Tuesday, January 11, 2011

Anugerah Juara Lagu AJL25

Shut up no shut up ( pinjam kata2 FBI) dah 2 hari AJL25 berlalu.... tetapi seperti biasa ...bak kata pepatah rumah siap pahat berbunyi...mana2 majlis anugerah pun macam tu...keputusan juri mana boleh puaskan hati semua pihak...ada je ryang tak kena...kali ini yang menjadi isu ialah kemenangan lagu Ana Rafali tu...Aku pun tak faham kenapa diorang tak puas hati sangat dengan lagu tu...bagi aku kalau sesebuah lagu tu layak masuk final maka lagu tersebut layakla untuk menang..tak gitu?
Dalam entry ni aku bukan nak pertikai tentang sapa menang dan sapa pengalah...sebab aku tak kisah pun sapa yang menang...kat sini aku nak kongsi pandangan tentang majlis tu...sana sini orang bercakap tentang kemeriahan dan kegempakkan majli situ...semua finalis buat persembahan yang bagus...dasyat2 dan hebat2 belaka...itu kata orang la... kata aku pulak macam mana? sebenarnya aku tak berapa layak nak cerita lebih2 pasal AJL ni...nak tau kenapa? ini adalah kerana sepanjang AJL berlangsung aku asyik terlelap jer...padahal aku yang tak sabar2 nak tengok AJL tu...masa ana rafali tu buat persembahan..aku tengok ana rafali pakai baju putih...pastu aku terlelap beberapa saat... bila dah tersedar tengok2 baju dia dah jadi kaler merah...hampeh jer kan aku ni...yang paling tak boleh belah tu bila faizal tahir nyanyi lagu hanyut pun aku boleh terlelap...masa dia mula2 nyanyi tu aku berusaha untuk tidak terlelap  sebab nak tengok apa gimik dia nak buat...takkan sekadar menyayi dalam kandang tu jer..mesti ada dia nak buat apa2 lagi ..tapi rupa2nya aku terlelap jugak...aku tersedar bila dengar sorakan yang kuat dari penonton di stadium...masa tu aku tengok faizal dah basah... apa kes lak mamat ni sampai basah macam tu...aku tanya anak aku kenapa Faizal tu basah..pastu anak aku kata dia terjun dalam air...alaaaaa aku dah missed part tu...lepas tu beberapa kali gak la aku terlelap...
Nasib baik dalam rancangan MHI pagi semalam depa ada tunjuk part faizal buat persembahan...maka dapatla aku tengok apa yg dia buat malam tu...
Secara peribadi aku terhibur jugakla dengan AJL25 tu walaupun ada beberapa lagu tu bukannya taste aku pun....

3 comments:

aidah said...

Salam Yuka,
sama lah ngan akak. Pejam celik, pejam celik je nengok AJL tu. Tapi rata2 semua persembahan artis semua tak menghampakan. Agaknya gara2 realiti show yg bagai cendawan tumbuh tu kot. Depa takut kena kutuk ngan peminat kalau persembahan hampeh

aNIe said...

Yuka.. anak akak Huda pergi tengok live di stadium Bukit Jalil... dia kata ingatkan Faizal Tahir yang menang... tapi akak kata...mungkin Ana Rafali menang sebab lagu dia tu lain dari yang lain... bab persembahan kan Faizal menang sebab memang secara live suara dan persembahan dia mantap...

yuka said...

kak aidah- kita serupa....bagus jugak ada program realiti byk2..nbaru diorang berusaha keras utk bersaing..

kak anie- bestnya kalau dpt tgk kat stadium macam uda...yuka pun ok jer ana tu menang sebab lagu dia tu lain sikit...