Hari ini hari ke-2 aku di vietnam...program harini ialah ke Delta Mekong...aku ambik pakej yang budak hotel ni rekemen...harga untuk seorang ialah 180,000.00...kalau dalam ringgit lebih kurang RM36.00. perjalanan bermula pukol 7.45 pg bila bas ambik kitorang kat hotel...pastu bertolak ker Delta Sg.Mekong...sebelum bertolak sempat gak aku caj hp pinjam charger hotel...sempatla bateri aku tu ada 2 bar...sampai di sana kami naik boat besar...lepas tu kena tukar naik boat kecik pulak sebab nak melalui sungai yang kecik...kami pergi tempat buat coconut candy...lepas tu kitorang pegi lunch dekat phoenix island...kat situ ada crocodile farm...tapi lunch yg depa bagi memang tak sesuai untuk Muslim...nasib baik aku bawak bekalan sendiri...kalau tidak mau kelaparan baby dalam perut aku tu...lepas makan kami kuar balik dari sungai kecik tu...kat sana tukar naik bot besar yang mula td...lepas menyusuri Sungai Mekong sekali lagi kena naik boat kecik...bot kali ni memang lg kecik...1 boat 4 orang je boleh naik..dahla xder jaket keselamatan semua tu...tawakal je la kan...masa naik boat ni aku dah takleh bergambar sebab bateri hp dah abis...tap ada couple dari new Zealand tu dia kesian kot kat aku dia pun ambikla pic aku...dia akan emel kemudian...tunggu je la tengok dia hantar ke tak...kami naik bot kecik yg didayung oleh 2 orang wanita vietnam...kesian aku tengok....bot tu bawak kami ke unicorn island...kat sana ada honey bee farm...pastu kami dihidangkan dengan local fruit seperti dragon fruit, pisang mas, limau bali , nenas dan betik...sambil2 makan buah ada la persembahan nyanyian dari orang2 vetnam ...kat pulau tu jugak boleh bergambar dengan ular... tapi aku tak tengok pun ular tu...geli maa...
Oklah aku dah keletihan ni nak beradu sat...esok nak pi jenjalan lagi...tapi dalam city ni jer kot...sampai jumpa lagi...
Monday, September 27, 2010
Bersiaran Dari Vietnam..Ho Chi Minh Part 1
Salam semua..apa kabar kawan2 kat Malaysia... pagi ini aku bersiaran dari vetnam...aku sampai sini tengahari semalam...itupun selepas hampir 2 jam penerbangan tertangguh disebabkan ada passanger yang tak naik flight tapi beg dia dah masuk...semuanya disebabkan oleh masalah sistem komputer semasa checked in... aku taktaula penumpang tu pi mana... puas di cari...dibuat announcement bagai tapi xder gak..akhirnya beg beliau terpaksa di keluarkan...bukan senang tu nak cari beg dia kat perut kapal terbang tu... masa nak ceck in pun lama giler...aku beratur dari pukol 8.20 pukul 9.05 baru selesai...dah la tengah pegnen tu...tapi masa tu x leh komplen la ka...kang orang tak bagi aku naik flight lak...dahla aku risau pasal tu sebelum ni...tapi nasib baik jugak perut aku kecik...kakak aku kata nampak macam 4-5 bulan jer... so masa orang tu tanya aku beranila cakap 19 minggu pegnan...so selamatla semuanya....lepas setel bab check-in...terpaksa berlari-lari anak... ( bygkan maklabu pegnan 31 minggu sedang berlari anak...burukkan?) untuk melalui imigresen pastu nak naik flight...jauh lak tu...dahla rasa nak terkencing bagai...flight patutnya berlepas pukol 9.15 pagi...tapi disebabkan masalah teknikal ramai yang lom check in...akhirnya pukol 10.20pg baru kami terbang....sampai saigon pukol 12.20 waktu malaysia...kat sini 11.20...sini lambat sejam...macam jakarta gak....sampai kat airport terus ambik teksi pi ke Mai Hotel...aku tak buat booking apa pun tapi tgk dalam tenet hotel dia lawa harga pun tak mahal sangat...ada internet semua..masa tu aku frust gak sbb tak bawak laptop...netbook aku tu tak leh nak on power dia lak...x sempat antar ketar...nak bwk laptop besar malasla pulak...sampai kt lobby aku tengok kat situ ada 2 biji pc untuk guest hotel guna...hatiku berbunga riang...bolehla jengah2 blog..
Pastu kami pun pi tengok bilik...mula2 tgk bilik superior , pastu tengaok bilik deluxe, entah cemana tertengok bilik VIP...dah jatuh cinta pulak dengan bilik vip tu...akhirnya kami ambik bilik VIP tu la...itupun disebabkan budak kat kaunter tu bagi special diskaun untuk bilik tu...kalau ikutkan harga asal bilik tu punya rates hampir 3 kali harga bilik superior...bila dah masuk bilik mula ambik gambar bilik sana-sini ( nanti upload pic lepas balik malaysia) pastu sampai di 1 sudut tu kan aku tengok ada 1 benda yang paling aku suka...guest what? ada PC maa....sebab tu la yuka boleh update blog ni dan boleh Blog Walking ke blog kawan2...oklah yuka stop sini dulu...kejap lagi nak pergi jenjalan...hari nak naik boat menyusuri sungai mekong...tapi dah takleh bergambar kot...bateri hp dah abis lor...
Pastu kami pun pi tengok bilik...mula2 tgk bilik superior , pastu tengaok bilik deluxe, entah cemana tertengok bilik VIP...dah jatuh cinta pulak dengan bilik vip tu...akhirnya kami ambik bilik VIP tu la...itupun disebabkan budak kat kaunter tu bagi special diskaun untuk bilik tu...kalau ikutkan harga asal bilik tu punya rates hampir 3 kali harga bilik superior...bila dah masuk bilik mula ambik gambar bilik sana-sini ( nanti upload pic lepas balik malaysia) pastu sampai di 1 sudut tu kan aku tengok ada 1 benda yang paling aku suka...guest what? ada PC maa....sebab tu la yuka boleh update blog ni dan boleh Blog Walking ke blog kawan2...oklah yuka stop sini dulu...kejap lagi nak pergi jenjalan...hari nak naik boat menyusuri sungai mekong...tapi dah takleh bergambar kot...bateri hp dah abis lor...
Saturday, September 25, 2010
Berehat Seketika...
Untuk makluman semua yuka akan berehat seketika dari berblogging kerana akan bercuti di vietnam pada 26/9-29/9...yuka akan kembali aktif ( aktif sangatla konon) bermula 30/9...sekian ...terima kasih
Thursday, September 23, 2010
MERDEKA...MERDEKAA...MERDEKAAAA......
Salam semua...harini merupakan hari terakhir UPSR...aku rasa sangat gumbira... takyah lagi risau2 atau susah hati kalau anak taknak baca buku...tak perlu kelam kabut hantar ke kelas tusyen tiap2 malam...jiwa aku rasa sangat merdeka...kalau aku pun rasa seronok macam ni...anak aku tu apatah lagi kan...mesti lagi gumbira dia tu...boleh berFB sakan... walaubagaimanapun rasa gembira ni bukan lama mana pun ...sebab bila result nak kuar nanti mula la jantung berdegup kencang....walaupun demikian aku takmau la meletak harapan yang terlalu tinggi...nanti kecewa pulak... yang penting semua dah selesai dan anak aku sihat sepanjang UPSR berlangsung...last week dia demam sampai muntah2 kt sekolah...aku cuak gak masa tu... tapi syukur semua pulih seperti sediakala pada minggu ini...
Kepada semua pelajar tahun 6 selamat merdeka dan bergembira....
Kepada semua pelajar tahun 6 selamat merdeka dan bergembira....
Wednesday, September 22, 2010
UPSR 2010
Hari ini hari kedua UPSR...3 paper dah selesai...esok sains dan english pulak... paper BM semalam anak aku kata susah...dia buat karangan pun sampai ketaq2...paper maths pulak katanya senang nak mampus...anak kakak aku pulak kata paper maths senang gila... elok la tu... harap2 esok anak aku akan dapat jawab dengan lebih baik... selagi tak abis UPSR ni aku pulak yang tak senang duduk...
Kepada teman2 blogger yang ada anak ambik UPSR yuka ucapkan selamat berjaya...untuk anak bujang cikmin gudluck aunty yuka ucapkan...
Kepada teman2 blogger yang ada anak ambik UPSR yuka ucapkan selamat berjaya...untuk anak bujang cikmin gudluck aunty yuka ucapkan...
Sunday, September 19, 2010
Bersara Umor 60
Sekarang ni cuepacs tengah mendesak supaya had umor bersara di naikkan ke 60 tahun. korang setuju tak? aku sangat tidak setuju...sebabnya kalau had umor dinaikkan kesian kat bebudak yang baru abis belajar xder peluang pekerjaan untuk diorang tu...aku pun taktau apa rasional cuepacs mintak macam tu...katanya negara2 lain semua dah buat macam tu...mesia jer yang ketinggalan... tapi buatpa kita nak ikut negara lain kan...kita biarla dengan acuan kita sendiri....aku terbaca kenyataan cuepacs tu dia kata umor bersara 60 tu bukan wajib tapi pilihan...memang pilihan la tp aku tengok contoh yang dok ada depan mata...biasanya orang yang rajin kerja depa dah takmau sambung sebabnya tak sanggup nak pegang tanggungjawab lagi dah...tp yang malas2 tu biasanya nak sambung...sebabnya depa rasa kerja tu relaks... kalau ikut pendapat aku bersara umor 56 tu dah ok apa...masa tu hutang rumah /kereta biasanya dah selesai...anak2 pun dah habis belajar....cuma sebahagian kecil jer masih ada anak yg tengah belajar... jadi cukup la perbelanjaan depa dengan duit pencen tu...bagi la peluang dekat budak2 lepasan u yang baru nak hidup tu...
Kalau had umor bersara ni sering dinaikkan baik takyah ada had umor ..baik kerajaan kata macam ni..sesiapa yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam kena keja sampai mati...senang cerita...
Kalau had umor bersara ni sering dinaikkan baik takyah ada had umor ..baik kerajaan kata macam ni..sesiapa yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam kena keja sampai mati...senang cerita...
Thursday, September 16, 2010
Vietnam dalam Dilema....
Aku dah merancang lama untuk ke vietnam ni....tiket semua dah beli...sepatutnya pada 26hb Sepetember ini aku akan terbang ke vietnam....tapi yang menjadi dilema sekarang boleh kah aku terbang kesana-kemari dalam keadaan pregnent 7 bulan ++ macam ni? ada tak sesiapa yang kerja dengan airlines ataupun yang tau mengenai rules untuk ibu mengandung naik kapal terbang ni? mana tau kot2 ada syarat2 tertentu...aku ni bukannya apa..satgi orang kampung semua dah tau aku nak ke vetnam tup2 aku tak dibenarkan naik pesawat pulak...saper yang malu? akakkkk jugak...
Wednesday, September 15, 2010
Hari Raya dan UPSR
Rasanya masih belum terlambat untuk yuka mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua Muslimin dan Muslimat yang mengunjungi blog yuka ni. hari ini 6 syawal , yuka dah mula bekerja...dah tak larat nak pergi raya wehhh...lagi 1 mood raya tahun ini agak berkurangan kerana anak yuka akan mengambil UPSR...jadi takkanla anak nak ambik UPSR mak nak beraya sakan kan?... berbalik kepada cerita UPSR tu cikgu tusyen anak aku tu sangat bersemengat nak memulakan kelas tusyen...kalau boleh hari raya ke-2 dah nak mula ajar..tapi mana bley kan...masa tu dok di kampung lagi...selepas tawar menawar dengan dia akhirnya kelas tusyen anak aku mula pada hari raya ke -4... aku memang puji la sikap perihatin cikgu tusyen tu...hari raya ke-4 tu dia bagi tusyen dari pukol 2.00-5.30 ptg... sampai tak larat nak aku kata...dia tu siap bagi air kotak bagai untuk anak aku tu... tapi memang kebiasaan pun mcm tu...kalau pi tusyen dia bagi air dutchlady la, cokelat cadbury la dan macam2 lagi la...mungkin jugak sebab yg belajar dengan dia anak aku sorang jer jadi bolehla bagi macam2...masa anak ku pegi tusyen tu dia kata kat anak aku raya sakan... pastu aku kata kat anak aku tu kenapa tak cakap raya setahun sekali jadi kena sakan la...pastu anak aku kata mana boleh kata macam tu sebab cikgu tu tanya dia...dalam seumor hidup berapa kali boleh ambik UPSR? berdasarkan soalan cikgu tu aku buat kesimpulan kena pulun sakan untuk UPSR tu dari beraya sakan...
harini suasana kat ofis agak lengang kerana ramai yang masih bercuti...staff aku semua cuti...jadi bila staff aku xder secara tidak langsung kerja aku pun takder la...makanya dapatla aku guna kesempatan ini untk BW dan juga untuk update blog....
Sunday, September 12, 2010
Kesian Budak Itu... ( kisah benar )
Pagi tadi semasa mesyuarat boss aku ada memaklumkan perihal seorang kanak-kanak berusia 8 tahun yang hidup sebatang kara...sejak kecil mak bapak tak berhati perut telah meninggal kan dia dan sehingga sekarang tak dapat dikesan...sejak itu kanak2 tersebut tinggal bersama-sama dengan neneknya...sebelum ramadhan baru2 ini nenek kanak-kanak tersebut telah meninggal...oleh kerana dia takada sedara mara...jiran kanak-kanak itu menumpangkan kanak2 itu dirumah beliau sebab kesian ketrana sekarang ni bulan puasa...namun demikian jiran itu hanya bersetuju untuk memelihara kanak2 itu pada bulan puasa saja...lepas raya kanak2 itu kena cari tempat tinggal lain...ini ada lah kerana jiran tersebut juga orang susah dan mempunyai anak ramai... Boss aku telah merujuk kes ini kepada pejabat kebajikan tetapi maklum balas yang dia dapat pihak jabatan tidak dapat mengambil kanak2 tersebut kerana dia bukan yatim piatu.... dalam kes ni aku bengang jugakla...dah sah2 mak bapak dia xdak tapi jabatan kebajikan x dapat tolong budak ni...memangla makpak dia masih hidup tapi xder sapa yang tau depa tu kat mana...entah2 dah mati ker kena baham dek buaya ker...
Jadi bos aku minta bantuan kot2 ada sesiapa yang boleh bagi cadangan dimana kanak-kanak ini boleh ditempatkan sekiranya tiada yang berminat untuk ambil dia sebagai anak angkat...Aku sangat terharu mengenangkan nasib kanak2 itu...walaupun hidup terbuang tapi disekolah dia berada di kelas yang cemerlang...
Semoga hidupnya akan berubah selepas ini....
Jadi bos aku minta bantuan kot2 ada sesiapa yang boleh bagi cadangan dimana kanak-kanak ini boleh ditempatkan sekiranya tiada yang berminat untuk ambil dia sebagai anak angkat...Aku sangat terharu mengenangkan nasib kanak2 itu...walaupun hidup terbuang tapi disekolah dia berada di kelas yang cemerlang...
Semoga hidupnya akan berubah selepas ini....
Datuk Sosilawati dibunuh Kejam
Salam takziah aku ucapkan kepada keluarga arwah datuk sosilawati...berita yang mengejutkan ini aku ketahui ketika sedang menikmati sarapan pagi di pagi syawal yang ke-3...seperti biasa tengah bekfes uncle surat khabar datang hantar surat khabar...demi terpandang berita yang mengejutkan itu terus terbantut selera nak makan... sedih rasa...walaupun aku bukan sedara mara arwah dan bukan juga pengguna produk kecantikan NV tetapi aku tetap mengharapkan siasatan kes kehilangan kehilangan beliau akan berakhir dengan gembira... Berita kematian arwah beserta 3 yang lain sangat menyedihkan apatah lagi mereka telah dibunuh dengan kejam...
Kepada anak-anak beliau aku ucapkan takziah dan semoga tabah menghadapi ujian ini... marilah kita sama-sama mendoakan agar roh mereka ditempatkan dikalangan orang-ornag yang beriman....Al-Fatihah....
Friday, September 10, 2010
Selamat Hari Raya Dari Yuka
Sempena 1 Syawal yang mulia ini yuka mengucapkan Selamat Hari Raya Ampun Dan Maaf Dipinta kepada semua rakan2 cyber yang sering berkunjung ke blog yuka dan sentiasa memberi sokongan kepada blog yuka yang tak seberapa ni...kepada yang sering meninggalkan komen terima kasih diucapkan...
Selamat Hari Raya...Hati2 Di jalan Raya...Pandu Dengan Cermat...Ingat Orang Yang Tersayang...
Selamat Hari Raya...Hati2 Di jalan Raya...Pandu Dengan Cermat...Ingat Orang Yang Tersayang...
Wednesday, September 8, 2010
Terima kasih Nuffnang...
Semalam sesampai saja dirumah aku tengok ada surat untuk aku...bila buka tengok2 dapat cek HSBC dari nuffnang...aku sangat happy...hilang segala penat... tak sangka la cepat jugak aku dapat cek tu...namun demikian...walaupun cek tu dapat menjelang raya, aku tak bercadang nak guna duit tu untuk perbelanjaan raya...sebabnya masa aku cashout duit tu aku dah bercadang nak guna duit yang aku dapat tu untuk beli keperluan baby... jadi segala apa yang aku beli untuk baby nanti macam hadiah dari kawan2 blog la kan...terima kasih kepada semua yang telah menambahkan duit tabungan untuk beli barang2 baby tu....
kepada nuffnang tq veryseptember much ....
kepada nuffnang tq very
Monday, September 6, 2010
Dia...Lelaki Melayu Terakhir
Terjawab sudah persoalan dan tiada lagi surprise meprise tentang baby dalam perut aku ni... lastweek masa aku beria-ia nak tau jantina dia, dia malu2 takmau tunjuk...tp bila aku nak bagi surprise takmau tau jantina dia ... selamba jer dia bg tengok...aku pun lupa nak pesan dengan doktor tu jangan bagitau jantina baby tu...tapi dah terlambat...tp ok gak bila dah tau ni kan..senang nak buat persiapan...boleh beli kaler biru2 bagai...dah boleh cari nama siap2...sebelum ni aku sangka nak dapat baby girl...so aku hanya mencari nama2 pompuan je la...mulai sekarang aku kena cari nama lelaki pulakla...tapi nama pompuan pun aku nak cari gak...manala tau kot2 berlaku keajaiban...ingatkan lelaki tetiba yang kuar tu pompuan...kan?kan?kan?
Sunday, September 5, 2010
Shopping Raya...
Hari Jumaat baru2 ni aku sekeluarga pergi beli kelengkapan hari raya...tapi belom setel sepenuhnya...untuk aku/hubby dan anak bujang yg besar tu dah siap semuanya...yang tak selesai lagi tu anak dara aku yang 2 orang tu dan jugak ebiboy...anak dara yg besar tu lain2 semua dah siap tapi baju kurung lom beli...anak dara yg kecik tu pulak lain2 semua dah beli tapi kasut pulak lom dapat...yang ebiboy tu lagi best...1 apa pun x beli lagi untuk dia...memang cukup susah nak beli baju atau kasut untuk dia ni...dia tak suka benda2 baru...dia nak pakai baju yang sedia ada kat rumah tu jer...kasut pun sama gak...memang susah nak bagi dia try kasut kat kedai tu...kasut yg kita pilih semua dia kata buruk...baju pun macam tu...semua dia kata buruk...kalau nak bagi dia pakai baju baru kena beli yang ada gambar kereta atau motor kat depan tu baru dia mau pakai....susah betoi bila kecik2 dah cerewet...
Sebut bab beli baju ni...baru aku perasan yang anak2 aku dah besar2...kalau tahun2 sebelum ni aku boleh beli baju kiko, gotcha, poney kat anak lelaki aku tu...tahun ni dia dah takmau...malu dah nak pakai baju brand2 mcm tu...walaupun ada size untuk umor 14... jadinya kenala beli baju brand orang2 dewasa...john master , edwin semua tu...anak dara yang besar pun sama gak...dah takmau baju kikilala/ power puff girl bagai... dia nak beli baju dan kasut di bahagian orang dewasa... sekarang baru aku tahu yang anak aku dah besar2...dan baru aku tahu yang aku ni dah semakin veteran...huhuhu...
Sebut bab beli baju ni...baru aku perasan yang anak2 aku dah besar2...kalau tahun2 sebelum ni aku boleh beli baju kiko, gotcha, poney kat anak lelaki aku tu...tahun ni dia dah takmau...malu dah nak pakai baju brand2 mcm tu...walaupun ada size untuk umor 14... jadinya kenala beli baju brand orang2 dewasa...john master , edwin semua tu...anak dara yang besar pun sama gak...dah takmau baju kikilala/ power puff girl bagai... dia nak beli baju dan kasut di bahagian orang dewasa... sekarang baru aku tahu yang anak aku dah besar2...dan baru aku tahu yang aku ni dah semakin veteran...huhuhu...
Thursday, September 2, 2010
Lelaki ke Perempuan?
Sekarang aku dah mengandung selama 27 minggu...segala alahan semua dah xder...cuma selera makan masih kurang... bila perut dah makin besar ni kan orang selalu tanya baby aku ni lelaki ke pompuan... sampai sekarang aku sendiri taktau jantina anak aku ni...mula2 dulu ada gak rasa nak biar jer sampai baby keluar baru saspen sikit....tapi bila orang asyik tanya aku pun jadi teringin nak tau...lastweek aku pi scan...anggota lain semua nampak jelas..mata,hidung,mulut,tangan...aku tunggu jer bila doktor tu nak bgtau jantina anak aku tu...dah lama sgt asyik2 dok tunjuk benda yang sama aku pun tanya la kat doktor tu...rupa2nya memang doktor tu dari awal cuba nak nak tengok anu baby aku tu tapi x nampak.... jadinya sekarang aku masih berteka-teki la...tapi dari segi rupa nampak macam pompuan....
kalau dapat pompuan barula girl power jd 3-2 la...sekarang ni tengah seri 2 boys 2 girls...
Sebenarnya walauapapun jantina aku tak kisah sangat..yang penting semuanya sihat dan selamat....
kalau dapat pompuan barula girl power jd 3-2 la...sekarang ni tengah seri 2 boys 2 girls...
Sebenarnya walauapapun jantina aku tak kisah sangat..yang penting semuanya sihat dan selamat....
Subscribe to:
Posts (Atom)