampai yang tua
kerepot. Ok berbalik kepada soalan aku tadi tu saper yang tengok citer tu petang semalam? bagi yang tak tengok sila abaikan soalan ini... kepada yang tengok, korang perasan tak ader 1 kejadian yg tak logik semasa zaefrul dan abang dia tu ke rumah norell. aku tengok masa tu zaefrul pakai baju bunga2 dan abang dia pakai baju ijau. bila si norell tu takder di rumah mereka pun pergi ke spa ( tempat keje norell). sesampai saja di sana baju si zafrul dah jadi jalur2 la pulak manakala baju abang dia masih sama (ijau tu jugak)... hermm cemana tu?
p/s: ader saper yang layan citer kasanova XXL tak? best gak kan citer ni. kasanova tu dah tak xxl lagi. sekarang dah kurus. dah ensem... citer ni tentang seorang lelaki(wira internet) dan pompuan ( merpati blu) yang kenal masa chatting. pompuan ni lawa tapi lelaki tu gemok. jadi bila nak ngedate yang lelaki tu suruh abang dia yang pegi. akhirnya terbongkar jugak la rahsia sebenar. pompuan tu frust la kan sebab tipah dah tertipu... sekarang wira dah slim tapi merpati blu tu lom tau lagi...
moral of the story, kalau nak chat tu guna la webcam baru la orang tak leh nak tipu..kan?kan?
No comments:
Post a Comment