Pagi tadi semasa mesyuarat boss aku ada memaklumkan perihal seorang kanak-kanak berusia 8 tahun yang hidup sebatang kara...sejak kecil mak bapak
tak berhati perut telah meninggal kan dia dan sehingga sekarang tak dapat dikesan...sejak itu kanak2 tersebut tinggal bersama-sama dengan neneknya...sebelum ramadhan baru2 ini nenek kanak-kanak tersebut telah meninggal...oleh kerana dia takada sedara mara...jiran kanak-kanak itu menumpangkan kanak2 itu dirumah beliau sebab kesian ketrana sekarang ni bulan puasa...namun demikian jiran itu hanya bersetuju untuk memelihara kanak2 itu pada bulan puasa saja...lepas raya kanak2 itu kena cari tempat tinggal lain...ini ada lah kerana jiran tersebut juga orang susah dan mempunyai anak ramai... Boss aku telah merujuk kes ini kepada pejabat kebajikan tetapi maklum balas yang dia dapat pihak jabatan tidak dapat mengambil kanak2 tersebut kerana dia bukan yatim piatu.... dalam kes ni aku bengang jugakla...dah sah2 mak bapak dia xdak tapi jabatan kebajikan x dapat tolong budak ni...memangla makpak dia masih hidup tapi xder sapa yang tau depa tu kat mana...entah2 dah mati ker kena baham dek buaya ker...
Jadi bos aku minta bantuan kot2 ada sesiapa yang boleh bagi cadangan dimana kanak-kanak ini boleh ditempatkan sekiranya tiada yang berminat untuk ambil dia sebagai anak angkat...Aku sangat terharu mengenangkan nasib kanak2 itu...walaupun hidup terbuang tapi disekolah dia berada di kelas yang cemerlang...
Semoga hidupnya akan berubah selepas ini....
6 comments:
susah kak ek..sebab pihak yang kite rujuk tu tak dapat buat ape-ape...
mmm...pening gak...org obersi selamba je kerajaan tolong...
emmm..
nnt sy cuba tgk2 kan dr mana-mana sumber k.
awe- tu la kan...patutnyer adala ruang untuk anak2 yang ditinggalkan mcm tu...ni la yang dikatakan karenah birokrasi
Mario- memang memeningkan...kadang2 kena ambik contoh dari obersi gak benda2 mcm ni..
mizdiela- tq...harap2 kita dapat bantu kanak2 malang itu
susah la... kadang2 tak paham gak... kalo g puz ke apa ke... kalo nak mintak bantuan susah gile.... layan nak tak nak je... patut la orang bukan islam sekarang ambil kesempatan...
kesian kat budak tu... alahai... dunia2....
Encik mamat- tu la pasal...kita semua kesian dan nak tolong budak tu tapi jabatan kebajikan masyarakat lak tak leh buat apa2... kalau bayi kena buang depa ambik berat sangat bila budak besar mcm tu dibuang diorang tak peduli pulak...nak kena tanya sharizat la macam ni
Post a Comment