Hai... sekarang aku bersiaran dari pulau langkawi. told ya before kan aku der kursus kat sini... aku sampai kat sini kol 2 petang. 2 perkara yang aku suka pasal kursus ni ialah kursus
ni di buat kat hotel bayview yang terletak di tengah2 pekan kuah dan dikelilingi kedai2. rambang mata aku tengok coklat yang pelbagai spesis. Nak shopping memang senang takyah dah naik teksi. yang penting kena siap duit byk2 la... Aku takder la bwk duit byk2 sebab nak beli coklat jer. Malas nak beli pinggan mangkuk sumer tu sebab susah nak bawak...Petang tadi aku dah beli banyak coklat. dah siap faraid pun sbahagian coklat tu. masa beli tu aku rasa nak makan 1 bar sorang2 baru puas sebab kalau di rumah tu kene makan ramai2 berebut-rebut dengan anak aku...ahaks... ingatkan bestla makan tanpa gangguan rupa2nya tak best la. tak sampai separuh aku makan dah muak lak rasa.... kene balik makan kat rumah la jugak nampaknya...
sebab ke-2 yang aku suka pasal kursus ni ialah kat hotel ni boleh tenet free... ni yang aku boleh update blog ni... kalau macamni kursus tiap2 bulan pun aku tak kesah...ahaks.
No comments:
Post a Comment