Sunday, May 27, 2012

Cuti Sekolah: Musim Orang Kawen

Salam sejahtera semua...
Sekarang ni dah start cuti sekolah pertengahan tahun....bila start cuti sekolah je mula la orang buat kenduri kawen...sekarang ni orang buat kenduri kawen dah tak kira hari. dulu2 orang buat kenduri hari sabtu dan ahad jer..sekarang ni hari2  kecuali hari jemaat jer kot....asal cuti sekolah jer buat kenduri...asal kenduri jer cuti sekolah...semalam 26 mei 2012 aku ada 3 jemputan kenduri...1 di SP, 1 di Penang dan 1 lagi di Taiping.Yg di SP tu anak rakan sepejabat aku sekarang, yang di Penang pulak bapak sedara aku buat kenduri akikah untuk 3 orang cucu dia dan yang kat Taiping tu pulak anak rakan sepejabat aku semasa aku kerja kat Taiping tahun 2003-2007. Tak sangka la jugak kan walaupun dah 5 tahun aku tukar ke SP depa masih ingat nak jemput...atas dasar itulah maka aku rasa aku kena pi semua kenduri2 tu...
Untuk pergi ke semua tempat itu perlukan perancagan yang rapi sebab lokasi yg agak jauh antara 1 sama lain...pastu pulak kenduri di Perak habis awal...pukol 3 orang dah mula nak runtuhkan khemah.... Selepas puas memerah otak aku yang brilliant ni akhirnya aku pun dapatla idea...
So lokasi pertama yang aku nak pergi ialah di SP...selesai makan kenduri di SP tu aku pun balik rumah nak solat zohor sebab lepas tu nak bertolak ke Taiping pulak...so masa nak bertolak ke Taiping tu aku mula cari balik sms jemputan yang aku dapat tu ( depa tak hantar kad sebab xdak alamat aku kt sp ni) aku nak tgk balik sms tu sebab kat situ ada disertakan alamat. aku nak cari alamat tu kat GPS. Sekali tu bila jumpa sms tu tengok2 kenduri kat Taiping tu bukan 26hb tapi 2.6.2012..huhuhu...nasib baik belum pergi Taiping... Dah tak jadi pergi Taiping kami terus je la ke kenduri yang kat Penang tu...nasib baik gak ada kenduri yang kat Penang tu...kalau idak malu jer kat jiran sebab dah pakai elok2 dan masuk dalam keter tetiba tak jadi pergi kenduri lak...ahaks
Moral of the story kat sini kena pastikan betul2 tarikh pada kad undangan anda...pesanan khidmat masyarakat dari yuka-luv...

6 comments:

Eein Azryn said...

Hehe. Banyaknya jemputan. :)

caliph shuriken said...

nsib baik double check tarikh sblom lajak ke taiping, klau x naya jaa kn, huh...

yuka said...

eein- mcm tu la tiap2 kali cuti sekolah...harini pun ada kenduri..

caliph- kalau dah sampai tepeng bwk bebudak tu pi zoo la jawabnya...

Along Arman said...

hehe.. mmg kalo time cuti misti ramai org kawen.. sabtu baru ni pun gie kenduri 3 buah rumah :)

Anonymous said...

wuu bestlah cuti sekolah..dah nk kena balik u sobsobs

♥ Cik EylaDiLLa ♥ said...

wahhh kenduri jauh2 yer kak best nye ley jalan2 sekali hehe