Bulan demi bulan dan tahun demi tahun tetiba buah ini mula di kenali ramai...tetapi dengan nama roselle...mungkin yang tu nama saintifik dia kot...gasak la kan...
Kat sini aku nak berkongsi dengan korang semua tentang khasiat buah roselle ni...biasanya buah ni di masak untuk dapat kan airnya...rasa dia masam2 tapi sedap...lebih kurang air ribena la...
Khasiat Roselle
Anti penuaan
Roselle mampu membuatkan pengamalnya kelihatan berseri dan awet muda kerana kandungan Vitamin C yang tinggi dan berserat melambatkan proses penuaan yang disebabkan oleh aktiviti kerosakan tisu dan sel tubuh badan oleh radikal bebas.
Mencegah Penyakit Jantung
Penyakit jantung dianggap “silent killer” dan merupakan pembunuh nombor satu di dunia. Roselle mampu mencegah pembentukan dan penebalan LDL (lemak tidak baik) di bahagian arteri jantung dan mengelakkan juga dari terjadinya penyakit darah tinggi.
Mencegah Kanser
Kanser disebabkan pemakanan dan persekitaran yang terdedah kepada keracunan yang tinggi. Kandungan Vitamin C dan serat yang tinggi di dalam Roselle bersifat anti-oksida dan anti-kanser.
Merawat Demam Panas
Mereka yang sering mengalami demam panas seeloknya mengamalkan Roselle kerana Roselle bersifat sejuk dan mampu menurunkan suhu badan yang tinggi. Selain itu Roselle juga meningkatkan antibodi seseorang.
Penawar Resdung dan Alahan
Stress dan Sukar Tidur
Stress boleh dirawat dengan mengamalkan Roselle yang berupaya menurunkan suhu badan dan mempengaruhi mood pesakit. Dengan kata lain Roselle dapat menenangkan pesakit kerana Stress menghapuskan Vitamin C di dalam badan dan Roselle pula menambahkan Vitamin C. Masalah sukar tidur juga boleh diatasi dengan mengamalkan Roselle sebelum tidur.
Oleh itu tuan2 dan puan2 mari kita pakat2 tanam pokok roselle
10 comments:
hai kak, kalau den g uma kawan den kat johor tu die selalu buat air ni, die bikin sendiri sebab ade buah ni kat laman uma die, nice, manis2 buah, kalau minum mmg hilang dahaga, lagi2 tambah ice, fuhhh, buat sendir x sama ngn kodial, dah test beli dah, hehhe
Terkini : Wanita Paling Rendah Di Dunia
suffer8zine- kak yuka pun baru semai biji pokok ni kat rumah..dulu taktau yg buah ni sangat berkhasiat tu yg buat tak heran jer... lepas ni takyah dah beli air ribena sebab yang ni lagi original tanpa pengawet...
wah....byk jugak ek khasiat dia...
Mario- memang banyak tapi kita jer yg taktau
Dulu kecik2 mak ade jgak tanam sebab dok kat kampung. masam tapi sedap.. hahha.. baru tau khasiat die.. kalo tak maen rembat je..
Sis, Myra pun suka minum jus roselle, sedaaapppp... :)
Chaon- kak yuka baru tanam balik pokok tu...lepas ni nak minum air tu hari2 sebab nak bg awet muda
Myra Jay - dah lebih 10 tahun x minum air tu..baru2 ni minum rasa sedap pulak...lepas dah tau khasiat dia nak minum hari2 lepas ni
yea..yea..
dlu mse kecik² buah ni men baling² jer..
skang baru tau betapa bharga kn..
hihi..air die tersangat sedappppp
^_^
kak ada buat jus roselle baru2 ni, memang sedap!
tumpang tanya..camne ya cara nak basuh buah ni?...cari punya cari tak jumpa2 pun..bukan byk ke duri2 kecik kat buah dia huhu..
Post a Comment