Baru2 ni aku cuti 4 hari.Dari hari jumaat sampai hari senin. Hari jumaat aku kat rumah jer cuma petang tu aku ke kedai komputer untuk anatr laptop vaio aku yang putih gebu tu untuk di repair. Malangnyer kedai tersebut tak dapat n ak repair sebab dia kata hardware yang rosak. aku kene pegi kat sony service center... ishhh kat SP ni mana der kedai sony tu... nampak gayanya lambat lagi la aku nak boleh guna laptop putih aku tu. for the time being ni kene la pakai laptop itam ni jer...
Pagi2 sabtu aku dah bertolak ke sekinchan sebab anak sedara aku kawen denan orang sana. Hari Sabtu majlis akad nikah dan Kenduri hari Ahad. Kedua2 majlis berjalan dengan lancar. Pada hari ahad tu selesai jer majlis kawen kat rumah pengantin pompuan kami ( aku,hubby,kakak ipar & biras naik 1 keter) terus bertolak ke Melaka untuk menziarah anak sedara aku yg terlibat dgn eksiden minggu lepas. Sekarang dier kat spital melaka. Letih jugak la masa tu. kawasan spital tu luas sangat. penat nak berjalan cari wad dier tu. hampir pukul 7 baru sampai kat wad dia tu. Lebih kurang kol 8.30 kitorang meninggalkan spital tu untuk cari tempat makan pulak. Lepas 2-3 kali sesat kat bandar melaka tu akhirnya kami dinner kat banda hilir tu jer... kol 10.30 kami pun bertolak balik ke subang jaya rumah anak kakak ipar aku tu. sampai umah dia dah kol 12... Letih betol...macam aku pulak yang drive...ahaks.
Hari ni pulak (senin) kol 10 lebih kitorang da gerak dari rumah anak sedara aku tu. Tapi bukan nak balik terus. ada 2-3 tempat yang nak kene singgah. destinasi pertama ke rumah abang ipar aku di kota damansara nak amik anak dia. anak dia tu blaja kat politeknik ipoh. since dia pun lom beli tiket bas nak balik ipoh so hubby aku ajak la naik keter sekali. cadangnyer nak singgah amik dia jer tapi abag ipar aku beria benar suruh masuk sebab dia da siap masak pulut durian maka ktorang pun masuk la jugak. kata orang rezeki jangan di tolak... lagipun da lama aku tak makan durian tu hampir2 nak lupa cemana rasa durian tu...ahaks.
Lepas rumah abang ipar tu kami ke rumah anak sedara aku yang sorang lg pulak. rumah dia kat kota damansara tu jugak. first time aku pi rumah dia tu. Kol 2.30 kitorang pun bertolak balik ke utara, mula2 singgah makan kat bandar ipoh.pastu hantar anak sedara aku kat rumah dia di taman cempaka. Pastu kami singgah taiping pulak ambik anak2 aku ( diorang ikut adik aku pegi situ) lepas tu baru bertolak balik ke SP. Aku sampai umah kol 7.30. ngam2 5 jam. ok la 5 jam tu sebab singgah byk tempat pastu pulak hubby aku tu telah menjadi pemandu yang berhemah sebab kakak dia ada...hehehehe .Kalau tak benti mana2 3 jam lebih dah sampai. Letih betulla cuti hujong minggu aku tu.
Esok pagi aku kene pegi langkawi. ada kursus 3hari..hadoiii...letih macam ni..... tapi best gak langkawi tu bley beli cekelat banyak2.... saper nak cekelat?
No comments:
Post a Comment