Korang dah buat ker. Tinggal harini dan esok jer lagi nak buat efilling nih.... Aku dah buat...baru jer buat pagi ni...kalau nak diikutkan dari petang semalam aku dah buat mender ni tp asyik tak menjadi jer. mula2 tu... sistem tu slow giler...lambat...lembap macam siput 'toot'...sampai hilang kesabaran aku nih...padan muker aku jugak kan sebab takmo buat awal2...pastu kol 5.30 lebih aku try buat lagi...masa ni dah okey sikit...laju dah sistem tu... aku pun mula la menginput data2 yang perlu... mula2 masukkan maklumat gaji...pastu maklumat untuk melepaskan diri dari cukai...untuk pelepasan anak2, aku dengan baik hatinya telah membahagi kan anak2 itu dengan sama rata 2 utk aku 2 utk hubby... pastu cari lg pelepasan lain...beli peralatan sukan pun aku isi gak...sebab haritu aku ada beli treadmill yang takasima tu...kira alat sukan la jugak kan...ahaks.. Pastu aku tengok ada lak pelepasan untuk sumbangan dan hadiah... yang ni aku tak berani la nak isi kan...sebab takder la aku sumbang apa-apa pun... hadiah tu takat hadiah besday anak2 tu ada la... takkan nak tolak kat sini jugak kan... tu pun besday ebiboy aku tak bagi hadiah pun tahun lepas.... bukan saja2 taknak bagi tapi dah dia tak mintak...hehehe... kejam kan aku nih? untuk tahun ni pulak aku masih berhutang hadiah dengan anak2 aku yg 2 org tu.. besday dah lepas tp hadiah lom kasi...tak mampu dah nak bagi hadiah ni... kalau LHDN tau sure depa tak sanggup nak mintak duit cukai dari aku ni...sebab kesian...ahaks.
Oklah berbalik citer efilling td tu lepas dah isi segala maklumat last2 aku kene bayar tax ...so untuk yg pertama tu aku tak jadi submit...nak ejas balik kot2 lepas tu aku tak kene bayar...selamat duit aku...leh shopping sakan kat phuket nanti...untuk taksiran kali ke 2 aku ambik lagi sorang hak pelepasan anak tu...tinggal 1 jer kat hubby... tapi last2 masih kene bayar tax... tak boleh jadi ni... aku ejas lagi... yg ke-3 ni semua anak2 aku ambik kat aku...hahaha ( terukkan aku ni)...tapi yang tak best tu bila submit mender tu tetap jugak kene bayar incometax... adehh... tapi takper la sebagai warga yang bertanggungjawab kene la bayar kan.... duit tu pun untuk kegunaan rakyat jelata jugak kan...
Semalam masa tgh drive aku terdengar la tazkirah dari prof.izi yang dekat hot fm tu... dia kata salah satu ciri org yang hebat ialah orang tu kalau berhutang dia akan bayar, satu lagi ialah orang yang menunaikan tanggungjawab terhadap negara...contohnya bayar cukai... so sekarang aku dah jadi orang yang hebat...anda semua taknak ker jadi orang yang hebat? kalau nak jadi orang hebat macam aku cepat2 la buat efilling dan pastu terus bayar...renung2kan dan selamat beramal...(kene baca ayat yg last tu macam profesor izi tu)
Wednesday, April 29, 2009
Tuesday, April 28, 2009
Taekwando
Pada hari satu lepas ebigurl aku tu ada pertandingan takwando. dia mula blaja tahun lepas dan sekarang baru ada yellow belt. jadi pagi2 sabtu aku dah hantar dia ke sekolah....ekcelly aku bukan tau sangat pun agenda pertandingan tu cemana... ingatkan among plajar sekolah dia jer...rupa2nya ia melibatkan ahli2 taekwando sekitar SP ni...Walaupun dia pegi tu pagi tp giliran dia sebelah petang ...jadi lebih kurang pukul 2.30 ptg aku berserta kakak aku dan anak2 kami pun pergila kesekolah anak aku tu utk bg moral support... best jugak la tengok budak2 ni lawan walaupun aku tak paham pun cemana diorang bg markah... bila pengacara tu umumkan nombor giliran anak aku tu kami sumer dah bedebar lak rasa...pastu dalam masa yang sama tak sabar la pulak nak tengok anak aku tu berlawan...tak dapat aku bayangkan bagaimana anak aku yang manja dan lemah gemalai tu nak lawan dengan orang... kemudian aku dengar pengacara menyebut marsya bt m.fazli dan nor dalini ishar... kami semua sangat excited dalam debaran... aku tengok anak aku dah ready di tepi gelanggang...pastu siap angkat tangan buat simbol peace kat kitorang ni... tapi budak yang lawan dengan dia tu tak nampak rupa pun lagi... setelah tercari-cari akhirnya kami nampak budak tu sedang muntah2 di tepi longkang...ahaks..agaknya terlalu takut dengan anak aku yang konfiden giler tu.... aku tengok si ibu dan coachnya masih beria-ia memujuk budak tu meneruskan perlawanan...di pendekkan cerita perlawanan tidak diteruskan dan anak aku menang tanpa bertanding...kecewa la kami semua sebab tak dapat lihat anak aku tu beraksi...tak lama lepas tu anak aku datang kat tempat kami dia bgtao yang dia kene lawan lg sebab yg td tu semi final...oleh kerana telah menang tanpa bertanding dia dpt masuk final....aku pun tak tau masa biler dia lawan suku akhir tetiba jer lawan semi final yang tak jadi td tu... tp gasak diorang la kan .....
oleh kerana dia dpt masuk final maka dapat la kami lihat dia beraksi....idakla berputih mata kan.....
Aksi anak aku sebelum perlawanan final bermula
Ini pulak video dia tengah lawan... ok la jugak aku tengok...tp dia tewas dan hanya mendapat pingat perak...jadi la kan untuk permulaan.....

Friday, April 24, 2009
Entry Recycle...
Pagi2 jumaat ni tak banyak keje yang nak dibuat... aku baru je lepas basuh bilik air aku tu... dah berkilat-kilat dah lantai cermin sumer... pastu aku teringat nak bukak blog lama aku then ternampak la 1 entry ni... so aku nak publishd kat sini la pulak... kalau ada yang pernah baca enry ni di blog lama aku tu... sila abaikan entry ini...
Lokasi : Atas sofa depan tv
Suatu malam sedang aku membaca newspaper depan TV anak aku yang no 3 datang.
'kalau 'kata' ?" tanya anak ku lagi
" Say " jawabku
" kalau Ikan paus?"
"whale" aku terus menjawab
"hahahhahahehehhehe " tetiba aku dengar dia ketawa sakan
"kenapa ni" tanyaku heran
" tadi mummy kata i say whale, jadi mummy SEWEL la. hehehhehe"
CISS..CISS..CISSSSSSSS
Lokasi : Atas sofa depan tv
Suatu malam sedang aku membaca newspaper depan TV anak aku yang no 3 datang.
Dia tanya aku: "mummy, 'saya' dalam bahasa Inggeris apa?"
" I " jawab aku sambil meneruskan bacaan"
'kalau 'kata' ?" tanya anak ku lagi
" Say " jawabku
" kalau Ikan paus?"
"whale" aku terus menjawab
"hahahhahahehehhehe " tetiba aku dengar dia ketawa sakan
"kenapa ni" tanyaku heran
" tadi mummy kata i say whale, jadi mummy SEWEL la. hehehhehe"
CISS..CISS..CISSSSSSSS
Thursday, April 23, 2009
exam - part 2
Seperti yang aku da bagitao semalam harini pegi peksa lagi... nak tau tak apa yang jadi harini? Harini sama mcm semalam paper tu start kol 9.30. kol 7.40 aku da turun dari rumah...sbb jauhkan...70 km tu... lebih kurang kol 8.30 aku da sampai situ...sajala nak pi awal boleh la study sikit2... harini 2 orang jer yg ambik peksa...aku dan kawan aku. dah pukol 9.15 taknampak pun rupa org yang nak jaga periksa datang... kitorang dah risau la...manatau kot2 diorang dah tukar tempat. pastu member aku tepon la salah sorang yg jaga peksa kemaren tu...pastu org tu cakap memang betol dah tempat tu diorang tak tukar... pastu kan dah pukol 9.30 pun takder jugak pengawas peperiksaan tu...member aku call lg org td tu tanya kol brp kitorang nak start peksa? nak tau apa dia tu jawab? hrmm dia tak jawab tp dia tanya balik " eh bukan pukol 10.30 ker?" macam siott jer kan? geram giler aku masa tu...boleh pulak main silap2 macam tu. berkilo-kilo kitorang dok menyumpah diorang tu sampai hilang apa yang aku dah baca tu...( alasan la tu kan..hehehe )..tp memang betol masa tu mood aku nak ambik exam pun dah kureng... nak study pun dah malas...momentum aku dah terganggu....echeh...
sementara menunggu diorang tu datang aku pun tepon la member aku sorang tu. dia bantainya gelak kat aku bila aku cerita apa yg jadi tu..pastu siap kutuk2 lg.
dekat kol 10 baru diorang datang dgn kelam kabut... tp nak salahkan diorang pun tak boleh jugak sbb diorang tunjuk di luar sampul kertas soalan tu peksa start pukol 10.30 padahal dlm slip kitorang pukol 9.30... apa2 pun semua dah selesai... tunggu jer la result dia tu nanti
p/s: momentum tu apa ek?

Wednesday, April 22, 2009
exam...
Tadi aku pegi periksa PTK untuk kali yg ke-6. soklan tu tak la susah sangat tapi dek kerana aku tak study sangat ( baru semalam kekanda aku faxed kan nota) 60. pages mana sempat nak baca dan ingat dalam tempoh 3-4 jam kan.... nasib la paper harini objektif boleh la main belasah jer... esok punya paper azab la sikit kan sebab esei. kene jawab 5 soklan. tahun lepas 1 soklan jer yg aku konfiden boleh buat. 2 soklan aku agak2 jer . soklan ke 4 & 5 aku tak jawab langsung... bayangkan dari 12 soklan hanya 3 jer yg aku boleh buat...masa tu aku dah malas nak pk apa dari pada dok dlm dewan tapi taktau nak jawab baik aku kuar awal...masa aku kuar tu aku tgk member aku yg sorang tu masih tekun menjawab... tp bila result kuar, sama jer result kitorang ni ...hahhaaha tak sia-sia aku balik awal...
Tadi masa balik dari exam aku rasa macam kena speed trap jer...puncanya macam ni...masa aku tengah syok2 drive sambil layan lagu2 kat radio tu aku ternampak la kelibat keter yg sama spesis dgn keter hubby aku tu. Jadi aku pun laju la sebab nak tgk no keter tu kannn... tapi tak terkejar la walaupun masa tu dah lebih 130/j pastu tetiba jer keter tu perlahan pulak ingatkan kenapa, rupa2nya ader keter dr arah depan bg signal ada speedtrap....dan keter yang aku kejar tu pun bukan keter hubby aku...
Oklah nak sambung study.....
p/s: taknak wish gudluck ker kat aku ni?

Sunday, April 19, 2009
Takut...
pada hari khamis lepas aku aku memandu kereta pulang ker umah dari ofis dalam keadaan ketakutan yang teramat. tidak...tidak aku tidak di buli oleh pembuli jalan raya......sebaliknya ianya berpunca dari kelalaian aku sendiri. kelalaian yang pertama ialah aku tak isi minyak kereta walaupun indicator kat situ dah menyala sejak hari sebelumnya. selalunya walaupun gambar pam minyak tu dah menyala, cruising range tu tercatit byk KM lagi yang aku boleh pergi... tetapi masa aku nak balik tu aku tengok cruising range '0' km... Jarum tu pulak dah melampaui garisan E tu...(macam dalam gambar kat bawah ni)
memang suspen betul waktu drive tu. tak dapat aku bayangkan kalau kereta tu tiba2 mati ... malunya...kat mana nak letak muka...mesti pemandu2 di belakang akan menyumpah aku berbakul2 kerana menyebabkan kesesakan lalulintas. Perjalan sejauh 8 km tu aku rasa macam 80 km. Namun Tuhan masih sayangkan aku... akhirnya aku berjaya sampai rumah dengan selamat. bukan aku taknak isi minyak masa balik tu tapi on de way back memang takder stesen minyak..kalau masa nak pergi adala segala petronas, shell dan BP... Yang tu kecuaian pertama. kecuaian yang ke-2 apa dia pulak?
hehhehe kalau nak tau kecuaian aku yang ke-2 ialah pada hari itu aku lupa nak tukar kereta dengan hubby aku tu... selalunya kalau minyak keter aku dah sikit aku akan guna keter hubby aku tu. bila dia nak pi keja tengok minyak kurang dia akan penuhkan minyak. esok tu aku tukar balik pakai keter aku....jimat duit aku untuk minyak...ahaks...

Friday, April 17, 2009
e-Filing...
Korang dah buat ker e-filing nih? aku belum buat lagi.... 2 minggu lepas aku dah try nak buat tapi bila aku masukkan password terus jadi 'page cannot be displayed'.... 2-3 kali buat pun macam tu jugak. terus aku jadi malas...
Kepada anda2 yang dah buat tu , TAHNIAH diucapkan kerana anda telah menjalankan tanggungjawab anda...
kepada yang belum buat lagi tu Sendiri Mau Ingat la...(termasuk aku la tu)...
Kepada anda2 yang dah buat tu , TAHNIAH diucapkan kerana anda telah menjalankan tanggungjawab anda...
kepada yang belum buat lagi tu Sendiri Mau Ingat la...(termasuk aku la tu)...
Wednesday, April 15, 2009
Masihkah ada peluang?
hehehhee tgk tajuk tu macam jiwang jer kan...sebenarnya takder la apa yang sentimental sgt... cuma aku ni terperangkap dalam kemelut yang sedang bergolak di thailand tu....Aku dah rancang baek punyer pelan nak pi phuket sempena cuti labourday tu. tapi pergolakan yg berlaku menyebabkan status pemergian tu masih diawang-awangan...sumer dah bayar...travel agen tu kata phuket selamat...bangkok yang huru hara...harap2 dalam tempoh 2 minggu ni keadaan akan pulih seperti sediakala...moga aku diberi peluang untuk menjejak bumi thailand tu... kalau tak berpeluang pun ok jugakla...selamat duit aku...hehehe
Sunday, April 12, 2009
PiKom PC Fair...
Sekarang ni di village mall ( tempat shopping kt sp ni ) ada pikom Pc Fair.since village mall tu tak jauh dari ofis aku , lebih kurang 80 meter jer dari ofis aku dan kebetulan pulak harini break sampai 2jam lebih maka aku pun ambil kesempatan la nak pi tengok apa yang ada. First time pc fair buat kat situ. b4 dok buat di central square. pemergian aku ke village mall telah dipermudahkan olehNya dimana dalam keadaan parking yang terhad dan pengunjung yang ramai aku dapat tempat parking yang sangat strategik. betul2 depan pintu masuk..Alhamdulillah.
Sebaik jer masuk dalam tu aku aku telah di didekati oleh budak2 bank yang sibuk dok suruh aku apply credit card..aku malas la nak layan sebab dah ada 2-3 kad... tapi bebudak tu tak putus asa...akhirnya aku 'ter'apply kad american express. aku apply tu pun sebab nak dapat free gift... tp tak dapat sekarang. bila kad dah approve baru dapat beg laptop yang back pack tu... ok gak kan?
Dah selesai urusan kad tu aku pun jenjalan la nak tengok apa yang ada... tapi suasana kat situ buat aku pening sebab salesman ramai sangat... susah nak tgk benda2 yang ada kt situ... Kemudia aku tertarik dengan 1 gadget ni... mini vacum (gambar dibawah).... rasa macam bes la pulak...senang aku nak buang habuk2 kat keyboard dan pc aku tu... sampai jer ofis terus la aku menerai vacum tu...sangat teruja okey!...hehhehe
Inilah rupenyer vakum yang aku beli tu....

Saturday, April 11, 2009
welcome....
Patah tumbuh, hilang berganti... inila pengganti mr honda...since it is not a brand new car maka no dia pun seadanya jer la...2867. takder la beli no special2. tapi kan nombor tu akan jadi sangat special kalau no 7 kat belakang tu ditukarkan dengan 8. nak tao sebab per? ha... sebabnyer birthdate hubby aku ialah 2.8.68... bestkan kalau boleh tukar no 7 tu..hehehe.
hrmmm da nak masuk 41 tahun rupanya en.fazli aku tu....
hrmmm da nak masuk 41 tahun rupanya en.fazli aku tu....
Thursday, April 9, 2009
Tag
Lately ni agak ke'bz'an di ofis pastu ditmbah oleh faktor ketandusan idea sebab itula blog aku ni tak berupdate pada jangkamasa yang agak lama...
Bila takdak idea ni elok jugakla aku jawab tag yang tertunggak. Ada 3 tag yg belum aku buat . 1 dari cikmin, 1 dari jannah dan 1 lg dari pipah. Since cikmin punya tag tu berkaitan dgn besday dan besday aku pun lambat lagi so aku KIV dulu la tag tu. Tag dari jannah tu pulak susah la nak buat ( psst kakak bagi tag lain la kat mak uda). harini aku nak jawab tag dari pipah... Tag ni pasal IF...
Nowadays, there're so many "IF".. "WHY" there're so many "IF"?!
1. If you can be animal, what will you be?! Why?!
Aku nak jadi singa sebab dia kan king of the animal... tak dpt jadi raja manusia jd raja binatang pun jadi laa...
2. If you robbed a bank, what do you want to do with the money?! Why?
Ishh dapat duit cara len takdak ka... Since duit mcm tu kan haram makanya aku takkan membeli benda2 makan... munkin nak guna duit tu utk makan2 angin...round2 da world pastu pi kat beauty centre buat face/body makeover...hahhaha
3. If you can teleport yourself to any places in he world, where do you want to be?! Why?!
nak ke tempat yang aman damai dan orang2 kat situ semua baik2 macam aku...ahaks
4. If you know that you are dying, what is the last meal that you want?! Why?
Kalau dah tau nak mati mana lalu makan dah weii... tapi kalau kena makan jugak mula2 aku nak minta air zam2 nak bagi basah 2 tekak.. pastu aku nak makan pizza hut punya pizza dan mushroom soup dia sekali kalau der garlic bread pun ok gak...ahaks
5. If you can kill only one person in this world, who is that person?! Why?
Tknak la bunoh2 ni... nanti takleh nak tido malam pulak
6. If you can choose either want to have more than 24 hours a day or can live more than 100 years, what is your choice?! Why?
pilih more than 24 hours a day kot. Hidup lama2 kalau badan sihat macam sekarang takper la jugak. nanti dibuatnyer segala macam penyakit datang tak ker menyusahkan anak cucu jer...
7. If you can date celebrities, who is that person?! Why?
nak date dgn celebrities yang ensem dan kaya pastu tak kedekut... bolehla kikis2 sikit duit dia tu.... Huhu.
8. If you can have only 1 thing in this world, what should that be?! Why?!
spek mata...
9. If you have opportunity to tag 7 of your friends, who are they?! Why?
Cikmin, kaksya, Yus, Kak aNie, PB, Haninapi Kido sbbnya blogger lain tak kenai aku pun...huhuhu sedeh...

Sunday, April 5, 2009
Pilihanraya DUN Bukit Selambau
Sekarang ni aku cukup syok bila drive pergi/balik dari ofis. sebabnyer kan kirin kana jalan penug dengan poster. rasa meriah jer... Seperti yang aku maklumkan dulu bahawa ofis aku ni berada dalam teritory Dun Bkt Selambau maka secara langsung lah demam pilihanraya turut dirasakan.. yang best tu kan bukit selambau ni sampai 15 org calon yang bertanding. macam2 lambang parti ada tu yang best nak tengok. setakat ni yang aku nampak gambar bas, kapal terbang,kunci dan ayam jantan...ahaks
Sekarang ni kat SP ni memang banyak betul kenderaan luar. Biasala kan diorang turun berkempen. balik keja hari2 mesti jammed punya la... sekarang ni aku tengok dimana-mana ada jer polis. setiap traffic light ada polis...so sejak 2 minggu yang lalu aku telah menjadi seorang pemandu yang berhemah...kalau dulu lampu hijau bertukar kuning dan kuning bertukar merah aku terus gak jalan ( kalau takder keter kat depan aku la kan, aku rasa korang pun sama gak macam aku) tapi sekarang ni lampu hijau baru jer kuning aku dah berenti... berhemah kan...hehehhe maunyer tak berhemah abang2 polis ada kat tepi tu...nasib baik la lusa dah selesai pilihanraya ni maka bolehla pemandu2 kat SP ni memandu seperti biasa...hahaha
Gambar kat bawah ni aku ambik masa berenti kat traffic light pagi td.
Perang poster dah bermula

Thursday, April 2, 2009
Demam...
Korang nak tau tak hari ni kan swami kesayangan aku tu demam...pagi tadi dia kata kat aku takyah la pi keja... tapi aku pegi keja jugak sebab 1-5hb mmg aku tak boleh nak cuti sebab byk report kene buat...lagipun aku takmau jadi mcm sebelum2 ni bila dia sakit aku ambik cuti pastu lebih kurang pukul 10 pg bila dah sihat sikit dia pi keja...aku lak tinggal sorang2 kat rumah...mana aci kan...dah 2-3 kali jadi mcm tu. Tadi masa aku di ofis aku sentisa la call nak tau perkembangan. masa kol 10 aku call dia tgh baring2 depan tv... tepat pukul 1 aku pun balik rumah...tp sebelum tu aku sempat la singgah kat MCD beli bubur ayam...orang demam kan mana lalu sangat nak makan nasik biasa tu...( prihatin kan aku ni?...hehehe) pastu kan aku sampai depan rumah tengok keter swami aku takder... eeeee...geram tau...penat2 la aku balik meredah kesesakan lalu lintas , pastu mencari parking kat central square tu sbb nak beli bubur ayam mcd, last2 dia dah kuar...
Masa aku call dia kat kulim....jauh gak tu kulim-sp 40km lebih... nasib baik aku tak cuti.
Masa aku call dia kat kulim....jauh gak tu kulim-sp 40km lebih... nasib baik aku tak cuti.
Wednesday, April 1, 2009
ApRiL FooL Gurl...
Birthday Girl
Pic yang diambil pagi td sebelum anak aku pergi sekolah
Hari ini genap 11 tahun umor anak dara aku yang no 1 itu... Dia ni special sikit dari anak aku yang lain sebab aku lahirkan dia di luar negara... masa tu aku ikut soami aku yang blajar kat UK. pastu terdapat baby lak kat sana. Masa tengah pegnen dia tu aku risau jugak nak beranak di perantauan ni. iyerlakan saper yang nak jaga aku. pastu mana nak cari tok bidan nak urut2 badan aku lepas bersalin... tapi Syukur segalanya di permudahkan olehNya. Mudahjer baby aku tu kuar tak rasa sakit pun. xder pun kene jahit2. aku balik ke rumah keesokkan harinya tak nampak pun macam org baru deliver baby. Mujur jugak masa kat sana tu kami sewa rumah bersama-sama 1 lg pasangan dan 2 budak bujang. Jd kawan aku yang jaga aku mana kala budak2 bujang tu pulak tolong jaga anak aku yang eldest tu. Tapi ader peristiwa kelakar yang berlaku dipagi aku nak deliver baby tu. lebih kurang pukol 5 pg aku macam rasa dah ada tanda2 nak bersalin. so aku pun kejutkan suami aku. pastu dia pun kejut la kitorang punya housemate. dia nak ajak la sorang budak bujang tu temankan kami ke hospital. manakala yang sorang lagi tu tolong jagakan anak aku. bilik tido couple yg 1 lg tu kat bawah berhampiran entrance. jadi sementara suami aku nak ambik kereta aku pun bersiap2 depan pintu. kawan aku tu membantu aku pakai kot segala... sejuk la time tu sebab awal pagi...tgh kitorang dok kelam kabut macam tu tetiba ker suami kawan aku jatuh telentang sebab pitam. semua orang dah kelam kabut bantu dia pulak. aku yang nak beranak ni terus diabaikan. kelakar pulak bila ingat balik tragedi tu, isteri orang nak beranak suami orang lain pulak yang pitam... tu satu hal... yang ke 2 pulak memandangkan aku gave birth hari april fool, bila aku call ofis nak bagitau berita tu kawan2 aku kat ofis ingat aku nak kenekan diorang pulak... tapi pengalaman pegnen dan melahirkan baby kata sana tu memang sangat best sebab doctors and nurses kat sana sangat caring. Aku selau kene pegi spital masa tu sebab perut aku nampak kecik. aku dah cakap kat doktor tu memang perut aku macam tu so takyah la risau sgt tapi diorang taknak dengar la pulak. munkin depa bandingkan perut aku dengan pompuan omputih kat sana tu. aku tengok pun seriau. rasa macam ada 2-3 baby kat dalam tuh. Ada sekali masa gi check-up nurse tu ambik berat badan aku. dah selesai aku turun la kan dari penimbang tu..masa tu dia tengah tulis dalam kad aku ..wahh bising makcik nurse tu bila tengok aku dah turun. ingatkan sebab apa...rupanya dia suruh aku tunggu sampai dia habis tulis pastu dia nak bantu aku turun dari penimbang tu... hadoii risau terlampau la pulak... bukan tinggi pun benda tu...setengah kaki pun tak sampai...dia taktau yang aku dok pi keje hari2 lari2 kejar bas dan tube dengan member aku sampai tak hengat... kalau dia nampak aku macam tu pengsan apa...hehehe.
Berbalik cerita birthday anak aku ni, aku belom beli hadiah lagi kat dia. semalam dah beli jajan utk dia bawak kesekolah. dia nak celebrate dengan kawan2...
sedang mengepacked jajan sambil dibantu oleh bibik
sedang mengepacked jajan sambil dibantu oleh bibik
Pic yang diambil pagi td sebelum anak aku pergi sekolah
Subscribe to:
Posts (Atom)