Salam sejahtera semua...
Sekarang ni dah start cuti sekolah pertengahan tahun....bila start cuti sekolah je mula la orang buat kenduri kawen...sekarang ni orang buat kenduri kawen dah tak kira hari. dulu2 orang buat kenduri hari sabtu dan ahad jer..sekarang ni hari2 kecuali hari jemaat jer kot....asal cuti sekolah jer buat kenduri...asal kenduri jer cuti sekolah...semalam 26 mei 2012 aku ada 3 jemputan kenduri...1 di SP, 1 di Penang dan 1 lagi di Taiping.Yg di SP tu anak rakan sepejabat aku sekarang, yang di Penang pulak bapak sedara aku buat kenduri akikah untuk 3 orang cucu dia dan yang kat Taiping tu pulak anak rakan sepejabat aku semasa aku kerja kat Taiping tahun 2003-2007. Tak sangka la jugak kan walaupun dah 5 tahun aku tukar ke SP depa masih ingat nak jemput...atas dasar itulah maka aku rasa aku kena pi semua kenduri2 tu...
Untuk pergi ke semua tempat itu perlukan perancagan yang rapi sebab lokasi yg agak jauh antara 1 sama lain...pastu pulak kenduri di Perak habis awal...pukol 3 orang dah mula nak runtuhkan khemah.... Selepas puas memerah otak aku yang brilliant ni akhirnya aku pun dapatla idea...
So lokasi pertama yang aku nak pergi ialah di SP...selesai makan kenduri di SP tu aku pun balik rumah nak solat zohor sebab lepas tu nak bertolak ke Taiping pulak...so masa nak bertolak ke Taiping tu aku mula cari balik sms jemputan yang aku dapat tu ( depa tak hantar kad sebab xdak alamat aku kt sp ni) aku nak tgk balik sms tu sebab kat situ ada disertakan alamat. aku nak cari alamat tu kat GPS. Sekali tu bila jumpa sms tu tengok2 kenduri kat Taiping tu bukan 26hb tapi 2.6.2012..huhuhu...nasib baik belum pergi Taiping... Dah tak jadi pergi Taiping kami terus je la ke kenduri yang kat Penang tu...nasib baik gak ada kenduri yang kat Penang tu...kalau idak malu jer kat jiran sebab dah pakai elok2 dan masuk dalam keter tetiba tak jadi pergi kenduri lak...ahaks
Moral of the story kat sini kena pastikan betul2 tarikh pada kad undangan anda...pesanan khidmat masyarakat dari yuka-luv...
Sunday, May 27, 2012
Wednesday, May 23, 2012
Sunday, May 20, 2012
Konsert Mania Final, UEFA Champion League, Piala FA
Malam tadi ada 3 pertandingan yang agak penting yang berlaku di dalam dan luar negara...
Yang pertama ...Konsert Mania Akhir...keputusan bagi konsert ini ialah Hafiz telah menjadi Juara Mania bagi musim yang pertama...Hadiah rm500,000.00 tuuuuu... untung la hafiz muda2 dah adsa duit banyak macam tu....
Tempat ke-2 dapat kat Stacey ...dia dapat rm200,000.00..best kan?
dan tempat ke-3 agak mengejutkan dapat kat Jac...Ingatkan Jac yang jadi juara berdasarkan peratusan undi masa awal2 tu dia yang dapat banyak sekali...pastu persembahan dia malam tadi pun dasyat gak...tengok-tengok dapat tempat ke-3 jer...tapi dapat nombor 3 pun lumayan gak...dia dapat duit rm100,000.00..
ko ada?
(terkecik lak pic ni)
Peristiwa ke-2 yang peting dan ditunggu-tunggu oleh para kakibola ialah perlawanan diantara Bayern Munich vs Chelsea...setelah beberapa jam bertarung akhirnya piala itu dapat dekat Chelsea...lama gila depa main dari pukul 2.30pg sampai pukul 5.30pg kot baru abis...sebab ada masa tambahan dan sepakan penalti...sampaikan aku 2 kali bangun pastu 2 kali tertido pastu terbangun balik baru la game tu selesai...masa aku bangun pukul 5.45 pagi tu tengok diorang dah nak habis bagi medal/piala
p/s: aku tertanya-tanya gak siapa penyokong simedarby tu ek?
Thursday, May 17, 2012
Cerai... tak Cerai...Cerai...tak Cerai...Cerai..tak
Hadoiii...sekejap nak cerai sekejap tak jadi... pastu nak cerai ..la ni x jadi cerai pulak...itu yang berlaku pada pasangan Rita Rudaini dan Aidil Zafuan....Sesungguhnya keputusan itu adalah yang terbaik untuk pasangan tersebut dan dua orang anak2 mereka....Rasanya peminat mereka pun suka dengan keputusan terkini tu...Lepas ni Rita dan Aidil hidup baik-baik tau...jangan gaduh-gaduh dan jangan kecoh2 bila bergaduh...biasala suami isteri...sedangkan lidah lagi tergigit....Rita nampak sweet sangat dalam paper hari ini...
Pastu kan yang tak bestnya dalam bersukaria dengan berita Rita dan Aidil tak jadi bercerai..tup2 aku dikejutkan pula dengan berita pelakon ady putra nak bercerai...sebelum xder pulak dengar rumahtangga dia bermasalah..tetiba jer nak bercerai....hermm aku pun taktau la apa masalah diorang tu....apa yang penting agar keputusan yang mereka ambil ni adalah yang terbaik....hanya jauhari yang mengenal manikan....
Wednesday, May 16, 2012
Sempena Hari Guru 2012
Sempena Sambutan Hari Guru 2012 ARIANI scarf & selendang ada buat promosi istimewa...boleh beli tudung dengan separuh harga ..pastu kalau beli lebih dari rm250 boleh dapat hadiah percuma pulak....sangat owsem kan? Tapi promosi itu hanya untuk guru2 sahaja...bukan guru pi main jauh2... Guru pun kalau nak dapatkan harga spesel tu kena tunjuk ID kad guru baru boleh...nak jual pun banyak songeh gak kan...Bagi yuka senang ja ...bukan Ariani jer yg jual tudung cantik2...sekarang ni byk dah kedai yang jual tudung cantik setanding macam ariani gak...dekat jelitasara pun banyak tudung cantik-cantik..
p/s: yuka xder ID kad Guru. korang ader?
Tuesday, May 15, 2012
WAHHH! Terkezut besar mak bila tengok muka depan surat khabar harini ada tajuk Fasha sSandha Bunting Pelamin...Rasa macam baru je kawen dan baru je gambar hanimun diorang tu ada kat tenet..tup2 la ni dah pegnen seminggu lebih...Anyway Tahniah untuk Fasha dan Jejai...Sesungguhnya rezeki Fasha sangat murah...sesetengah orang tunggu bertahun-tahun dan ada yang berhabisan ribu2 untuk dapatkan anak...
Aku baca dalam surat khabar Fasha Sandha kata dia sangat bahagia selepas kahwen... dia kata dia 'the happiest woman alive'... Setelah berbagai dugaan yang dia alami aku rasa dia layak untuk menikmati semua kebahagian itu....semoga beliau bahagia hingga ke akhir hayat bersama-sama dengan jejai....
Aku baca dalam surat khabar Fasha Sandha kata dia sangat bahagia selepas kahwen... dia kata dia 'the happiest woman alive'... Setelah berbagai dugaan yang dia alami aku rasa dia layak untuk menikmati semua kebahagian itu....semoga beliau bahagia hingga ke akhir hayat bersama-sama dengan jejai....
Monday, May 14, 2012
DIGI WWWOW AWARDS 2012
Digi wwow award kembali lagi..diam x diam tempoh pengundian telah pun ditutup...mula2 tu aku berangan gak nak masuk...kategori blogger of the year gitu...hehhee...pastukan bila fikir2 balik...kalau aku masuk ada ke yang nak mengundi...aku lak x sempat nak BW untuk melobi benda2 ni...akhirnya aku batalkan hasrat aku ni...Aku cadang nak masuk tahun depan la pulak..tu pun kalau award ni ada lagi...
Kita tunggu je la tengok sapa yang menang tahun ni...last year kalau tak silap aku Ini Anwar Hadi menang besar...
Pada pendapatan aku, IniAnwarHadi ni memang layak menang...syok dan happening bila baca dan tgk youtube kat blog dia tu...lastyear kat area SP ni memang deman IniAnwarHadi ni la...budak2 sekolah yang pompuan tetiba pakat minat kat dia ni...Anak aku pun bila nampak anwar hadi ni macam nampak anuar zain dia punya exited tu...aku pernah terserempak 2-3 kali kot dengan anwar hadi ni..yang pertama kat rumah kenduri...masa tu seminggu selepas dia menang award tu.. bapa dia merupakan cikgu english anak aku...masa kat kenduri tu la bapak dia panggil anak aku pastu tanya kenal tak yang tu sapa ( sambil menunjuk kat IniAnwarHadi tu) maunya dia tak kenai sbb Last year waktu2 mcm ni hari2 anak aku dok sebut nama anwar tu...tapi tahun ni xder pulak aku dengar dia sebut nama mamat tu dah..dah lupa kot gamaknya...hehehe
Dah banyak aku merepek meraban ni...yang sebenarnya aku nak tanya korang bila majlis digi award ni ek?
Kita tunggu je la tengok sapa yang menang tahun ni...last year kalau tak silap aku Ini Anwar Hadi menang besar...
Pada pendapat
Dah banyak aku merepek meraban ni...yang sebenarnya aku nak tanya korang bila majlis digi award ni ek?
Sunday, May 13, 2012
Happy Mothers Day
Selamat Hari Ibu kepada Semua Ibu-ibu yang mengunjungi blog Yuka....
p/s: blueberry cheesecake kat atas tu yuka yang buat tp decorating anak dara yuka yang buat...
Thursday, May 10, 2012
MATTA Fair di Sungai Petani 10-13 Mei 2012
( kat dalam jadual ni xdak pun kata nak buat kat Kedah)
So tengahari tadi aku pun pi la kat situ ..aku pergi situ dengan harapan yang menggunung...first time nih aku nak pi MATTA Fair tu..selalu dengar oarng je kata best...semua kata kalau time MATTA Fair tu memang murah gila la...
Tapi saya seribu kali sayang...semuanya indah kabar dari rupa...aku tengok pakej yang ditawarkan tu sama jer macam time x matta...aku pi beijing haritu pun lagi murah dari pakej yang kat MATTA tu...tipah tertipu betulla...
Susulan Kes Ibu Pukul Bayi
UPDATE : Kes Dera Bayi – Jawapan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Semakan Berita Semasa di Laman Facebook menunjukkan pihak PDRM telah tampil memberikan respon balas terhadap video yang telah dikemukakan oleh orang ramai
STATUS VIDEO PENDERAAN BAYI
Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001
Ini adalah apa yang aku baca dari beritasemasa.com .video kes pukul tu aku tak letak kat sini.sebab tak sampai hati. Aku cuma nak tolong sebarkan berita bahawa sipelaku yang merangkap ibu bayi itu telah pun menerima hukuman.
Kalau nak tau dengan lebih lanjut boleh dapatkan maklumat di beritasemasa.com
Tuesday, May 8, 2012
Durian Runtuh Peneroka Felda
Wowww! sangat bertuah peneroka FELDA...Sebentar tadi PM telah mengumumkan habuan yang akan diterima oleh mereka...
Butir-butir Pengumuman Durian Runtuh FELDA 2012 Kepada Peneroka
Imbuhan Utama kepada Peneroka Felda :
- Jumlah dana pemberian durian runtuh FELDA adalah sebanyak RM1.689 billion, untuk diaggihkan kepada semua setiap 112,635 peneroka FELDA
- Fasa Pertama 1 = RM5,000 untuk suami, ketua keluarga
- Fasa Kedua 2 = RM5,000 untuk isteri peneroka. Kalau ada 4 isteri? Bahagikan RM5,000 sama rata
- Fasa Ketiga 3 = RM5,000 untuk anak-anak generasi kedua (Maksudnya di sini, jika ada seramai 5 adik-beradik kesemuanya bahagikan RM5,000 seadilnya)
Selain daripada habuan kat atas tu peneroka juga akan mendapat imbuhan berikut:
Sumber di atas dipetik dari beritasemasa.com untuk maklumat lanjut.boleh rujuk disana.
- Peneroka Felda akan menikmati kemudahan pinjaman rumah tanpa faedah
- Tanah yang diteroka juga akan menjadi hak milik mereka sendiri
- 20% saham Felda Global Venture (FGV) akan diperuntukkan kepada Tabung Amanah bagi peneroksa FELDA dan setiap keuntungan dividen akan disalur secara terus pada peneroka.
- Berdasarkan perkiraan awal, jika penyenaraian FGV di Bursa Malaysia menguntungkan seperti yang dijangkakan, besar kemungkinan peneroka akan menerima lagi imbuhan sebanyak RM1350 (jumlah minimum)
- Setiap peneroka layak menerima saham Felda Flobal Ventures FGV
- Petugas-petugas dan pegawai-pegawai FELDA dapat bonus khas 2 bulan setengah gaji
Monday, May 7, 2012
simplysiti
Sekarang ni aku sedang ingin nak pakai produk Simplysiti...Ada sesiapa yang guna ataupun pernah guna produk ni? boleh komen sikit tak tentang keberkesanan produk ni...review dan pandangan anda amat dihargai...tq
p/s: dah bosan pakai safi rania gold!
p/s: dah bosan pakai safi rania gold!
Sunday, May 6, 2012
Thursday, May 3, 2012
Nayati Shamelin Moodliar Sudah Di Temui
Ingat lagi tak dengan Nayati? alaa..pelajar lelaki umur 12 tahun yang diculik pada 27 April 2012 ketika nak ke sekolah tu....
Untuk makluman semua Nayati telah pun ditemui.....
To all our family/friends/supporters of Nayati.
We have got NAYATI back!!!
He is back to our arms again! Thank you all for your support! We will post soon!
Thank you - Moodliar Family
https://www.facebook.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)