Friday, December 25, 2009

Anniversary...


Hari ini 25HB Disember 2009 merupakan hari ulangtahun perkahwinan aku yang ke-15... macam tak percaya jer dah lima belas tahun aku kawen... Seperti blogger lain jugak hari2 penting macam ni mesti nak buat entry kat blog...Cuma yang membezakan aku dengan blogger lain ialah akau xderla nak buat ayat2 novel yang jiwang karat kat sini... x reti la...malu pun ada... ada setengah tu aku tengok depa tulis macam ni
" abang/sayang sesungguhnya hidup bersamamu adalah sesuatu yang indah, sehari tanpamu ibarat setahun lamanya dan hanya maut yang meisahkan kita..."
Tak boleh la aku nak type macam gitu...geli usus kecik aku nanti...hahhaha...walaupun xdak ayat2 jiwang macam tu aku tau yang hb aku tau aku sayang dia...i luv u....u luv me..we are happy family...ok la tu kan...
Sempena anniversary ni aku takla mengharapkan apa2 kezutan dari suami aku tu...x reti dia bab2 nak buat surprise ni...tapi masa belum kawen dulu pandai pulak...penah sekali tu time birthday aku, cina florist mai hantar bunga kat rumah...macam dalam drama gitu...tapi bila dah kawen terus hilang skill nak buat surprise ni...lagi parah tarikh pun tak ingat... ada masa aku akan bagitau la tarikh2 penting yang akan tiba ni...ada masa aku buat derk jer tapi dalam masa yang sama aku beli hadiah untuk hb aku tu...jd bila dah sampai harinya aku bagi hadiah kat dia...konfem masa tu dia akan rasa bersalah sbb tak ingat...untuk cover rasa bersalah itu dia akan tanya aku hadiah apa aku nak...dan masa tu la aku akan paw hadiah yang mahal2 dan kaw2 punya....waakakakaka brilliant tak otak aku ni? bijak kan?
Akhir kata ucapan untuk diri aku sendiri :
Semoga ikatan perkahwinan ini akan bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat....Amin...
Ucapan untuk suami aku pulak :
Terimakasih kerana telah menjadi suami yang bertanggungjawab yang tak penah lupa setelkan orang punya kad kredit /bil telefon setiap bulan...selalu penuhkan tangki minyak kereta...tak marah2 bila org dgn cikmin booking tiket airasia banyak2 tanpa pengetahuan ( tahun depan punya pun dah booking 2 trip...hik3) dan yang paling penting terimakasih kerana tidak pernah mengabaikan kebajikan isteri dan anak2....
p/s: puji melambung ni ada peluangla nak dapat hadiah yang best2...

5 comments:

Cikmin said...

hepi anibeseri buat yuka dan asben...semoga rumahtagga kalian dipanjangkan jodoh..dimurahkan rezeki melimpah ruah dan kekal bahagia bersama anak2 tercinta...

p/s ckp psl booking tiket...aiseyyy..baru teringat ******!

yuka said...

tq yea cikmin.yuka pun medoakan yang saa untuk cikmin sekeluarga...

Nur said...

Yuka, happy anniversary! Semoga terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin.

ida napi said...

dah lewat pun takperlah janji x nak ketinggalan nak wish happy anniversary 15yrs..moga bahagia spjg masa..amiinn..

yuka said...

yati - terima kasih yer...

idahani - tq yer...belum terlewat la masih dalam mood anniversary ni..