Monday, June 27, 2011

Kumpulan SEPAH juara Maharajalawak...

Tahniah kumpulan sepah sebab telah menjadi juara maharajalawak...dapat rm350k tu....bertuah sungguh depa tu...sebenaqnya aku tak tengok sangat program maharaja lawak tu..almaklumla kan rumah aku tu  xder astro warna...aku cuma tengok di youtube jer...pree je kan..hehehe...tapi aku takder la follow beria program ni...x semua episod aku tengok...jadi aku taktau pun bila finalnya...tetiba jer bila baca surat khabar hari sabtu nampak kumpulan sepah pegang mock cek rm350k tu...perghhh best gila...kalau la aku dapat duit banyak macam tu kan best...pagi tadi masa nak pegi keje topik yang di bincangkan di sinar.fm dan hotfm ialah tentang program maharaja lawak tu la...semua caller kata sepah tu memang happening dan best...kumpulan jambu yang dulu2nya mendapat pujian hanya mendapat tempat ke-4 ( aku rasa yang ni ada kaitan dengan isu tauke tu)...oleh kerana semua dah kata memang sepah layak menang terpaksa la aku cari kat youtube satgi....hehehe...kepada yang belum tengok jom kita pakat2 tengok kat youtube ... tapi korang cari sendiri la....

Wednesday, June 22, 2011

Khairul Fahmi Che Mat

Saper yang kenal khairul fahmi che mat (KFCM) sila tepuk tangan...sejak bila korang kenal dia? Aku kenal dengan KFCM ni sejak tengok piala suzuki tu la... sebelum ni memang x penah dengar pun nama dia ( KFCM jgn kecik hati ya). Bukan dia jer yang aku tak kenal pemain lain pun aku tak kenal jugak..yang aku kenal 2 orang jer. mereka yang bertuah tu ialah aidil zafuan dan zaquan adha...aku ni kan suka bab2 hiburan...so bila ada yang berkaitan dengan hiburan aku kenal la...
memang tidak dapat di nafikan sejak beliau cemerlang dalam piala suzuki tu nama beliau mula meniti dari bibir ke bibir...dalam masa beberapa jam sahaja dia mendapat ramai awek pengikut di twitter... tapi kalau korang yang berangan nak jadi makwe dia harap lupakan saja niat itu...aku ni yang bercadang nak ambik dia buat menantu pun terpaksa batalkan niat suci aku tu... sebab dia dah ada tunang...tunang beliau tu merupakan seorang blogger yang popular...( tapi x pasti la pulak dengan red mummy tu mana yang lagi popular kan) kalau korang nak tau aktiviti terkini KFCM tu boleh la tengok di blog tunang dia yang comei lote tu... sila ke SINI ya...macam2 cerita ada kat situ... yang bestnya kat situ boleh tengok gambar2 KFCM zaman2 gila2 remaja dulu...macam pelakon korea gitu...mak sukaaaaaa
Kepada KFCM yuka ucapkan semoga menjadi pemain yang lebih cemerlang dan dapat mengharumkan lagi nama negara dalam arena bola sepak... kepada tunang KFCM tahniah yuka ucapkan kerana telah berjaya mencuri hati jejaka idaman malaya....semoga bahagia ke akhir hayat...

p/s : suka baca entry di blog jejari runcing tu...

Monday, June 20, 2011

sayaaaaang abah!

Siapa yang tengok citer ni di astro 105 malam tadi? Aku tengok citer tu separuh jalan jer...sampai part dia jadi penyanyi lepas tu tinggal dengan makcik faridah yang jahat tu... teringin gak nak tau ending dia cemana. Walaupun dah boleh agak sikit2 la yang dia ni mesti lupa abah dia bila jadi penyanyi pastu dekat nak ending menyesal...sesiapa yang tengok citer ni tolong la habaq mai..hehhe
Tapi yang aku tak puas hati pasal citer ni kan, bapak dia tu pekak dan bisu...cakap dengan anak dia siap guna bahasa isyarat...tapi bila anak dia cakap tanpa guna bahasa isyarat boleh pulak dia paham...bila anak dia panggil siap menoleh lagi...hadoiiii

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa / Happy Father's Day

Hari ini 19 Jun merupakan Hari Bapa... jadi di kesempatan ini yuka nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada pengunjung blog yuka-luv yang sudah bergelar bapa...kepada yang belum tu cepat2 kawen nanti boleh jadi bapa...hehehe.
Kepada yang masih belajar tu jangan gatal2 pulak nak kawen awal kang kene sekeh kepala dengan bapa...ahaks

Tuesday, June 14, 2011

Apa Ada Dengan Nora Elena?

Sekarang ni ramai wanita di Malaysia sedang dilanda demam nora elena ...di mana2 ada je yang bercerita pasal nora elena...buka Fb nampak kawan2 tulis tentang nora elena...2 minggu lepas kawan aku datang rumah pun dia bercerita tentang nora elena...Bukan sahaja kaum hawa malah ada kaum adam yang dah tersampuk dengan nora elena...memang hebat la penangan nora elena ni...boleh ikut jejak nur kaseh...tapi sehingga saat ini aku belum berkesempatan tengok drama tu...ada  sebab aku tak dapat tengok...sebabnya aku sekarang ni tengah melayan citer cinta melody...citer ni start kol 6.30 dan abis kol 7.30. habis citer tu dah masuk maghrib... citer nora elena tu start kol 7 dan abis pukol 8 maka tak dapat la aku nak tengok...
Nak tgk di tonton.com la citer ni baru dapat tengok dari awal...

Monday, June 13, 2011

Konsert Akhir AF9

Inilah muka Juara AF yang terakhir.... ramai yang menjangkakan hazama akan menang...pada mulanya aku tak suka hazama menang sebab bagi aku dia ni dah memang penyanyi apa kelas nak lawan menyanyi dengan budak2 hingusan yang baru nak naik kan....kalau boleh aku nak azri atau fina yang menang...tapi itu sebelum konsert bermula....sebaik sahaja konsert bermula aku dah tak kisah pun sapa yang akan menang...sebabnya semua lagu tak sedap di taik telinga aku... semua lagu dah dah jadi unsur2 rock...lagu lama pun pihak akademi pilih yang tak mesra telinga pendengar...lagu baru pulak mentelah la kan sikit pun x sedap...tak macam last year banyak lagu baru yg best2 contohnya lagu syahir tu...hazama nyanyi lagu pukau tu aku tak paham langsung tapi pengkritik semua suka. Memang bagi pendapat aku konsert malam tadi memang bosan tahap gaban...
Pastu yang paling mengecewakan aku bila azri nyanyi lagu yg ke-2...terus aku tak minat dia...nak tau sebab apa? sebab dia berdiri atas piano tu... terkejut aku tau masa tu...bagi aku piano tu merupakan alat muzik yang paling tinggi darjat dia dan harga piano tu beribu riban la kan tapi boleh si azri berdiri atas tu...tak dapat aku bayangkan mesti calar2 permukaan piano tu....bukan aku saja yang rasa macam tu anak aku yang umor 13 tahun pun merasakan yang sama...malah dia yang dulu meluahkan rasa terkilan bila lihat azri berdiri atas piano tu...katanya sayang piano tu mahal...dan  dia tak sanggup nak tengok azri nyanyi sambil berdiri atas piano tu
 ( memang dia tutup muka la masa tu). Aku rasa anak aku rasa tak sampai hati macam tu sebab dia belajar main piano sejak umor 7 tahun...dan atas sebab itu piano  dekat di hatinya tiba2 ada orang pijak pulak piano tu...dia pun yang pada mulanya menyokong azri terus jadi benci....
Aku ingatkan kami berdua jer rasa azri tak patut buat macam tu rupa2nya Datuk Ramli MS pun merasakan yang sama...aku pun heran dengan cikgu2 di akademi tu takkanla depa tak sensitif dengan perbuatan macam tu? waktu rehersal xder sapa yang rasa apa2 ker ..terutamanya cikgu syafi tu. macam mana dia boleh biar benda tu berlaku? Datuk Ramli kata azri tak salah sebab dia cuma buat apa yang di suruh tapi bagi aku itu tetap salah...takkan nak main ikut cakap orang jer..lu pikir la sendiri ok ke tak benda tu. takkan orang suruh terjun lombong pun nak terjun gak kan...akai ada ka?

Sunday, June 12, 2011

Juara AF9

Siapakah yang akan menjadi juara untuk AF9 (yakni AF yang terakhir) pada malam ini? Aku harap azri atau fina yang menang...kenapa bukan hazama? bagi aku hazama tu dah memang penyanyi so tak sepatutnya jadi pelajar AF...walau sedap mana pun dia menyanyi aku  tetap x suka...
sama-samalah kita tunggu keputusan malam ni okeh!!

Final Piala FA Dan Konsert Kenangan Afnil

Semalam berlangsungnya perlawanan final bolasepal piala FA diantara kelantan dan trengganu, pada masa yang sama ada konsert kenangan afnil di ASTRO RIA. Sebagai rakyat Malaysia yang bukan berasal dari kelantan atau trengganu dah tentu la aku tengok konsert kenangan Afnil tu. Namun demikian bila ada iklan aku tengok gak bola tu. Dekat2 nak last jer aku tengok bola tu lebih sikit dan dapat la tengok kelantan jaringkan gol. Masa tu minit game tinggal 15 minit jer kot. so aku rasa mesti kelantan menang. so aku pun meneruskan tengok konsert. dalam konsert ni tak sangka plak zarina nak menang.Pada pendapat aku la kan, dia nyanyi tu tak la sedap sangat tapi mungkin dia menang sebab berjaya menghiburkan orang dengan goyang gerudi dia tu. untung dia, nyanyi 1 lagu dapat keter sebijik...dalam semua2 tu yang nyanyi paling hancur aku rasa keifli tu la...tak sedap langsung...rosak lagu maha karya cinta tu...tapi yang heran cikgu adnan puji la pulak.....
Lepas dah habis konsert aku nak tengok la upacara penyampai hadiah untuk bola sepak tu...rupa-rupanya ada masa tambahan pulak sebab trengganu dapat 1 gol pada masa kecederaan...sebenarnya gol tu hadiah dari pemain kelantan...hehhee baikkan pemain kelantan....Dipendekkan cerita trengganu yang menang...so tahniah untuk trengganu dan zarina....

Wednesday, June 8, 2011

Reply komen nasik kerabu

Mintak mahap la ya sebab aku kena reply komen melalui entry...aku pun taktau apa masalah pc aku ni bila nak komen page macam ada masalah. nak baca komen pun aku kena sign in dulu macam nak buat entry tu... kalau nak komen gak macam biasa aku kena balik rumah ..tapi lambat la pulak...la ni barupukol 9.30 nak balik kol 5...tak sabau nak jawab dah ni...huhuhu


Sebaik sahaja aku published berapa harga nasik kerabu tu..ada 7 orang yang bagi komen... orang yang pertama bagi komen ialah kakngah

5 comments:


kakngah said...
mahalnya.... mentang2 orang luar diorg tekan harga. pernah makan kt psr siti khadijah... kite amik sotong goreng tepung hak besar tu sekor. ayam 2 ketol & nasi putih 3 pinggan. kene hampir rm70. langsung hilang excited berada di kelantan.... rasa fobia nak makan2 kat tempat2 camtu. bukan kite takbolehbayar, cuma rasa harga tu tak berpadanan. makan kat hotel lagi puas hati. dah tentu mahalnya.... kat sini nasi kerabu lauk ayam seketul dlm rm3.50 la..
hani@debumelukut said...
mahal. lain kali meh makan kat umah akak..home made lagi.
Ozzy Choc D'Luscious said...
yuka & kakngah: perggh!! biar betul, mahalnya..uishh..terkejut nih
kakyang .. said...
tu dia aihh .. tang mana yang mahal sangat tu? mungkin dok kat Pasir Mas jadi harga pun standard emas 916 kot .. huhuhu
Liyana Zahim said...
Kdg2 bukan nak streotype tp kat klntn salu camtu.. Sbgai org islam tak eloklah berniaga mcm tu.. Duit tu dikira tak berkat gak..
Ila said...
takde pengalaman makan nasi kerabu kat kelantan..huhuhu..tp org luar kalau pergi kelantan memang kena tekan harga kan
Nur Hawa Mohd Zin said...
awe belum pernah makan nasi kerabu..heheh
awe- biar betul awe ni....try la makan sedap tau...

Update: harga Nasik Kerabu

Dalam entry aku yang sebelum ni berkaitan nasik kerabu, aku suruh korang teka berapa harga yang aku perlu bayar ketika makan nasik kerabu di pasir mas tu....ada beberapa yang komen kat situ tapi kebanyakannya x menyatakan harga..cuma bagi jawapan yang selamat...cuma sorang iaitu blogger anie sahaja yang meneka dengan harga rm16.00. Jawapan itu jauh dari harga sebenar yang aku bayar...mungkin aku tak bagi maklumat yang lengkap haritu jadi harga yang di teka kurang tepat...

Dalam nasik kerabu yang asas tu ada bahan2 kerabu dan setengah ekor ikan selayang. kemudian aku tambah ayam goreng dalam tu( kalau di SP harga nasik kerabu lauk ikan dan ayam mcm tu RM4.50). Tapi di Kelantan untuk 3 pinggan nasik kerabu dan 3 cawan air aku kena bayar RM28 hengget!!!! korang rasa mahal tak?

Tuesday, June 7, 2011

Nasi Kerabu Pasir Mas

Minggu lepas aku pi kelantan sebab ada kenduri kawen kat sana. Kenduri tu dibuat sebelah malam di KTC pada 3 hb. Oleh kerana 4 hb aku dapat banyak jemputan kenduri di  kedah ( 11 jemputan kalau tak silap aku) makanya pagi2 4hb aku dah bertolak balik. Lebih kurang pukul 7 kami check-out dari hotel untuk balik ke kedah. Kami singgah bekfes di Pasir Mas. aku singgah di 1 kedai yang agak besar dan pemakan kat situ pun ramai jugak. aku ambik 3 pinggan nasik kerabu berlaukkan ayam goreng lepas tu untuk minuman pulak 1cawan nescafe, 1 cawan milo dan 1 cawan teh o...korang agak2 berapa harga yang aku kena bayar?
Selamat meneka....

p/s: kepada ila, anastasyea dan c2u yang komen dalam entry sebelum2 ni, sori ya yuka belum dapat reply komen tu sebab ada masalah dekat komen box tu....

Sunday, June 5, 2011

AF9: kesian Erul

Sapa tengok konsert AF malam tadi? konsert malam tadi merupakan yang terakhir sebelum final. Makanya sesiapa yang tak tersingkir malam tadi, bermakna orang tersebut akan masuk final.....seperti biasa di penghujung konsert akan ada penyingkiran...dan aznil akan mengumumkan orang yang kekal ataupun tersingkir dengan pelbagai cara....semalam ada 2 beg...gimikla tu kononnya...dan memang menjadi pun gimik tu..bila dia sebut nama hazama  terus jer hazama pegi ambik beg tu nak bawak keluar...tup2 aznil cakap sila bawa beg tersebut ke final...maka suka bebenor la hazama tu...
Pastu aznil nak umumkan nama pemilik beg yang 1 lagi...aku dah dapat agak mesti beg tu untuk yang kena singkir...yang aku terkejut tu bila aznil sebut je nama erul terus dia buat aksi macam sujud syukur tu...apahal lak mamat ni ...kene kuar pun seronok ker...rupa2nya dia sangka dia pun macam hazama ambik beg tu untuk ke final...terlampau konfiden gamaknya ....mesti malu gila dia masa tu....so dalam konsert semalam aku simpati dengan erul bukan disebabkan dia tak dapat masuk final tapi simpati sebab mesti dia termalu sesangat...
Moral of the story: len kali dengar orang umumkan sampai habis baru la sorak, menjerit, sujud, duduk antara 2 sujud dan sebagainya...kalau dah jadi macam erul tu sapa yang malu? korang jugak kan?

Wednesday, June 1, 2011

Aksi yang menakutkan....

Kebelakangan ini firas sering membuat aksi yang menakutkan dan merisaukan aku...kenapa aku rasa takut? korang tengoklah sendiri gambar kat bawah ni....








kata orang tua2 kalau budak kecik suka hisap jari kaki tandanya dia nak adik...adusss itu yang aku takut tu..cukup2la ada 5 orang tu......