Monday, March 30, 2009

mini cybercafe

Bila hari cuti rumah aku macam mini cybercafe. anak2 aku dan anak2 sedara aku masing2 sibuk dengan laptop. ada yg update blog,update friendster ada yang main game sampaikan aku xder peluang nak pegang laptop...






Ebiboy pun tak ketinggalan main game kat laptop...

Sunday, March 29, 2009

Tag lagi...

Tag ni dari cikmin... since aku da janji nak buat tag ni dalam tempoh 24 jam maka terpaksa la aku buat jugak harini. mana la tau kan kot2 esok aku tak sempat pulak nak buat...


5 things in my bag:

1. dompet aku yang tak lawa tu ( aku penah buat tag pasal dompet sebelum ni...)
2. henpon - kadang2 tertinggal gak henpon ni
3. lipstik/bedak
4. losyen
5. spek itam



5 things in my wallet:
1. Duit
2. IC - 720731-03-xxxx ( birthday aku jgn luper bg hadiah...hehehe)
3. lesen memandu/kad atm/kad kredit
4. gambar ahli kuarga
5. resit tesco/giant/the store (sampah da...)


5 favourite things in my bedroom:
1. katil dan tilam vono
2. ekon - baru syok tido bila sejuk
3. tv - sebelum tido layan citer2 kt tv dulu
4. lemari baju
5. attached bathroom - ini boleh di kira sbg thing ker? gasak la kan... bathroom kene ada baru senang kalau nak tencing ker atau sakit peyut tgh2 mlm.
kalau bilik air kat luar susah la sebab aku ni penakut sikit...ahaks

5 things I wish to do :
1. nak pi Mekah kalau boleh dalam masa terdekat
2. aku nak melawat kawan2, jiran2 dan landlord aku kat london tu...
3. nak bawak anak2 aku pi disneyland...dulu aku pi ngn kengkawan so nakla bagi anak aku pun merasa gak... best woo
4. nak hias rumah aku elok2. nak jadikan rumah aku tu 'Rumahku Syurgaku'
5.Nak blaja bahasa mandarin... sebab aku cadang nak hantar ebiboy tu ke sjkc. so kalau aku tak reti bahasa cina saper nak tolong dia buat homework nanti....


5 things I’m doing now :
1. dok menjawab tag ini
2. sesambil check emel
3. tgh surf tenet
4. kemas2 meja sesambil cari name-tag. tah mana lak aku letak...jap gi der meeting kene la pakai
5. tgh pk jawapan untuk tag ni


5 people I would like to tag:
1. jannah
2. pipah
3. kido-luv
4.yus
5. last but not least...afundi aril...ekekkekeke releven ker ni?

Saturday, March 28, 2009

Earth Hour...

Korang tutup lampu tak? Aku luper daa... Laen tawun la aku tutup...hehehe

Award dari Cikmin


Pagi ini cikmin dengan murah hatinya telah memberikan award ni kepada semua follower blog dia. Aku pun dengan murah hatinya nak bgi award ni dekat pipah-jannah dan kido-luv.

*pesanan untuk pipah-jannah nak test jpj nanti jangan lupa pakai seat belt macam haritu pulak. kalau nak bagi lulus dgn cemerlang pakai la topi keledar sekali...hehehe

Friday, March 27, 2009

Baru Kini Ku tahu....

Baru kini ku tahu yang ofis aku ni terletak dalam DUN Bukit Selambau.....

Thursday, March 26, 2009

Adoii...sakit kepala

Semalam masa di ofis aku sakit kepala yang teramat tapi terpaksa la tahan jugak sebab byk benda yang nak disiapkan dan petang tu pulak aku der meeting. Memang tak best la meeting dalam keadaan macam tu sebab muka aku tu tak berseri dan takder sinar di wajah sebab menahan sakit..ahaks... nasib baek SINAR di nama aku tu masih ada.. tak faham? abaikan statement itu.
Petang semalam aku balik keje diambil oleh suami sebab aku tak berani nak drive balik. takut la jugak satgi jalan yang 3 lane aku nampak 6 lane pulak kang tak pasal2 jer berlaku kemalangan. So keter bermalam di ofis la malam tadi... Pastukan semalam masa nak tido hubbby aku tanya

" ok ker keter tu tinggal kat ofis?"

" Ok aper kan ada guard kat ofis tu"

" mana la tau....."

Ish risau gak aku bila hubby kata macam tu. Ini bukan kali pertama aku tinggal keter tapi sebelum ni dia tak penah pulak risau macam tu. Mula la aku tak sedap hati. pastu aku teringat pulak kejadian 2 tahun lepas dimana ofis aku di pecah masuk hingga menyebabkan kami semua kehilangan note book ( bukan buku nota yer) beramai-ramai. masa kejadian tu 13 laptop dan 3 lcd projector hilang sedangkan ada pak guard.... masa tu aku hilang laptop yang baru dibeli sebulan ..sangat sedeh ok.
Munkin disebabkan kerisauan itu malam tadi aku telah bermimpi. Dalam mimpi aku tu , masa aku datang ofis keesokkan harinya dari jauh aku tengok keter aku takder kat tempat parking aku tu... panik aku. bila aku menghampiri tempat parking tu aku ternampak keter aku ader dalam longkang.. pastu aku terjaga dari tidor... tengok jam baru pukol 2.48... rasa lambat pulak nak tunggu hari siang ... tapi kan macam kelakar la pulak ader ke keter aku tu boleh masuk longkang padahal longkang kat situ kecik jer pun lebar tak sampai 2 kaki.... tapi nama pun mimpi kan...
Pagi tadi sebaik sampai dalam kawasan ofis aku rasa lega yang teramat sebab keter aku tu masih berada ditempatnya dalam kedaan yang selamat...syukur...

Harini aku masih rasa pening2 lalat tapi aku dah spare sepapan panadol actifast

p/s: kepada peminat Spa Q jangan lupa menonton petang ni sebab hari ini episode yang terakhir...layannnn

Thursday, March 19, 2009

Cuti...

Hari ini aku cuti... cadang tu nak ke putrajaya tapi till now hubby lom bg kata putus jadi ke idak. dia tgh bz giler sekarang. hari2 keje, 7 hari seminggu 3 jam sekali, non-stop hehehe....

Wednesday, March 18, 2009

Tak Ada Logika...

Saper layan citer Spa Q petang semalam? Lately ni aku suka tengok citer ni. sebab dah nak sampai penghujung dah cerita tu. Nak kata best sangat tu tak la tapi since aku dah tertengok citer tu nak la jugak tau ending dia tu kan. dalam citer ni semua pempuan dalam tu mekap tebal2 especially kat mata tu. sumer mata besar2 dalam citer tu tambah2 mata datin sofiera . aku rasa mata dia tu kecik sikit jer dari telor ayam. pastu semua seksi2 dari yang muda sampai yang tua kerepot. Ok berbalik kepada soalan aku tadi tu saper yang tengok citer tu petang semalam? bagi yang tak tengok sila abaikan soalan ini... kepada yang tengok, korang perasan tak ader 1 kejadian yg tak logik semasa zaefrul dan abang dia tu ke rumah norell. aku tengok masa tu zaefrul pakai baju bunga2 dan abang dia pakai baju ijau. bila si norell tu takder di rumah mereka pun pergi ke spa ( tempat keje norell). sesampai saja di sana baju si zafrul dah jadi jalur2 la pulak manakala baju abang dia masih sama (ijau tu jugak)... hermm cemana tu?

p/s: ader saper yang layan citer kasanova XXL tak? best gak kan citer ni. kasanova tu dah tak xxl lagi. sekarang dah kurus. dah ensem... citer ni tentang seorang lelaki(wira internet) dan pompuan ( merpati blu) yang kenal masa chatting. pompuan ni lawa tapi lelaki tu gemok. jadi bila nak ngedate yang lelaki tu suruh abang dia yang pegi. akhirnya terbongkar jugak la rahsia sebenar. pompuan tu frust la kan sebab tipah dah tertipu... sekarang wira dah slim tapi merpati blu tu lom tau lagi...
moral of the story, kalau nak chat tu guna la webcam baru la orang tak leh nak tipu..kan?kan?

BZ yang terlampau....

Harini aku bz yang terlampau. Bz yang disebabkan oleh sistem kat ofis aku ni masih down... sistem down pun bz ker? hehhehe....meh nak habaq apa saja yang aku buat sampai bz terlampau tu....oleh kerana sistem nak buat keje down tapi streamyx ok makanya aku pun membz kan diri dengan mengupdate fotopages dan facebook aku...huhuhu..

p/s: sekarang orang TM tengah berhempas pulas dok betul kan sistem tu. kalau dah ok nanti aku akan betul2 bz . dekat 3 minggu dah tak buat keje .... kalau masih tak ok jugak esok aku nak cuti. nak pi putrajaya ada pertunjukkan hot air balloon..... letih dok buat2 bz kat ofis ni.

Tuesday, March 17, 2009

Kehilangan...

Al-Fatihah....

Hari ini 17 Mac genap setahun aku kehilangan insan tersayang yang bergelar IBU... semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman....

Monday, March 16, 2009

leisure vs keje

Setelah hampir 10 hari aku tak masuk ofis disebabkan bercuti dan berkursus di pulau lagenda, harini aku masuk ofis dengan semangat yang berkobar-kobar. Aku dah terbayangkan diatas meja penuh dengan segala surat-menyurat dan dokumen untuk buat payment... tapi kan sangkaan aku meleset sama sekali. Atas meja aku kosong jer . sama seperti ketika aku tinggalkan haritu... rupa2nya sistem masih down. sumer keje tak leh buat lagi. tapi yang paling best streamyx da ok. makanya dapat la aku update blog dan menjengah blog kawan2. Sekian sahaja untuk kali ini sebab aku nak sambung lawatan sambil belajar ke blog kawan2....

Saturday, March 14, 2009

Cuti sekolah datang lagi...

Cuti sekolah dah bermula...apa pelan korang? Kepada yang hendak pergi bercuti pastikan kenderaan korang berada dalam keadaan baik... Akhirkata selamat bercuti dan hati2 di jalan raya....

Hangen...

Petang tadi aku gi penang nak antar laptop aku kat sony service center. menurut minah kat kedai komputer yang aku pergi haritu laptop aku tu ader problem hardware so kene la hantar gi kedai sony. minah tu jugak yang bagitau sony service center tu ada di queensbay mall. sebenaqnya aku macam tak berapa nak percaya bila dia kata hardware yang rosak tapi mmandangkan dia tu kerja di kedai yang service komputer dan aku ni hanya seorang pengguna yang agak2 rabun IT ni maka kena percaya la jugak cakap dia tu. Masa di queensbay tu aku jumpa la kedai sony tu tapi bukan sony service center tapi redah jer lah asalkan ada perkataan sony tu... mamat kat kedai tu tanya per problem laptop aku tu... aku pun cakapla yang aku taktau apa problemnyer tapi yag pasti aku tak leh nak on laptop tu. since charger laptop aku ada dalam beg, mamat tu guna charger yang ada di kedai tu je. nak tau tak apa yang jadi lepas tu? Terus laptop tu boleh on... rupa2nya charger/ cable yang rosak dan kebetulan bateri tu dah kering kontang maka tak leh la nak on laptop tu.... lastweek masa aku bawak laptop tu pi kedai di SP minah tu buat macam tu jugak. guna charger yang dalam kedai tu tapi tak boleh pun nak on... tapi aku hangin la gak ngn minah tu tak pasal2 aku kene pi penang. bukannya dia nak check betul2 apa yang rosak... Sekarang ni laptop aku tu masih belum boleh digunakan sebab charger tu kene order dulu. katanya dari singapore. 3 hari baru sampai. entah betul ke tidak tu... harga RM249.00. ader tak sesaper yang penah beli charger untuk laptop vaio tu? tipah takut tertipu jer...

Thursday, March 12, 2009

SPM'08

Harini result spm akan diumumkan. anak sedara aku salah seorang calon spm 2008. masa aku type entry ni result dia lom tau lagi. sepatutnyer dah tau tapi si adik yang ditugaskan untuk tengok result kakak tu tak nak kasitau pulak. katanya nanti tak saspen... dah la nak ke sekolah tu dekat 150km... tak pasal2 jer mak diorang nak kene drive pi sana. adik tu cuma bagi clue ' tak rugi duit minyak kalau pi sekolah tu'... harap2 ok la tu.

Wednesday, March 11, 2009

Tag...kidnap dari blog ynaa...

Saja aku nak tag diri sendiri sebab macam best jer tag ni. yang ni aku amik dari blog ynaa..
Tag tu pasal nama kita la.. huruf2 yang ada dalam nama kita tu ader maksud2 dia. cakap banyak pun tak guna meh la kita tengok sesuai tak nama aku tu...

Does my name fits me??
A : has a smile to die for :]
B : is a nerd at times
C : can kick ur butt
D : great friend
E : has beautiful eyes
F : wild and crazy
G : HOTH : likes someone
I : best boyfriend or girlfriend
J : is really sweet
K : gorgeous
L : very good kisser
M : can be funny and dumb at times
N : easy to fall in love with
O : has one of the best personalities ever
P : popular with all types of people
Q : makes people laugh
R : gives good hugs
S : nice butt
T : very open - minded
U : is loved by everyone
V : very romantic and not judgmentalW : not bad
X : never let people tell you what to do
Y : very hot
Z : makes dating fun

Nick name aku:
Y - very hot.... wah! hot ker?
U - is loved by everyone ... bestnyer
K - gorgeous....ihiks! malu aku taw....
A - has a smile to die for... ish tak kot...

Best la kan tapi yang tu nama tipu2 jer... kalau yang betul2 pulak cemana ek, meh kita tengok...

My real name:

S - nice butt... patutla rasa macam orang dok pandang jer...ahaks
I - best boyfriend or girlfriend.... tak tao nak komen yang ni
N - easy to fall inlove with... ish tak faham aku...
A - has a smile to die for... manader
R - gives good hugs....ermmm

* nama real aku tu 1/3 jer dari nama sebenar.....

Kalau der sesapa nak buat tag ni ambik la. jangan malu2...

Tuesday, March 10, 2009

Salam dari Pulau Lagenda....

Hai... sekarang aku bersiaran dari pulau langkawi. told ya before kan aku der kursus kat sini... aku sampai kat sini kol 2 petang. 2 perkara yang aku suka pasal kursus ni ialah kursus
ni di buat kat hotel bayview yang terletak di tengah2 pekan kuah dan dikelilingi kedai2. rambang mata aku tengok coklat yang pelbagai spesis. Nak shopping memang senang takyah dah naik teksi. yang penting kena siap duit byk2 la... Aku takder la bwk duit byk2 sebab nak beli coklat jer. Malas nak beli pinggan mangkuk sumer tu sebab susah nak bawak...Petang tadi aku dah beli banyak coklat. dah siap faraid pun sbahagian coklat tu. masa beli tu aku rasa nak makan 1 bar sorang2 baru puas sebab kalau di rumah tu kene makan ramai2 berebut-rebut dengan anak aku...ahaks... ingatkan bestla makan tanpa gangguan rupa2nya tak best la. tak sampai separuh aku makan dah muak lak rasa.... kene balik makan kat rumah la jugak nampaknya...
sebab ke-2 yang aku suka pasal kursus ni ialah kat hotel ni boleh tenet free... ni yang aku boleh update blog ni... kalau macamni kursus tiap2 bulan pun aku tak kesah...ahaks.

Monday, March 9, 2009

Jalan-Jalan Cari Pasal...

Baru2 ni aku cuti 4 hari.Dari hari jumaat sampai hari senin. Hari jumaat aku kat rumah jer cuma petang tu aku ke kedai komputer untuk anatr laptop vaio aku yang putih gebu tu untuk di repair. Malangnyer kedai tersebut tak dapat n ak repair sebab dia kata hardware yang rosak. aku kene pegi kat sony service center... ishhh kat SP ni mana der kedai sony tu... nampak gayanya lambat lagi la aku nak boleh guna laptop putih aku tu. for the time being ni kene la pakai laptop itam ni jer...
Pagi2 sabtu aku dah bertolak ke sekinchan sebab anak sedara aku kawen denan orang sana. Hari Sabtu majlis akad nikah dan Kenduri hari Ahad. Kedua2 majlis berjalan dengan lancar. Pada hari ahad tu selesai jer majlis kawen kat rumah pengantin pompuan kami ( aku,hubby,kakak ipar & biras naik 1 keter) terus bertolak ke Melaka untuk menziarah anak sedara aku yg terlibat dgn eksiden minggu lepas. Sekarang dier kat spital melaka. Letih jugak la masa tu. kawasan spital tu luas sangat. penat nak berjalan cari wad dier tu. hampir pukul 7 baru sampai kat wad dia tu. Lebih kurang kol 8.30 kitorang meninggalkan spital tu untuk cari tempat makan pulak. Lepas 2-3 kali sesat kat bandar melaka tu akhirnya kami dinner kat banda hilir tu jer... kol 10.30 kami pun bertolak balik ke subang jaya rumah anak kakak ipar aku tu. sampai umah dia dah kol 12... Letih betol...macam aku pulak yang drive...ahaks.
Hari ni pulak (senin) kol 10 lebih kitorang da gerak dari rumah anak sedara aku tu. Tapi bukan nak balik terus. ada 2-3 tempat yang nak kene singgah. destinasi pertama ke rumah abang ipar aku di kota damansara nak amik anak dia. anak dia tu blaja kat politeknik ipoh. since dia pun lom beli tiket bas nak balik ipoh so hubby aku ajak la naik keter sekali. cadangnyer nak singgah amik dia jer tapi abag ipar aku beria benar suruh masuk sebab dia da siap masak pulut durian maka ktorang pun masuk la jugak. kata orang rezeki jangan di tolak... lagipun da lama aku tak makan durian tu hampir2 nak lupa cemana rasa durian tu...ahaks.
Lepas rumah abang ipar tu kami ke rumah anak sedara aku yang sorang lg pulak. rumah dia kat kota damansara tu jugak. first time aku pi rumah dia tu. Kol 2.30 kitorang pun bertolak balik ke utara, mula2 singgah makan kat bandar ipoh.pastu hantar anak sedara aku kat rumah dia di taman cempaka. Pastu kami singgah taiping pulak ambik anak2 aku ( diorang ikut adik aku pegi situ) lepas tu baru bertolak balik ke SP. Aku sampai umah kol 7.30. ngam2 5 jam. ok la 5 jam tu sebab singgah byk tempat pastu pulak hubby aku tu telah menjadi pemandu yang berhemah sebab kakak dia ada...hehehehe .Kalau tak benti mana2 3 jam lebih dah sampai. Letih betulla cuti hujong minggu aku tu.
Esok pagi aku kene pegi langkawi. ada kursus 3hari..hadoiii...letih macam ni..... tapi best gak langkawi tu bley beli cekelat banyak2.... saper nak cekelat?

Friday, March 6, 2009

Periksa....

Ni aku nak cerita pasal my baby girl tu. Sekarang dia darjah 3. masa darjah 2 dulu dia dalam kelas 2 c. Oleh kerana result akhir tahun yang agak cemerlang dia dapat masuk kelas 3A. Aku happy la kan. sebab ada peningkatan yang ketara... Dia jugak dilantik jadi pengawas sekolah... Kakak dan Abang dia takder lagi yang jadi pengawas sekolah. setakat pengawas pusat sumber aderla. 2 minggu lepas sekolah anak aku da ujian bulanan. Nak tau dia dapat nombor berapa? Dia dapat nombor 30 yer tuan2 dan puan2.... Letih aku. Tapi bila pk2 balik yang dia tu dalam kelas A dan dia dapat nombor 30/44 aku rasa ok la jugakkan. Redha jer la... Pastu kan keesokkan harinya masa aku balik keja my babygirl bagitao " mummy sebenarnya masya bukan dapat nombor 30 yang semalam tu cikgu tersilap" wahh.. ini sudah bagus.. . "Habis tu dapat nombor berapa?"tanyaku penuh semangat... " dapat no 33!" chehhh! ingatkan lagi elok rupanya makin besar la pulak nombor tu... hadoiiii... nasib baikla aku ni takder penyakit jantung & darah tinggi tu. kalau tidak sure my blood go upstairs..ahaks...

Wednesday, March 4, 2009

Jom BersukaRia

Masuk hari ini dah 2 hari setengah ofis aku takder cartoonnetwork. Sumer nih berpunca dari hujan lebat yang disertai ribut petir hingga kan modem/server pastu macam2 lagi la peralatan letrik terbakar dek terkena panahan asmara petir itew. Sekarang ni di ofis sunyi sepi jer sebab telefon pun tak berbunyi. Nak bertenet pun tak boleh. Bila dah tak boleh bertenet tu secara otomatik aku pun tak boleh nak wat keja....hehheee best!best! Tapi sekejap jer la best tu pun sebabnyer lepas ni kene buat jugak sumer tu. Macam sekarang ni aku kene submit report online . datelinenyer 3hb tapi tak dapat nak buat. Hq pun tak tepon pun submit.selalu tu mesti dah bising2. Cemana nak tepon kan dah semua sistem perhubungan dah terputus...ahaks.
Harini aku dah risau la sebab belum buat report tu. Aku jumpa pegawai IT tanya lambat lagi ker networking ni nak ada balik. Dia kata lama. Bila aku tanya ader aternatif lain tak sebab aku kene buat jugak report tu harini. Dia pun bagi la alternatif suruh aku bawak laptop pi lepak kat kedai nasik kandar ( di sp ni kedai nasik kandar sumer ada WIFI) . Tapi aku punya alternatif lagi la brilliant. dari lepak kat kedai nasik kandar baikla aku lepak kat rumah... tak gitu?
Lepas tu aku pi jmpa boss pulak. Nak bagitao masalah aku tu. belum sempat aku bagitao idea aku yang brilliant aku tu boss aku dah kata "u balik buat kat rumah la". see otak aku sama macam boss aku tu jugak..hehhe. dipendekkan cerita sekarang ni aku kat rumah la tengah wat keje tu sesambil type entry nih...

Monday, March 2, 2009

Mata

Entah kenapa mata kiri aku rasa tak selesa. Idakler sakit tapi macam der sumthing kat dalam. Tengok di cermin nampak macam dah kecik sikit mata aku tu... ishh tanda2 sakit mata ker tu? Mata oh mata... plz...jangan sakit sekarang becos keje aku belambak kat ofis tu...

Sunday, March 1, 2009

Hari Tension...

Hari ni bangun jer tido rasa sakit2 kepala. Mula tu malas dah nak ke ofis. but then aku teringat pulak der surat yang nak suruh boss aku t.t pastu nak kene hantar harini jugak. makanya aku kene la pi ofis jugak. Pagi2 aku dah ngadap boss.... tunjuk surat yang di sain tu... pas dah sain aku nak kuar tapi tak jadi bila aku dengar dia kata

"yuka, last week 3 org staff u dtg jumpa saya nak mintak tukar... ada apa sebenarnya?"

"entah la boss, saya taktau pun pasal diorang nak mintak tukar tu".

Sebenarnyer aku tau jugak sikit2 pasal diorang nak mintak tukar tu tapi malas la nak citer kat boss harini. sebab aku sakit kepala. Pastu der la lg dialog aku dgn boss. kalau ikutkan aku takder hal pun diorang nak tukar. kalau dah nak tukar sangat...by all means...GO. Lepas tu aku rasa kepala aku bertambah sakit memikirkan hal budak ber3 tu. menyesal aku datang ofis. Nasib baek harini lunchtime lama dari 12.15-2.45. Jadi dapat la aku kuar ronda2 kat central square tu. masa ronda2 tu aku terbeli 2 psg kasut. pastu terus hilang sakit kepala dan tensen aku tu...ahaks.



Bergaya dengan kasut baru. chantek tak?