Sunday, September 19, 2010

Bersara Umor 60

Sekarang ni cuepacs tengah mendesak supaya had umor bersara di naikkan ke 60 tahun. korang setuju tak? aku sangat tidak setuju...sebabnya kalau had umor dinaikkan kesian kat bebudak yang baru abis belajar xder peluang pekerjaan untuk diorang tu...aku pun taktau apa rasional cuepacs mintak macam tu...katanya negara2 lain semua dah buat macam tu...mesia jer yang ketinggalan... tapi buatpa kita nak ikut negara lain kan...kita biarla dengan acuan kita sendiri....aku terbaca kenyataan cuepacs tu dia kata umor bersara 60 tu bukan wajib tapi pilihan...memang pilihan la tp aku tengok contoh yang dok ada depan mata...biasanya orang yang rajin kerja depa dah takmau sambung sebabnya tak sanggup nak pegang tanggungjawab lagi dah...tp yang malas2 tu biasanya nak sambung...sebabnya depa rasa kerja tu relaks... kalau ikut pendapat aku bersara umor 56 tu dah ok apa...masa tu hutang rumah /kereta biasanya dah selesai...anak2 pun dah habis belajar....cuma sebahagian kecil jer masih ada anak yg tengah belajar... jadi cukup la perbelanjaan depa dengan duit pencen tu...bagi la peluang dekat budak2 lepasan u yang baru nak hidup tu...
Kalau had umor bersara ni sering dinaikkan baik takyah ada had umor ..baik kerajaan kata macam ni..sesiapa yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam kena keja sampai mati...senang cerita...

5 comments:

gnesop.com said...

byk kesan kalau umur 60 bersara..
bg la org baru naik pangkat juga..
ramai yg dah tak larat nak tunggu umur 60.. cuma yg masih kejar pangkat mungkin suka..
umur 58 pun ramai yg x ambil dah

yuka said...

gnesop.com- tu la ...harap2 umor bersara tu tak dinaikkan...udah2 la tu buat keje bagi peluang dekat orang muda pulak...

Nur Hawa Mohd Zin said...

awe tak setuju..sebb awe fresh graduate..jadi bagi peluang pada kami utk masuk dalam dunia pekerjaan..hal ini mungkin boleh dipractikkan kepada industri kritikal yang mmerlukan kepakaran dan idea dari org pengelaman sbg mentor kepada generasi baru...namun ada pro n contra..nak buat benda ni boleh tapi kena pertimbangkan jumlah mahasiswa yang grade dengan pekerja yang bersara...

achoy said...

pandangan saya berbeza pula. persaraan 60 thn ada kebaikannya , sebagai contoh pekerja gred bawahan gaji matinya hanya 1500 ditambah dengan hutang peribadi, rumah dan kereta(tukar² je),berapalah yg tinggal untuk pencen. anak² masih bersekolah memerlukan perbelanjaan.jalan terbaik jadi pak guard. alangkah baiknya jikalau terus bekerja sebagai ktangan awam. tentang peluang kekosongan jawatan , akan datang pertambahan penduduk semakin lama bertambahlah beban kerja , maka wujudlah pertambahan kakitangan. jangan takut setiap peluang ada. cuma pandangan saya.

yuka said...

hawa- kak yuka pun tak setuju sangat sebab kesian dekat graduate yg belajar teruk2 pastu xder keje

achoy - betul jugak pandangan tu tapi tak ramai yang umor hampir 60 tp masih ada anak kecik yg masih sekolah