Monday, June 13, 2011

Konsert Akhir AF9

Inilah muka Juara AF yang terakhir.... ramai yang menjangkakan hazama akan menang...pada mulanya aku tak suka hazama menang sebab bagi aku dia ni dah memang penyanyi apa kelas nak lawan menyanyi dengan budak2 hingusan yang baru nak naik kan....kalau boleh aku nak azri atau fina yang menang...tapi itu sebelum konsert bermula....sebaik sahaja konsert bermula aku dah tak kisah pun sapa yang akan menang...sebabnya semua lagu tak sedap di taik telinga aku... semua lagu dah dah jadi unsur2 rock...lagu lama pun pihak akademi pilih yang tak mesra telinga pendengar...lagu baru pulak mentelah la kan sikit pun x sedap...tak macam last year banyak lagu baru yg best2 contohnya lagu syahir tu...hazama nyanyi lagu pukau tu aku tak paham langsung tapi pengkritik semua suka. Memang bagi pendapat aku konsert malam tadi memang bosan tahap gaban...
Pastu yang paling mengecewakan aku bila azri nyanyi lagu yg ke-2...terus aku tak minat dia...nak tau sebab apa? sebab dia berdiri atas piano tu... terkejut aku tau masa tu...bagi aku piano tu merupakan alat muzik yang paling tinggi darjat dia dan harga piano tu beribu riban la kan tapi boleh si azri berdiri atas tu...tak dapat aku bayangkan mesti calar2 permukaan piano tu....bukan aku saja yang rasa macam tu anak aku yang umor 13 tahun pun merasakan yang sama...malah dia yang dulu meluahkan rasa terkilan bila lihat azri berdiri atas piano tu...katanya sayang piano tu mahal...dan  dia tak sanggup nak tengok azri nyanyi sambil berdiri atas piano tu
 ( memang dia tutup muka la masa tu). Aku rasa anak aku rasa tak sampai hati macam tu sebab dia belajar main piano sejak umor 7 tahun...dan atas sebab itu piano  dekat di hatinya tiba2 ada orang pijak pulak piano tu...dia pun yang pada mulanya menyokong azri terus jadi benci....
Aku ingatkan kami berdua jer rasa azri tak patut buat macam tu rupa2nya Datuk Ramli MS pun merasakan yang sama...aku pun heran dengan cikgu2 di akademi tu takkanla depa tak sensitif dengan perbuatan macam tu? waktu rehersal xder sapa yang rasa apa2 ker ..terutamanya cikgu syafi tu. macam mana dia boleh biar benda tu berlaku? Datuk Ramli kata azri tak salah sebab dia cuma buat apa yang di suruh tapi bagi aku itu tetap salah...takkan nak main ikut cakap orang jer..lu pikir la sendiri ok ke tak benda tu. takkan orang suruh terjun lombong pun nak terjun gak kan...akai ada ka?

10 comments:

kakngah said...

aku tak tgk la..
nk skodeng kat u-tube jap... mesti dah ada..

SyuQ said...

x minat pun AF

Diari Si Froggie said...

AF9 tak best..hihih

adaakukesah? said...

berdosa ka berdiri atas piano?lain la klu pijak bnda2 suci yg diharamkan memijak dalam agma.contohnya kitab suci.ank kita bersikap bgitu sbb didikan kita,yg mnganggap piano 2 suci sgt krna hrganya mhl.ta smstinya yg mahal itu suci.yg saya tau,org kristian la kot mngagungkan piano sbb diletakkan dlm greja.azri pijak piano 2 mngkin disebabkan oleh pmilik piano itu yg mnyuruh dan mmbenarkan dia mmijak.mhl pon ta pa laa.duit dia..

yuka said...

kakngah- tak rugi pun kalau x tengok...x best sangat pun

syuq - minat program apa ek

aida omar- betul pun...memang x best

adaakukesah- bukan berdosa cuma tidak sopan..kita kena meletakkan sesuatu kena pada tempatnya..macam topi tempatnya atas kepala kasut tempatnya di kaki...penah nampak orang letak kasut atas kepala tak? tak penah kan...orang tak buat bukan sebab berdosa tapi sebab tak sesuai dan nampak x sopan.

haffizmohdnoor said...

patutnya fina menang.. hazama punya show tak best haha

Zafran said...

haaaa nk kira sopan..... bodo pya sapa kata x sopan.... dari pijak meja yg tmpat kita makan baik pijak piano... ehhh meja dgn piano sama jaaa.... rosak kita beli baru la..... duit byk bli lain... aishhh,, bkn berdosa..... tp aku terhibur dia dok berdiri cm2.... hahah mat saleh lg terok,,, kepak2 gitar trus, balin2 drum... apa daaa.... 2 la psal muzik mlaysia x rancak.. sopan sangat... hahaha lol.... nnt kita pijak piano ramai buat video clip AZRI.... hahah yg depa p sound diret LIVE 2 lg terok.. malu la C azri 2...... aku nk ckp mmg kt c2 ada org bodoh.. LOL....

shay said...

bukan salah azri. Maybe production yg suruh buat mcm tu ~ eleh relax je

Maliza Deen said...

:)
setiap org ader pandangan sendiri...
tp dr apa yg saya baca... ( frm yuka )
coz i x follow pun AF9 ...
last AF saya follow zaman 5zal air tu...

setiap insan seni nie .. dia org mcm nak ader imej sendirilah!!!!! :P
tp kengkadang imej tu x sesuaiiiiii...... WINK

adaakukesah? said...

inilah sikap org yg kurang fhm halal/haram sllu mngharamkan yg halal dan ,mghalalkn yg harm.prkara remeh diperbesarkan,prkara bsr diremehkan.prbandingan mletak kasut ats kpla 2 keterlaluan dan ta logik tp klu ada org buat kita pon ta mnat na tlis dlm blog.laen kli tulis la bnda yg ilmiah sikit dan brmanfaat supaya org yg baca dpt faedah.